Wednesday, 31 December 2014

Suka Duka 2014

Teks : Anys Idayu Zakaria 

Alhamdulillah, selamat pagi. 2014 bakal melabuhkan tirai, meninggalkan pelbagai kenangan pahit manis, pengalaman, pengajaran, kegagalan, kejayaan.

Allah swt tidak sekali-kali menzalimi hambaNya. Apa yang didatang dan ujian adalah anugerah untuk kita, bukannya musibah. Pasti ada sesuatu yang lebih baik disebalik kejadian. Yang penting kita perlu kuat semangat dan redha dengan ujian tersebut, barulah dapat merasai nikmat anugerahNya.

Kita sama-sama terus hulurkan bantuan dalam bentuk derma, bantuan tenaga, dan doa. Semoga mereka yang diuji diberikan ketabahan. Dan ia juga merupakan ujian kepada kita juga sebenarnya, samada kita ikhlas membantu atau sebaliknya.

Bagi saya sendiri, tahun ini benar-benar meninggalkan satu kenangan dan pengalaman yang sukar digambar. Pegang kuat-kuat sebagai pengajaran dan pengalaman hidup.  Semoga 2015, akan lebih bermakna.  Nak mula merangka azam dan tekad yang ingin dicapai untuk setahun akan datang ini, semoga ada sesuatu kemanisan dalam bisnes, kerjaya dan keluarga.

Bakal masuk tahun ke-3 saya berblog. Alhamdulillah, tahun pertama merupakan tapak dan cara untuk saya bermula. Tahun ini pula, saya belajar menulis dengan konsisten, sambil memberi tunjuk ajar kepada mereka yang mahu memulakan bisnes secara online dengan menggunakan blog, dan tahun ini juga Alhamdulillah, saya sudah mula dapat rasa hasil menulis blog. Ramai yang sudah boleh jejak saya hanya melalui carian di google, dan kata kunci penulisan di blog.

Perlu lebih banyak lagi tambah ilmu dan dunia bisnes. Besarnya angan-angan nak berjaya, dan kaya supaya dapat membantu lebih ramai orang lain. Insya Allah.

Jom kita mula rangka azam untuk 2015.
- azam ingin baca sejuzuk / setengah juz sehari
- azam tak tinggal puasa sunat isnin khamis
- azam wajibkan diri derma sekurangnya rm 10 dlm tabung masjid setiap jumaat
- azam nak 'on'kan solat tahajud setiap hari.
- azam tak nak tinggal solat dhuha
- mahu lazimkan istighfar at least 100x sehari
- lazimkan selawat at least 100x sehari.
- lazimkan zikir setiap hari. Anda pilih apa yg terbaik
- tambah ilmu agama dalam bab yang masih tidak dikuasai.
- baca buku agama/motivasi diri at least sebuah sebulan.
- azam henti mengata, mengumpat, mencerca & berfikir negatif
- azam penuhkan hidup setiap hari dengan perkara positif
- menambah koleksi sahabat / rakan yang baik2
- azam ingin mengenali lebih ramai ulama / orang berilmu

Yang penting, sebelum setkan apa jua azam lain, setkan bab ini dahulu. Ia adalah 'core' kepada yg lain kerana azam inilah yg akan bantu kita bersihkan jiwa. Azam inilah yang akan bantu kita dekatkan diri dengan Tuhan.

Percayalah, apabila hati sudah dibersihkan & hubungan dengan Tuhan semakin rapat, segala azam-azam lain akan lebih mudah tercapai.
Kerana, 'kabel' anda dengan Tuhan semakin erat.
(Us Asraff Ayobb)

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua pembaca yang sudi singgah ke blog saya. Terima kasih pada yang sudi bertanya tentang servis yang saya tawarkan. Terima kasih kepada yang sudi membeli produk-produk digital dan produk fizikal yang ada di kedai online saya.

Terima kasih tak terhingga kepada semua ahli keluarga, atas sokongan dan semangat untuk terus kekal berjaya. Terima kasih kepada semua sifu-sifu, terutamanya pengasas ABDR, Kak Masayu Ahmad. Tanpa tunjuk ajar beliau, sudah tentu blog saya juga tidak terhasil. Terima kasih kepada semua sahabat handai, Team ABDR. Terima kasih kepada semua protege di bawah bimbingan saya, di kelas online ABDR. Terima kasih kerana sudi menimba ilmu bersama saya. Saya seikhlasnya menyampaikan, semoga kalian dapat manfaatkan sepenuhnya.

Semoga tahun 2015 akan memberi satu sinaran kegemilangan dalam hidup, kerjaya, bisnes dan keluarga. Semoga kita terus kaya mengumpul saham akhirat.Insya Allah.

SELAMAT TAHUN BARU 2015, Semoga kita terus diberkati dan dipermudahkan urusan.


Anys Idayu Zakaria
www.anysidayu.blogspot.com

Tuesday, 30 December 2014

Belajar Buat Blog - Coaching Blog di Johor Bahru, Sepanjang Januari 2015

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

  Coaching one to one, hasilkan blog fanpage mula bisnes 
 
Kelas ini terbuka untuk suri yang berada di sekitar kawasan Johor Bahru, Ulu Tiram, Kota Tinggi. 
Tarikh : Boleh pilih hari Jumaat atau Sabtu setiap minggu (bermula 4 Januari 2015)


Kelas berlangsung selama 3 jam untuk setiap sesi.

Tempat : MCD sebelah Dataran Bandaraya Johor Bahru (bagi yang tiada broadband sendiri)
               KFC sebelah Dataran Bandaraya Johor Bahru (untuk mereka yg ada broadband)


               KFC / MCD Ulu Tiram (ini untuk mereka yang berada sekitar Ulu Tiram - Kota Tinggi)

Terhad hanya untuk 3 peserta sahaja satu sesi.

Yuran kelas RM300/orang 

Apa yang pelajar akan dapat melalui kelas online blog offline ini :

  • Dropship produk makanan sunnah (airzam, jus kurma, jus epal, madu) dan produk makanan (nasi arab, keropok keping)
  • Bonus 4 ebook ABDR (Ebook belajar asas blog, ebook super wahm super mom, ebook mula bisnes butik dan ebook 101 idea home based bisnes)
  • Dapat belajar hasilkan blog bisnes, dan boleh mula berjualan
  • Alumni akademi bekerja di rumah
  • Dapat masuk group support kelas secara online 
  • Handout akan diberikan
  • Dapat jadi pengurus online akademi, berpeluang perkenalkan produk ABDR dan nikmati komisen dari rm50-100 untung bersih
  • Personal coaching online berterusan walaupun telah selesai kelas di luar 3 jam

Untuk kalian yang tinggal luar daripada Johor Bahru, boleh terus mendaftar ke kelas online blog. Kelas lebih mudah dan fleksibel mengikut masa dan tempat kalian sendiri. Hanya perlu online sahaja untuk siapkan tugasan. 
 

