Monday, 30 September 2013

Buka Bisnes Butik

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian Goggle


Ramai sebenarnya ada kemahiran dan kepakaran dalam menjahit, betul tak. Bercita-cita nak cuba buka butik sendiri. Paling tidak pun kedai jahit yang kecil-kecil. Tapi memang betul, kemahiran menjahit ni jika digunakan memang sangat menguntungkan. Saya lihat sendiri Ma saya di rumah memang sibuk menjahit. Apatah lagi kalau tiba musim raya, confirm kami adik beradik tak ada baju raya sebab sibuk menjahit baju pelanggan. Biasanya mula sibuk sejak awal Ramadhan lagi. Kami sudah biasa jika bulan puasa, kami hanya berbuka lauk pauk yang mudah dan ringkas saja sebab ma tak berkesempatan memasak. Kadangkala sebulan puasa tu abah yang tolong masak, dan ma pula memang sibuk di depan mesin jahitnya. Bila kami sudah dewasa, kamilah yang memasak bila waktu berbuka. Adakalanya saya pun pernah membantu ma menjahit tepi kain, menjahit sempat, pasang butang baju, gosok baju yang sudah siap dijahit. Itu semua memang tugas kami adik beradik.
 
Ma memang pandai menjahit sejak dulu. Masih saya ingat seawal saya di sekolah rendah, Ma pernah pergi belajar menjahit baju melayu lelaki di kedai cina. Ketika itu ma hanya pandai menjahit baju kurang perempuan sahaja. Mula-mula ambil upah dari rakan-rakan dan jiran tetangga. Ketika itu hanya menggunakan mesin jahit yang biasa sahaja. Kemudian setelah bertahun menjahit, dapatlah membeli dua buah mesin jahit kilang iaitu mesin jahitan biasa dan mesin jahit tepi. Upah menjahit pula agak berbaloi, kerana kita hanya bermodalkan kelengkapan menjahit, dan juga elektrik. Dulu pernah juga kami mencadangkan supaya buka kedai jahitan. Tapi ma lebih suka menjahit di rumah. Katanya lebih senang dan mudah. Boleh urus sekali rumahtangga dan anak-anak, sambil menyiapkan jahitan. Jadi sampailah ke hari ini memang ma menjahit di rumah. Bila berpindah ke rumah sendiri pun abah buatkan ma satu bilik khas untuk menjahit. Saya juga lihat pelanggan ma memang dari dulu sampai sekarang pelanggan tetap beliau. Malah mereka turut rekemonkan pada rakan-rakan yang lain. Saya sendiri dari dulu memang tak pernah upah baju. Cuma sejak dah berkahwin dan bekerja pernah juga membeli baju kurung yang sudah siap, tapi sebab sudah serasi sejak kecil baju yang dibeli rasanya tidak begitu selesa dipakai. Begitu juga sya pernah upah pada orang lain. Juga tidak selesa. Lebih selesa yang ma jahitkan. Kadang terpaksa jugalah beli kain dan simpan dulu kerana beliau perlu menyiapkan tempahan orang lain. Al-maklum ruginya kami adik beradik tak pandai menjahit. Saya pernah juga belajar-belajar menjahit, tapi sebab tak minat dan tak selalu dilakukan mudah sahaja lupa.
 


Sebagai suri rumah yang ada kemahiran menjahit ni, apa kata luaskan lagi kemahiran tu dengan cuba-cuba mengambil upah menjahit pakaian jiran-jiran, rakan dan saudara mara. Bila mereka upah sekali, pasti mereka akan datang lagi. Tambahan sekarang ni upah menjahit sepasang baju pun sudah agak mahal. Jika dulu lebih kurang RM25-27 sepasang. Tapi sekarang sudah mencecah sehingga RM35-40. Itu baru sepasang baju kurung biasa. Modal kita pun tidaklah banyak mana, jika sepasang.
 
Bagi yang memang ada kemahiran, tetapi tiada pula kelengkapan mesin menjahit, apa kata ajar saya orang menjahit. Tak terfikir macam mana, senang sahaja. Jika ada akses internet, gunakanlah medium percuma yang ada sekarang. Bagaimana? Gunakan blog sebagai medium untuk mengajar secara online. Saya pernah terjumpa orang menulis blog cara-cara untuk menjahit. Nah, senang bukan. Hanya perlu rancang bagaimana cara untuk mendapat pendapatan daripada blog jahitan tersebut.
 
Baru semalam sedang saya mengakses facebook, tiba-tiba saya terlihat satu perkongsian dan group Bengkel seharian membuat jubah. Bengkel tersebut dijalankan secara online sahaja. Mereka menggunakan medium internet yang ada. Senang bukan.
 
Senang bukan, ada kemahiran tapi masih tidak ada modal, cuma pusing pula ke arah lain. Cuba gunakan apa yang ada pada kita dulu untuk dijadikan modal dan duit. Sebagai contoh, kita pandai menjahit tapi belum ada modal untuk membeli mesin. Tak salah jika kita buat toturial atau kelas menjahit. Tak ada modal beli kedai. Kenapa perlu fikir yang susah. Zaman sekarang semua zaman teknologi. Gunakan internet hujung jari sahaja sudah boleh buat kelas.
 
Bagi yang sedang merancang-rancang, cuba fikir-fikirkan. Jika tak pandai nak gunakan blog untuk buat toturial, apa kata belajar dulu basic dan permulaan membina blog. Saya juga ada membuat kelas pengambilan untuk mereka yang minat belajar membina blog. Sudah pandai, boleh buat blog toturial kelas jahitan. :)
 
Jika yang sudah ada modal tapi masih kabur cara untuk membuka butik, apa kata dapatkan EBOOK MULA BISNES BUTIK OFFLINE / ONLINE. Ebook ini tidak hanya tertumpa pada mereka yang mahu membuka butik jahitan sahaja. Malah apa sahaja jenis yang berkaitan dengan butik seperti tudung, aksesori wanita, pakaian kanak-kanak semua itu boleh dikategorikan sebagai butik.
 
