Saturday, 30 November 2013

Buat Kerja sepenuh Hati

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Bismillah.
 
Kebelakangan ini saya sering juga menerima pertanyaan daripada rakan facebook khususnya yang meluahkan masalah bagaimana mahu memulakan bisnes hanya dari rumah. Malah mereka juga sendiri sudah tiada hati mahu bekerja.
 
Insya Allah saya cuba menjawab pertanyaan mereka sebaiknya melalui pembacaan dan juga pengalaman berbisnes. Pengalaman sebagai WAHM, masih belum lagi kerena saya sendiri masih bekerja. Saya cuba kongsikan pada mereka apa yang saya tahu.
 
Semoga sedikit sebanyak dapat juga meringankan fikiran mereka dan memulakan semula langkah baru.
 
Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah, kerana saya diberi peluang untuk berada dalam satu pasukan yang saya kira cukup hebat. Satu pasukan yang dari latar belakang berbeza profesional, berbeza pengalaman. Dapat berkongsi pengalaman, juga meluah emosi tak stabil. Kerana rata-rata pasti akan memberi jawapan positif, bukannya menyalahkan atau menjatuhkan antara yang lain.
 
Ya Allah, semoga Kau satukan lah hati-hati kami dan diberi kekuatan untuk terus menerus memberi khidmat dan bakti membantu para suri yang lain.
 
Insya Allah, saya juga sudah melangkah setapak ke fasa kedua. Namun masih berbaki 32 hari lagi sebelum menjelang 2014, yang harus diselesaikan sepenuhnya, supaya fasa seterusnya dapat dilaksanakan dengan baik, dengan izin Allah.
 
 
Bagi yang mempunyai permasalah seperti ini, kita baca sedikit perkongsian mentor saya, Pn. Masayu Ahmad.
 
Buat kerja jangan separuh jalan
Puan, saya mahu berhenti kerja saya sudah tidak ada hati. Saya mahu tinggal di rumah.
 
Saya rasa saya sudah mengalah-saya perlu bekerja semula kerana kewangan meruncing.
Saya mahu jaga anak, tetapi sekarang ekonomi keluarga belum stabil.
Saya sudah mahu berhenti lakukan kerja sambilan ini, saya sudah tidak ada hati lagi.
Saya sudah penat, saya tidak mahu teruskan lagi.

Inilah ayat yang selalu singgah di kota mesej saya. Saya hulurkan salam perkenalan. Semoga puan-puan sekalian ada pilihan dan kita tetap ada pilihan.

1. Jangan berhenti dahulu. Berhenti kerja tak boleh rasa-rasa, buruk nanti bahananya jika belum ada persediaan yang cukup, kewangan, fizikal dan mental. Tangguhkan ia. Namun saya tidak nafikan memang ada terus berhenti kerja, mereka berjaya juga walau berhenti dengan cara terus terjun gaung. Alhamdulillah gaung di bawahnya ada emas. Namun sebelum jumpa emas, adalah juga onak dan durinya. Bagi yang manja-manja waima sikit-sikit mahu sentap, sikit-sikit mahu menangis, jadi jangan berangan dahulu jadi wahm. Kalau sudah rasa sudah jadi hati batu, ok boleh fikirkan semula.
Baca naskah ini dahulu
www.janawangdirumah.com kemudian baru cari saya semula, baca juga catatan saya di sini, ada banyak perkongsian sebelum ambil keputusan berhenti kerja http://naufalsayang.blogspot.com/

Saya suka orang yang hati keras dan degil. Degil dalam usaha dan keras hati dalam keputusan yang sudah dibuat. 

 Pn. Masayu Ahmad.
Pengasas kelas online asas blog penulisan & asas blog fanpage mula bisnes.
Pengasas
#akademibekerjadirumah
 
 
                                         
Dapatkan ebook 101 idea home based bisnes ini secara percuma melalui pendaftaran kelas online promosi November.
Masih berlangsung. Tinggal hari ini sahaja.
 

 
 
Juga masih berlangsung promosi Pakej Bekerja Di Rumah. Hanya RM100 SAHAJA untuk mula merancang perancangan tahun 2014

Promosi ini sah sehingga 20 November 2013

Dapatkan segera untuk penjimatan RM30




 
 
 

Friday, 29 November 2013

Bermula dengan Blog

 
Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
 
Jika ada yang tertanya bagaimana hendak mula. Mulalah dengan apa yang ada. Ada komputer, internet. Terus jalan. Mula gunakan dua peralatan ini semaksimumnya. Jika tidak tahu bagaimana cara menggunakannya untuk mendapat hasil, cari dan gali. Belajar cara untuk bermula pula. Cari ilmu, cari mentor yang boleh membimbing kita untuk berjaya. Blog adalah salah satu permulaan asas mengasah ilmu pemasaran. Juga sebagai medan yang sangat asas untuk memperkenalkan diri dan juga produk.
 