 Untuk mereka yang mahu belajar secara online, atas talian boleh juga mula daftar. Kami terima pendaftaran setiap hari.

Raisha 2 Tahun

Teks : Anys Idayu Zakaria

Pantas masa berlalu, 28 Disember lepas anak mama genap 2 tahun. Selamat hari lahir Raisha Qasrina. Semoga menjadi anak yang solehah, kebanggaan keluarga. 

Memang betul hampir terlupa mama, dek kerana minggu tersebut sibuk dengan presentation dan peperiksaan akhir. Tambahan pula, dugaan dengan kereta sakit memang betul-betul lupa semua.
Syukur nenek tolong ingatkan mama. Hehehe. Untuk tahun ni tak ada sebarang sambutan. Sebelum ini pun memang tak pernah sambut juga. Tunggu nanti ada rezeki lebih mama belikan hadiah yerk ;)

Keletah Raisha yang buatkan semua orang tak larat nak melayan. Tambahan sudah mula pandai bercakap, ada saja ceritanya. Hari-hari kalau boleh nak ajak pergi "aman" (taman permainan).

Mama doakan semoga adik membesar dengan sihat. Menjadi insan berguna, berbudi pekerti, berakhlak mulia.



Wednesday, 24 December 2014

Teks : Anys Idayu Zakaria

Hari-hari terakhir 2014, sikit hari sahaja lagi menjelang tahun 2015. Tak sabar sebenarnya nak menyusun jadual serta list target untuk tahun depan.

Tapi perlu diketepikan sekejap beri laluan pada presentation dan final exam hujung minggu ini. Selagi tak selesai semua kerja lain pun seperti tertangguh. Semoga Allah permudahkan semuanya. Jumaat dan sabtu ini saya ada prentation, ahad pula ada final. Dan tinggal satu lagi Peperiksaan OSHA pada 8 Januari nanti. Alhamdulillah, masa jarak juga antara dua exam ini, cumanya masa agak suntuk hujung minggu ini.

Semoga kita sentiasa berada dalam lindungan Allah swt. Doakan yang baik-baik, fikir yang baik-baik supaya kita sentiasa berada dalam keadaan positif.

Alhamdulillah, selamat pagi. Kita sama-sama doakan rakan-rakan, saudara mara kita  di Pantai Timur dipelihara Allah swt daripada sebarang musibah banjir yang lebih teruk. Semoga diperkuatkan iman dan diberi kesabaran menempuh dugaan ini. 

psst, apa tu, heheh ini rempah gulai original dari pantai timur. Nanti saya cerita lagi ya. Kalian jamu mata dulu ;)

Saturday, 20 December 2014

Apa Itu Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Teks : Anys Idayu Zakaria

Ahamdulillah, selamat datang pelajar-pelajar baru Disember. Selamat datang Puan Emy Nor, Puan Suzila Said, Puan Rahiza Haszian ke kelas di bawah kendalian saya. Saya doakan mereka konsisten untuk terus mulakan tugas menyiapkan blog, dan boleh terus mula belajar bagaimana berurus niaga secara dropship melalui produk ABDR.

Bergabung dengan kami jemaah ABDR yang menghampiri angka 1000 tidak lama lagi. 3 kategori kelas popular tahun 2014
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas bisnes online
3. Kelas akaun

Ini soalan yang biasa ditanya.
1. Adakah ABDR MLM?
-Kami bukan MLM
-Kami adalah kumpulan sokongan untuk surirumah yang mahu belajar asas bisnes online.
-Latihan ini dilakukan secara online, walau di mana sahaja kalian berada.
-Latihan ini juga boleh dilakukan secara one to one

2. Bagaimana mahu daftar/
-Boleh lihat keterangan di sini dahulu http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/
-Pilih kategori kelas, kemudian pilih yuran.


3. Adakah boleh belajar secara berdepan (one to one)
-Iya, memang boleh. Sebelum daftar kenalpasti lokasi dan maklumkan kepada kami lokasi kalian. Kita sudah pun membuat kelas offline sepanjang 2014.

4. Apakah modul yang sesuai untuk saya belajar?
-Selepas kita analisa baru kita tahu modul apa yang sesuai kerana setiap orang tidak sama masalah.
-Ada yang tidak ada asas penulisan dan mahu belajar menulis secara konsisten.
-Ada yang sudah ada kedai online, tetapi mahu belajar menulis untuk membina trafik dan pembaca/pelanggan
-Ada yang sudah ada website tetapi tidak ada jualan
-Ada yang sudah ada blog tetapi tidak tahu mahu tulis apa.

5. Apa pilihan kelas popular di ABDR?
-Kelas asas blog dan penulisan.
-Kelas asas mula bisnes online.

6. Bagaimana sesi belajar ini berlangsung?
-Selepas faham masalah.
-Pilih kelas.
-Pilih kategori yuran.
-Mendaftar melalui pengurus online atau rakan niaga ABDR, iaitu ada dua logo pada blog mereka.
-Daftar, analisa, masuk grup dan mula.
-Selepas analisa tugasan akan bermula. Arahan adalah di dalam grup.
-Pelajar/peserta boleh selesaikan tugasan walau di mana sahaja kalian berada.

Baca keterangan lanjut di sini yuran kelas di sini http://anysidayu.blogspot.com/p/kelas-belajar-asas-blog.html

Untuk pendaftaran, boleh hubungi saya :

Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms/ wsapp : 017-7912993
add saya di facebook : https://www.facebook.com/anies.aiz

Friday, 19 December 2014

ABDR - Fokus Bagaimana Cara Jana Pendapatan Dari Rumah

Berkenalan Dengan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

 

Teks: Bibi Normi (Madam B)

Salam inspirasi...

Hari ini penulis ingin membawa anda untuk mengenali siapa sebenarnya Akademi Bekerja Di Rumah. Nama ringkasnya ABDR. Ramai yang bertanyakan saya apakah fungsi dan konsep ABDR. Paling penting apa keuntungan yang kita akan dapat apabila menyertai akademi ini. Di sini saya nyatakan sedikit untuk lebih difahami dan bagaimana mahu bermula.

Saya jelaskan bahawa ABDR bukan Akademi Fantasia (AF) yang kita tonton di saluran Astro. ABDR adalah sebuah akademi yang fokus kepada wanita atau lebih dikenali sebagai suri. ABDR sangat fokus kepada bagaimana cara menjana pendapatan dari rumah sama ada secara full time atau part time. ABDR tidak menggalakkan suri berhenti kerja dahulu sebelum mampu menjana pendapatan sendiri. ABDR mengajar suri erti berfikir dan menggunakan bakat yang ada dalam diri. Suri yang bagaimana? Suri yang sama ada bekerjaya atau tidak bekerjaya yang bercita-cita ingin memulakan bisnes secara atas talian (online). 