 
 
 
EBOOK PANDUAN MULA BISNES BUTIK ONLINE / OFFLINE
 
 
 
 
Bab 1: Pengenalan bisnes
1.1 Ringkasan bisnes butik
1.2 Rangkaian industri butik
1.3 Ciri-ciri butik

Bab 2: Kemahiran 2.1 Kenali bakat, hobi kepada bisnes
2.2 Kemahiran dalam bisnes
2.4 Ambil peluang bisnes secara online
2.5 Kuasai kaedah promosi sepanjang tahun

Bab 3: Barang mentah/ Sumber bekalan (15 muka surat) 3.1 Fokus produk (niche)
3.2 Sumber pemborong produk, senarai pembekal, lokasi
3.3 Peralatan kelengkapan butik (jenis produk, jualan borong, runcit, pembekal produk)
3.4 Panduan produk dan khidmat pelanggan

Bab 4: Modal (15 muka surat) 4.1 : Modal Untuk Bisnes Skala Kecil
4.2 : Contoh Kaedah Kumpul Modal
4.3 : Strategi Pengurusan Modal
4.4: Sumber Pinjaman
Bab 5: Siapa pelanggan/sasaran (16)
5.1 Mengenalpasti sasaran pelanggan
5.2 Panduan khidmat pelanggan
5.3 Kemahiran khidmat pelanggan
5.4 Cara menjual kepada setiap pelanggan

Bab 6: Pendaftaran bisnes
Bab 7: Pengurusan bisnes (10 muka surat) 7.1 : Pentadbiran
7.2: Operasi- pengendalian stok, pameran di butik, pengurusan pekerja, kaedah jualan
7.3: Pengurusan Kewangan
7.4: Panduan Pengurusan Profesional

Bab 8: Harga tawaran (11 muka surat) 8.1 Kaedah penentuan harga
8.2 Contoh penentuan harga
8.3 Mempelbagaikan jualan- konvensional dan online
Bab 9:Promosi/pemasaran (16 muka surat)
9.1 Kaedah promosi & pemasaran
9.2 Strategi promosi butik
9.3 Strategi promosi butik
9.4 Tip promosi dan pemasaran
Bab 10: Organisasi/ badan berkaitan
10.1: Bisnes yang ada kaitan dengan bisnes butik
10.2: Jaringan usahawan- forum online, persatuan
10.3: Organisasi yang perlu disertai usahawan
Bab 11: Pengalaman bisnes
11.1 Alasan perlu buka butik
11.2Pengalaman bisnes 1, Abaya Elegen, Norhaniza Taib
11.3 Pengalaman bisnes 2: Ely Suhaili Punari
11.4 Kisah Inspirasi Butik Al-Ikhsan
Bonus 1: Pengalaman Usahawan Bisnes Butik Abaya
Bonus 2 : Motivasi bisnes
12.1Kelangsungan bisnes
12.2 Aliran pendapatan berganda
12.3Lapan prinsip sukses
12.4 Tip bisnes orang Cina
 

Sunday, 29 September 2013

Menunaikan ibadah haji

Teks: Anys Idayu Zakaria

Alhamdulillah Ma dan Abah dapat panggil mengunjungi rumah Allah tahun ini. Insya allah malam ni mereka akan bergerak menaiki kapal terbang, jam 9.30mlam. Dan berada di sana selama 45 hari. Dijangka pulang ke tanah air pada 14 November.

Semoga ma dan abah dikurniakan kesihatan yang baik, diberi kelapangan dan dipermudahkan dalam menjalani ibadah di sana. Dan mendapat haji yang mabrur. Insya Allah.

Saturday, 28 September 2013

Kerja dan Usaha dalam Islam

Teks : Anys Idayu Zakaria


Kerja dan usaha mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Islam. Ia bukan sekadar sebab untuk kekayaan, dengan niat ikhlas menjadi satu ibadah yang dijanjikan pahala di sisi Allah swt. Allah Taala menggandingkan usaha mencari rezeki dengan usaha jihad fi sabilillah, "Dia juga mengetahui bahawa akan terdapat antara kamu orang yang sakit, orang yang bermusafir di muka bumi untuk mencari rezeki daripada limpah kurniaan Allah dan orang yang berjuang di jalan Allah (membela agamaNya)''

Manusia di muka bumi diperintahkan supaya merantau mencari rezeki Allah mengikut kadar keperluan dan usaha masing-masing. Sesiapa yang mahu menambah lagi keuntungan dan kekayaan maka dia perlu berusaha dan mencarinya dan membuang sikap malas.  Seseorang yang menjadi rezeki dengan titik peluh usahanya sendiri dipuji oleh Rasulullah walaupun hanya dengan menjual kayu api.
 
 
Bagi yang mahu memulakan bisnes, walau tanpa modal yang sangat besar, mulakan dengan langkah pertama, segera bertindak supaya dapat menuai hasil dan membina rezeki. Malah menambah rakan kenalan. Rezeki juga tidak dikira dari segi kewangan. Rezeki memperolehi rakan-rakan yang baik, rezeki diberikan kesihatan yang berpanjangan supaya dapat menguruskan keluarga. Rezeki Allah beri dari pelbagai sudut dan arah. Yang penting kita melaksanakan tanggungjawab kepadaNya.
 
Kami di Akademi Bekerja di Rumah memberi peluang kepada yang sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan. Dua kelas sedang berlangsung :

1. Kelas asas blog dan penulisan
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

2. Kelas asas blog dan fan page
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adlaah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjayaa yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabaila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
h. Untuk mula, kita analisa dahulu, hubungi saya untuk analisa dan pendaftaran kelas.

Friday, 27 September 2013

Menanam Pahala berpanjangan

Teks : Anys Idayu Zakaria
Sumber : Solusi 2013
Foto : Carian goggle


Bismillah. Syukur Alhamdulillah.Sedikit perkongsian ini saya baca dalam Solusi.
 
Seorang lelaki tua mempunyai kedut seribu. Ototnya sudah lemah. Tangannya pula sudah terketar-ketar menanam sepohon pokok buah. ''Pak cik, pak cik buat apa?'' tegur seorang lelaki muda. Lelaki itu meneliti pokok yang ditanam oleh lelaki tua itu. ''Pokok macam ni perlukan masa berpuluh tahun baru berbuah. Umur pak cik bukannya boleh bertahan lama lagi," sindir lelaki muda itu.

Bunyi cangkul si lelaki tua mengambus akar pokok. Lalu ditekan-tekan dengan kakinya agar menjadi padat." Pak cik kan dah tua. Kubur kata mari, rumah kata pergi. Buat apa bersusah payah menanam pokok ini? Bukankah sia-sia saja kerja pak cik?", si lelaki muda itu gagal membaca hikmah perlakuan lelaki tua itu.
 


Lebih kurang begitulah situasi yang pernah dialami oleh seorang sahabat Nabi bernama Abu Al-Darda'. Di penghujung usia, beliau tidak lupa meninggalkan pusaka terbaik untuk anak dan cucunya. Beliau bersusah payah menanam pokok buat mereka.  Apabila ditanya beliau menjawab "Apa salahnya kalau saya memperoleh pahala kerana perbuatan saya dan orang lain mendapat kebaikan daripada buah pokok tersebut''.