Untuk bergelar WAHM bukan satu perkara yang mudah. Ramai yang mahu mengambil keputusan nekad berhenti bekerja tanpa merancang dengan betul. Sebelum berhenti, rancanglah kewangan untuk 3 tahun pertama sebagai persediaan, juga 3 tahun persediaan kewangan selepas berhenti (3t 3s).
 
Berapa sasaran yang kita mahu pada 3 tahun persediaan awal. Contohnya jika mahu RM3k bersih pendapatan, kita perlu usahakannya dalam 3 tahun percubaan sebelum berhenti kerja. Inilah yang perlu kita lakukan secara sambilan dahulu. Jika tidak pasti akan mengalami masalah tekanan 3 kali ganda mental dan fizikal.
 
Dan juga 3 tahun persediaan kewangan selepas berhenti, kerana 3 tahun pertama inilah yang betul-betul kritikal. Jika kita tiada persediaan pasti mudah patah semangat. 
 
Juga baca dalam ebook 101 idea home based bisnes. Bagaimana mahu merancang dan sasar matlamat, persediaan yang perlu dilakukan sebelum berhenti dan selepas berhenti. Jangan main terjah saja tanpa persediaan

 
Walaupun begitu, sudah ramai juga yang bergelar WAHM yang berjaya, kerana mereka merancang dengan rapi. Berjaya juga tempoh 3 tahun sebelum dan 3 tahun selepas yang kritikal itu.
 

http://studiokenaria.blogspot.com/2013/10/inspirasi-super-wahm-super-mom.html

Inspirasi Super Wahm, Super Mom

Masih tertanya-tanya samada pilihan untuk bekerja dari rumah adalah langkah yang betul? Mungkin ada yang masih berbelah bagi, samada kerana tiada sokongan dari keluarga & rakan-rakan. Atau mungkin juga tiada kenalan yang boleh dijadikan panduan atau contoh.

Saya juga mengalami masalah yang lebih kurang sama pada awalnya. Alhamdulillah, kini sudah masuk tahun ke-5 saya bergelar Work At Home Mom. Pada ketika itu, kebanyakan bahan bacaan yang menjadi rujukan saya adalah terbitan dalam bahasa inggeris. Dan satu-satunya buku yang saya menceritakan 101 kisah-kisah inspirasi ibu-ibu yang bekerja dari rumah ialah, Chicken Soup for the Soul: Power Moms.

Tapi kini, atas usaha Puan Masayu Ahmad, buku Super Wahm, Super Mom telah diterbitkan pada Mac tahun 2013. Apa yang menarik tentang ebook ini ialah, selain tips untuk menguruskan rumah sambil menjalan perniagaan SOHO, ia turut memaparkan pengalaman 15 wanita yang bergelar WAHM
Kenapa saya dan rakan-rakan WAHM yang lain cukup positif serta suka untuk mengajak kaum ibu yang bekerjaya, mempertimbangkan pilihan bekerja dari rumah? Saya petik salah satu perenggan kesukaan saya.

"Selagi mana wanita itu bergelar isteri dan ibu, maka rumahlah tempat terbaik untuk kita kembali. Kembalikan kegemilangan wanita di zaman Rasulullah, dengan trend perkembangan internet memberangsangkan kita mampu lakukan sesuatu. Sesuai dengan fitrah dan tuntutan dalam Al-quran dan sunnah, kita kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk dalam tempurung. Usaha kita, kerana mahu mengembalikan pesona didikan anak-anak bermula dari hasil air tangan ibu. Insya-Allah, saya percaya wanita-wanita yang berkongsi pengalaman di dalam ebook ini adalah wanita hebat yang sudah punya keputusan dan pilihan yang tepat. Dan saya juga amat yakin, kalian yang membaca ini juga akan mengambil langkah dan jalan yang sama. Semoga kita sama-sama meraih kejayaan dunia dan akhirat"
Masayu Ahmad 24.2.2013

(Sumber : Ebook super wahm super mom)
 
 
 

 
 
 
 
 
Bakal terbit pada 30 November ini
dengan harga promosi RM30 SAHAJA
 
 
 