Konsepnya semudah ABC, iaitu tidak perlu buat pinjaman dengan mana-mana pihak untuk jadikan impian bisnes suri menjadi kenyataan. Kita di sini menggunakan apa yang ada. Maksudnya kita bersyukur dengan kurniaan Allah SWT dengan menggunakan semaksimum mungkin bakat, minat, kelebihan, pengalaman dan ilmu yang ada untuk mulakan bisnes suri. Bersama ABDR, suri akan dilatih agar berkongsi ilmu yang ada bersama suri-suri yang lain. Berkongsi dan berkenalan sesama suri. In Syaa Allah ada ganjaran dan peluang yang kita tidak tahu menanti di hadapan. Kita memberi dan menerima sesama suri demi bisnes online masing-masing dengan gaya tersendiri berpandukan panduan dan assistance guru online yang profesional. 

Maka apakah bisnes online? Penulis tahu ada suri di luar sana bertanyakan soalan ini. Untuk makluman suri yang dikasihi....
Kedai fizikal kita MESTI bayar sewa tetapi kedai online suri TIDAK PERLU bayar sewa. Jelas bukan? Dalam erti kata lain bersama ABDR bisnes online TIADA sewa tapak.

Suri sekalian mahu miliki bisnes Online ? Boleh...tiada halangan. Saya kongsikan langkah yang pernah saya lakukan satu ketika dahulu.Apa yang saya buat adalah:

1. Klik Like & Follow Fb page Akademi Bekerja Di Rumah dan Wahm Sahm Soho.

2. Baca informasi dan info yang dikongsi di Fb Page berkenaan dan cuba fahami apa konsep yang ingin disampaikan.

3. Berkenalan dengan Puan Pengasas ABDR iaitu Masayu Ahmad. Boleh add beliau di Fb: Masayu Ahmad atau baca blog beliau Masayuahmad.Com atau Blog NaufalSayang. Nota: Untuk pengetahuan suri, Puan Masayu adalah penulis kepada ebook popular seperti Jana Wang Dari Rumah salah satunya.

4. Berkenalan dengan guru online saya sendiri iaitu Puan Anys Idayu Zakaria. Boleh singgah dan baca perkongsian beliau di blog Panduan Mula Bisnes Dropship.

5. Berkenalan dengan saya sendiri iaitu pemilik blog Inspirasi Cinta Wanita pada bila-bila masa. Klik dan baca apa yang saya kongsikan di Tab menu : Kelas Online dan Pakej Ebook (WAHM) untuk permulaan dan jika suri faham apa yang kami sampaikan di sini maka anda 50% sudah bersedia untuk bergabung dengan ABDR dan mulakan bisnes online sendiri.
 
6. Klik dan baca mana-mana blog bisnes online suri yang lain yang sudah sertai ABDR. Suri boleh dapat di blog saya, Puan Mas, Puan Anys atau suri lain yang anda kenal. Mereka adalah senior kepada kita dan suri boleh berkenalan dengan mereka secara online.
 
7. Sebaik sudah lakukan semua langkah di atas, suri hanya perlu kenal diri, tanya diri apakah bakat dan kelebihan yang suri ada untuk suri jadikan ia sebagai bisnes online. Pasti ada kerana setiap makhluk ciptaanNYA tidak sama dan unik.
 
8. Sebelum mendaftar suri boleh bertanyakan kepada mana-mana pengurus online untuk dapatkan kepastian sejauh mana ABDR dapat membantu suri berbisnes secara online.
 
9. Dapatkan khidmat nasihat daripada guru/pengurus online yang suri yakin dapat membantu suri dan ...
 
10. Mendaftar sebagai ahli dan bergabung dengan kami di ABDR yang semakin menghampiri 1000 ahli. 

Maklumat yang suri perlu tahu adalah...Pendaftaran dibuka setiap hari dan guru online akan membantu suri. Ada banyak perkara dan niche yang suri boleh pilih dan fokus selepas menjadi ahli. Contohnya:

1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes.
3. Kelas beriklan di Mudah.My.
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung.
8. Perkhidmatan Upah Blog.

Nota: Di sini saya kongsikan sebuah blog untuk suri dapatkan inspirasi sebelum bermula. Blog ini kepunyaan Nor Zalina Hamzah yang berjaya mencapai 44 entri sebagai kejayaan pertama menyertai ABDR. Suri juga boleh berjaya seperti suri-suri yang lain. Percayalah!

Itu sahaja buat masa ini. Saya akan kongsikan yang selebihnya selepas ini. 

In Syaa Allah. 

Thursday, 18 December 2014

Jana Pendapatan Sebagai Pengurus Online Akademi

Cik azue sebelum ikut serta kumpulan sokongan Akademi Bekerja Dari Rumah ini, cik azue juga telah sedia tahu menulis blog, sedia tahu buat page FB dan link itu ini ke blog dan sebagainya.
Sebelum nak bersama tu, memang pernah terdetik juga dihati, tak perlu lah ikut serta, dah tahu pun semuanya, tapi hati ini (melalui istikharah) berat mahu turut serta, dengan alasan, "tak salah cari ilmu, mana tahu ada ilmu baru yang belum tahu. Namun jika semua sudah tahu, sekurang-kurangnya ada kumpulan sokongan bila rasa macam mood jatuh merudum"

Alhamdulillah, setelah bertahun sebuk menjadi 'silent reader' bagi blog puan Masayu Ahmad, akhirnya, cik azue melangkah masuk menjadi sebahagian dari keluarga besar ini.
Jangan ingat banyak yang kita tahu, banyak lagi juga yang kita belum tahu.

Terima kasih cikgu pembimbing yang rajin membimbing kita. Terima kasih ya cikgu Anys Idayu Zakaria. Terima kasih juga buat puan masayu yang banyak memberi peluang bagi kami para suri untuk kekal aktif menjana pendapatan sampingan walau sudah bergelar 'the real ORANG di RUMAH'.

Baik, ini perkongsian cik azue bagi kalian yang masih was-was tentang ABDR ini. Jujur, banyak yang diperolehi jika benar kita mengikuti sepenuhnya saranan yang diberi semasa kelas online.
Cik azue yang agak sibuk memanjang ini juga sangat selesa dengan kelas online yang 'flexible', yang bermaksud, bila-bila masa nak akses dan buat ikut suka hati sendiri. Namun percayalah, kalau tidak mencuba, kita tidak akan tahu sampai ke mana kah kita.