Begitu juga yang dilakukan oleh sahabat lain. Tekun menanam pokok pada usia senja. Apabila ditanya, beliau menjawab : "Orang yang terlebih dahulu daripada kita telah menanam untuk kita. Kita telah memakan buahnya. Sekarang kita menanam supaya orang yang terkemudian dapat memakannya.''

Jasanya terus hidu sesudah jasadnya mati. Amalannya meninggalkan manfaat dari zaman ke zaman. Ilmunya dinikmati generasi demi generasi. Sedekahnya dimakan oleh ramai orang. Pahalanya berkekalan. Tidak putus-putus.
 

BERSEDEKAH KEPADA HAIWAN
 
Pada suatu hari, seorang lelaki berjalan-jalan dan dia berasa sangat dahaga. Tiba-tiba dia terjumpa sebuah perigi. Dia mengambil keputusan untuk turun ke dalam perigi tersebut  untuk meminum air yang terdapat di dalamnya. Alhamdulillah, dahaga lelaki tersebut hilang dan naik semula ke atas. Sebaik tiba di luar perigi, dia melihat ada seekor anjing yang termengah-mengah. Lidah anjing tersebut terjelir sambil menjilat tanda basah. Mungkin ia dalam kehausan.

Apabila melihat keadaan anjing tersebut, timbul perasaan kasihan dalam diri lelaki itu. Dia mengambil keputusan untuk turun semula ke dalam perigi tersebut, lalu mengisi air di dalam kasutnya. Sesampainya di atas ia mengunjukkan kasut berisi air kepada anjing tersebut.

Sebenarnya Allah menerima perbuatan lelaki tersebut. Malah mengampuni dosanya. Para sahabat Nabi s.a.w pernah bertanya sama ada dapatkah seseorang itu pahala jika dia berbuat baik kepada haiwan? Nabi bersabda, maksudnya : ''Pada setiap (makhluk yang hidup) yang lembut hatinya ada pahala (bagi yang melakukan kebaikan)'' Riwayat Muslim.

Haiwan pun patut ditolong dan boleh menerima sedekah atau pemberian. Kadang kala ada antara kita yang tidak mempunyai perasaan belas kasihan kepada haiwan. Jadi marilah kita meraih pahala dengan berbuat baik kepada haiwan.
 
Allah berjanji akan pulangkan segala sedekah yang kita beri berlipat kali ganda. Jom lawan sifat kedekut dan suka menerima tapi ubah pada murah hati dan suka memberi, tak pernah buat jom kita mulakan dengan hari ini. Hari gaji, simpan sedikit hasil titik peluh untuk kita berikan kepada mereka yang lebih memerlukan. Tak susah mana, sekarang sudah senang boleh saja transfer online. Insya Allah mari kita sama-sama amalkan dan semoga akan berterusan dan mendapat keberkatan. Amin.
 
 
 

FADHILAT BERSEDEKAH

Begitu besarnya fadhilat bersedekah bukan sahaja dijanjikan oleh Allah pahala sehingga tujuh ratus kali ganda malah terapi bersedekah pun mampu menjadi sebab untuk Allah menyembuhkan berbagai penyakit dan memakbulkan hajat mulia seseorang. Makanya, suatu masa nanti saat orang yang sangat mencintai hartanya dan kurang bersedekah sedang di dalam keadaan nazak (hendak mati) ia akan berkata seperti yang tertera di dalam maksud firman Allah di bawah ini :
 
“…..Wahai Tuhanku, alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa sedikit sahaja lagi supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh,” ( Surah Al-Munafiqun ayat 10 )
 
Senarai ini merupakan mereka yang sedang tertunggu-tunggu kebajikan daripada kita semua. Ia boleh dilakukan hari ini. Boleh mulakan sekarang. Boleh lakukan secara transaksi online sahaja.
 
1. Maahad Al-I'tisam (Mohd Shah Sapiei) 03-78461880
2. Madrasah Al-Fatihah (Ustaz Hakim/ En. Amin ) 010-5785000 / 0196546961
3. Rumah Sentuhan Budi (RUSDI) (Pn. Nora Abd Aziz) 016-3079287 / 03-62594901
 
 
_______________________________________________________________________________________
 
Iklan sekejap, jemput singgah
produk buku, ebook, bahan bacaan http://aizmallgedungbukuonline.blogspot.com/
pelbagai barangan, produk kesihatan, makanan http://aizmall.blogspot.com/
 Belajar asas membina blog peribadi, blog kedai
 
 

 

Wednesday, 25 September 2013

Promosi Bisnes Offline

Teks : Anys Idayu Zakaria

Sapa kata perniagaan produk atau servis yang dilakukan secara offline atau yang mempunyai kedai fizikal tidak boleh membina blog, fanpage dan juga meletakkan iklan di internet. Sebenarnya itu silap.  Semua jenis perniagaan pun boleh menggunakan cara ini untuk memasarkan dan meluaskan lagi pasaran bisnes. Internet merupakan salah satu tempat untuk kita menghubungkan dunia luar dengan dunia kita. Dengan kata mudah, apa sahaja yang kita masukkan dalam internet sangat mudah dan senang pelayar boleh mencari dan mendapat maklumatnya.
 
Perniagaan offline juga digalakkan mempunyai blog, fanpage dan promosi di internet. Ada kala pelanggan lebih suka cari dulu maklumat tentang produk atau perkhidmatn yang ditawarkan sebelum membuat pilihan. Dengan adanya blog, kita sudah boleh bagi pandangan pertama pada pembaca. Begitu juga dengan iklan yang kita letak di internet. Jadi mereka boleh dapatkan dulu info berkenaan sebelum menerjah ke kedai fizikal kita. Mudah bukan.

Kami tawarkan dua servis, kelas membina blog fanpage dan juga tapak pengiklanan. Bukan sahaja untuk bisnes online, juga untuk bisnes kedai fizikal di luar. Hubungi saya untuk dapatkan dua servis ini.
 
sms /wtsapp : 017-7912993
 
 
 
 
 
 

 

Usahawan Cemerlang

Teks : Anys Idayu Zakaria


Orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa berubah ke arah yang lebih baik. Baginya hari ini lebih baik daripada semalam. Sayidina Abu Bakar Al-Sidiq sentiasa berkata apa yang lebih baik daripada apa yang dikatakannya pada hari sebelumnya. Demikianlah sehingga akhir hayatnya.
 
Orang yang tertipu dan terpedaya ialah orang yang tidak ada perubahan pada dirinya hari demi hari. Walaupun dia mendapat ilmu, tip atau sebagainya langsung tidak diamalkan kerana menyangka dirinya sudah pandai.  Orang yang malang ialah orang yang amalannya semakin hari semakin berubah ke arah lebih buruk. Dia akan merungut dan bising apabila pendapatan harian daripada perniagaan berkurangan. Tetapi orang jarang-jarang mahu muhasabah diri jika amalan harian berkurangan.
 
