Friday, 31 January 2014

Tips Urus Masa WAHM SOHO

Tips urus masa, super wahm super mom
 
Alhamdulillah usai sudah membaca EBOOK SUPER WAHM SUPER MOM. Baru hari ini berpeluang menulis ulasan untuk ebook berhalaman 119 mukasurat yang dikarang oleh wanita hebat Masayu Ahmad. Orangnya kecil molek tapi pemikiran dan idea penulisannya begitu besar dan bermanfaat.Seharian membaca ebook ini memberi 1001 jalan penyelesaian sebelum bergelar WAHM(Working at Home Mom)pada masa akan datang. Suka saya mengenai tulisan beliau selagi mana wanita itu bergelar isteri dan ibu, maka rumahlah tempat terbaik untuk kembali. Sesuai dengan fitrah dan tuntutan Al-Quran dan sunnah, kita kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk sahaja tapi menyumbangkan sesuatu untuk keluarga dan masyarakat..Oleh itu,pentingnya mempunyai target kerana bergelar WAHM bukan boleh diperolehi sehari atau sebulan sekiranya kita adalah penyumbang kepada sumber pendapatan keluarga. Karangan dari beliau yang saya masih ingat sekiranya anda ingin menjadi WAHM perlulah mempunyai perancangan 1tahun dari sekarang .
Sebenarnya perasaan meluap-luap untuk berhenti kerja memang ada dalam diri saya selepas bersalin anak pertama lagi tapi disebabkan sumber kewangan keluarga yang tiadak berapa kukuh jadi saya ‘pause’ dulu hasrat itu. Sudah pasti semua ibu mempunyai impian untuk menjaga dan membesarkan anak di depan mata sendiri. Untuk merealisasikan impian itu saya perlu mempunyai perancangan yang bijak kerana kehidupan saya akan berubah 3600 apabila bergelar WAHM nanti. Justeru itu saya telah mengambil langkah inisiatif dengan melibatkan diri dalam Bisnes MLM secara sambilan terlebih dahulu sebagai jalan selamat sebelum mendapat pulangan hasil yang saya impikan. Ebook ini boleh diungkap kan kecil tapak tangan,nyiru saya tadahkan kerana sebelum ini jalan menuju ke WAHM itu nampak berliku-liku dan perasaan kurang yakin dengan kemampuan diri sendiri begitu tebal tapi setelah membaca EBook ini ia menjadi sebagai satu bentuk pertolongan untuk kita meneruskan perjalanan itu sampai ke destinasi yang ingin kita tuju.Setiap halaman memberikan info-info dan tips-tips yang menarik dan bermanfaat sehingga membawa pembaca ingin mengetahui lagi dan lagi sampai ke muka surat terakhir.
Selain itu Perkongsian pengalaman pahit, suka dan duka dari wanita-wanita hebat dalam Ebook ini dapat menaikan semangat dan menjadi inspirasi saya untuk yakin dan percaya yang setiap cabaran dan dugaan perlu dilalui dengan penuh kesabaran kerana dipengakhiran nanti akan memberi sejuta kegembiraan. Bak kata pepatah Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Pengalaman ini boleh dikutip sebagai panduan yang sukar diperolehi dimana-mana. Saya tertarik dengan kata-kata Puan H dalam Ebook ini seperti
Bagi saya cabaran datang dari diri sendiri. Jika kita bijak mengurus masa dan berdisiplin
tiada masalah dan cabaran yang tak dapat diatasi. Tidak dinafikan bekerja di rumah sangat
menuntut kesabaran dan kekuatan mental, fizikal dan jiwa yang kental. Ini kerana kita perlu
menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan memberi perhatian kepada anak-anak. Pada masa
yang sama kita perlu FOKUS kepada perniagaan. Tetapi, setiap cabaran tersebut boleh diatasi
dengan syarat kita berdisiplin, sabar dan tidak merungut.’

Saya setuju dengan pendapat Puan H, cabaran yang perlu kita atasi ialah diri sendiri. Jika kita lemah pasti tersungkur ditengah jalan tapi kalau kita kuat dan kental dalam menghadapi segala macam rintangan dengan kerenah anak-anak, perniagaan, keperluan harian dan pengurusan rumahtangga pasti Allah akan membantu hambaNya yang sabar. Sentiasa berfikiran positif dengan banyakkan membaca buku-buku ilmiah, motivasi dan keagamaan.
Mendisiplinkan diri dalam menguruskan masa ketika dirumah penting supaya rutin harian dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.Kita perlu bijak mengatur masa kerana bekerja di rumah memerlukan komitmen dalam pengurusan rumahtangga dan anak-anak serta pengurusan perniagaan. Tips Sukses Urus Masa yang terdapat dalam Ebook ini boleh dijadikan rujukan supaya dapat membahagikan tugasan mengikut keutamaan masa yang betul dan realistik. Pengurusan masa juga sangat penting kerana kita mungkin akan melakukan pelbagai kerja dalam satu masa sehingga kita lupa yang mana satu perlu diutamakan. Pastikan ada target setiap hari supaya sentiasa produktif dalam urusan bisnes.Manakala dalam pengurusan stress pula penulis menekankan supaya sentiasa memulakan kerja dengan aura positif dan tidak tergesa-gesa dalam menempuh hari yang sibuk.Tekanan berlaku disebabkan kita yang tidak mampu mengawal tekanan dengan cara yang betul. Oleh itu,kita perlu mengagihan kerja berdasarkan keperluan segera, tidak segera, boleh ditangguh agar tugasan siap mengikut masa yang ditetapkan.
Kesimpulannya, untuk mencapai matlamat mejadi WAHM bukan angan-angan mat jenin semata-mata tapi perlu di buktikan dengan usaha dan komitmen yang jitu. Pengalaman dari ibu-ibu yang telah pun berjaya menjana pendapatan mencecah 6 angka walaupun hanya bekerja di rumah menjadi pembakar semangat untuk bakal-bakal WAHM di luar sana. Disebalik kejayaan mereka tersimpan bermacam-macam dugaan dan tangisan yang menjadikan mereka semakin kuat untuk menempuh benteng kehidupan. Semoga kita bersama-sama memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat
 