Bagi kalian yang mahu dan ingin sertai keluarga besar ABDR (sikit sahaja lagi kami nak mara 1000 penyertaan dengan jumlah 901 blog alumni ABDR setakat ini)
Yang mana dah terasa di hati, boleh sertai kami melalui mana-mana kelas berikut.

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship produk islami
- dropship produk makanan
- drosphip telekung solat
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/
9. kelas penulisan ebook premium

Pendaftaran Kelas Online/Offline Blog dibuka setiap hari.
Hubungi cik azue jika kalian sudah sedia atau mahu tahu lebih lanjut tentang pengalaman cik azue sendiri sebagai ahli dan pengurus online ABDR

Tuesday, 16 December 2014

Contoh Menulis Pengenalan Diri Di Blog

Blog pilihan hari ini, contoh entri pengenalan yang sangat baik.
TENTANG PENULIS

Teks: Faridah Yusof
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamu'alaikum wbt..

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT. Izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya Faridah Binti Yusof. Anak sulung dari 8 adik beradik (7 perempuan dan seorang lelaki). Berumur 35 tahun dan saat ini sudah mempunyai 2 orang cahaya mata serta sedang sarat dengan kandungan yang ke-4. Saya mula memegang jawatan pengurus rumah sepenuh masa dan bekerja dari rumah sejak April 2011 setelah saya meletakkan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru Bahasa Inggeris).

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepadaNya di atas peluang belajar dari saya kecil hingga dewasa. Bermula dari pendidikan awal dari rumah oleh ibu dan abah. Ketika berumur 6 tahun mula bersekolah di Kindergarten Treacher Methodist, Taiping. Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Convent Klian Pau, Taiping sehingga darjah 3, seterusnya Sekolah Kebangsaan Chenderah, Jasin, Melaka. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah Melaka dari tingkatan 1-5 dan kemudian menyambung Foundation New Zealand (Accounting) di Emile Wolf College, Kelana Jaya. Seterusnya menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dan Pengurusan (Perakaunan) Lincoln University di UNITEN di bawah program tajaan MARA.

Setelah tamat belajar, saya sempat bekerja di bahagian akaun dan cukai di sebuah syarikat swasta. Tidak bertahan lama, saya akhirnya bertukar kepada bidang pendidikan. Bermula menjadi guru ganti di beberapa buah sekolah kebangsaan , menjadi guru tuisyen di sebuah pusat tuisyen, kemudian guru kontrak di Institut Kemahiran Mara dan akhirnya mendapatkan ilmu dan Diploma Pendidikan di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.

Bermula dengan bertugas secara rasmi sebagai seorang guru dan pendidik memberi saya pengalaman yang sangat berharga. Tugas mengajar dan mendidik adalah tugas yang sangat mulia. Seperti yang selalu disebut oleh Prof Dr Muhaya , kerjaya guru adalah kerjaya yang memberikan ladang pahala.Saya sangat meminati bidang ini. Patutlah emak saya beriya-iya mahu saya menjadi seorang guru. Namun setelah berumah tangga dan mempunyai cahayamata, rasa tanggungjawab dan keinginan mendidik anak di rumah menjadi begitu menebal. Saya rela meletakkan jawatan demi memberi tumpuan pada tempoh kritikal pembesaran anak-anak dari umur 0-7 tahun. Setelah beristikharah, memohon petunjuk Ilahi, berbincang dengan suami dan berfikir selama 2 tahun, akhirnya saya tekad meletakkan jawatan Gred 41 ini tanpa menoleh ke belakang lagi. Pelbagai respon dari sahabat, saudara mara dan orang sekeliling tentang hal perletakan jawatan ini. Ramai yang menyokong niat suci ini dan menyatakan rasa cemburu kerana mereka juga ingin berbuat hal yang sama. Tidak kurang juga yang kurang bersetuju. Walau apa pun , saya terima segala respon dengan berlapang dada. Saya yakin, itu tandanya orang-orang di sekeliling mengambil berat tentang diri saya..Alhamdulillah.

Alhamdulillah..Allah izinkan saya menjaga dan mendidik anak sendiri. InsyaAllah saya akan menggunakan masa dan peluang yang diberikan dengan sebaik-baiknya dan dengan segala upaya.
InsyaAllah, dengan izinNya jua melalui penulisan ini saya akan kongsikan kepada para pembaca tentang pendidikan awal anak-anak. Saya bukanlah orang yang pakar dan berpengalaman luas di dalam bidang pendidikan awal anak-anak. Namun, saya akan kongsikan dapatan dari hasil bacaan dan carian dari pelbagai sumber bacaan. Sebarang komen dan makluman dari para pembaca amat saya alu-alukan agar sama-sama kita mendapat manfaatnya. Doakan agar penulisan ini mendatangkan manfaat seterusnya dapat menjadi pencen kubur saya di sana kelak. Aamiin.
Berkenalan dengan penulis: Faridah Yusof 

Kami buka pendaftaran ke kelas online blog ABDR setiap hari.
Mula daftar bagi yang sudah sedia
Belajar memperkenalkan diri melalui penulisan dan penjenamaan diri, berdasarkan analisa soalan dalam kelas online blog ABDR. Untuk Pendaftaran boleh hubungi saya Anys Idayu Zakaria

Monday, 15 December 2014

Contoh Blog Kedai Online

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Alhamdulillah, hari ini rupanya sudah masuk separuh bulan Disember. Tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja lagi untuk kita melangkah ke tahun baru. Aduhai rasa banyak lagi belum diselesaikan.
Insya Allah kita susun dan rancang dengan baik supaya semua dapat berjalan lancar.

Ok hari ini saya nak kongsi sebuah blog kedai online milik salah seorang pelajar blog saya. 


 



Ini salah satu contoh kedai online yang lengkap dengan
> Maklumat diri pemilik kedai
> Borang Tempahan
> Terma syarat
> Label
> Pages

Kedai online seperti ini sesuai untuk semua jenis produk, tak kira untuk dropship, atau produk kalian sendiri.

Seperti Aida, kedai online beliau hanya produk dropship sahaja, tapi kedainya lengkap dan memudahkan pelanggan untuk mencari produk. Produk juga ada gambar, siap dengan harga dan keterangan. 

Dan yang lebih penting sebenarnya, kami di ABDR tidak galakkan pelajar untuk hasilkan blog yang penuh dengan gadget-gadget yang bling-bling sehingga merimaskan pembaca untuk scroll dengan mudah dan cepat.

Tujuan pembaca mencari info di blog ada untuk lebih maklumat sebelum dapatkan sesuatu produk yang mereka inginkan. Jadi jika blog kita yang terlalu sarat dengan gambar-gambar, sehingga melambatkan proses loading, mereka akan terus skip sahaja, dan mungkin terus tak jadi nak jelajah blog kita. Rugikan di situ. 

