Thursday, 31 October 2013

Ulasan Protege yang Telah Mengikuti Kelas Blog

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle




Sumber: http://azuraabdullah.blogspot.com/2013/10/amazing-race-ulasan-kelas-blog-dan.html
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah. Dengan izin Allah swt akhirnya pada tanggal 31hb Oktober, 2013 berjaya juga saya siapkan tugasan 44 artikel yang diberikan Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah, Puan Masayu Ahmad selepas berkayuh keras melawan arus selama 4 bulan. Ini antara cabang persediaan saya meninggalkan kerjaya tetap menuju kerjaya baru yang telah lama saya idamkan, WAHM (Working At Home Mom). Doakanlah semuanya berjalan lancar untuk saya. Saya bermula di kala kekangan kerja di pejabat sangat keras dengan pelbagai kes yang menuntut komitmen luar biasa dari saya. Namun fleksibiliti yang ditawarkan melalui kelas di bawah bumbung Akademi Bekerja Di Rumah ini amat memahami situasi tersebut. Tiada kelas formal secara offline yang perlu saya hadiri and tiada waktu tetap yang saya perlu dial-in (seperti phone call meeting atau conference call meeting). Ianya lebih kepada satu ikatan antara Mentor dan Mentee yang sentiasa bersama tak kira waktu, "coaching" akan diberikan berdasarkan senarai tugasan yang telah ditetapkan dalam setiap modul kelas yang telah dilanggani. Sangat mudah. Itu lah yang saya cari dan saya temui di Akademi Bekerja Di Rumah.

Bukan itu sahaja, sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat mutinasional yang mempunyai 80000 pekerja di seluruh dunia dengan pelbagai pendedahan yang saya dapat di tempat kerja saya, merantau dipelbagai pelusuk dunia, bukanlah mudah untuk seseorang atau sesuatu itu mendapat komitmen dan mengikat diri saya. Tetapi Puan Masayu Ahmad, Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah berjaya melakukannya. Idea dan konsep Akademi Bekerja Di Rumah itu sendiri telah menarik perhatian saya. Suatu idea dan konsep yang benar-benar di luar kotak (out of the box thinking). Memahami idea dan konsepnya sahaja telah membuat saya terpikat, belum lagi terlibat. Ianya suatu idea dan konsep bisnes yang sangat menarik. Suatu idea dan konsep bisnes yang tidak mementingkan diri sendiri. Suatu idea dan konsep bisnes yang win-win. Suatu idea dan konsep bisnes yang memenuhi tuntutan sosial dan mendidik anak bangsa. Suatu idea dan konsep bisnes yang menjana ekonomi para suri dan mereka-mereka yang terkapai-kapai di luar sana.
Saya mula berkecimpung dalam arena blogging bermula 2hb Februari, 2009 tanpa sebarang asas dengan bahasa rojak, tanpa arah. Sekadar berkongsi minat saya dalam menghasilkan barang kemas buatan tangan (handmade jewelries) bersama-sama rakan-rakan dan seterusnya menjualnya melalui blog setelah ada yang berminat dengan melihat gambar-gambar kerjatangan saya melalui blog. Saya juga terlibat dengan kerja-kerja amal bersama NGO dan turut berkongsi melalui blog lama saya www.comeybelako.blogspot.com. Terasa benar kelainannya bila berguru dengan mereka yang pakar, betullah cakap orang-orang tua, "hendak belajar perlu berguru". Jika kita boleh belajar dari pengalaman orang lain kenapa kita perlu bersusah payah melalui kesakitan dengan menongkah arus tanpa hala tuju.

Melalui Akademi Bekerja Dari Rumah juga saya dapat membina jaringan sosial secara percuma. Trafik ke blog yag dijana melalui Akademi Bekerja Di Rumah juga sangat hebat. Belum pun habis tugasan, saya sudah berjaya menarik lebih 3 ribu trafik. Dengan adanya jaringan sosial percuma secara tak langsung saya mendapat promosi percuma ke atas bisnes yang saya miliki. Apalagi yang penting selain modal sosial - itu yang dapat saya bina melalui blog ini. Selain berkongsi pengalaman pahit panis, saya juga membina reputasi. Masyarakat hanya mahu berbisnes dengan mereka yang punya reputasi positif samada dari segi personal atau profesional.

Berkajang kalau hendak saya senaraikan kebaikan yang saya perolehi melalui kelas yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah ini. Apa kata anda cuba sendiri?
 