Hadis Rasulullah saw, "'Sesungguhnya Allah sangat mengasihi seseorang yang apabila melakukan kerjanya, dilakukan dengan cara yang paling baik." (Riwayat Al-Tbarani). Oleh itu, dalam melakukan sebarang kerja terutama dalam perniagaan, dan untuk menjadi usahawan yang berjaya kita perlu lakukan dengan sehabis baik. Jika ia dijadikan pegangan dan kita sentiasa mengamalkan petua yang dikemukakan, Insya Allah kita akan terdorong untuk menjadi usahawan cemerlang.
 
Nabi Muhammad saw menyebut dalam hadisnya ''Sesiapa yang hari ini lebih baik daripada hari semalam, dia seorang yang hebat. Sesiapa yang hari semalamnya lebih baik daripada hari ini, dia tercela.'' (Riwayat Naim bin Abdul Rahman dan Yahya bin Jabir).
 
Petua murah rezeki yang diambil daripada al-Quran, hadis dan pengalaman orang soleh boleh dijadikan panduan kita di samping ilmu perniagaan. Doa ibarat senjata sulit yang dapat membantu pada saat-saat kesusahan. Antara punca-punca sempit pintu rezeki yang menyebabkan kita sukar menjadi usahawan cemerlang dan diredhai Allah swt :
 
1. Meninggalkan solat dan kurang berdoa
2. Derhaka kepada Allah dan ibu bapa
3. Membiarkan ahli keluarga derhaka kepada ibu bapa dan Allah
4. Memutuskan hubungan kekeluargaan
5. Enggan membayar zakat, dan hutang
6. Melakukan zina, homoseksual, atau aktiviti sejenisnya
7. Mengambil harta anak yatim dan memakan riba
8. Hati kotor, sering berdusta, riak, khianat
9. Memberi dan menerima rasuah
10. Merahsiakan ilmu daripada orang lain
11. Mengungkit-ungkit pemberian
12. Menyelidik rahsia orang dan menyebarkan fitnah.
 
''Orang lain buat duit, kita buat alasan''. Hakikatnya kita tidak boleh melakukan kedua-duanya sekali. Kalau kita buat alasan, kita tidak boleh buat duit. Kalau kita buat duit, kita tidak perlu beri alasan. Orang yang buat duit, dia tidak perlu buat alasan. Mudah-mudahan kita terus berusaha dengan cara yang betul dan tidak perlu memberi seribu macam alasan untuk berjaya menjadi usahawan cemerlang, terbilang dan diredhai Allah swt dan berjaya di dunia dan akhirat.




Dapatkan pelbagai buku ilmiah, dan ebook http://aizmallgedungbukuonline.blogspot.com/

Dapatkan pelbagai produk sunnah http://aizmallsunnahonline.blogspot.com/

Dapatkan pelbagai keperluan, makanan secara online http://aizmall.blogspot.com/
 
Mahu meletakkan iklan berbayar klik
Mahu menyertai kelas asas membina blog fanpage bisnes
 
 

Tuesday, 24 September 2013

Bijak menggunakan Potensi Diri

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle

 
Potensi diri berfungsi memberi kekuatan dalam melaksanakan kehidupan. Elakkan daripada membuang masa dan sentiasa memperbaiki kelemahan diri. Apabila kita menggunakan kekuatan diri, masa akan berlalu begitu pantas. Misalnya seorang penulis yang mempunyai kekuatan diri untuk menulis beribu-ribu patah perkataan tidak akan jemu untuk terus berkarya. (Sumber Solusi Januari 2013)

Potensi adalah aset diri. Manusia hebat adalah manusia yang bijak dalam memahami dan menggunakan kekuatan diri dalam kehidupan seharian dan inilah kunci kejayaan.

Untuk membangunkan potensi diri, kita perlu menganalisis diri seperti berikut :

1. Apa aktiviti masa lapang?
Aktiviti ini biasanya menjadi kekuatan diri yang tidak kita sedari kerana ia berlaku secara nutral. Dalam psikologi manusia, kita jarang menyedari perkara yang kita lakukan secara tidak sengaja atau minda di bawah sedar. Setiap individu melakukan aktiviti yang berbeza pada masa lapang. Bijak pandai berkata ''Jika mahu melihat potensi diri seseorang pemuda, lihatlah perkara yang dilakukannya pada masa lapang."

2. Apa bahan yang dibaca?
Berapa kos yang anda belanjakan untuk membeli buku dalam sebulan. Apa jenis buku tersebut? Genre buku yang kita beli dan baca mencerminkan potensi diri kita. Pernahkah kita menghadapi situasi seronok membaca buku yang kita beli? Adakah kita berasa dipaksa untuk membeli buku tersebut? Kita mempunyai kekuatan menerusi genre buku yang kita baca. Misalnya seseorang yang membeli buku resipi cenderung kepada masakan, menginovasi diri untuk kerap memasak dan suka menerima tetamu untuk dihidangkan masakan yang dibuat.
 
Selalu saya lihat ibu mertua saya sangat suka membeli majalah masakan. Setiap bulan pasti ada sahaja buku masakan baru. Saya lihat buku tersebut sebagai satu koleksi, dibaca ketika waktu lapang. Padahal jarang sekali resepi dalam buku tersebut dicuba. Rupanya minat beliau lebih ke arah memasak. Beliau kerap memasak masakan dalam kuantiti yang banyak untuk diberikan kepada kami. Malah setiap petang atau hujung minggu ada sahaja lauk pauk yang dimasaknya. Majalah masakan tersebut hanyalah sebagai bahan bacaan dalam mencari ilham memasak.
 
Saya sendiri sangat suka membeli buku-buku motivasi, novel dan apa sahaja bahan bacaan berbentuk buku. Jika dapat membeli bahan bacaan tersebut, rasanya sangat seronok dan satu kepuasan. Sebenarnya masa saya juga agak terhad untuk membaca buku-buku tersebut dalam tempoh masa yang singkat. Tapi saya suka mengumpul, saya seronok jika masih ada buku yang perlu saya baca. Tak putus bahan bacaan. Dalam rak buku di rumah pun, bukan kesemuanya saya sudah baca. Masih banyak yang belum dibaca lagi.
 
Rupanya inilah potensi diri kita. Yang sebenarnya kita sendiri tidak tahu dan tidak sedari. Dan dengan analisa potensi diri ini juga kita boleh jadikan sebagai panduan untuk kita memulakan bisnes. Mula dan buat bisnes mengikut minat dan kepakaran kita. Jadikan hobi, kemahiran dan kepakaran cara untuk menjana pendapatan.
 