Pelajar juga akan belajar menulis secara konsisten. Tak semestinya jamu pembaca dengan produk semata-mata. Tapi kongsi juga pengalaman, atau catatan harian yang ringan dan disukai pembaca. 

Kalian boleh lihat banyak lagi contoh blog kedai online yang lengkap seperti ini di blog saya. Lihat pada senarai protege di bawah bimbingan saya. Alhamdulillah, mereka berjaya hasilkan blog sendiri dalam kelas ABDR. Ada yang zero basic juga sekarang sudah konsisten menulis di blog.

Bagi yang ingin belajar hasilkan blog kedai online seperti ini, boleh sertai kelas online blog fanpage mula bisnes di akademi bekerja di rumah. Kami buka pendaftaran setiap hari.

Mungkin 2 minggu terakhir ini, langkah permulaan untuk kalian mula bangunkan kedai online, boleh kasi panas-panas dulu, kasi semangat. Tahun depan tak berapa hari sahaja lagi, sudah boleh mula konsisten menggunakan blog sebagai medium perkongsian dan medium jualan. 

Untuk pendaftaran boleh lihat di sini yuran kelas ya  http://anysidayu.blogspot.com/p/kelas-belajar-asas-blog.html

Boleh juga terus hubungi saya :

Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms/ wsapp : 017-7912993 (anies)
add saya di facebook : https://www.facebook.com/anies.aiz


Tuesday, 9 December 2014

Dapat Pelanggan Dari Carian Google dan Blog




Ramai membeli order set membaca melalui blog 

Pelanggan jejak carian homestay melalui google dan blog


Jangan diragui medium pemasaran melalui blog
Medium yang sangat meluas pasarannya. Tidak tertumpu kepada kelompok yang kita kenali sahaja
Belajar berkongsi di blog untuk memperkenalkan produk kepada pembaca dan bakal pembeli.
Belajar hasilkan blog mesra pelanggan.

> Tulis dahulu perkongsian pengalaman, ia mungkin mengesankan. > Tulis dahulu kepakaran, ia mungkin menjadi rujukan.
> Tulis dahulu kisah kebenaran, menginsafkan, ia menjadi inspirasi.
> Pembaca yang ramai dan kenal penulis, barulah mereka yakin untuk membeli.


Kalau kita tengok tv, asyik asyik iklan, iklan, iklan. Ada ke yang mahu tengok iklan sepanjang masa?
Itu sebab ada cerita, drama, berita. Kemudian baru selang seli iklan. Ada iklan ada duit.
Begitu juga blog.
Asyik, asyik tempek iklan memanjang, pembaca lebih sukakan info dan perkongsian.

Belajar teknik yang betul, bagaimana menjadikan blog sebagai sumber rujukan, sumber perkongsian, seblum kita mula menjual produk yang kita ada.
kami buka pendaftaran ke kelas online blog ABDR setiap hari.
Boleh mula daftar dan belajar hari ini

Boleh lihat dan pilih pakej kelas di sini http://anysidayu.blogspot.com/p/kelas-belajar-asas-blog.html 

Untuk pendaftaran boleh hubungi saya
sms /whatsapp 017-7912993 (anies)
Email : anysidayuzakaria@gmail.com

Sunday, 7 December 2014

Persediaan Awal

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria


Bulan yang sangat padat dengan tugasan dan peperiksaan akhir
Persediaan kakak naik sekolah
Tarik nafas, bertenang kena mula buat persediaan dari sekarang.
Semoga dipermudahkan semuanya ;)





penenang jiwa, keletah kakak dan adik :)



Bagi yang mahu dan ingin sertai keluarga besar ABDR. Pendaftaran dibuka setiap hari. Sikit sahaja lagi kami nak mara 1000 penyertaan. 901 blog alumni ABDR.

Mahu berukhwah dan berjemaah dengan keluarga besar ABDR.
Sertai mana-mana kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship produk islami
- dropship produk makanan
- drosphip telekung solat
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/
9. kelas penulisan ebook premium

Pendaftaran Kelas Online/Offline Blog dibuka setiap hari.

Anys Idayu Zakaria
Guru Online ABDR
www.anysidayu.blogspot.com

Wednesday, 3 December 2014

Kelas Akaun Bulan Disember


Pendaftaran untuk kelas / bengkel urus akaun bisnes, dibuka untuk 2 lokasi, kalian usahawan yang berminat untuk turut serta, boleh pilih mana-mana tarikh untuk 2 lokasi ini ya.


1. [Kelas asas Akaun Offline]
Pendaftaran bagi bulan Disember sudah dibuka.
Belajar urus akaun bisnes kecil atau akaun sendiri.

Grup Coaching.
Tarikh: 16 Dis 2014, Selasa dan 20 Dis 2014, Sabtu
Masa: 9.30pg - 2.00tgh
Yuran : RM 250.00
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Lokasi: Bandar Tun Hussein, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)





Kelas asas Akaun Offline - Grup Coaching.
Topik:
1. Asas Bisnes
2. Asas Dokumen Bisnes
3. Asas Merekod Akaun





Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes
Ebook Super Wahm Super Mom
Ebook Mula Butik Online /Offline

Bonus 2:
3 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3:
Diskaun RM50 untuk kelas blog dan penulisan

Untuk pendaftaran boleh terus hubungi saya
sms /whatsapp : 017-7912993 (anies


**************************************************************************







[Kelas Asas Akaun Offline]
Bengkel Offline Asas Akaun
Lokasi Shah Alam - 11 Dis 2014
Yuran : RM 250.00
Masa: 9am-4pm
Kelas dalam kumpulan kecil (6-10 pax)




Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.


Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes

Bonus 2:
2 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3:
Jaminan pulangan wang

Untuk pendaftaran boleh terus hubungi saya 
sms /whatsapp : 017-7912993 (anies)

Tuesday, 2 December 2014

Sesi Coaching Blog Sekitar Johor Bahru - Tahun 2015

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
Foto : Koleksi Peribadi 


Alhamdulillah, beberapa sesi coaching blog secara one to one telah selesai dijalankan untuk sekitar kawasan Johor Bahru. Sesi coaching ini berlangsung pada bulan November.

Terima kasih pada semua belajar yang telah mendaftar, mereka sangat komited menyiapkan tugasan kelas dalam tempoh 3 jam sahaja, dapat selesaikan tugasan yang diberikan, dan bersambung untuk tugasan penulisan dalam kelas online di group pula.





Insya Allah, hasrat hati saya untuk buka semula sesi coaching area Johor Bahru ini, kemungkinan tahun hadapan, itu pun perlu lihat dulu pada jadual kelas saya. Jika tidak bertembung dengan pembelajaran dan sesi kelas di UTM, Insya Allah saya akan adakan lagi sesi coaching ini.