**************************************************************************************************
Alhamdulillah, inilah perkongsian ikhlas yang ditulis oleh salah seorang protege di akademi kami. Bagi yang mahu selami dunia berblogging, apa kata turut serta dalam kelas online ini. Kelas sangat fleksibel mengikut kesesuaian masa sendiri, dan tiada paksaan dalam melaksanakan tugas. Juga ikut pada jadual protege sendiri, ada pelajar dalam tempoh 10 hari sudah siap tugasan. Ada juga dalam tempoh sebulan. Jadi kami tidak memaksa pelajar untuk menyiapkan tugasan yang diberikan, cumanya cepat siap cepatlah kalian dapat menuai hasil semula.
 
Sebab perlu masuk kelas asas blog online:

1. Kelas adalah fleksibel:
Peserta kami adalah kebanyakan suri bekerjaya dan surirumah ada juga jejak, secara online 100 peratus, ia fleksibel, boleh mula bila-bila masa. Ada 10 langkah tugasan untuk kelas asas blog dan penulisan, dan 16 langkah mudah untuk bina kedai online.

2. Kumpulan sokongan.
Selepas selesai semua tugasan, peserta akan diserap masuk dalam group tertututup akademi bekerja di rumah. Dari situ peniaga boleh membina jaringan, peserta pula boleh mencari peluang-peluang baru untuk bina persahabatan dan sokongan.

3. Sangat sesuai surirumah yang baru mahu mula, tidak tahu urusniaga asas, tidak tahu buat borang tempahan, tidak tahu mahu mula dari mana, tidak ada produk kita sediakan produk.

4. Belajar membina kelompok sasaran untuk produk dan perkhidmatan yang bakal ditawarkan. Blog dan facebook adalah langkah paling asas dan mudah untuk kita belajar berjualan online. Ini sesuai bagi orang yang sibuk, surirumah yang pemalu.

5. Trek pemula. Bagi mahu mula bisnes secara sambilan atau sepenuh masa. Khususnya persediaan bagi surirumha yang tidak ada apa-apa asas. Kita mempunyai barisan pengajar di seluruh Malaysia, tidak ada had masa, kami menerima pendaftaran setiap hari.

6. Mula cabar diri untuk persediaan tahun baru. Tidak kira suri bekerja di rumah, atau suri bekerja luar rumah.

 

 
Pakej Bekerja di rumah, khas untuk mereka yang sedang merancang untuk mula bekerja di rumah pada tahun hadapan. Boleh dapatkan pakej ini dahulu sebagai bahan bacaan dan persediaan awal
 
 

 
Promosi ebook percuma untuk pendaftaran kelas online asas membina blog sempena Oktober yang bakal berakhir. Hari ini hari terakhir untuk rebut promosi ini. Hubungi saya untuk dapatkan promosi ini
 
Jom beriklan di sini Soho Directory. Baca terma iklan di Ruangan Iklan Online
Beli buku agama, buku motivasi & ebook di sini Aizmall Gedung Buku Online
Beli produk sunnah dan kelengkapan solat di sini Aizmall Sunnah Online
Beli pelbagai jenis produk kesihatan, makanan dan produk borong bisnes di sini Aizmall Gedung Online
Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah. Untuk yang berminat mendaftar kelas online asas membina blog fanpage bisnes atau penulisan, hubungi saya :
Sms/ Whatsapp : 017-7912993
 
 

Wednesday, 30 October 2013

Kecilnya Nilai Duit Zaman Sekarang

Teks : Anys Idayu Zakaria


Sudah lewat malam baru saya sempat menaip entri untuk hari ini. Jarang sekali menulis lewat malam. Biasanya awal pagi. Malam ni rasa lambat pula mata nak terlelap. Tapi sudah pedih mengantuk. Mungkin sebab saya sempat tidur sebentar waktu rehat tengah hari tadi.
 
Saja saya nak kongsi, balik kerja tadi saya singgah ke kedai beli beberapa keperluan dapur yang sudah habis. Belum sempat nak berbelanja, jadi terpaksalah beli saja di kedai runcit kawasan rumah. Bukanlah banyak pun yang saya beli, hanya beli gas, beras dan pampers Raisha. Itu pun sudah habis RM 100, berbaki RM 15 sahaja saya isi minyak kereta.
 
Aduhai. Sungguh kecil sekali nilai wang sekarang. Bawa duit banyak itu pun hanya dapat beli 3 barang sahaja. Yalah mungkin sebab harga kesemuanya memang mencecah hingga Rm20++ setiap satu. Tambah-tambah lagi dengan kenaikan harga barang sekarang ni.

Nak buat macam mana. Lagi pun bukan hak kita untuk pertikaikan. Kita hanya perlu berusaha sehabisnya untuk terus tingkatkan ekonomi keluarga.
 
Ok kita bersambung entri akan datang. Mata sudah mengantuk. selamat malam.
 