Teks: Masayu Ahmad

Beberapa tahun dahulu sebelum saya menulis dan berhasil menerbitkan lebih banyak ebook dan manuskrip, selain blog ini, ada satu blog yang saya hanya letak nama sahaja iaitu akademiberkerjadirumah. Saya tidak tahu adakah ia angan-angan saya atau sekadar letak nama blog sahaja.
Blog pertama yang kalian selalu singgah ini sudah banyak berjaya kepada saya. Saya mulakan dengan apa yang ada, apa yang saya suka dan apa yang boleh memberikan hasil. Ketika kecewa manuskrip ditolak, saya tidak pernah mengalah, tetapi hati degil saya berkata tak apa belum rezeki. Jadi saya teruskan lagi. En.suami belikan saya komputer, belikan printer, dan apa sahaja galakan dan sokongan.
Saya juga menerima penolakan demi penolakan dan akhirnya buku Jana RM Dari Rumah terbit juga. Setelah itu saya masih berusaha seperti biasa agar lebih banyak buku-buku lain juga terbit ada di pasaran. Hati sangat gembira apabila melihat buku Jana Rm Dari Rumah terpapar di MPH, Popular. Saya terus lagi menulis. Rupanya Alah mahu khabarkan kepada saya usaha lagi, usaha lagi.
Jadi apabila sudah lama sangat menunggu, saya mendapat restu lagi, rupanya Allah mahu berikan jalan kepada saya agar berkongsi rezeki dengan surirumah yang lain.
Pertanyaan demi pertanyaan bagaimana mahu mula. Jadi itulah sebab saya mulakan dengan apa yang sudah saya mulakan, iaitu bermula dengan blog dan mulakan dengan apa yang ada. Blog ini banyak memberi hasil kepada saya, bukan sekadar rezeki, sahabat yang baik dan juga barisan rakan niaga yang setia. Alhamdulillah.
Maka lahirlah akademi bekerja di rumah, iaitu antara pengisiannya adalah kelas secara online sahaja. Ia jawapan kepada banyak pertanyaan, iaitu mulakan dahulu dengan blog dan jual produk orang lain. Itu sahaja, itu adalah permulaan saya, memperkenalkan diri di medan internet.
Jujur saya kata, selepas bersara dari dunia wartawan, dunia saya masih dunia penulisan. Tetapi saya hadkan keluar, kerana saya ini mungkin tidak suka suasana hiruk pikuk, orang ramai. Cuba tanya rakan niaga saya, berapa ketul sahaja yang sudah berjumpa dengan saya, hanya sahabat-sahabat lama sahaja. Bukan tidak mahu berjumpa, tetapi itulah Masayu Ahmad, suka bekerja belakang tabir dan saya kekal begini.
Apabila ada yang mahu bertandang ke rumah juga, saya sukar mempelawa kerana lebih selesa berjumpa di luar. Maafkan saya, saya masih menjaga privasi diri dan keluarga. ;)
Terima kasih kalian atas segala sokongan dan kasih sayang. Saya sungguh terharu, saya tidak sangka sampai ke sini perjalanan saya. Alhamdulliah, nampak cantiknnya perjalanan yang Allah aturkan. Jika penolakan berlaku, itu maksudnya ada sesuatu yang lebih baik Allah mahu berikan.
Bertahan, berusaha, fokus, konsisten, jangan cepat putus asa. Itu sahaja.
 
 
Bagaimana mahu memulakan perancangan dengan blog. Sertai saya di Akademi Bekerja Di Rumah, yang menawarkan empat kelas berikut :
1. Kelas online asas bina blog penulisan - untuk membina blog berpengaruh, blog yang disukai pembaca, belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik traffik ke blog.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online. Tak tahu cara untuk mula bisnes. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan bermula RM5, RM10, dan seterusnya. Bagi yang tidak ada produk kami sediakan produk untuk dropship.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

Hubungi saya untuk turut serta dalam mana-mana kelas pilihan :
 
sms / wtsapp : 017-7912993
add saya di facebook : https://www.facebook.com/anies.aiz

 
 


 
1. Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif.
Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.
Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.
Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.

5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?

Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas.
Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan.
 
 


Protege kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif akan menerima bonus tambahan, sebuah novel bertajuk Kabus Rindu tulisan Monalita Mansor terbitan EMP Publication.

TAWARAN bonus ini dibuka sehingga 31/12/2013!!!!!
Hubungi saya untuk pendaftaran kelas online kreatif ini
sms / wtsapp : 017-7912993
add saya di facebook : https://www.facebook.com/anies.aiz

Sinar pelangi selepas hujan

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur diberi nikmat yang berganda. Rezeki kesihatan, kasih sayang, persahabatan, kewangan. Bersyukur dan reda menerima semua pemberian Allah swt.

Cerita semalam baru nak kongsi pagi ini. Saya sangat terkesan apabila melihat PU malam tadi. Kedua ibu bapa Allahyarham Ammar sungguh reda dan tabah menghadapi ujian Allah. Anak kesayangan diambil Allah ketika masih muda. Jika kita ditempat mereka belum tentu lagi kita setabah itu.