Tapi bila fikir semula, sebenarnya masih ramai lagi suri sekitar Johor Bahru yang sedang mencari peluang dan ruang untuk mula belajar berbisnes secara online. Ada juga yang sms /whatsapp bagitau tak dapat turut serta tarikh pada Bulan November lepas, jadi lepas difikir-fikirkan, saya akan buka kelas coaching untuk tahun 2015, bergantung bila-bila masa sahaja, hujung minggu, Jumaat / Sabtu mengikut kelapangan, jika tiada kelas di UTM.

Bagi yang berminat, boleh dulu sms /whatsapp saya 017-7912993 (anies), untuk persetujuan tarikh. 

Ini details lanjut tentang kelas ya 

 
Kelas offline blog fanpage mula bisnes Johor Bahru
Kelas berlangsung secara one to one
Kelas ini terbuka untuk suri yang berada di sekitar kawasan Johor Bahru, Ulu Tiram, Kota Tinggi. 
Tarikh : Boleh sms /wsapp saya dahulu, untuk kita pilih tarikh persetujuan bersama (tertakluk kepada masa saya free, hujung minggu Jumaat / sabtu)


Kelas berlangsung selama 3 jam untuk setiap sesi.

Tempat : Berdekatan dengan persetujuan pelajar

Terhad hanya untuk 3 peserta sahaja satu sesi.

Yuran kelas RM300/orang 

Apa yang pelajar akan dapat melalui kelas online blog offline ini :
  • Dropship produk makanan sunnah (airzam, jus kurma, jus epal, madu) dan produk makanan (nasi arab, keropok keping)
  • Bonus 4 ebook ABDR (Ebook belajar asas blog, ebook super wahm super mom, ebook mula bisnes butik dan ebook 101 idea home based bisnes)
  • Dapat belajar hasilkan blog bisnes, dan boleh mula berjualan
  • Alumni akademi bekerja di rumah
  • Dapat masuk group support kelas secara online 
  • Handout akan diberikan
  • Dapat jadi pengurus online akademi, berpeluang perkenalkan produk ABDR dan nikmati komisen dari rm50-100 untung bersih
  • Personal coaching online berterusan walaupun telah selesai kelas di luar 3 jam

Untuk kalian yang tinggal luar daripada Johor Bahru, boleh terus mendaftar ke kelas online blog. Kelas lebih mudah dan fleksibel mengikut masa dan tempat kalian sendiri. Hanya perlu online sahaja untuk siapkan tugasan. 

 

Monday, 1 December 2014

Selamat Datang Disember

Tek : Anys Idayu Hj Zakaria

Selamat datang Disember
Bulan terakhir 2014.

Pejam celik, sekejapan sangat masa berjalan, kita tak rasa sedar-sedar sudah menghampiri hari baru, bulan baru, tahun baru 2015.

Hidup sememangnya banyak pilihan. Hanya kita sahaja perlu bijak samada untuk memilih pilihan yang tepat, atau masih melihat kejayaan orang lain. Kita masih ada masa untuk bertindak, walaupun saat-saat akhir, ketika orang lain telah mengecap kejayaan. Masa tidak pernah terlambat. Hanya kita yang berhak menentukan kehidupan dan kejayaan masa hadapan kita.

Alhamdulillah, masih lagi meneruskan misi untuk tahun 2014, mahu membantu lebih ramai suri yang mahu memulakan bisnes secara online, dengan hanya modal paling minima, dan tanpa perlu susah payah untuk keluar rumah.

Dengan impian tahun ini saya mesti bantu 100 orang protege yang mahu memulakan bisnes secara atas talian, hanya menggunakan blog sebagai medium untuk mula berkongsi, mula memperkenalkan diri pada pembaca dan bakal pelanggan.

89 pelajar sudah saya bimbing dalam kelas online blog ABDR untuk tahun 2014. Dengan bergabung bersama kami di Akademi bekerja di rumah, Insya Allah saya boleh bantu lebih ramai lagi suri yang mahu bermula.

Mungkin kalian antara yang akan dibimbing bersama keluarga besar ABDR. Jom mulakan satu perubahan untuk melihat kejayaan masa akan datang.

Mahu jadi protege saya untuk bulan Disember ini, kami terima pendaftaran ke kelas online blog ABDR setiap hari. Mula daftar hari ini!!!


Anys Idayu Zakaria
Guru Online ABDR
www.anysidayu.blogspot.com

Sunday, 30 November 2014

Kumpul DANA 5K untuk Adik Nurul Nadia Nahyuddin

Teks : Anys Idayu Zakaria
Sumber : Blog http://kuazue.blogspot.com/2014/11/entri-102-mesin-penyambung-nyawa.html


Assalamualaikum para pembaca. Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi kisah dari salah seorang protege saya. Kisah diambil dari entri beliau. Untuk sama-sama kita bantu Adik Nurul Nadia yang sangat memerlukan bantuan kewangan dari kita semua. Semoga dengan dipanjangkan kisah beliau ini, akan mendapat tempat dan perhatian daripada pihak tertentu untuk turut membantu. 

Jika kita tak dapat dari segi kewangan, mungkin kita boleh bantu dengan cara memanjangkan kisah ini untuk dikongsi dengan orang ramai, supaya lebih ramai yang membantu. Insya Allah.




"Tapi saya perlu bgtau akak awal2 ye sng nanti akak trgkn pd customer sy ni x mcm org lain. Jd sy buat kraf ni masa sy sihat. Sy selalu berulg ke hosp dan bg sesiapa yg menemph dgn sy perlu fhm keadaan sy kerana sy jrg dpt siapkn temphn yg urgent, Biasa customer akan order 3,4 bln awal sblm majlis. Bkn apa sakit nk dtg x tahu. Bila dah sakit terbaring jelah. ......" Mula tu biasa la orang sakit.. tapi tergerak dihati utk tanya lebih lanjut... dan bila dah tahu.. 



Kalau nak tahu apa pekerjaan adik ini? Dia membuat barangan kraf di masa sengangnya. Beliau yang bernama Nadia ini boleh dihubungi melalui laman sosial FB: Nadieya Felt Craft 

Pada mulanya, dia keberatan bila cik azue utarakan untuk menulis cerita tentang beliau, kerana dia masih boleh berusaha dan tidak mahu ada rakan-rakan yang tersalah anggap seolah dia menagih simpati mahupun ehsan. Sebab itu dia minta kerja, Tapi apalah sangat yang boleh dibuat oleh dia dalam keadaan nya yang sebegini kan.. mahu mengumpul DANA sebesar 5K buat membeli satu lagi unit mesin kerana mesin sedia ada sudah rosak (1 mesin dari hospital, satu lagi arwah kawan nadia bagi, tapi salah satu dah rosak). Jadi Nadia sekarang bergantung kepada hanya satu mesin sahaja yang kita tak tahu bilakah mesin ini akan terhenti. Membayangkan tiba-tiba mesin yang satu ini terhenti? apalah nasib adik malang ini?