 
Jom tengok iklan kejap. He.he
 
 
 
 
PAKEJ BEKERJA DI RUMAH, PROMOSI OKTOBER BAKAL BERAKHIR ESOK. HANYA BAYAR RM100 SAHAJA UNTUK DAPATKAN 3 EBOOK
 
 

 
 
 Promosi pre order ebook 101 idea home based bisnes. Dapatkan dengan harga promosi hanya RM30 SAHAJA. Pre order sehingga 30 November 2013. Harga asal RM50.
 

 
Tinggal lebih kurang sehari sahaja lagi untuk dapatkan ebook 101 idea home based bisnes ini secara percuma, melalui pendaftaran kelas online asas membina blog untuk promosi Oktober.
 
 
 
 
Jom beriklan di sini Soho Directory. Baca terma iklan di Ruangan Iklan Online
Beli buku agama, buku motivasi & ebook di sini Aizmall Gedung Buku Online
Beli produk sunnah dan kelengkapan solat di sini Aizmall Sunnah Online
Beli pelbagai jenis produk kesihatan, makanan dan produk borong bisnes di sini Aizmall Gedung Online
Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah. Untuk yang berminat mendaftar kelas online asas membina blog fanpage bisnes atau penulisan, hubungi saya :
Sms/ Whatsapp : 017-7912993

Tuesday, 29 October 2013

Perkhidmatan Menaip Dokumen

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle





Sudah lama sebenarnya saya nak menyediakan perkhidmatan menaip ni. Oleh kerana saya ada kemahiran menaip dengan pantas (skill ni saya pelajari ketika di Politeknik), jadi saya mahu jadikan kemahiran saya ni sebagai salah satu cara untuk membantu mereka yang lain yang kesuntukan masa untuk menaip dokumen, jurnal, tesis, laporan, surat, buku, kertas kerja, tender, artikel, penjanjian perniagaan, karangan, novel, dan apa sahaja bentuk dokumen. Saya juga pasti ramai yang malas sebenarnya untuk menaip panjang berjela. Jika salah cara dan teknik pasti banyak pula kesalahan ejaan dan lenguh tangan asyik letak sahaja di keyboard. Pasti juga ambil masa yang lama untuk menyiapkan satu-satu dokumen tersebut.
Jadi di sini untuk memudahkan orang lain, saya turut menyediakan perkhidmatan menaip dokumen berbahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dalam format Microsoft Words. Butiran adalah seperti berikut :
1. Bahan untuk ditaip boleh dihantar melalui :

    a. Email : anysidayuzakaria@gmail.com

    b. Maklumkan melalui sms / watsapp : 017-7912993
    c. Serahan tangan (by hand) bagi yang tinggal berhampiran Johor Bahru, 
        Ulu Tiram, Kota Tinggi. 

2. Jenis Font / Format Tulisan :

Jenis font yang digunakan adalah pelbagai (ikut pada permintaan), juga mengikut standard font yang biasa digunakan untuk dokumen.


3. Kadar Upah Menaip :

 Setiap muka surat RM 3.00
 
 Muka surat ke 101 dan seterusnya RM 1.50
4. Penghantaran Dokumen :
Dokumen yang siap ditaip akan dihantar melalui email untuk memastikan dokumen cepat diterima pelanggan.
Jika mahu dokumen dicetak, perlu maklumkan terlebih awal. Caj untuk cetakan adalah berlainan.
5. Untuk tempahan sila berikan maklumat seperti berikut :
Nama :
alamat email :
No telefon :
Penerangan yang lengkap mengenai tempahan (penting untuk mengelakkan sebarang masalah timbul)
contoh penerangan :
Tulisan : Times New Roman
Saiz Tulisan : 12
Line Spacing : 1.5
Penerangan lain tentang maklumat jika ada.

****************************************************************************






Jom beriklan di sini Soho Directory. Baca terma iklan di Ruangan Iklan Online

Beli buku agama, buku motivasi & ebook di sini Aizmall Gedung Buku Online

Beli produk sunnah dan kelengkapan solat di sini Aizmall Sunnah Online

Beli pelbagai jenis produk kesihatan, makanan dan produk borong bisnes di sini Aizmall Gedung Online

Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah. Untuk yang berminat mendaftar kelas online asas membina blog fanpage bisnes atau penulisan, hubungi saya :


