Monday, 15 December 2014

Contoh Blog Kedai Online

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Alhamdulillah, hari ini rupanya sudah masuk separuh bulan Disember. Tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja lagi untuk kita melangkah ke tahun baru. Aduhai rasa banyak lagi belum diselesaikan.
Insya Allah kita susun dan rancang dengan baik supaya semua dapat berjalan lancar.

Ok hari ini saya nak kongsi sebuah blog kedai online milik salah seorang pelajar blog saya. 


 



Ini salah satu contoh kedai online yang lengkap dengan
> Maklumat diri pemilik kedai
> Borang Tempahan
> Terma syarat
> Label
> Pages

Kedai online seperti ini sesuai untuk semua jenis produk, tak kira untuk dropship, atau produk kalian sendiri.

Seperti Aida, kedai online beliau hanya produk dropship sahaja, tapi kedainya lengkap dan memudahkan pelanggan untuk mencari produk. Produk juga ada gambar, siap dengan harga dan keterangan. 

Dan yang lebih penting sebenarnya, kami di ABDR tidak galakkan pelajar untuk hasilkan blog yang penuh dengan gadget-gadget yang bling-bling sehingga merimaskan pembaca untuk scroll dengan mudah dan cepat.

Tujuan pembaca mencari info di blog ada untuk lebih maklumat sebelum dapatkan sesuatu produk yang mereka inginkan. Jadi jika blog kita yang terlalu sarat dengan gambar-gambar, sehingga melambatkan proses loading, mereka akan terus skip sahaja, dan mungkin terus tak jadi nak jelajah blog kita. Rugikan di situ. 

Pelajar juga akan belajar menulis secara konsisten. Tak semestinya jamu pembaca dengan produk semata-mata. Tapi kongsi juga pengalaman, atau catatan harian yang ringan dan disukai pembaca. 

Kalian boleh lihat banyak lagi contoh blog kedai online yang lengkap seperti ini di blog saya. Lihat pada senarai protege di bawah bimbingan saya. Alhamdulillah, mereka berjaya hasilkan blog sendiri dalam kelas ABDR. Ada yang zero basic juga sekarang sudah konsisten menulis di blog.

Bagi yang ingin belajar hasilkan blog kedai online seperti ini, boleh sertai kelas online blog fanpage mula bisnes di akademi bekerja di rumah. Kami buka pendaftaran setiap hari.

Mungkin 2 minggu terakhir ini, langkah permulaan untuk kalian mula bangunkan kedai online, boleh kasi panas-panas dulu, kasi semangat. Tahun depan tak berapa hari sahaja lagi, sudah boleh mula konsisten menggunakan blog sebagai medium perkongsian dan medium jualan. 

Untuk pendaftaran boleh lihat di sini yuran kelas ya  http://anysidayu.blogspot.com/p/kelas-belajar-asas-blog.html

Boleh juga terus hubungi saya :

Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms/ wsapp : 017-7912993 (anies)
add saya di facebook : https://www.facebook.com/anies.aiz