Cik azue pujuk-pujuk dan akhirnya dia bersetuju, itu pun hanya bagi mempercepatkan proses mendapatkan mesin oksigen itu sahaja. Lain-lain dia dan keluarga akan usahakan sendiri. Nadia merupakan anak kedua dari 3 orang adik beradik yang mana mempunyai seorang abang yang baru tamat pengajian dan seorang adik yang masih lagi belajar. Ibu dan bapa hanya berpendapatan kira-kira RM1K sebulan. Jadi Nadia yang berumur 22 tahun ini mengambil inisiatif mengisi masa senggang dari duduk saja, membuat kerja kraf dan berjualan melalui alam maya. Terpukul cik azue dengan situasi Nadia. Sesakit dia, masih lagi berusaha.. cik azue? Tanpa wayar oksigen pun, sikit sahaja demam pun.. kalau boleh seluruh kenalan di dunia ni nak diberitahukan. Malu! Malu! Malu! Allah, hebat sungguh teguran Mu Ya Allah. Nadia dgn wayar nya ketika pergi atas urusan temujanji rawatan Nadia dengan mesin oksigen. Maaf Nadia, terpaksa cik azue muat naik juga gambar yang kalau boleh anda tidak mahu dikongsi. Tapi demi kelangsungan nyawa itu, kita kongsi bersama. 



Bayangkan Nadia memakai mesin itu 24/7. Ke mana sahaja dan buat apa sahaja. Untuk makluman, Nadia menghadapi sakit pendarahan dalam paru-paru. Selalu alami batuk berdarah dan semput. Pernah koma selama 2 bulan dan pernah jalani kemo. Nadia adalah penghidap Thalasemia dan dikesan pada umur 6 tahun. Menderita sakit paru-paru dari umor 12 tahun. Bermula dengan pakai topeng oksigen waktu malam sahaja sehingga lah sekarang ini kena pakai sentiasa. Pernah dirawat di hospital selama 3 tahun (duduk hospital 3 tahun sebab tidak boleh cabut oksigen). Dan di sinilah bermulanya Nadia kena pakai 24/7 topeng oksigen. Nadia di bawah hospital Tunku Ampuan Afzan (HTAA), di bawah seliaan unit dada. 

Nadia boleh dihubungi di talian 019-9352697 dan WhatsApp pada talian 011-39145517. Tapi cik azue ingatkan, masa cik azue berbalas pesanan pun, kadang Nadia ni minta diri, perlu rehat, kena tidur. Jadi jangan harap jawapan cepat dari Nadia, jika kalian ada yang mencuba menghubungi Nadia sendiri. 


No akaun bagi saluran DANA ini adalah Bank: CIMB 7053466392 - Nurul Nadia Nahyuddin 

Manakala bagi yang berkesempatan untuk melawat, boleh singgah ke 12933, Jalan Sri Jaya, Kampung Gong Pauh, 24000 Kemaman, Terengganu 

Marilah kalian kita bantu adik ini yang kuat semangat nya dengan merealisasikan impian memiliki satu lagi mesin oksigen bagi penyambung nyawa. 

Jutaan terima kasih buat kalian yang sudi membaca dan 'forward' sehingga DANA 5K cukup buat membeli mesin oksigen nya. Semoga usaha kecil kita memberi seribu sinar buat Nadia dan keluarga dan semoga Nadia tidak putus asa atas rahmat Ilahi walau pun dia diuji dengan ujian yang berat di mata cik azue. 


 

"Tapi saya perlu bgtau akak awal2 ye sng nanti akak trgkn pd customer sy ni x mcm org lain. Jd sy buat kraf ni masa sy sihat. Sy selalu berulg ke hosp dan bg sesiapa yg menemph dgn sy perlu fhm keadaan sy kerana sy jrg dpt siapkn temphn yg urgent, Biasa customer akan order 3,4 bln awal sblm majlis. Bkn apa sakit nk dtg x tahu. Bila dah sakit terbaring jelah. ......" Mula tu biasa la orang sakit.. tapi tergerak dihati utk tanya lebih lanjut... dan bila dah tahu..

Make Money at : http://bit.ly/copy_win
"Tapi saya perlu bgtau akak awal2 ye sng nanti akak trgkn pd customer sy ni x mcm org lain. Jd sy buat kraf ni masa sy sihat. Sy selalu berulg ke hosp dan bg sesiapa yg menemph dgn sy perlu fhm keadaan sy kerana sy jrg dpt siapkn temphn yg urgent, Biasa customer akan order 3,4 bln awal sblm majlis. Bkn apa sakit nk dtg x tahu. Bila dah sakit terbaring jelah. ......" Mula tu biasa la orang sakit.. tapi tergerak dihati utk tanya lebih lanjut... dan bila dah tahu..

Make Money at : http://bit.ly/copy_win
"Tapi saya perlu bgtau akak awal2 ye sng nanti akak trgkn pd customer sy ni x mcm org lain. Jd sy buat kraf ni masa sy sihat. Sy selalu berulg ke hosp dan bg sesiapa yg menemph dgn sy perlu fhm keadaan sy kerana sy jrg dpt siapkn temphn yg urgent, Biasa customer akan order 3,4 bln awal sblm majlis. Bkn apa sakit nk dtg x tahu. Bila dah sakit terbaring jelah. ......" Mula tu biasa la orang sakit.. tapi tergerak dihati utk tanya lebih lanjut... dan bila dah tahu..

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Wednesday, 26 November 2014

Iklankan Produk Bisnes Di SOHO ABDR


Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
Photo : Koleksi ABDR 

Ini antara contoh mereka yang sudah beriklan di SOHO Directory ABDR.

Make Up Pengantin By Make up artist, Dinie Awalluddin

Make up artist, Dinie Awalluddin berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri solekan dan merias wajah selebriti, pelakon, penyanyi, golongan VVIP, VIP malah raja sehari di majlis pertunangan, pernikahan, persandingan mahupun orang perseorangan yang mahu menghadiri majlis-majlis. 
Kepakaran Dinie Awalluddin adalah menghasilkan sentuhan dan teknik solekan natural namun masih mengekalkan keayuan dan keanggunan wajah semulajadi pemiliknya. Bakal raja sehari boleh mencuba make up pengantin by Dinie Awalluddin.