Sms/ Whatsapp : 017-7912993










Monday, 28 October 2013

Trend Bisnes Online

Teks : Anys Idayu Zakaria


Hebatnya bisnes internet, bisnes tanpa sempadan. Jauh beribu batu. Bisnes online juga tak boleh goyang kaki tunggu duit masuk sahaja. Sentiasa berterusan lakukan promosi. Kena selalu promote bisnes kita. Kaedah promosi di internet juga pelbagai cara antaranya blog,facebook, fanpage, tapak iklan. Kaedah ini juga boleh dijadikan salah satu pendapatan pasif kita. Pelbagaikan kaedah promosi.
Trend bisnes online dan trend bekerja di rumah merupakan trend zaman sekarang. Trend generasi Y. Ruginya jika tidak menggunakan kemudahan internet ke arah memperkasa ekonomi keluarga. Ruginya jika hanya mahu melihat kejayaan orang lain terlebih dahulu kerana tidak yakin dengan kebolehan sendiri. Setiap orang mempunyai kebolehan dan kepakaran sendiri. Setiap orang ada keistimewaannya tersendiri. Tidak sama dengan orang lain. Hanya yang perlu belajar dan asah kemahiran tersebut untuk memajukan diri sendiri. Jika tidak kita yang mengubah ekonomi diri dan keluarga kita,takkan kita mengharap orang lain pula yang menghulur bantuan.
Parang yang tumbul jika tidak diasah pasti akan tumbul selamanya. Kami di akademi ini memberi peluang kepada mereka yang mahu mulakan bisnes online untuk menghadiri kelas online asas mmbina blog penulisan dan blog bisnes. Belajar untuk dapat lebih banyak ilmu. Bila sudah pandai boleh mula dengan sendirikan, lihat contoh protege saya sendiri. Permulaan mereka hadiri kelas online ini untuk belajar membina blog, buat borang tempahan, buat label, pages, dan seterusnya selepas sudah mahir dan pandai sudah boleh buat sendiri dan masukkan sendiri perkhidmatan dan produk yang ada untuk dipasarkan.
Apa yang lebih menarik, ada juga salah seorang protege saya yang tidak pernah menggunakan facebook untuk membuat promosi. Membina facebook hanya untuk menghadiri kelas online ini. Siapa kata tak pandai facebook tak boleh berniaga online. Siapa kata tak ada masa untuk mengadap facebook tak boleh bina blog dan belajar dalam kelas ini. Apa yang penting kesungguhan untuk belajar, secepat mana kalian serap ilmu dan praktikkan. Cepat siap, cepatlah dapat tuai hasilnya. Malah kami juga ada menyediakan peluang menjana pendapatan pasif. Dan yang lebih menarik dan uniknya kelas ini, belajar dan terus aplikasikan. Tak perlu tunggu selesai kelas baru boleh mula dan buat kedai blog sendiri. Juga tiada yuran berkali. Hanya bayar sekali yuran kelas. Belajarlah selama mana yang kalian mahukan. Guru online kalian sedia berkhidmat bila-bila masa kalian perlukan.
'Berjemaah itu lebih baik daripada sendirian''
Adalah lebih baik belajar dengan mentor yang berpengalaman, atau berguru daripada belajar sendirian.

psstt... ada ke sesapa yang sedang cuba-cuba membina blog sendiri, tapi masih buntu idea mahu menjadikan blog sentiasa mendapat kunjungan pembaca, atau rasanya buntu idea tak tahu nak menulis apa. Kesian blog yang dah buat tu. Terbiar sepi saja tanpa ada cerita baru. Kita tinggalkan umpama rumah kosong yang tak ada penghuni. Sudah Pasti tiada pengunjung yang sudi bertandang. Mahu jadi protege saya!!! Apa lagi jangan bertangguh, jom daftar sekarang kelas online yang saya sedang jalankan ini. Daftar dengan promosi Oktober yang tinggal lebih kurang 4 hari saja lagi sebelum berakhir. Daftar sekarang, boleh belajar bila sudah sedia. Tempah tempat dulu.
Laburkan duit untuk ilmu dan gandakan pendapatan kita. Jika masih tidak mendapat hasil daripada duit yang dilaburkan, bukan kerana ilmu yang tidak bermanfaat tapi kerana tiada tindakan yang kita hasilkan.




Semoga bermanfaat.
anysidayu.blogspot.com

 
 

Sunday, 27 October 2013

Ulasan Ebook Mula Bisnes Butik

Teks : Anys Idayu Zakaria


Bagi yang minat menjahit, minat mereka pakaian, minat menjual kelengkapan dan aksesori anak-anak, saya pasti ada juga berangan-angan dan mempunyai impian untuk membuka dan memiliki butik sendiri. Apa kata baca sedikit ulasan pembaca mengenai Ebook Mula Bisnes butik offline / online ini. Semoga dengan memilik ebook ini dapat memberi sedikit gambar sebenar bagaimana untuk menguruskan butik