 

 
 
 
 
Dalam kelas asas blog penulisan dan fanpage juga kita lakukan analisa soalan sebelum mula masuk kelas. Tujuannya untuk kita lihat kemahiran, minat, dan kepakaran seseorang sebelum mula menulis dan membina kedai blog.  Bagi yang mahu sertai kelas asas membina blog ini, mari kita jawab analisa soalan ini dahulu sebelum pendaftaran masuk kelas ya. Soalan wajib dijawab sebelum masuk kelas online ini ;)
 
1. Nama mengikut kad pengenalan
Tujuan penjenamaan diri di blog, fb, bisnes dan urusan profesional

 2. Pendidikan
Asas penting untuk tahu kemahiran dan juga latar belakang awal membantu dalam sokngan penjenamana diri dan memperkenalkan diri kepada pembaca, bakal pelanggan.
 
3. Pengalaman kerja Penting untuk memudahkan penulisan dalam Catatan Pengalaman. Pengalaman ini sangat penting, dan membantu idea penulisan. Ia boleh jadi pengalaman yang mahal untuk dikongsi. Ia juga seperti resume diri dalam blog.

4. Pengalaman bisnes
Juga penting, membantu memberi keyakinan kepada pembaca/pelanggan. Ini juga penting dan penentuan label blog.
 
5. Minat, kemahiran, kepakaran.
Setiap individu ada bakat atau kemahiran yang lain. Ini boleh dikembangkan lagi dalam bisnes atau aktiviti yang lain. Sangat penting perkara no.5 dan ia boleh juga menentukan tajuk blog.
6. Buku, jenis bahan bacaan yang suka dibaca.
Ini juga membantu untuk penentuan tajuk blog. Selain itu ia membantu penentuan label dan buku rujukan/ bahan penllisan. Jadi penulisan tidak akan putus idea.

7. Nyatakan ul blog sedia ada dan fan page.
Sangat penting, kadangkala ada pelajar yang sudah ada blog, jadi kita boleh tengok sebelum dan selepas masuk kelas.

8. Matlamat untuk meghadiri kelas ini
Memudahkan guru online megenalpasti, sama ada mahu masuk kelas asas blog dan penulisan atau kelas asas blog dan fan page.
 
Bila sudah sedia dengan jawapan, boleh teruskan dengan pendaftaran kelas. Bagi yang sudah sedia boleh hubungi saya untuk pendaftaran kelas.
 
sms / wtsapp : 017-7912993
 



 
 
 
 


Monday, 23 September 2013

Fokus dan konsisten

Teks : Anys Idayu Zakaria
Gambar : Carian goggle


Minggu ini sudah masuk minggu akhir Bulan September. Minggu depan sudah Oktober. Masih berbaki 3 bulan sahaja lagi tempoh masa jika kita mahu merancang dan melaksanakan azam untuk 2013. Masih sempat jika baru nak merancang hari ini. Belum terlewat. Bagi saya tidak terlewat jika kita benar-benar bertindak melaksanakannnya. Tapi jika masih berangan-angan seperti Mat Jenin, kesudahannya langsung tidak nampak hasil. Sudah terhantuk baru nak tersedar memang sudah terlambat. Selalunya kita begitulah. Jika sudah agak-agak senang, berehat-rehat dulu. Masih ada masa. Jika sedang kelapangan bertangguh dulu sebelum bertindak. Sebabnya kita lebih selesa berada di takuk yang sama. Tidak mahu melihat perubahan.
 
Suka saya nak berkongsi dengan pembaca, setiap kerja dan tugasan yang dilakukan perlulah fokus, konsisten dan istiqomah. Terutama dalam membuat pasaran bisnes, tak kira samada online atau offline. Sungguh-sungguh dalam melakukan promosi. Jangan mudah putus asa. Ramai juga rakan saya berkongsi sudah seperti putus asa dan malas untuk buat promosi. Kerana mereka macam tak mahu membeli produk yang saya jual. Baru tiga atau empat bulan giat promosi, masuk bulan kelima bila sudah kurang pembeli mulalah kita putus asa. Sebenarnya sikap begitu kita patut elakkan. Kita perlu konsisten membuat pasaran. Tak kira berapa lama pun, bila orang sudah mula nampak produk kita, mereka mula yakin dengan kita. Bila kita tenggelam timbul pasti kita sudah tarik sedikit keyakinan mereka pada kita. Walau mereka tidak pernah langsung membeli, sebenarnya mungkin juga mereka itu selalu mengikuti perkembangan bisnes dan produk kita.
 
 
 
Saya bukanlah pakar dalam pemasaran. Baru setahun jagung dalam dunia bisnes. Tapi saya lihat ramai rakan bisnes yang baru menceburi bidang bisnes ini cepat putus asa dan tidak konsisten dalam membuat pasaran. Tidak kiralah cara yang kita lakukan samada melalui facebook, fanpage atau mana-mana tapak iklan. Dulu saya sendiri bermula dengan hanya menggunakan facebook sahaja. Hari-hari saya bercerita dan promosi produk yang saya jual. Walaupun pada awalnya tidaklah mendapat sambutan yang menggalakkan. Tapi saya teruskan juga. Pernah juga beberapa bulan saya seperti tak ada semangat, sama juga fikiran seperti orang lain. Rasa putus asa. Malah ketika itu saya langsung tiada mentor. Buat sahaja tak ada langsung arah panduan. Saya berhenti promosi sekejap. Mula patah semangat. Tiba-tiba ada rakan bertanya tentang satu produk yang mahu dibelinya. Bertanya adakah saya sudah tidak menjual produk tersebut kerana sudah tidak nampak saya membuat promosi di facebook. Dari situ timbul kesedaran saya. Rupanya mereka ini melihat dan memerhatikan produk saya. Cuma belum masanya mereka mahu membeli. Dek kerana soalan rakan itu, membuat saya terus berubah. Mula promosi semula. Dan sehingga kita alhamdulillah, konsisten tanpa henti sudah membuahkan hasil.
 
 
 

 Teks: Masayu Ahmad
Assalamualaikum w.b.t, ia tidak mudah tetapi ia mudah bagi yang istiqamah berusaha dan fokus dalam usaha. Banyak dilema awal yang mahu bekerja dari rumah kerana, tidak punya masa untuk anak-anak, juga kerana mahu menjaga orang tua. Juga penting mahu menjana pendapatan dari rumah.

Ya, sangat banyak faktor yang mendorong usaha seseorang. Pun begitu realiti mereka yang bekerja di rumah sama hebat cabaran yang ada. Dalam grup-grup bisnes, secara terbuka ibu-ibu ini berkongsi pandangan tidak ada jualan, tidak ada pendapatan, pendapatan tidak stabil.