Keterngan lanjut dapatkan di sini http://sohodirectory.blogspot.com/2014/11/make-up-pengantin-by-make-up-artist.html




Logo iklan SOHO ini membawa pengiklan yang mahu mempromosi produk. 800 blog yang dibina bersama kami membawa pautan logo maksudnya iklan kalian dibawa bersama. Iklan produk kalian akan berada di lebih 800 blog alumni abdr.

Bagi usahawan yang benar-benar berminat untuk beriklan di SOHO, boleh hubungi saya untuk tempahan sewaan tapak iklan serendah RM50 sahaja.

Untuk pakej lain SOHO boleh terus lihat di sini  http://anysidayu.blogspot.com/p/ruangan-iklan-online.html

Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms / wtsapp : 017-7912993 (anies)

Monday, 24 November 2014

Personal Coaching Blog di Johor Bahru

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria 
Foto : Simpanan peribadi 

Alhamdulillah selesai coaching personal untuk pelajar siapkan blog fanpage mula bisnes hujung minggu lepas.


Pendaftran kelas offline sterusnya pada 29/11/14.
kelas offline terakhir untuk tahun ini.
Insya Allah akan open lagi tahun depan pula


Untuk orang-orang JB yang terlepas peluang untuk belajar membina blog bersama abdr, kelas seterusnya pada 29/11/2014. Pendaftaran masih dibuka. Jom daftar sekarang


Kelas offline blog fanpage mula bisnes Johor Bahru
Kelas berlangsung secara one to one
Kelas ini terbuka untuk suri yang berada di sekitar kawasan Johor Bahru, Ulu Tiram, Kota Tinggi. 
Tarikh : 29/11/2014 (Sabtu - jam 10pagi -1ptg / jam 2.30ptg - 5.30ptg)


Kelas berlangsung selama 3 jam untuk setiap sesi.

Tempat : Berdekatan dengan persetujuan pelajar

Terhad hanya untuk 5 peserta sahaja satu sesi.

Yuran kelas RM300/orang 

Apa yang pelajar akan dapat melalui kelas online blog offline ini :
  • Dropship produk makanan sunnah (airzam, jus kurma, jus epal, madu) dan produk makanan (nasi arab, keropok keping)
  • Bonus 4 ebook ABDR (Ebook belajar asas blog, ebook super wahm super mom, ebook mula bisnes butik dan ebook 101 idea home based bisnes)
  • Dapat belajar hasilkan blog bisnes, dan boleh mula berjualan
  • Alumni akademi bekerja di rumah
  • Dapat masuk group support kelas secara online 
  • Handout akan diberikan
  • Dapat jadi pengurus online akademi, berpeluang perkenalkan produk ABDR dan nikmati komisen dari rm50-100 untung bersih
  • Personal coaching online berterusan walaupun telah selesai kelas di luar 3 jam
Pendaftaran dibuka, bagi yang berminat boleh mula daftar di sini ya http://anysidayu.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

Thursday, 20 November 2014

Pisang Goreng Cheese

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Alhamdulillah, terimaksih Allah.
Baru BAD minta nak makan pisang goreng cheese.
Bila sampai rumah, kebetulan en husband nak keluar beli pisang goreng.
Saya pun apa lagi, minta belikan pisang goreng cheese tepi area kawasan perumahan kami.  Alhamdulillah, dapat merasa.

Hehe orang lain dah puas makan, kita baru nak mencuba

Owh ye, pendaftran ke kelas offline blog di johor bahru masih open ya. Boleh daftar sehingga esok.

Pendaftran kelas online blog setiap hari.
mula daftar dan belajar hari ini.

Sunday, 16 November 2014

Belajar Bisnes Dropship dan Asas Bisnes Online

Perkongsian puan N
Mahu kenal siapa puan N?

Pada permulaan, apa yang saya nampak, hanya sebuah kedai yang menjadi target utama. Kertas kerja untuk membuat pinjaman hampir siap. Tiba-tiba segalanya bagai terhenti seketika, apabila suami menghadiahkan sebuah buku 'Biar Kecil Asalkan Berhasil'. Buku ini banyak memberikan panduan dan semangat untuk mula berniaga tanpa modal dan saya suka pada kata-katanya "...perniagaan yang memerlukan kita berhutang untuk berkembang adalah perniagaan yang kurang bagus." Pokok pangkalnya, kita mulakan dengan apa yang kita ada.
Saya mula mengubah pandangan tentang bisnes, saya mencari sesuatu yang saya minat dan tidak memerlukan modal yang besar. Bisnes yang saya mula-mula terlibat ialah 'mutiara dan kristal'. Saya memang peminat tegar kristal, saya mula mengenali mutiara dan kristal swarovski. Ramai yang cakap bisnes ini memerlukan modal yang besar, sebab harganya yang agak mahal. Tetapi terpulang bagaimana anda bermula. Saya hanya memulakan dengan beberapa design gelang dan rantai, kemudian saya sertakan dengan carta warna kristal. Dengan ini, apabila pelanggan memilih design dan warna, baru saya akan mendapatkannya. Sehingga kini, hasil daripada jualan tersebut saya mampu untuk menambah stok jualan.
Disebabkan suami sering keluar kawasan, dan saya sebagai pembantu peribadi yang setia bersamanya, menyebabkan saya mempunyai beberapa masalah untuk menguruskan penghantaran barang. Saya terfikir untuk mencari satu lagi bisnes, yang tidak memerlukan saya untuk menguruskan barang. "Dropship", itu yang saya cari. Sehingga saya berjumpa dengan ABDR. Saya mula belajar "dropship" untuk telekung solat, dan saya mencari beberapa pembekal lain untuk mempelbagaikan produk. Alhamdulillah, setiap hari kita belajar untuk menimba ilmu baru. Saya mula mencuba sesuatu yang baru, saya belajar untuk mendapatkan produk terus dari Vietnam. Dengan ini, apabila saya keluar kawasan, saya masih boleh menguruskan penghantaran dengan 'dropship' dan saya juga boleh menguruskan stok sendiri.


Mahu belajar dropship dan asas bisnes online?
Pendaftaran dibuka.

Hubungi saya untuk mereka yang serius mahu mula belajar berbisnes online, belajar bagaimana nak mula bisnes secara dropship, tanpa perlu keluar rumah dan menggunakan blog dan fb sebagai medium utama.

Kami terima pendaftaran setiap hari. Untuk yang mahu mendaftar boleh terus hubungi saya

Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms /wtsapp : 017-7912993
 

Friday, 14 November 2014

Kekuatan Blog dan networking ABDR

Teks : Anys Idayu Zakaria

Networking sangat penting dalam jaringan bisnes, dan penulisan di blog
Belajar membina blog berpengaruh dalam kelas online blog ABDR
Kami terima pendaftaran setiap hari. Mula daftar belajar bagaimana blog sangat mempengaruhi jualan produk kita.