Sepertimana yang kita sedia maklum, aktiviti jual beli secara online di Malaysia mencatatkan perkembangan yang memberangsangkan dari semasa ke semasa. Pada hari ini membeli barangan-barangan fizikal melalui internet telah menjadi satu gaya hidup yang biasa oleh pengguna internet di Malaysia ini.Dengan kemudahan hanya di hujung jari terdapat lambakan produk online  boleh kita temui di internet. Pada tahun 2012 sahaja dianggar kan 50% rakyat Malaysia membeli belah secara online. Hanya melihat di skrin computer sahaja mereka dapat membuat perbandingan produk dari segi harga dan kualiti material tanpa perlu bersesak-sesak  dengan jem dan berebut-rebut parking kereta di samping dapat menjimatkan masa.
Oleh itu, sebelum memulakan apa-apa bisnes pun ilmu itu amat penting. Tanpa ilmu perniagaan seperti berlayar tanpa arah tuju. Justeru itu, Ebook ini diterbitkan untuk membantu mereka di luar sana yang bercita-cita untuk memulakan bisnes butik secara online mahupun offline. Ebook ini boleh memberi gambaran dan tunjuk ajar kepada bakal usahawan butik agar dapat melengkapkan diri  dengan ilmu terlebih dahulu sebelum melangkah ke dunia perniagaan yang penuh berisiko. Justeru itu,penting untuk menentukan produk mana yang kita paling minat dan mendapat permintaan tertinggi kerana dari situ akan memudahkan kita melakukan perniagaan dengan bersungguh-sungguh dan komited.
Memulakan langkah dengan mencari sumber bekalan produk dan pastikan modal yang mencukupi  untuk aktiviti perniagaan. Kemahiran asas bisnes juga perlu dimiliki oleh bakal usahawan butik supaya dapat melancarkan urusan bisnes. Langkah demi langkah di huraikan secara mendalam  dalam Ebook ini supaya bakal usahawan dapat membuat analisa dan perbandingan sebelum memulakan perniagaan. Tidak kira bidang perniagaan apa pun yang anda ceburi Ebook ini dapat membuka minda anda dalam membina empayar perniagaan.Anda pasti tidak akan merasa rugi memiliki Ebook ini kerana isi kandungan yang padat dan mantap terserlah dalam penulisan Puan Masayu.
 
 



EBOOK MULA BISNES BUTIK ONLINE / OFFLINE

Bab 1: Pengenalan bisnes

1.1 Ringkasan bisnes butik

1.2 Rangkaian industri butik

1.3 Ciri-ciri butik


Bab 2: Kemahiran 2.1 Kenali bakat, hobi kepada bisnes
2.2 Kemahiran dalam bisnes
2.4 Ambil peluang bisnes secara online
2.5 Kuasai kaedah promosi sepanjang tahun

Bab 3: Barang mentah/ Sumber bekalan (15 muka surat) 3.1 Fokus produk (niche)
3.2 Sumber pemborong produk, senarai pembekal, lokasi
3.3 Peralatan kelengkapan butik (jenis produk, jualan borong, runcit, pembekal produk)
3.4 Panduan produk dan khidmat pelanggan

Bab 4: Modal (15 muka surat) 4.1 : Modal Untuk Bisnes Skala Kecil
4.2 : Contoh Kaedah Kumpul Modal
4.3 : Strategi Pengurusan Modal
4.4: Sumber Pinjaman

Bab 5: Siapa pelanggan/sasaran (16)
5.1 Mengenalpasti sasaran pelanggan
5.2 Panduan khidmat pelanggan
5.3 Kemahiran khidmat pelanggan
5.4 Cara menjual kepada setiap pelanggan

Bab 6: Pendaftaran bisnes

Bab 7: Pengurusan bisnes (10 muka surat) 7.1 : Pentadbiran
7.2: Operasi- pengendalian stok, pameran di butik, pengurusan pekerja, kaedah jualan
7.3: Pengurusan Kewangan
7.4: Panduan Pengurusan Profesional

Bab 8: Harga tawaran (11 muka surat) 8.1 Kaedah penentuan harga
8.2 Contoh penentuan harga
8.3 Mempelbagaikan jualan- konvensional dan online

Bab 9: Promosi/pemasaran (16 muka surat)
9.1 Kaedah promosi & pemasaran
9.2 Strategi promosi butik
9.3 Strategi promosi butik
9.4 Tip promosi dan pemasaranBab 10: Organisasi/ badan berkaitan
10.1: Bisnes yang ada kaitan dengan bisnes butik
10.2: Jaringan usahawan- forum online, persatuan
10.3: Organisasi yang perlu disertai usahawan Bab 11: Pengalaman bisnes
11.1 Alasan perlu buka butik
11.2 Pengalaman bisnes 1, Abaya Elegen, Norhaniza Taib
11.3 Pengalaman bisnes 2: Ely Suhaili Punari
11.4 Kisah Inspirasi Butik Al-Ikhsan


 


Milik Pakej Bekerja di Rumah ini. Beli 2 ebook dapat 3 ebook. Percuma ebook 101 idea home based bisnes. Hubungi saya untuk pakej ini atau ebook Mula Bisnes butik sahaja.