 

 
Ebook super wahm super mom
Hanya RM25
Tempah terus di sini

 

Pakej Asas WAHM SOHO
3 Ebook hanya RM 125
Tempah terus di sini

Thursday, 30 January 2014

Kad Bisnes Percuma

 Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Daripada Buku Nota Jutawan Nota Perniagaan, Apabila membuat kad bisnes penuhi ruangan belakang kad bisnes dengan maklumat perniagaan kita, produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan.  Ini adalah kerana seseorang menerima banyak kad bisnes tetapi jarang sekali dapat mengingati jenis perniagaan anda sekiranya tertulis nama anda dan nama syarikat sahaja.

Juga jangan kedekut memberi kad bisnes kepada seseorang. (Kata Dato' Mohd Fadzilah Kamsah)

Berikan kad bisnes anda walaupunm anda pernah memberikannya kepada seseorang sebelum ini. Sekurang-kurangnya 5 kali, barulah mereka akan mengingati anda dan perniagaan anda!!!

Bagi yang baru hendak bermula, pasti masih belum cukup budget untuk mengeluarkan modal membuat kad bisnes yang nampak menarik dan eksklusif. Sebenarnya ada satu cara untuk kita mula sebarkan kad bisnes kita ini secara percuma sahaja.

Kad bisnes ini percuma sahaja, iaitu melalui asas email, blog dan google. Tulis yang baik-baik dan sebarkan. Tulis dengan integreti, bukan menciplak. Sebar yang bermanfaat. Jadikan tiga asas sahaja, menjadikan google, blog sebagai kad bisnes yang bertebaran secara online

8 analisa asas sebelum mengenalpasti mana yang sesuai untuk letak tapak carian kad bisnes atau nama kita. Jangan letak yang pelik-pelik, mulakan dengan nama kita. Contoh, biasanya kalau orang mahu memanjangkan silaturrahim dengan saya, minta kad bisnes. Saya katakan tulis sahaja pada carian google, Anysidayuzakaria . Cuba kalian buat.

Inilah salah satu asas yang diajar dalam kelas asas blog dan fan page mula bisnes. Ia sangat asas, nampak macam mudah tetapi ia sangat berkesan.
(Sumber: Ebook asas blog dan penulisan.)
 


Blog adalah medium percuma yang sangat sesuai untuk mula memperkenalkan diri kepada pembaca dan bakal pelanggan. Mula sebarkan kad bisnes percuma kita hanya atas talian sahaja. Mula bina penjenamaan diri dan bisnes melalui penulisan di blog.

Kepada yang tertanya-tanya yang mana sesuai untuk disertai, di bawah adalah keterangan yang mungkin membantu:

1. Kelas online asas bina blog penulisan - untuk membina blog berpengaruh, blog yang disukai pembaca, belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik traffik ke blog.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online. Tak tahu cara untuk mula bisnes. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan bermula RM5, RM10, dan seterusnya. Bagi yang tidak ada produk kami sediakan produk untuk dropship.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

Boleh hubungi saya untuk yang mahu membina blog bisnes seperti ini. Atau hanya untuk membina blog berkongsi kisah kehidupan, dan dijadikan sebagai travelog kehidupan.

Hubungi saya Anys Idayu Zakaria
email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms / wtsapp : 017-7912993
 



Wednesday, 29 January 2014

Panduan Untuk Usahawan Butik

ULASAN EBOOK PANDUAN BISNES BUTIK ONLINE / OFFLINE
 
siap juga ulasan untuk Ebook yang ke-2 dari penulis yang sama Puan Masayu Ahmad iaitu EBOOK PANDUAN BISNES BUTIK ONLINE/OFFLINE. Sepertimana yang kita sedia maklum, aktiviti jual beli secara online di Malaysia mencatatkan perkembangan yang memberangsangkan dari semasa ke semasa. Pada hari ini membeli barangan-barangan fizikal melalui internet telah menjadi satu gaya hidup yang biasa oleh pengguna internet di Malaysia ini. Dengan kemudahan hanya di hujung jari terdapat lambakan produk online boleh kita temui di internet. Pada tahun 2012 sahaja dianggar kan 50% rakyat Malaysia membeli belah secara online. Hanya melihat di skrin computer sahaja mereka dapat membuat perbandingan produk dari segi harga dan kualiti material tanpa perlu bersesak-sesak dengan jem dan berebut-rebut parking kereta di samping dapat menjimatkan masa.
 