Adakah saya mahu menakut-nakutkan? Tidak. Itu sebab sebelum kalian terjun untuk sepenuh masa, sangat penting untuk mengusahakannya secara sambilan, apabila ia sudah berada tahap stabil barulah meletakkan jawatan untuk fokus sepenuhnya.

Terdapat beberapa kategori suri yang mula mahu bekerja dari rumah. Dua golongan ini yang selalu saya kongsikan.

1. Surirumah, yang sedia berada di rumah. Tidak ada pengalaman kerja, tamat pelajaran dan sepenuh masa sebagai surirumah. Suri ini bangun semula dan mula mencari peluang menjana pendapatan. Ini dikira bermula dari kosong. Tidak ada apa-apa. Pendapatannya bersumberkan dari pemberian nafkah suami. Jika suri ini sudah memecah rekod dapat wang pertama dari hasil usahanaya. Ia adalah kejayaa, kejayaan keluar dari kepompong surirumah semata-mata. 

2. Suri bekerja di luar rumah.
Ini maksudnya seperti saya, sudah pernah bekerja, sudah punya kerjaya tetap, sudah punya keselesaan wang bulanan setiap bulan. Sudah tu kenapa pula cari penyakit untuk berhenti pula. Atas faktor-faktor yang saya sebutkan dalam ayat permulaan, kerana anak-anak. Boleh baca perkongsian awal di blog ini dan juga dalam naskah www.janawangdirumah.com

Bagi kategori ke dua ini, ada yang berjaya ada yang sukses. Memang ada yang sudah memegang gelaran 'wahm' akan tetapi disebabkan keadaan kewangan yang tidak mengizinkan, mereka kembali semula bekerja di rumah. Tidak mengapa, tidak ada salah. Ia adalah pengalaman yang sangat bagus. Selepas kembali bekerja, sekurang-kurangnya kembali merancang kewangan dengan lebih baik sebelum berhenti.

Bagaimana pula baru nak mula?

1. Mulakan dengan apa yang ada.

2. Dropship

Ini adalah salah satu contoh iaitu kita mulakan dahulu dengan apa yang ada. Sangat penting untuk laburkan dalam ilmu, membina jaringan, pergi ke seminar. Di sana kita akan bertemu kenalan yang baru, peluang yang baru.

Kuasa fokus
Sangat biasa, bagi surirumah akan teruja dan memulakan hampir apa sahaja yang dia rasa, nampak ok ini lumayan, ini bagus. Itulah sebabnya sangat penting analisa awal, untuk kenalpasti apa fokus kita dan apa bidang yang kita pilh. Ia lebih bertahan lama berbanding memilih atas sebab ikutan.
 
 
Mahu memulakan bisnes atau mencari pendapatan tambahan bukanlah suatu perkara yang sukar sebenarnya. Atas kerajinan kita untuk mencari dan memilih peluang yang ada dengan membuat pilihan yang betul. Pilih mentor dan mereka yang telah berjaya. Tiru sahaja formula dan cara mereka. Jika kita hanya berangan-angan mahu menjadi seperti orang lain yang berjaya, tanpa membuat sebarang tindakan pasti usaha kita tidak ke mana.
 
 

 
Mulakan langkah pertama dengan hobi atau minat yang kita ada. Tambah ilmu dalam bidang yang kita minati, jadikan ia sebagai salah satu cara untuk menjana pendapatan. Boleh mulakan juga dengan membina blog, sambil menulis sambil menjual hobi dan minat kita. Hanya pelajari cara dan asas yang betul untuk bermula. Boleh hubungi saya untuk pendaftaran kelas asas membina blog.
 
sms / watsapp : 017-7912993
 
 
 
 

Saturday, 21 September 2013

Kerana Susah kita Senang

Teks : Anys Idayu Zakaria

Sedikit artikel daripada Dr. Irfan Khairi. Sebagai seorang usahawan online sangat sesuai kita terapkan "JANGAN" dalam diri.

Teks : Dr. Irfan Khairi

Dahulu jika kita sebut berniaga pasti terbayang modal berpuluh ribu ringgit. Namun dengan dunia internet sekarang, tanpa modal pun sesetengah orang boleh mendapat pendapatan yang agak lumayan. Pelbagai syarikat wujud bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Tidak seperti dahulu, peluang berniaga dan peluang kerja sangat terhad. Orang dulu begitu menghargai jika mendapat peluang pekerjaan. Berlainan dengan generasi kini memandang pekerjaan sebagai satu beban. Apabila tidak suka atau tidak puas hati, terus sahaja mereka berhenti kerja tanpa berfikir panjang. Apabila mahu berniaga, buka kedai. Apabila berasa malas, kedai ditutup dan tidur. Mungkin disebabkan urusan memulakan perniagaan terlalu mudah, maka mereka sudah tidak menghargai lagi peluang yang diperolehi.
 
Apabila mendapat sesuatu dengan mudah, kita berasa kurang menghargai dan tiada perasaan untuk menjaga dengan baik. Berbanding jika mendapat sesuatu dengan susah, kita lebih menghargai dan menjaga bagai menatang minyak yang penuh.
 
Menerapkan "JANGAN" dalam diri
Jangan cepat putus asa. Cepat bosan atau marah pada keadaan. Sebaliknya, terimalah kesilapan dan kegagalan untuk mencipta kejayaan.  Kesusahan itulah yang akan membezakan kita semua. Daripada kesusahan dan keperitan hidup, kita mendapat banyak ilmu dan pengalaman serta mematangkan diri. Jadikan pedoman bagi setiap kesilapan silam agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama.
 
Jangan cepat melatah, terburu-buru dan bertindak mengikut hawa nafsu disebabkan berselisih pendapat atau produk tidak laris di pasaran.  Jangan biarkan perasaan amarah menguasai diri sehingga bertindak luar batasan.  Tindakan seperti ini menunjukkan kita belum cukup matang untuk berjaya.
 
Pelajari kejayaan Colonel Sanders dan J.K Rowling yang tidak berputus asa walaupun gagal.  Resipi ayam goreng Colonel Sanders telah ditolak sebanyak 1009 kali. Jika dia berputus asa pasti KFC tidak ada pada hari ini.  Dua belas syarikat penerbitan buku menolak manuskrip novel Harry Potter tulisan J.K Rowling. Dia tidak berputus asa dan menghantar manuskrip novelnya ke syarikat yang ke 13, Bloombury. Kini dia lebih kaya daripada permaisuri England!
 
Yang penting fikirlah masak-masak sebelum membuat keputusan. Jangan menganggap sesuatu itu terlalu mudah dan hargai kesulitan yang  anda alami. Detik kejayaan bermula apabila kita melalui kegagalan. Tanpa keperitan hidup, kita tidak akan nampak kesenangan. Kerana kegagalan kita boleh berjaya dan kerana susah kita boleh senang.
 