 
Jom beriklan di sini Soho Directory. Baca terma iklan di Ruangan Iklan Online
Beli buku agama, buku motivasi & ebook di sini Aizmall Gedung Buku Online

Beli produk sunnah dan kelengkapan solat di sini Aizmall Sunnah Online

Beli pelbagai jenis produk kesihatan, makanan dan produk borong bisnes di sini Aizmall Gedung Online
Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah. Untuk mendaftar kelas online asas membina blog fanpage bisnes atau penulisan, hubungi saya :

Sms/ Whatsapp : 017-7912993

Facebook : anies.aiz

Saturday, 26 October 2013

Kuasai Khidmat Pelanggan

Teks : Anys Idayu Zakaria
 
 
 
 
 
Teks: Masayu Ahmad
Sumber:http://101ideahomebasedbisnes.blogspot.com/

1. Kenali produk
Usahawan perlu tahu apa produk dan jenis perkhidmatan yang mahu diberikan. Tahu dan kuasai produk dari A hingga Z dan bersedia dengan semua jawapan yang ditanya bakal pelanggan. Tahu penggunaan produk, manfaat, dan juga kekurangan produk. Terangkan dengan jelas.


2. Kenali pelanggan
Mengenali pelanggan adalah mengetahui 'niche produk' dan sasaran pelanggan. Sekiranya produk yang berkiatan dengan butik pakaian siapakan golongan sasaran pembeli. Jika produk berkaitan haji dan umrah siapakah pelangggan. Jika produk berkaitan peralatan dan kelengkapan ibadah siapa pula sasaran. Mengenali produk dan mengenali siapa sasaran pelangggan, sangat memudahkan usaha promosi dan juga keterangan tentang produk atau servis yang diperkenalkan.

3. Komited perkhidmatan berkualiti
Usahawan online perlu komited dalam menawan pelanggan melalui perkhidmatan yang berkualiti. Suasana positif semasa urus niaga online memberi pengaruh emosi positif kepada pelanggan. Ucapkan bahasa yang sopan, respon yang cepat, proses urus niaga yang mudah. Pelanggan lebih suka bagi produk yang cepat dalam tempoh masa yang dijanjikan. Lagi cepat produk sampai lagi tinggi kepuasan kepada pembeli.

4. Hormati pelanggan
 Hormati pelanggan sebagaimana kita suka pelanggan menghormati hak kita sebagai usahawan. Cara menghormati pelanggan denan memberi harga yang betul, jujur dalam urus niaga, apabila ditanya segera memberi respon positif. Apabila pelanggan bercerita masalahnya, cuba dengar dan sesuaikan atau sarankan produk atau perkhidmatan yang diberikan.

Bagi usahawan online antara masalah biasa yang berlaku ialah, tempoh penghantaran barang. Apabila ada situasi berlaku barang tidak sampai, rosak dan sebagainya, jadi nyatakan dengan jelas terma dan syarat. Jika tidak rugi maka gantikan semula barang tersebut, atau kembalikan jika pelanggan mahu.

5. Tidak emosi
Ramai usahawan online, terutama yang baru belajar berurusan dengan pelanggan cepat sahaja sentap dan emosi. Namanya pun berniaga, jadi pelanggan adalah sebahagian daripad urusan yang perlu kita ambil tahu dan kuasai semasa mengendalikannya.

Emosi pelanggan yang dijaga baik, ia membawa kesan keuntungan jangka masa panjang. Beberapa situasi ibu-ibu yang bekerja di rumah, mudah emosi apabila agak terganggu dengan kerenah anak-anak kecil dan juga pertambahan tugas serentak atau menerima order pelanggan yang banyak dalam tempoh singkat.

Untuk menangani kerenah anak-anak, ibu bekerja dari rumah perlu mengenalpasti dari awal tempoh masa anak bermain, anak lapar dan anak memerlukan perhatian. Tempoh kritikal biasanya, pada waktu tengahari, iaitu ada pelanggan online waktu pejabat yang suka menggunakan masa ini membuat pembelian atau pertanyaan.