Oleh itu, sebelum memulakan apa-apa bisnes pun ilmu itu amat penting. Tanpa ilmu perniagaan seperti berlayar tanpa arah tuju. Justeru itu, Ebook ini diterbitkan untuk membantu mereka di luar sana yang bercita-cita untuk memulakan bisnes butik secara online mahupun offline. Ebook ini boleh memberi gambaran dan tunjuk ajar kepada bakal usahawan butik agar dapat melengkapkan diri dengan ilmu terlebih dahulu sebelum melangkah ke dunia perniagaan yang penuh berisiko. Justeru itu,penting untuk menentukan produk mana yang kita paling minat dan mendapat permintaan tertinggi kerana dari situ akan memudahkan kita melakukan perniagaan dengan bersungguh-sungguh dan komited
Memulakan langkah dengan mencari sumber bekalan produk dan pastikan modal yang mencukupi untuk aktiviti perniagaan. Kemahiran asas bisnes juga perlu dimiliki oleh bakal usahawan butik supaya dapat melancarkan urusan bisnes. Langkah demi langkah di huraikan secara mendalam dalam Ebook ini supaya bakal usahawan dapat membuat analisa dan perbandingan sebelum memulakan perniagaan. Tidak kira bidang perniagaan apa pun yang anda ceburi Ebook ini dapat membuka minda anda dalam membina empayar perniagaan.Anda pasti tidak akan merasa rugi memiliki Ebook ini kerana isi kandungan yang padat dan mantap terserlah dalam penulisan Puan Masayu.
 
 
Ebook Panduan Mula bisnes Butik Online / Offline
Hanya RM50
Terus tempah di sini

 
Panduan Bisnes Online Suri Rumah
Ebook belajar asas blog + Ebook Panduan mula bisnes butik
Hanya RM80 Harga prmosi
Terus tempah di sini


 
Pakej Bekerja Di Rumah
3 Ebook Hanya RM150
Terus tempah di sini


 
Pakej Asas WAHM SOHO
Hanya RM 125 Terus tempah di sini
 

Tuesday, 28 January 2014

Menjana Pendapatan Bermula Dengan Penulisan Blog


Adat orang yang tidak tahu mestilah perlu berguru. Guru yang mempunyai kemahiran merupakan satu nilai tambah bagi seseorang pelajar. Setelah beberapa bulan berguru dengan Puan Masayu Ahmad dalam pembinaan blog akhirnya blog rasmi saya lahir. Mendapat bimbingan secara berterusan walaupun tidak pernah bertemu secara berhadapan.

Medium yang ada pada hari ini seperti internet dan facebook membolehkan kaedah belajar jarak jauh terlaksana dengan baik. Walaupun boleh belajar daripada sifu-sifu youtube tetapi belajar daripada kak MasAyu Ahmad juga menarik.

Secara keseluruhanya 95% anak murid Puan MasAyu Ahmad adalah wanita. Mungkin tuah saya diterima sebagai murid walaupun saya adalah seorang Adam dan bukan Hawa. Namun begiu melalui kelas asas penulisan blog ini, barulah saya dapat tahu kepentingan penjenamaan nama sebelum menggunakan blog dan sebagainya. Selain itu sedikit sebanyak melalui kelas ini, telah mendorong saya lebih yakin untuk menulis walaupun saya bukan seorang penulis dan buka pelajar sastera Bahasa Melayu tika di bangku sekolah dahulu.

Adat belajar perlu berguru adalah istilah yang sangat penting agar tidak tersasar. Jika tersasar sudah pasti diulam dengan teguran daripada guru. Permata yang ditabur ketika miskin idea sangat bernilai. Semoga kelas ini berterusan kerana pada pandangan saya yang daif ini ia telah dapat membantu ramai ibu-ibu di luar sana. Dunia yang berbeza ketika ini memberi peluang dan ruang kepada mereka yang bergelar suri rumah sepenuh masa untuk berjaya melalui penulisan blog.

Terima kasih kepada Puan Masayu Ahmad atas kelas asas yang memberi input yang baik pada diri saya. Semoga kelas ini berterusan memberikan impak positif kepada masyarakat.
 
 
 
 
Dari Meja Pengasas Akademi, Pn. Masayu Ahmad
Matlamat Akademi Bekerja Dari Rumah
Sejak bermula sebagai suri bekerja dari rumah, penghujung 2008. Saya adalah wanita yang dahulunya bekerja di luar rumah, kemudian bertukar status bekerja di rumah.
Pada masa tersebut, tidak banyak sumber dan buku sebagai panduan. Sejak dari itu saya memulakan blog saya pertama, masayuahmad.blogspot dan catatan harian di naufalsayang.blogspot. Iaitu catatan awal bekerja dari rumah dan mula berkongsi tentang panduan bekerja dari rumah.
Penulisan adalah fokus utama dan sudah tentu pencarian bahan penulisan sangat berkaitan dengan bisnes dari rumah, bisnes skala kecil juga motivasi wanita. Ini tema utama dalam buku, ebook dan manuskrip yang saya hasilkan.
Dua sumber utama pendapatan adalah pendapatan aktif dan pendapatan pasif. Segalanya bermula dari blogSejak itu juga blog saya selalu disinggah pembaca dari kalangan suri rumah, suri berkerjaya, juga sesiapa sahaja yang mencari peluang bekerja dari rumah.
 