________________________________________________________________________________

Pendaftaran kelas masih dibuka setiap hari dan seperti biasa. Bagi yang berminat untuk memulakan bisnes secara dropship, kami tawarkan beberapa produk dropship melalui kelas asas blog fanpage. Bagi yang sudah ada produk, mahu membina kedai maya juga boleh sertai kelas ini. Boleh hubungi saya melalui sms / watsapp 017-7912993

Bagi yang mahu mengiklankan produk / servis di internet, boleh iklankan di soho directori. Tapak pengiklanan secara online yang memasarkan produk terus menerusi lebih 100 blog yang aktif. Dan akan sentiasa ada penambahan setiap masa. Boleh juga hubungi saya untuk dapatkan pakej ini.



Friday, 20 September 2013

Bekerja Satu Ibadah

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle



Alhamdulillah. Masih lagi diberi nikmat hidup. Nikmat menghirup udara segar di waktu pagi. Nikmat boleh bergerak melakukan tugas-tugas harian. Semoga kita lebih bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah swt.

Pagi tadi terdengar di Sinar FM celoteh 3 DJ bersama DMFK. Topik mereka berkenaan Bekerja satu ibadah. Topik yang sangat-sangat menarik. Sebelum keluar bekerja atau melakukan pekerjaan dalam mencari rezeki hendaklah kita berniat mendapat rezeki untuk keluarga, menambah ilmu, berkongsi ilmu, menambah rakan, membantu orang lain. Supaya kita mendapat rezeki yang halal dan diberkati serta mendapat ganjaran pahala daripada Allah swt.  

“Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurniaan Allah, serta ingatlah Allah sebanyak-banyaknya (dalam setiap keadaan), supaya kamu Berjaya (di dunia dan akhirat)’’
(Surah Al Jumuah ayat 10)


 
 
Bekerja merupakan satu ibadah dan amanah dalam kita berusaha mencari rezeki Allah swt dan untuk mendapat keredhaanNya. Sabda Rasulullah ‘Jika seseorang di antara kamu pada tengahari mengambil kayu dibelakangnya, sehingga dia dapat bersedekah darinya dan mencegah daripada meminta-minta maka yang demikian adalah lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada orang lain. Samada diberi atau tidak kerana tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah. Mulailah daripada dekat.’’ Konsep bekerja ini sebagai satu ibadah untuk keperluan diri.

Kita juga bekerja untuk keperluan masyarakat dan membantu orang lain. Kerana tidak semua manusia mempunyai kepakaran dan kemahiran yang sama dalam semua bidang. Dari situlah konsep bekerja kita dapat menambah ilmu dan mencurah ilmu. Dengan itu kita perlu bekerja untuk menyumbangkan sesuatu yang kita ada untuk kesejahteraan masyarakat, dan sebagai satu tuntutan fardu kifayah sebagaimana Firman Allah yang bermaksud ‘Bertanyalah pada orang yang lebih tahu jika kamu tidak mengetahui.’

 


5 syarat untuk menjadikan kerja kita satu ibadah, menurut Yusuf Al Qardawi adalah:-

1)  Kerja yang dilakukan haruslah tidak melanggar syariat, yakni halal;

2)  Kerja haruslah disertakan dengan niat yang baik – contohnya kerja kerana Allah, untuk menyara keluarga;

3)  Bekerja dengan tekun dan sebaik mungkin

4)  Berpegang teguh dalam hukum hakam Allah & tidak merampaas hak orang lain; dan

5)  Dalam melaksanakan pekerjaan mestilah tidak diketepikan ibadah dan amalan akhirat.



 
_________________________________________________________________________
 
 



 
Terokai bidang bisnes butik
inspirasi kisah usahawan yang telah berjaya dalam bidang ini
PAKEJ WAHM SOHO - PANDUAN MULA BISNES BUTIK
 


 

Thursday, 19 September 2013

Semuanya internet

Teks : Anys Idayu Zakaria


Zaman semakin canggih, semakin maju. Serba serbi internet. Boleh katakan sekarang ni apa sahaja yang kita nak beli boleh sahaja goggle di internet, boleh terus beli. Saya juga lebih suka melihat dan mencari barang-barang yang dijual di internet kerana adakalanya barang tersebut tiada di pasaran luar. Sampaikan mak-mak sendiri pun dah pandai membeli di internet.
 
Ceritanya mak mertua saya ada membeli satu produk kosmetik. Produk tersebut beliau beli daripada saudaranya. Kata mak, produk itu dibeli di internet. Terus suruh saya carikan produk tersebut di internet. Mulanya saya hanya goggle sahaja di internet sebab tidak tahu kedai blog atau fanpage apa. Hujung minggu lepas, stok produk tersebut sudah habis. Mak pula pening kepala sebab katanya macam mana nak beli ya. Nak masukkan duit dalam bank orang tu tak pandai pula. Senang saja saya jawap. Yang penting ada duit dalam akaun. Order sahaja di internet, cuma yang saya perlukan kedai maya peniaga tersebut supaya mudah saya berhubung terus dengan penjual. Biasalah orang tua, mungkin rasa leceh pula nak minta-minta no telefon dan sebagainya. Jadi teruslah diajak kami ke rumah saudaranya untuk mengambil stok yang masih berbaki. Dan memang kebetulan juga sambil berjalan-jalan ke Ayer Hitam. Sebelum pulang memang sudah diingatkan beberapa kali supaya saya menyimpan nama penjual tersebut. Supaya mudah untuk dihubungi bila sudah habis. Jadi tak perlulah kami ke sana lagi.
 
Naik sahaja kereta, terus mak bertanya, ada ke betul orang tu jual di internet. Senang ke nak order. Saya katakan pada beliau, memang ada. Tak perlu risau sudah jumpa pun kedai dia. Nanti bila nak beli kita order sahaja. Sebenarnya saya pun hanya add sahaja melalui facebook. Legalah mak bila tau saya sudah jumpa dengan penjual tersebut. Katanya kalau di kedai luar pun ada mungkin tapi tak tahu mana nak cari. Saya membalas, memang ada tapi dah alang-alang kita order di internet ni lagi senang dan mudah. Tak perlu nak keluar mencari di kedai. Yang penting ada duit di akaun, order mereka akan hantar. Tunggu sahaja en.posmen hantar barang ke rumah. Lebih mudah.
 