Begitu juga bagi pembeli bujang, kadangkala tidak tahu masa yang sesuai untuk bertanya, waktu tengahari dan juga waktu petang menjelang malam sekitar jam 6, 7, 8 petang. Sangat penting ibu yang bekerja dari rumah, pandai mengawal emosi menjawab pertanyaan walaupun pada masa itu sangat kelam kabut.

Emosi juga sangat penting ketika berurusan dengan pelanggan cerewet yang meminta harga tidak masuk akal, pelanggan yang mahu cepat, pelanggan yang tidka sabar dan pelanggan yang banyak cakap.

Usahawan online perlu ada senarai skrip yang boleh digunakan untuk mmebantu apabila berhadapan pelanggan sebegini. Usahawan yang tidak emosi, sudah tentu memberi layan terbaik setiap pertanyaan.


6. Tidak biarkan pelanggan menunggu lama
Selalunya dalam urus niaga online, sifat pelanggan mahukan segalanya cepat. Lagi cepat jawab lagi tinggi kadar kepuasa. Segera respon apabila anda sudah online. Segera bermohon maaf sekiranya lambat menjawab soalan atau email pertanyaan.
7. Beri seperti yang dijanjikan
Selalunya pelanggan beli kerana tergoda dengan promosi produk dan barangan yang dipamerkan. Pastikan ia sama sebagaimana sebelum beli dan selepas pembayaran dibuat.
8. Sentiasa berkata benar
Sentiasa jujur dan berkata benar. Contohnya barang puan Salmah sudah pun dihantar akan tetapi ada masalah dengan syarikat penghantaran. Usahawan perlu menerangkan dengan benar situasi yang berlaku.

"Sebenarnya puan, barang sudah dihantar pada tarikh sekian-sekian. Ada masa ia akan sampai pada keesokannya, ada masa dua hari tiga hari. Ada juga kes barang lambat dan ada barang yang hilang. Jadi, kita sama-sama doa barang puan sampai tepat masanya. Harap puan bersabar, jika barang sudah sampai maklumkan pada saya. Jika tidak sampai atau rosak, maklumkan juga saya akan gantikan semula dengan yang baru."

9. Bina hubungan yang baik
Bina hubungan baik dengan pelanggan melalui kata-kata ucapan. Kini dengan kemudahan fb, tidak salah sekali sekala memberi respon status fbnya. Ucapan selamat hari lahir, tahniah, takziah dan sebagainya berdasarkan situasi pelanggan. Ia membuatkan pelanggan rasa dekat dan mudah mesra dengan kita (pemilik bisnes)
10. Mudahkan pembelian
Mudahkan pembelian, ramai kini pelanggan yang mahu cara termudah dan terpantas. Sediakan platform yang mudah untuk pelanggan membuat pembayaran dan tahu status barang yang perkhidmatan yang dibeli.
Lagi mudah kaedah beli, lagi tinggi kepuasan. Pun begitu, pastikan juga ia memudahkan usahawan dalam rekod dan bukti urus niaga agar tidak melanggar terma dan syarat.
 
 
 

 
Dapatkan ebook 101 idea home based bisnes ini secara PERCUMA SAHAJA, dengan belian pakej bekerja di rumah - Mula bisnes butik. Hubungi saya untuk pakej hebat ini. Atau buat tempahan di sini
 
 
 
Jom beriklan di sini Soho Directory. Baca terma iklan di Ruangan Iklan Online
Beli buku agama, buku motivasi & ebook di sini Aizmall Gedung Buku Online
Beli produk sunnah dan kelengkapan solat di sini Aizmall Sunnah Online
Beli pelbagai jenis produk kesihatan, makanan dan produk borong bisnes di sini Aizmall Gedung Online
Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah. Untuk yang berminat mendaftar kelas online asas membina blog fanpage bisnes atau penulisan, hubungi saya :
Sms/ Whatsapp : 017-7912993
Facebook : anies.aiz
 
 

Friday, 25 October 2013

Doa Pembuka 12 Pintu

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle
 
 
Semalam selesai Kursus Berskala Penuh anjuran Ibu Pejabat tempat saya bekerja. Tajuknya ialah Psikologi dan Anda. Penceramah pun memang kaki lawak, jadi kenalah dengan tajuknya. Pandai psiko pendengar, tak da la sesi mengantuk. Hehe.
 
Ni saya kongsi sedikit tips yang saya dapat semalam untuk mengatasi stress dengan terapi rohani.  Menurut penceramah, stress merupakan bentuk ujian ketahanan diri kepada Allah. Cara untuk mengatasinya hendaklah kita muhasabah diri. Bina hubungan erat dengan Allah, dengan melakukan solat dan zikir. Tidak meninggalkan perkara-perkara wajib.
 