Mulakan dengan apa yang adaSaya selalu berkongsi konsep mulakan dengan apa yang ada atau menggunakan modal minima. Mulakan dengan secara sambila sebelum mengambil keputusan bekerja sepenuh masa. Atas usaha inilah saya kumpulkan maklumat, bahan dan juga kisah-kisah dari wanita yang sudah berjaya, wanita bergelar suri rumah, wanita yang sudah pun berstatus usahawan dari rumah.

Akademi Bekerja Dari Rumah
Akademi ini adalah kelas secara online, rentetan saya berterusan menerima soalan, perkongsian dari suri yang mahu bermula dan tidak tahu cara. Pelbagai dilema yang dikongsi. Memandangkan juga kebanyakan adalah mempunyai masa yang terhad dan juga kekangan modal. Jadi dua kelas online diperkenalkan. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan sejak bulan pertama diperkenalkan. Kini lebih 100 blog sudah pun dihasilkan melalui kelas secara online. Penyertaan adalah berdasarkan, analisa awal untuk mengenalpasti apa matlamat utama mahu belajar di kelas ini.

 
Bagaimana Kelas Asas Blog Akademi Bekerja Di Rumah ini membantu kalian?:-
✔ Modul tersedia dan mudah untuk difahami.
✔ Bonus E Book Asas Blog sebagai rujukan.
✔ Guru Online yang sedia membantu setiap masa.
✔ Masa yang fleksible, tanpa tekan
an, tanpa terkejar-kejar. (^_^)

KOMITMEN.KESUNGGUHAN.FOKUS & KONSISTEN
Itu yang diperlukan.
==============================
Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho

Berminat untuk bersama kami? Hubungi saya melalui salah satu langkah mudah di bawah :
Email : anysidayuzakaria@gmail.com
Sms/whats app : 017-7912993
Anys Idayu Zakaria
 
 

Monday, 27 January 2014

Ciri-ciri Blog Berpengaruh

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria


Khas untuk mereka yang memiliki blog, sedikit tip dan cara membina blog berpengaruh yang disukai pembaca.

10 ciri blog berpengaruh

 1. Boleh mesra pembaca, tidak ada gajet atau bling-bling yang over
Blog mesra pembaca adalah blog yang tidak ada gangguan. Blog yang penuh informasi, sangat member pengaruh yang besar kepada pembaca datang dan datang lagi. Jangan sesekali memasukkan elemen-elemen dengan menyatakan bahawa blog cantik adalah blog yang suka dibaca. Itu tidak benar.

  Blog yang tidak terlalu cantik, tetapi pengisian yang bagus itulah yang suka dibaca. Jangan sesekali menodai blog sendiri, seperti meletakkan gajet yang tidak sesuai seperti muzik, grafik, bling-bling yang melambatkan proses ‘loading’ dan menganggu pembaca.


 2. Sentiasa ada entri baru dan segar
Selalu memasukkan entri baru, segar dan bermotivasi. Ia menjadikan blog aktif dan ia dikunjungi pembaca tegar. Beri info dan fakta baru. Pada masa yang sama ia menjadikan satu rutin aktif ulangan pembaca.


 3. Entri penyelesai masalah
Antara satu perkara yang menjadi tumpuan blog tertentu adalah berupaya menyelesaikan masalah pembaca. Contohnya dalam masakan, pembaca setia yang selalu datang, akan mencari jensi resipi yang dimahukan. Manakala tips-tips mudah didapur menjadikan blog tersebut sebagai pembantu masalah di hujung jari. Begitu juga blog teknikal, bisnes dan sebagainya, blog tersebut berpotensi menjual kepakaran melalui informasi yang disampaikan.


 4. Penulisan santai dan bersahaja namun punya banyak kisah pengajaran
Kisah kita kadangkala kita malu untuk berkongsi, namun bagi kes-kes tertentu pengalaman benar adalah kisah teladan realistic. Mungkin ada orang mengalami masalah yang sama, apabila membaca satu-satu kasha, ia dapat mengubah pandangan dan member pengajaran dalam satu sisi yang lain. Maka tulis dan kongsi pengalaman benar, mungkin membantu pembaca untuk mencapai kelegaan dan menyelesaikan masalah dari sudut berbeza.


 5. Blog yang menjadikan pembaca ketagih datang dan datang lagi
Bagi penulis blog tegar, berupaya menjadikan pembaca datang dan datang lagi. Ini tidak dicapai dalam satu hari. Penulis blog yang konsisten berupaya menjadikan blognya sebagai satu ketagihan kepada pembaca.


 6. Blog yang menjadi rujukan khusus
Blog khusus yang menjadi rujukan. Blog sebegini penuh informasi dan mencapai tahap menyentuh setiap aspek kategori dalam fokus blog yang ditulis.


 7. Blog yang berinformasi, bebas memberi pandangan penuh etika
Blog berinformasi, jujur dalam penyampaian membuatkan pembaca ternanti-nanti. Ia bukan penulisan syok sendiri, tetapi sangat telus dalam penyampaian.


 8. Blog yang menjaga tatabahasa asas, penulisan Bahasa Melayu formal, walaupun santai asas ini dijaga.
Sangat berbeza blog yang kurang dikunjungi dengan blog yang suka dikunjungi. Jagalah penulisan, gunalah Bahasa Melayu formal, walaupun santai elemen ini masih menjadi dan satu tarikan kepada pembaca.