Ujian merupakan lumrah dalam kehidupan. Jika kita menghendaki sesuatu yang kita sukai perlu kita berusaha menggapainya. Kesempitan, kesukaran dan berbagai rintangan perlu ditempuhi untuk memenuhi cita-cita kita. Lebih-lebih lagi apabila kita mengharap redha Allah yang tiada tandingan jika hendak dibandingkan dengan apa jua bentuk kenikmatanNya.

“Barangsiapa yang Allah kehendaki akan memperoleh kebaikan maka Allah akan timpakan kepadanya musibah padanya baik yang mengenai tubuhnya atau hartanya atau apa-apa yang menjadi kekasihnya”.( HR Bukhari )

“Allah tidak membebani manusia melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Al-Baqarah:286)


  Semoga ada sinar pelangi yang datang selepas hujan turun.
 


Tinta Penulis.

 anysidayu.blogspot.com
(Panduan Bisnes Online & Khidmat Pelanggan)

Thursday, 28 November 2013

APA ITU SOHO (Small Office Home Office)

(Sumber : Ebook 101 idea home based bisnes)

 
Apa itu SOHO
Di negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah, New Zealand, Jepun,  rakyat telah memilih untuk bekerja dan tinggal di kediaman yang sama. Mengapa? Ini membawa perubahan yang besar tentang trend bekerja dari rumah yang mula menular ke seluruh pelusuk dunia, sejajar dengan kelajuan capaian teknologi maklumat yang begitu mendominasi.
Ia semakin berkembang dan pilihan bekerja atau mengusahakan bisnes dari rumah mempunyai banyak sisi yang proaktif. Perkhidmatan perhubungan, pusat jagaan harian, hasil kreatif, fungsi ruang dan bilik untuk hujung minggu dan hobi ditransformasikan kepada hobi menambah pendapatan dan ia berubah kepada satu peluang serius mengusahakan bisnes skala kecil.
Dalam capaian maklumat yang semakin merebak dan pengguna internet semakin meningkat setiap hari. Bekerja dari rumah atau memiliki pejabat kecil di rumah, bukan sekadar dijadikan hobi, tetapi adalah bisnes skala kecil yang mampu memberi pulangan pendapatan lumayan.  Pejabat di rumah atau dikenali sebagai small office home office (SOHO), sudah menjadi pilihan untuk menikmati keseimbangan gaya hidup, bekerja dan matlamat untuk keluarga.
Pemilik SOHO, dikategorikan sebagai bekerja seperti penterjemah, penulis, pereka bentuk web. Kategori ke dua ialah mengusahakan bisnes dari rumah, iaitu menawarkan produk dan perkhidmatan yang memasarkan melalui laman web jualan di internet.
Pengusaha SOHO boleh diusahakan secara sambilan juga secara sepenuh masa bagi mereka yang benar-benar serius. Ia rendah risiko, kos yang rendah, permulaan yang mudah bagi pemula bisnes yang baru. Pemilik SOHO perlu mempunyai pengurusan masa yang lebih baik, pengurusan operasi bisnes yang lebih tersusun. Jika anda mengambil masa 30 minit untuk sampai ke tempat kerja, lima hari seminggu. Jumlahkan berapa banyak masa dihabiskan dan juga pembaziran tenaga dan sumber.
 
Sedangkan pilihan untuk bekerja di rumah memberi ruang yang lebih fleksibel, tiada kekangan birokrasi pejabat juga berjimat kerana tidak perlu lagi mengumpul koleksi pakaian pejabat. Sekadar memakai pakaian yang sesuai dan selesa ia sudah cukup untuk memulakan hari dengan bekerja dengan beberapa langkah sahaja dari bilik tidur.
Bila trend SOHO bermula?
 Kembali kita ketika usia kecil, kedai runcit, kedai makan dan tukang jahit adalah contoh paling mudah. Operasinya sama ada kedai bersambung dengan kediaman atau hanya beberapa langkah, atau di sebelah rumah sahaja. Tukang jahit biasanya menggunakan ruang di rumah untuk operasi menyiapkan pakaian. Ia masih kekal hingga kini bagi tukang jahit yang beroperasi hanya dari rumah. Dahulu tiada istilah pejabat kecil di rumah atau SOHO, istilahnya adalah bekerja sendiri, atau berniaga sendiri secara kecil-kecilan
 