Juga ditekankan solat dhuha setiap awal pagi kerana solat ini sangat besar fadilatnya. Dan bacalah doa 12 pembuka pintu selepas solat dhuha. Juga bagus diamalkan selepas solat fardu. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan Ilahi.
 
 

 
 
 
Jom beriklan di sini Soho Directory. Baca terma iklan di Ruangan Iklan Online
Beli buku agama, buku motivasi & ebook di sini Aizmall Gedung Buku Online
Beli produk sunnah dan kelengkapan solat di sini Aizmall Sunnah Online
Beli pelbagai jenis produk kesihatan, makanan dan produk borong bisnes di sini Aizmall Gedung Online
Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah. Untuk mendaftar kelas online asas membina blog fanpage bisnes atau penulisan, hubungi saya :
Sms/ Whatsapp : 017-7912993
Facebook : anies.aiz

Thursday, 24 October 2013

Powernya Iklan di Internet!!!

Teks : Anys Idayu Zakaria


Hari ini seharian saya di Bilik Persidangan, menghadiri Kursus Berskala Besar yang dianjurkan oleh pihak Ibu Pejabat. Kursus diadakan secara Video Conference dengan semua wilayah. Topik kursus memang sangat menarik. Personaliti Dan Anda. Baru sekejap tadi selesai menyiapkan Ujian Personaliti. Belum selesai jawapan analisa, bersambung semula selepas rehat nanti. Yang ini saya akan ceritakan di entri akan datang ya.
 
Sebenarnya saya nak berkongsi tentang panggilan telefon yang saya terima kelmarin. Saya terima panggilan orang bertanya untuk menyewa stall burger saya. Puas saya pikir. Rasanya dalam masa terdekat ni saya tak pernah letak di internet, ataupun di blog. Rupanya baru saya teringat, saya pernah letakkan iklan tersebut beberapa tahun sudah. Ketika itu memang saya mencari orang untuk menyewa stall tersebut kerana en suami kesuntukan masa untuk menguruskannya. Seingat saya akhir tahun 2010. Masa tu saya belum ada blog dan facebook. Jadi saya hanya letak iklan di internet sahaja. Tapak iklan percuma, rasanya di majalah.com atau mana-mana forum yang saya sertai. Itulah powernya letak iklan produk atau bisnes di internet. Bertahun pun masih ada orang hubungi lagi.
 
Jadi pada sesiapa yang ada produk atau servis tu boleh la mula cuba-cuba beriklan di internet. Kita pelbagaikan cara promosi jualan. Sekiranya kita hanya guna satu cara promosi, kita hanya ada satu sumber pendapatan. Jika dua cara, kita akan ada dua sumber pendapatan. Begitulah ikut berapa banyak cara yang kita gunakan untuk mempromosi. Jadi banyak jugalah cara kita mendapat hasil jualannya. Sedangkan bisnes dan syarikat besar yang teguh pun buat pelbagai kaedah dan cara promosi untuk tarik pelanggan, inikan pula kita yang baru je nak berjinak-jinak dengan dunia bisnes. Syarikat besar tu, sudah tentulah mereka memang dikenali. Kita yang baru nak bermula ni pasti belum ada yang mengenali. Jadi memang harus sangatlah kita mempelbagaikan cara promosi untuk menarik pelanggan dan memberitahu kepada mereka tentang produk kita. 
 
Kalau ada yang nak cuba beriklan di internet, boleh juga hubungi saya untuk sewa tapak iklan di Soho Directory. Laman ini khas untuk semua peniaga mengiklankan produk mereka. Pakej pun sangat murah dan mampu milik semua peniaga. Ada 4 pakej bermula dari harga RM50 ke RM300 setahun.  Iklan akan disiarkan di lebih 130 blog yang menyertai Akademi Bekerja Di Rumah. Bagi peserta kelas asas membina blog fanpage bisnes, berpeluang untuk beriklan secara percuma selama setahun.
 
Jom beriklan di sini Soho Directory. Baca terma iklan di RuanganIklan Online
Beli buku agama, buku motivasi & ebook di sini Aizmall Gedung Buku Online
Beli produk sunnah dan kelengkapan solat di sini Aizmall Sunnah Online
Beli pelbagai jenis produk kesihatan, makanan dan produk borong bisnes di sini Aizmall Gedung Online
Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah. Untuk yang berminat mendaftar kelas online asas membina blog fanpage bisnes atau penulisan, hubungi saya :
Sms/ Whatsapp : 017-7912993
Facebook : anies.aiz
 
 
 

Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri kelas online asas membina blog fanpage bisnes atau kelas online asas blog penulisan. Yuran Oktober berlangsung. Dapatkan ebook percuma 101 IDEA HOME BASED BISNES dengan pendaftaran kelas online ini