 9. Blog yang boleh dipindahkan menjadi wang
Blog penyelesai masalah dan informasi sangat berpotensi untuk dijadikan wang. Ia boleh dijual sebagai ebook, atau blog tersebut sebagai agen pemasaran online terhebat. Entri boleh diselit dengan promosi produk. Gaya bersahaja semasa penyampaian, menjadikan pembaca tetap akan mudah terpengaruh untuk membeli. Jika sudah sampai ke tahap ini, tukar pembaca kepada pembeli pula.


 10. Blog yang berjaya menukar pelanggan daripada pembaca kepada pelanggan
Inilah yang digemari pemilik blog yang aktif. Bagi yang mempunyai pembaca tegar, dengan sendirinya akan mudah menjadi pelanggan. Pelanggan itu pula bertukar sebagai pelanggan setia. Binalah hubungan baik dengan pembaca jangan dibiarkan blog sepi tanpa entri dan bawakan sesuatu yang segar setiap hari

(sumber : Ebook belajar asas blog). Banyak lagi tip yang boleh diperolehi dalam ebook belajar asas blog ini
 
 


Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan kelas berikut :

Penerangan kelas:
1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 340 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.
2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.
 
4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.
5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.
6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.
Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
 
Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam.
Bagi kalian yang berminat untuk memulakan bisnes secara online, perlukan tunjuk ajar bagaimana mahu bermula, boleh hubungi saya di:

 

Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms /wtsapp : 017-7912993
Add saya di facebook : https://www.facebook.com/anies.aiz
 
 

 
 
Tempah pakej promosi RM100 ini di sini

 
Tempah pakej promosi RM80 ini di sini
 



Tempah pakej promosi RM80 ini di sini

 
Tempah pakej bekerja di rumah RM150 di sini
 

Sunday, 26 January 2014

Rakan Niaga Akademi Bisnes Online Paling Mudah

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria


Alhamdulillah, selamat pagi, memulakan tugas untuk minggu terakhir Januari. Tiada monday blues atau sunday blues, duduk Johor kan, mula bekerja hari Ahad :)
 
Sedikit perkongsian yang saya ingin kongsi bersama pembaca, ni antara contoh pm yang saya selalu terima daripada rakan fb dan pembaca blog.




Jika ada yang bertanya saya seperti ini, jawapan saya Rakan niaga akademi adalah satu bisnes online yang paling mudah untuk dijalankan. Kenapa? Jom kita lihat sedikit apa kelebihannya.

Jika ada yang mahu memulakan bisnes dengan bermodal yang sangat rendah dan tanpa ada ulangan modal setiap bulan, saya amat mengalu-alukan kalian terutama suri rumah dan suri bekerjaya menyertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah, sebagai rakan niaga (pengurus online) akademi.
 
Apa yang menariknya, sebagai rakan niaga, kalian akan diberikan bimbingan dan latihan menggunakan blog dan facebook sebagai medan utama pasaran. Mempromosi produk-produk akademi di blog melalui latihan penulisan di blog masing-masing.  Blog yang dihasilkan juga bukanlah spesifik untuk mempromosi produk akademi sahaja. Rakan niaga akan dianalisa terlebih dahulu sebelum memulakan blog. Blog yang dihasilkan juga adalah melalui kemahiran, minat dan kepakaran masing-masing berdasarkan analisa jawapan yang diberikan.
 
Produk akademi pula ialah pakej ebook, kelas online dan sewaan tapak iklan (soho directory). Kesemua produk ini atas talian sahaja, tanpa perlu kita menguruskan, mengambil stok dan menghantar barangan melalui pos laju. Produk juga merupakan permintaan sepanjang tahun yang sangat-sangat diperlukan oleh semua orang.
 
Rakan niaga akademi akan dilatih melalui kelas asas blog bisnes. Kalian juga akan dimasukkan dalam kumpulan belajar khas, yang mana bimbingan dan latihan akan diberikan setiap masa. Juga bahan promosi yang akan diberikan. Yang tinggal, kalian hanya perlu buat sahaja. Dengan istilah mudah tiru dan ikut sahaja apa yang telah diajar.  Konsisten, fokus dan sungguh-sungguh.
 
Lagi kelebihan rakan niaga, yang lebih penting dan saya kira ini faktor utama bagi mereka yang memilih bisnes yang ingin dilakukan ialah, modal yang perlu dikeluarkan untuk menjadi rakan niaga hanyalah yuran sekali bayar sahaja. Yuran kelas sebagai rakan niaga akademi, dan secara automatik kalian terus akan menjadi alumni akademi bekerja di rumah. Sebagai rakan niaga, kalian layak untuk menjana pendapatan dengan mempromosi ketiga-tiga produk utama ABDR. Komisen akan diberikan kepada yang berjaya membuat jualan.
 
Rakan niaga akademi ini sangat sesuai untuk mereka yang mahu memulakan bisnes dengan modal yang sangat minima tanpa pengulangan modal setiap bulan. Juga tanpa perlu bersusah payah meninggalkan anak-anak di rumah untuk menguruskan bisnes ini. Yang penting hanya perlu ada komputer/ laptop / telefon canggih dan talian internet. Kalian juga tidak perlu fikirkan produk apa yang sesuai untuk dijual lagi. Kerana ABDR telah pun menyediakan produk yang sememangnya khusus permintaan sepanjang tahun.
 
 

 
 
Satu panduan lengkap Rakan Niaga akan diberikan kepada mereka yang mendaftar. Inshaallah saya akan bimbing kalian bagi membina platform untuk mula.