Jika kita perhatikan apabila melalui kebanyakan jalan utama atau jalanraya yang sibuk. Didapati tepi kiri dan kanan bahu jalan adalah potensi yang boleh dijadikan sebagai operasi bisnes skala kecil. Contoh laluan jalan utama yang menghala ke bandar. Jika di kiri jalan ada, pasaraya kecil, nurseri tanaman, kedai makan, pasar basah, gerai-gerai kecil berbentuk kiosk seperti kosmetik, butik pengantin, salun kecantikan, gudang tempat membaiki lori, kedai runcit untuk barangan harian, gerai makan, kedai menjual produk pinggan mangkuk, bengkel basikal.
Apa yang menariknya ialah ada kalangan pemilik bisnes kecil ini adalah tuan tanah yang asal. Di belakangnya adalah kediaman, ada ruang sedikit pada bahagian depan rumah dijadikan apa sahaja operasi bisnes. Ada juga deretan rumah kedai. Di depannya kedai dobi, kedai keperluan kanak-kanak dan bayi, keropok lekor dan sebagainya. Rumah kedai ini adalah disewa dan ada juga pemilik yang sebenar. Apa konsep ini. Ini juga adalah konsep SOHO, tetapi di bandar-bandar kecil ia telah lama diamalkan. Kini ramai yang mula memilih kawasan luar bandar yang berlokasikan bandar kecil, mula mendiami kediaman yang bercirikan konsep SOHO.
SOHO Moden
Apa yang membezakan dengan jelas SOHO moden ialah perubahan dalam penguasaan dan pengaruh teknologi maklumat. Sudah tentunya internet dijadikan satu lagi medium pemudah cara untuk capaian aktiviti pemasaran yang lebih agresif. Konsep kedai maya atau dikenali juga sebagai kedai online sudah menjadi banyak pilihan buat ramai pemilik SOHO. Ia boleh saja berada di ruang atau sebuah bilik di dalam rumah.
 
Ia juga dipengaruhi oleh taraf pendidikan yang semakin baik, sudah ada sistem yang lebih cekap untuk SOHO yang  lebih efisien. Ditambah pula dengan peralatan atau gajet terkini yang membantu memudahkan operasi SOHO trend moden.
Mengapa memilih SOHO?
Bekerja dari rumah- peningkatan dan penguasaan oleh wanita dilihat begitu mendapat tempat. Namun SOHO juga menjadi pilihan ramai lelaki moden yang mengimpikan karier yang lebih bebas dan tidak terikat. Gaya hidup yang lebih santai, dan ada lebih masa bersama keluarga.
 
Manfaat untuk keluarga
Bagi suami isteri yang memilih bekerja dari rumah adalah satu cara untuk memantau persekolahan dan aktiviti seharian anak-anak. Sudah tentu ini tidak dapat dilakukan oleh ibu bapa yang keluar bekerja jam 9 pagi hingga 6 petang. Selain berperang dengan pengurusan masa, memilih memiliki pejabat di rumah memberi peluang untuk melakukan banyak kerja serentak.
Mungkin pada satu-satu masa boleh bekerja dalam tempoh jam yang panjang, tidur lewat demi menyiapkan satu-satu tugas. Namun pada masa yang lain boleh kembali memberi masa santai, kerana ia adalah jadual kerja yang fleksibel.
Kesempatan untuk mengurangkan kos bisnes seperti sewa pejabat, tetapi sesetengah perkara seperti akaun bisnes tidak boleh diambil mudah. Perancangan bisnes, promosi, pemasaran dan akaun adalah perkara penting dalam urusan bisnes.
 
Cabaran SOHO
Bekerja sambil melayan kerenah anak-anak tidak semudah yang dibayangkan. Tambahan pula jika anak-anak adalah masih kecil. Beberapa cabaran kecil perlu ditukarkan kepada disiplin kerja yang lebih teratur, hadkan masa bersama keluarga dan juga rakan dan bina imej yang lebih profesional. Kadangkala tetamu yang tidak diundang datang bertandang, jadi perlu pandai menyesuaikan keadaan ini ketika kritikal berdepan perlu menyelesaikan tugas segera dan penting.
 