Apa yang anda dapat dengan menjadi Rakan Niaga?
Anda akan belajar membina platform, iaitu satu Blog Bisnes yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja. Kalian juga akan belajar membina satu fanpage.

Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Kami sediakan tapak untuk anda berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan dan talian internet.

Blog Rakan Niaga akan tersedia dengan pautan:
1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook
5. Ruang Periklanan
6. Borang Tempahan

Dengan ini anda tidak perlu keluar rumah, hanya bisnes di hujung jari. Samada secara sepenuh masa atau secara sambilan.
Hubungi saya :
email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms / wtsapp : 017-7912993
add saya di facebook : https://www.facebook.com/anies.aiz
 

 

Friday, 24 January 2014

Urus Emosi Usahawan Online

Ramai usahawan online, terutama yang baru belajar berurusan dengan pelanggan cepat sahaja sentap dan emosi. Namanya pun berniaga, jadi pelanggan adalah sebahagian daripad urusan yang perlu kita ambil tahu dan kuasai semasa mengendalikannya.

Emosi pelanggan yang dijaga baik, ia membawa kesan keuntungan jangka masa panjang. Beberapa situasi ibu-ibu yang bekerja di rumah, mudah emosi apabila agak terganggu dengan kerenah anak-anak kecil dan juga pertambahan tugas serentak atau menerima order pelanggan yang banyak dalam tempoh singkat.

Untuk menangani kerenah anak-anak, ibu bekerja dari rumah perlu mengenalpasti dari awal tempoh masa anak bermain, anak lapar dan anak memerlukan perhatian. Tempoh kritikal biasanya, pada waktu tengahari, iaitu ada pelanggan online waktu pejabat yang suka menggunakan masa ini membuat pembelian atau pertanyaan.

Begitu juga bagi pembeli bujang, kadangkala tidak tahu masa yang sesuai untuk bertanya, waktu tengahari dan juga waktu petang menjelang malam sekitar jam 6, 7, 8 petang. Sangat penting ibu yang bekerja dari rumah, pandai mengawal emosi menjawab pertanyaan walaupun pada masa itu sangat kelam kabut.

Emosi juga sangat penting ketika berurusan dengan pelanggan cerewet yang meminta harga tidak masuk akal, pelanggan yang mahu cepat, pelanggan yang tidka sabar dan pelanggan yang banyak cakap.

Usahawan online perlu ada senarai skrip yang boleh digunakan untuk mmebantu apabila berhadapan pelanggan sebegini. Usahawan yang tidak emosi, sudah tentu memberi layan terbaik setiap pertanyaan.

(sumber : ebook 101 idea home based bisnes)
 
 

 
Hanya RM 50, Tempah terus di sini
EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES
Bab 1: 101 Idea Home Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi pemasaran Offline

Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat Pelanggan Online
Bab 8: Produk digital vs produk fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses
 
 
Hanya RM150, Tempah terus di sini


 
Hanya RM 125, Tempah terus di sini

Thursday, 23 January 2014

Produk Informasi Pakej Mula Bisnes Online

 
Dari Meja Pengasas Akademi Bekerja di Rumah, Pn. Masayu Ahmad.
 
Apa sebenarnya produk yang ditawarkan akademi bekerja di rumah?
Produk informasi iaitu pakej mula bisnes mengikut bidang/bisnes. Kita ada pakej mula bisnes makanan, pakej mula bisnes butik online/offline, pakej mula bisnes di rumah. Salah satu ebook yang ada setiap pakej ialah ebook asas blog dan penulisan. Saya berkongsi cara paling asas puan-puan boleh mulakan, iaitu mula dengan apa yang ada, Yuran dikenakan untuk kalian belajar buat blog, asas penulisan dan mula bisnes online. Ia sangat asas untuk belajar buat borang tempahan. Kita juga belajar bina asas trafik, tanpa perlu mengeluarkan modal. Iaitu salah satunya menulis secara konsisten, itu sebab saya tekankan menulis selama 44 hari secara konsiste. Ia syarat wajib untuk memberi kebiasaan kepada kita untuk kekal fokus dan mahir menulis.

Kepakaran dan keunikan
Selepas mendaftar juga, setipa pelajar akan dianalisa melalui 8 soalan. Kerana keperluan, keunikan setiap orang adalah tidak sama. Itu sebab kita dapat lahirkan banyak blog informasi dan jelas arah tuju penulisannya. Setiap blog ada fokus penulisannya, jadi selepas fokus menulis, sudah tentu blog yang sentiasa ada entri baru sudak disinggah pembaca.

Berapa lama mengambil masa
Ia tertakluk kepada kalian, tidak ada paksaan. Paling laju menyiapkan tugasan adalah dalam masa 10 hari sahaja. Maksudnya memang boleh siapkan cepat.

Bagaimana pula blog boleh menghasilkan pendapatan
Kita sudah ada banyak produk inforimasi pakej mula bisnes, sama ada dijual pakej atau pun dijual secara berasingan. Juga kita sedang pelbagaikan tawaran kelas secara online.

Semua ini akan dipamerkan dan dipromosikan di blog kalian, hanya copy paste, semua bahan sudah disedikan. Dan pakej ini akan bertambah dari masa ke semasa. Sebab itu saya perkenalkan rakan niaga/pengurus online.

Boleh mendaftar dengan saya melalui :
 
sms / wtsapp : 017-7912993
add saya di facebook : https://www.facebook.com/anies.aiz
Selamat datang pelajar 33 baru Januari 2013, 382 blog, 21 kelas 13 guru online dedikasi bertugas. Sertai kami kelas online berikut
1. Kelas Asas Blog & Penulisan
2. Kelas Asas Blog & Fanpage Mula Bisnes
3. Kelas Mudah.com
4. Kelas Penulisan Kreatif
5. Rakan Niaga/Pengurus Online
6. Kelas Akaun Bisnes Kecil
 
Dua lagi kekosongan kelas asas akaun wahm/soho hari Khamis,
30 Januari. Kelas adalah secara online,

Jejak aliran tunai setiap hari- kesalahan paling rutin pemula wahm/soho
-tulis dan semak, walau sepuluh sen
-wang bisnes adalah wang bisnes, wang peribadi wang peribadi asingkan
-wang bisnes ketepikan, guna hanya wang gaji
-jangan curi wang bisnes untuk kegunaan peribadi

Daftar kelas asas urus ak
aun untuk wahm/soho
-kelas ini adalah bonus bagi pendaftaran rakan niaga, hubungi guru online kami untuk mendaftar

-Tanya apa sahaja dan kelas diajar oleh jurulatih kewangan bertauliah (bukan saya)

Dua slot sudah sukses, kami buka pendaftaran baru hari Khamis,
jam 9.30 hingga 12.30.

Insya-Allah semoga bermanfaat.
 
 
Tempah Terus pakej ini di sini



Tempah Terus pakej ini di sini
 
 
 
Tempah Terus pakej ini di sini

Wednesday, 22 January 2014

Susah Senang Bekerja Dari Rumah

Hasnita Sawal-penulis/wartawan Majalah Pa&Ma, Kumpulan Karangkraf Sdn.Bhd, ulasan ebook super wahm super mom

 
 

Syukur Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menghabiskan membaca ebook yang penuh perkongsian ilmu ini. Bermula daripada muka surat pertama hingga terakhir saya rasa terbawa bersama dengan setiap kisah ibu-ibu yang berjaya menggalas kerjaya sebagai WAHM, SOHO dan sebagainya
 
Biarpun nama berbeza tetapi hakikatnya tugas adalah sama. Sejujurnya saya sendiri berasa cemburu dengan kelebihan yang dikecapi ibu-ibu bekerja dari rumah. Bahkan hakikatnya saya sendiri telah lama menyimpan hasrat tersebut, cuma masih tiada kekuatan untuk menggapainya.
 
Namun setelah mengetahui pengertian bekerja dari rumah, panduan, cabaran, halangan, dugaan, kemanisan dan kelebihan dapatlah saya membuat kesimpulan bahawa tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan namun ia bukan perkara yang mustahil asalkan kita tahu garis panduan yang betul seperti yang tercatat di dalam ebook ini.

 Siapa kata tugas sebagai suri rumah yang bukan sahaja menguruskan rumah tangga bahkan ada yang memiliki perniagaan secara online satu tugas yang mudah? Mereka yang sudah menggalas tanggungjawab tersebut sahaja mengetahui susah senang bekerja dari rumah.

 Jadi jangan pandang sebelah mata kepada wanita bergelar suri di rumah apatah lagi yang turut mempunyai kerjaya profesional seperti usahawan, penulis, penterjemah dan sebagainya lagi. Justeru itu ebook ini amat disarankan kepada semua wanita yang bergelar ibu dan bakal ibu agar lebih berfikiran terbuka dan bercita-cita ntuk menguruskan rumah tangga dengan teratur, mengasuh sendiri anak-anak dan dalam masa yang sama tetap menyumbang kepada ekonomi negara.

 Secara peribadi saya berasa isi kandungan ebook yang penuh informasi ini patut dimiliki oleh semua wanita sama ada yang bekerja di luar mahupun di rumah. Ia memberikan inspirasi, pengajaran dan garis panduan yang berguna untuk bergelar seorang WAHM. Selari dengan perkembangan internet tanpa sempadan, saya rasa semua wanita boleh terus membuktikan kehebatan biarpun berpejabat di rumah. Dalam masa yang sama kejayaan yang dikecapi bukan sekadar di pejabat semata-mata tetapi kejayaan secara total apabila berjaya membesarkan anak-anak dengan air tangan sendiri. Itu yang lebih penting.

 Bukankah seorang ibu itu guru pertama yang terbaik untuk anak-anak! Saya percaya jika anda wanita yang masih dalam dilema antara memilih kerjaya atau rumah tangga maka selepas membaca ebook ini, dengan izin Allah SWT anda dapat membuat keputusan lebih tenang dan tepat. In Shaa Allah.

 Memetik kata-kata penulis, saya akui wanita patut kembali kepada fitrah sebagai pengurus rumah tangga yang hebat di rumah namun lebih berwawasan, bercita-cita tinggi dan mampu menjadi inspirasi kepada wanita lain. Malahan senarai apa yang boleh dibuat oleh suri selepas memilih untuk berhenti bekerja dapat membantu mengurangkan stres sesetengah daripada kita dengan persoalan "apa saya nak buat lepas ni"?

Usah berlengah lagi duhai wanita, segera dapatkan ebook ini! Semoga selepas ini kita dapat mengurangkan pelbagai masalah berkaitan penjagaan anak-anak, masalah kesesakan jalan raya, masalah rumah tangga porak peranda dan seribu satu macam masalah lagi. Paling penting kita menjadi wanita yang disayangi oleh suami, anak-anak dan paling utama Allah SWT.