Imej profesional, santai dan konsisten
Ia mungkin mengambil masa untuk berdisplin, stabil dan mengenali corak bekerja dari rumah. Lama-kelamaan ia akan menjadi mudah, sambil meneguk minuman, menyumbat pakaian ke dalam mesin basuh, pada masa yang sama juga menguruskan pesanan melalui emel yang diterima atau menerima panggilan bakal pelanggan.
Perlu ada tarikh akhir
Ia mengambil masa untuk menjadikan rutin disiplin yang konsisten berdasarkan corak bekerja di rumah. Kadangkala kelihatan seperti mudah, pagi hari menyiram pokok, menyelesaikan pakaian kotor atau pada masa yang sama merekabentuk brosur pelanggan, menerima panggilan dan sebagainya.
Tanpa tarikh akhir, bekerja diandaikan tiada sasaran matlamat dan kesan produktiviti. Ia menjadikan pemilik SOHO bebas melakukan apa sahaja. Ya, betul antara kelebihan SOHO adalah fleksibel, tetapi untuk produktiviti kerja atau bisnes perlu ada sasaran yang tepat.
Tanpa pemerhatian, atau kawalan pihak atas, seperti majikan, pemilik soho perlu berdikari untuk bebas bekerja tetapi masih produktif. Anda kini sudah tidak ada lagi pertemuan untuk menghadiri seminar untuk pekerja, sesi makan tengahari bersama teman pejabat, atau apa sahaja kegiatan sosial yang lain.
 
Persediaan awal SOHO
Bekerja di rumah bunyinya macam hebat, indah dan seronok. Bekerja sendiri, juga nampak gah. Tetapi, apa yang pasti cabarannya juga bukan calang-calang. Berani menanggung risiko atau tidak. Terdapat beberapa cara berikut untuk anda merealisasikan matlamat bekerja di rumah. Luaskan lagi fikiran tentang bekerja di rumah, bukan sekadar untuk hobi, kebebasan. Sebaliknya jadikan wahm atau soho sebagai salah satu cabang menambah pendapatan untuk seisi keluarga. Berikut adalah cara untuk mendalami dan bermula menjadikan pejabat di rumah menjadi kenyataan.

1. Lakukan secara sambilanSekiranya anda gusar tentang kewangan masih lagi belum stabil sekiranya berhenti kerja. Jadi lakukan ia secara sambilan. Tumpukan semasa pada hari tidak bekerja seperti di hujung minggu atau masa-masa tertentu yang anda boleh pilih sendiri untuk mula fokus jenis kerja atau bisnes untuk dilakukan di rumah.

2. Cuti tanpa gajiJika majikan di tempat kerja memberi peluang untuk cuti tanpa gaji, sama ada selama enam bulan atau setahun. Pilihan adalah di tangan anda dan toleransi majikan. Jadi gunakan sepenuhnya untuk bermula dan membuat apa sahaja jenis pilihan kerja atau bisnes yang sudah anda rancang selama ini. Katakanlah ia sangat bagus dan anda mampu menjana pendapatan sampingan, teruskan ia. Kembali semula bekerja seperti biasa, manakala soho anda tetap diuruskan seperti biasa. Jika anda mampu boleh mengupah pekerja tetap atau secara sambilan.

3. Menjana pendapatan sampinganAnda suami isteri sangat sayang kerjaya yang sudah di sandang sekarang, jadi menjadikan peluang menambah pendapatan atau memiliki sendiri soho di rumah adalah satu lagi usaha yang boleh dilakukan suami isteri. Kebanyakan masa adalah berada di rumah, tidak perlu lagi mencari peluang kerja tambahan yang memerlukan anda berada di luar rumah.
 
Baca lebih lanjut di dalam ebook 101 idea home based bisnes.
 
 
 
BAKAL TERBIT 30 NOVEMBER INI
 
Dapatkan ebook ini dengan harga promosi PRE ORDER
hanya RM30 SAHAJA
 
EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES
Bab 1: 101 Idea Home Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi pemasaran Offline

Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat Pelanggan Online
Bab 8: Produk digital vs produk fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses

 

Buang perasaan negatif.

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

 
Alhamdulillah, bermula lagi hari baru. Masih berbaki 33 hari lagi menjelang 2014. Masih ada lagi perancangan yang perlu dikejar, perlu lebih pantas berlari. Laju dan laju tanpa menoleh ke belakang. Katakan tidak pada perasaan negatif, putus asa dan tidak bersemangat. Jauhkan diri dari mereka yang sering menyindir, bercakap negatif, memburuk-buruk. Untuk Berjaya kita tak perlukan itu semua. Luaskan pergaulan dan cari aura-aura positif. Berkumpul dengan mereka yang sering memberi kata semangat. Berkongsi pandangan, pendapat. Luaskan pembacaan. Lebihkan membaca buku-buku motivasi.

Saya kira pergaulan di facebook juga baik jika kita pandai menggunakannya. Tambah rakan atau like mana-mana pages penceramah, baca status-status dan kata-kata motivasi mereka. Serap dan nilai. Jika perlu tulis di buku catatan harian kita supaya sentiasa ingat kata-kata rangsangan tersebut. Baca dan ulang bacaan jika perasaan negatif itu datang.

 
Bagi yang mahu meluaskan jaringan perniagaan atau baru memulakan bisnes internet, boleh sertai kami di akademi bekerja di rumah. Kami memberi landasan awal iaitu bagaimana mahu memperkenalkan diri dan bisnes di internet.