 Ebook Super WAHM, Super Mom wajib dimiliki oleh semua wanita hebat di luar sana!!!
 
 

 
 
Pakej Asas WAHM SOHO
Bekerja Dari Rumah
Tempah terus di sini



 

Tuesday, 21 January 2014

Cabaran Bisnes Online

Sumber: www.janawangdirumah.com

1. Ceritakan bagaimana puan mula terlibat dalam bisnes ini?
Mula-mula, saya bisnes kecil-kecilan saja. Sebab dari zaman sekolah, ada saja barang yang hendak dijual. Antaranya bedak, minyak wangi dan kerongsang. Ketika di Universiti, saya mula menjual tudung bawal. Kawan-kawan di Universiti gemar membuat pesanan membeli tudung bawal, disebabkan tudung bawal di Kelantan 
harganya lebih murah berbanding Kuala Lumpur. 

Dan pada masa niat hanya mahu membantu mereka mencari tudung mengikut warna yang mereka mahu. Boleh dikatakan setiap kali saya balik kampung, saya mesti cari tudung bawal dahulu sebelum ke Universiti, sehinggalah ibu saya, Lotfiah Haron mencadangkan saya menjualnya kepada rakan-rakan. Bukan apa, setiap kali balik, saya akan borong tudung dengan kuantiti yang banyak, lebih kurang 20 hingga 30 helai. Saya berpeluang membeli harga borong daripada penjual di Kelantan. Walaupun untung tidak seberapa, dapatlah juga saya jadikan untung kecil itu sebagai duit poket semasa belajar di Universiti. Sejak daripada itulah, saya mula bersungguh-sungguh untuk berniaga. 
Rasa seronok pula, pinjaman belajar saya jadikan modal untuk berniaga di Universiti. Alhamdulillah, jualan tudung saya memang laris. Saya tidak pernah menjual barangan di kedai atau mempunyai pekerja. Tiada sewa kedai atau melibatkan kos yang tinggi kecuali kos pergi balik ke Kota Bharu sebulan sekali sama ada dengan kenderaan sendiri atau kapal terbang. Pada awal tahun 2006, rakan saya tahu yang saya sering berulang alik dengan memborong tudung untuk dijual di Kuala Lumpur. Sehinggalah dia mencadangkan saya berbisnes melalui laman web sendiri. Pada mulanya, saya ragu-ragu dengan tawarannya. Bukan sebab takut, tapi langsung tak faham apa bendalah bisnes internet atau online ini. Setelah meneliti perjalanan bisnes internet melalui beberapa laman web yang sedia ada, saya terus menjadi bersemangat dan terus bersetuju untuk mengupah rakan untuk mencipta satu laman web untuk saya. Tercungap-cungap jugalah nak belajar dunia internet , sudahlah lemah dalam teknologi maklumat, belajar pula hanya melalui Yahoo Mesej, sebab webmaster berada di Kelantan, saya pula berada di KL.

2. Dimana puan mendapatkan sumber barangan secara borong?
Ketika mula-mula menjual tudung di Universiti, saya cuma mendapat barang secara borong di pasar MPKB dan Pasar Siti Khadijah. Bila saya mula bekerja, dan pada ketika itu tahun 2001, saya mendapatkan barangan itu di pusat pengeluaran tudung bawal di Takbai Thailand. Ianya terletak di selatan Thailand dekat Pengkalan Kubor. Ini semua cadangan ibu saya, setelah rakannya menceritakan tudung bawal satu lebih murah jika kita sendiri mengambilnya di Takbai. Bayangkan, pada ketika itu, saya dan ibu tidak biasa ke sana dengan menaiki bot kecil untuk ke seberang. Kami redah juga untuk mencari sumber barangan seperti yang diperkatakan. Pernah terdetik di hati, entah betul entah tidak tindakan kami. Bayangkan, kalau bot kami karam. Sudahlah masuk cara haram, kami tak ubah seperti pelarian. Sehinggalah satu ketika saya terfikir untuk membuat pasport dan masuk ke negara itu mengikut cara yang sebetulnya.

3. Apa cabaran dalam mengusahakan bisnes online?
Baca lagi di sini ya http://www.janawangdirumah.com/
 
 


Bagi yang mahu menjana pendapatan dari rumah boleh serta Akademi Bekerja di Rumah sebagai Rakan Niaga. Inshaallah saya akan bimbing kalian bagi membina platform untuk mula.

Apa yang anda dapat dengan menjadi Rakan Niaga?
Anda akan belajar membina platform, iaitu satu Blog Bisnes yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja. Kalian juga akan belajar membina satu fanpage.
Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Kami sediakan tapak untuk anda berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan dan talian internet.

Blog Rakan Niaga akan tersedia dengan pautan:
1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook
5. Ruang Periklanan
6. Borang Tempahan

Dengan ini anda tidak perlu keluar rumah, hanya bisnes di hujung jari. Samada secara sepenuh masa atau secara sambilan.
Hubungi saya :
email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms / wtsapp : 017-7912993
add saya di facebook : https://www.facebook.com/anies.aiz
 
 
 

 
Tempah terus dua pakej mula bisnes ini di sini


 
Tempah terus dua pakej mula bisnes ini di sini