Matlamat kami membantu suri yang tidak tahu asas membina blog seperti email, buat blog, menulis secara konsisten, tulis apa yang pembaca suka baca. Bukan kita tulis syok sendiri.

Tulis apa yang kita tahu kerana ia lebih konsisten. Tulis dan berkongsi kerana ilmu itu akan membawa manfaat kepada orang ramai.
Dapat berkenalan dengan lebih ramai suri. Meluaskan jaringan social, membina jaringan perniagaan.

Belajar membina tapak pembaca sendiri melalui tulisan di blog. Jika betul caranya pembaca itulah yang bertukar sebagai pelanggan.

Ia tak akan jadi jika kita hanya menulis tenggelam timbul, sekejap ada sekejap hilang. Menulis ikut mood, tidak focus dan tidak bersemangat.

4 modul kelas berlangsung :

1. Kelas online asas bina blog penulisan - untuk membina blog berpengaruh, blog yang disukai pembaca, belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik traffik ke blog.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online. Tak tahu cara untuk mula bisnes. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan bermula RM5, RM10, dan seterusnya. Bagi yang tidak ada produk kami sediakan produk untuk dropship.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adlaah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjayaa yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabaila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
h. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.

Kami menerima pendaftaran setiap hari. Saya mengalu-alukan mereka yang mahu menimba ilmu membina blog bersama saya. Semoga apa yang kami sampaikan di sini akan dapat membantu kalian untuk memulakan langkah awal dalam perniagaan online.

pm saya Anys Idayu Zakaria UNTUK PENDAFTARAN. Pengambilan sesi November masih berlangsung.
 
 
 
 
Juga masih berlangsung promosi Pakej Bekerja Di Rumah. Hanya RM100 SAHAJA untuk mula merancang perancangan tahun 2014
Promosi ini sah sehingga 30 November 2013
Dapatkan segera untuk penjimatan RM30

 
 
 
Masing berlangsung promosi pre order EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES
Hanya RM30 SAHAJA.
Promosi sehingga 30 November.
 
 

 
 
Bakal terbit.
15 Disember 2013
Ebook Panduan 44 hari pantang tradisional & Moden
 
 
 
 
Jom beriklan di sini Soho Directory. Baca terma iklan di Ruangan Iklan Online
Beli buku agama, buku motivasi & ebook di sini Aizmall Gedung Buku Online
Beli produk sunnah dan kelengkapan solat di sini Aizmall Sunnah Online
Beli pelbagai jenis produk kesihatan, makanan dan produk borong bisnes di sini Aizmall Gedung Online
Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah. Untuk yang berminat mendaftar kelas online asas membina blog fanpage bisnes atau penulisan, hubungi saya :
Sms/ Whatsapp : 017-7912993

Wednesday, 27 November 2013

Tips Bisnes 4

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria


Tips bisnes : strategi pemasaran bukan hanya bila sudah ada produk. Tapi sudah boleh mula promosi walaupun masih dalam perancangan. Tak perlu tunggu sehingga lengkap baru hendak bermula.
 
Pemasaran juga bukan hanya melibatkan proses jual beli tapi skill komukasi dan membina hubungan. Ia berfungsi untuk memperkenalkan, mempromosi, menghebahkan sesuatu perkara kepada orang lain.
 
__________________________________________________________





Juga masih berlangsung promosi Pakej Bekerja Di Rumah. Hanya RM100 SAHAJA untuk mula merancang perancangan tahun 2014

Promosi ini sah sehingga 30 November 2013

Dapatkan segera untuk penjimatan RM30
EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES

Bab 1: 101 Idea Home Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat Pelanggan Online
Bab 8: Produk digital vs produk fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses

EBOOK MULA BISNES BUTIK ONLINE / OFFLINE

Bab 1: Pengenalan bisnes

1.1 Ringkasan bisnes butik

1.2 Rangkaian industri butik

1.3 Ciri-ciri butik


Bab 2: Kemahiran 2.1 Kenali bakat, hobi kepada bisnes
2.2 Kemahiran dalam bisnes
2.4 Ambil peluang bisnes secara online
2.5 Kuasai kaedah promosi sepanjang tahun

Bab 3: Barang mentah/ Sumber bekalan (15 muka surat) 3.1 Fokus produk (niche)
3.2 Sumber pemborong produk, senarai pembekal, lokasi
3.3 Peralatan kelengkapan butik (jenis produk, jualan borong, runcit, pembekal produk)
3.4 Panduan produk dan khidmat pelanggan

Bab 4: Modal (15 muka surat) 4.1 : Modal Untuk Bisnes Skala Kecil
4.2 : Contoh Kaedah Kumpul Modal
4.3 : Strategi Pengurusan Modal
4.4: Sumber Pinjaman

Bab 5: Siapa pelanggan/sasaran (16)
5.1 Mengenalpasti sasaran pelanggan
5.2 Panduan khidmat pelanggan
5.3 Kemahiran khidmat pelanggan
5.4 Cara menjual kepada setiap pelanggan

Bab 6: Pendaftaran bisnes

Bab 7: Pengurusan bisnes (10 muka surat) 7.1 : Pentadbiran
7.2: Operasi- pengendalian stok, pameran di butik, pengurusan pekerja, kaedah jualan
7.3: Pengurusan Kewangan
7.4: Panduan Pengurusan Profesional

Bab 8: Harga tawaran (11 muka surat) 8.1 Kaedah penentuan harga
8.2 Contoh penentuan harga
8.3 Mempelbagaikan jualan- konvensional dan online

Bab 9: Promosi/pemasaran (16 muka surat)
9.1 Kaedah promosi & pemasaran
9.2 Strategi promosi butik
9.3 Strategi promosi butik
9.4 Tip promosi dan pemasaranBab 10: Organisasi/ badan berkaitan
10.1: Bisnes yang ada kaitan dengan bisnes butik
10.2: Jaringan usahawan- forum online, persatuan
10.3: Organisasi yang perlu disertai usahawan Bab 11: Pengalaman bisnes
11.1 Alasan perlu buka butik
11.2 Pengalaman bisnes 1, Abaya Elegen, Norhaniza Taib
11.3 Pengalaman bisnes 2: Ely Suhaili Punari
11.4 Kisah Inspirasi Butik Al-Ikhsan

Logo Rasmi Akademi Bekerja Di Rumah

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria






Alhamdulillah. Syukur Ya Allah, dipertemukan dalam satu kumpulan perkongsian yang sangat hebat, Akademi Bekerja Di Rumah. Kami bersama menimba ilmu juga menyebarkan ilmu untuk manfaat bersama. Pelbagai latar belakang profesional berkongsi pandangan dan merapatkan ukhwah. Kami menulis untuk sebaran ilmu agar ia memberi manfaat kepada semua dan memberi sedikit saham kepada kami di sana nanti.
 
Logo rasmi ini telah dihasilkan oleh salah seorang guru online kami, Khairunnisa Hamzahara 
 
 
Teks : Nisa Nua
Hari ini 27 Nov 2013,
Secara rasminya Akademi bekerja di rumah telah mendapat LOGO RASMI yang digunapakai di kesemua blog alumni bermula hari ini. LOGO ini melambangkan ketenangan Bekerja Di Rumah. Walau penat di rumah namun ia berbaloi dan dapat tidur lena biarpun sejam saja tidurnya dalam sehari. Tidak lagi kisah hal perlu keluar rumah, hantar anak, pengangkutan ke pejabat, duit minyak, duit makan ,perlu OT perlu outstation dan sebagainya. Hal yang dianggap penting selama ini rupanya hal yang tidak ada kepentingan yang diperbesarkan. Apabila mula bekerja di rumah, tiada lagi melatah akan hal2 sebegini. Maka ia membuahkan idea2 baru dan segar setiap hari kerana bernafas di suasana ketenangan membuahkan hasil pemikiran yang optima.

Lebih kurang 250 blog, 19 kelas, 12 guru online berdedikasi sedang bertugas. Mari sama sertai kami di #akademibekerjadirumah. Usahawan, arkitek, penulis, jurutera, peguam, doktor, guru dan pelbagai latar belakang profesional. Alhamdulillah, kami merapatkan ukhwah berkongsi pandangan dan menulis untuk sebaran agar ia membawa manfaat. Kelas berikut kami tawarkan
 
1. Kelas online asas bina blog penulisan - untuk membina blog berpengaruh, blog yang disukai pembaca, belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik traffik ke blog.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online. Tak tahu cara untuk mula bisnes. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan bermula RM5, RM10, dan seterusnya. Bagi yang tidak ada produk kami sediakan produk untuk dropship.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

 Daftar dan mula sekarang, lagi berbaki 34 hari sebelum menjelang tahun baru. Selamat datang juga 26 pelajar baru bulan November 2013. 3 hari lagi promosi November bakal berakhir.
Singgah di sini untuk pelbagai informasi, dari wanita untuk wanita.
https://www.facebook.com/WahmSahmSoho
 
Hubungi saya untuk pendaftaran kelas :
 
sms /wtsapp : 017-7912993
add saya di facebook : https://www.facebook.com/anies.aiz