Ma saya sendiri pun adakalanya bila suruh belikan sesuatu mesti suruh lihat di internet. Katanya "cuba kak long tengok kt internet, ada tak buku ni, atau kaklong ada jual kat internet'' (Ma memang tahu saya ada jual buku di internet). Alahai tu la dalam hati saya berkata mak-mak yang tak berapa pandai IT pun sudah pandai membeli di internet. Walau tak pandai, boleh saja suruh anak-anak belikan. Itulah mudahnya IT. Lebih mudah lagi kalau ada telefon yang menyambungkan internet. Bila cari sesuatu barang terus sahaja boleh goggle, dah jumpa.
 
*****************************************************************************
 
Dapatkan pelbagai produk sunnah di
Dapatkan pelbagai produk buku ilmiah dan ebook
Dapatkan pelbagai produk serbanika dan makanan secara online
Jika ada yang mahu membina kedai maya di internet, boleh sertai kelas asas blog yang saya anjurkan bersama Akademi Bekerja di Rumah. Hanya perlu pm sahaja untuk pendaftaran. :)
 
 
 
 
 
 

Wednesday, 18 September 2013

Letak iklan di internet

Teks : Anys Idayu Zakaria


Beberapa tahun sudah saya pernah membuat satu bisnes yang mana saya mencari peniaga yang mahu meletakkan iklan di internet. Pada mulanya saya hanya goggle cara untuk menambah pendapatan. Kebetulan saya terjumpa iklan mereka yang mencari orang yang mahu menjalankan bisnes sambilan. Hanya dengan mendapatkan peniaga yang mahu memasarkan produk secara atas talian. (sudah terlupa pula nama syarikat tersebut).
 
Untuk mendapatkan pembeli yang berminat, saya hanya melakukan secara offline. Maksudnya saya keluar membuat pemasaran. Jangan tak percaya. Memang betul saya keluar melakukan pemasaran. Saya mulakan dengan pegi ke deretan kedai. Jelajah satu persatu. Tunjukkan pamplet dan iklan yang kami tawarkan. Alhamdulillah, hasil penjelajahan, saya dapat beberapa peniaga yang berminat untuk membuat pengiklanan di internet. Saya mula mengambil keterangan mereka dan memasukkan iklan tersebut di laman web yang telah disediakan syarikat. Lebih kurang beberapa bulan juga saya melakukan bisnes sambilan ini. Kemudiannya saya berhenti kerana tidak cukup masa untuk keluar membuat pemasaran. ;)
 
Awal penglibatan dalam bisnes Elken juga saya pernah memasukkan iklan di internet. Saya cari-cari ruang iklan yang menawarkan iklan percuma. Kemudian, saya terjumpa satu laman majalah.com. Yang mana kita boleh meletakkan apa sahaja iklan di situ dengan mendaftar sebagai ahli. Percuma sahaja pendaftarannya. Lantas saya terus memasukkan iklan tentang bisnes elken, produk mekap MAC, bisnes ice blended dan beberapa produk lain. Jika diingat-ingat banyak rupanya bisnes yang telah saya lakukan, dan iklankan di internet. Dan jangan tidak percaya. Walau sudah tidak menjalankan bisnes ini lagi, saya masih menerima panggilan telefon daripada pelayar internet yang mencari peluang bisnes yang berkaitan. Malah baru beberapa hari lepas, ada lagi orang yang menelefon bertanyakan minyak wangi one drop. Produk ini juga saya pernah iklankan di internet.
 
Saya juga memang selalu menerima panggilan telefon daripada pembeli yang mencari krim selsema, Dr sneez. Produk ini saya hanya buat dropship. Ketika mendaftar menjadi agen dropship, saya telah memberi keterangan diri dan pembekal telah memasukkan butir diri saya dalam blog utama Dr. Sneez. Iklan ini dilakukan oleh pembekal. Baru semalam menerima panggilan pembeli yang mencari Dr.Sneez. Hasil goggle di internet. Sudah selamat dipos juga petang semalam. Produk ini memang saya masih aktif jualannya. Alhamdulillah, setiap bulan memang ada sahaja orang yang membuat belian Dr. Sneez ini hasil carian di goggle.
 
Memang diakui dengan meletakkan iklan di internet, kita mudah mendapat pelanggan. Pelanggan pula dari seluruh negara. Jadi pada mereka yang ada bisnes, saya galakkan membuat pasaran di internet. Kerana pasaran kita lebih meluas dan boleh dalam jangka masa yang panjang. Kita boleh memilih pengiklanan berbayar atau percuma. Hanya goggle sahaja di hujung jari.  Saya juga ada membuat tapak iklan berbayar. Bagi yang berminat untuk membuat pengiklanan, boleh dapatkan pakej hebat ini. Di Soho Directory kami bantu pasarkan apa sahaja jenis produk yang kalian ada. Tak kira produk atau perkhidmatan. Samada secara online atau offline.  
 
 
 
 
 
Mahu dapatkan pakej pengiklanan ini, sila hubungi saya :
 
sms /watsapp : 017-7912993
 
 
 
 

Tuesday, 17 September 2013

Mulakan dengan modal minima


Teks : Anys Idayu Zakaria


Sehari dua ni saya banyak pula dapat pertanyaan rakan-rakan bagaimana mahu memulakan bisnes di rumah. Malah mereka bertanya pula modal yang diperlukan. Untuk pengetahuan, saya tidak menggunakan modal yang tinggi. Malah modal sangat-sangat minima. Saya membuat promosi hanya dengan facebook, fanpage dan blog. Tidak pernah menggunakan cara yang berbayar. Semuanya percuma. Hanya sedikit ilmu yang berbayar, tapi sangat-sangat berbaloi.
 
Ada juga rakan-rakan yang bertanya, macam mana cara untuk menggunakan fb ads. Maaf. Saya memang langsung tidak tahu bagaimana caranya kerana tidak pernah menggunakan cara itu untuk meningkatkan like di fanpage. Ya, saya akui cara itu memang berkesan. Tapi bukanlah untuk masa ini. Mungkin di masa akan datang saya akan mempertimbangkan untuk menggunakan cara ini. Saya lebih suka menggunakan cara sendiri. Hanya promosi di fanpage dan facebook. Sebenarnya cara ini semua orang tahu menggunakan dan boleh menggunakannya kerana percuma. Cuma perlu konsisten, sungguh-sungguh barulah berhasil. :)
 
Ada juga rakan yang bertanya bagaimana hendak membeli hosting dan web. KataOwh, saya belum lagi ke arah itu. Masih menggunakan blogspot sebagai medan menulis dan mempromosi produk. Alhamdulillah, rezeki ada di mana-mana. Yang penting usaha dan konsisten. Tak semestinya menggunakan cara berbayar lebih cepat. Dan rasanya setakat ini masih belum terlintas untuk menggunakan cara berbayar.
 
Sebenarnya, kita sendiri perlu konsisten membuat promosi. Bila sudah ada yang tahu mereka dengan sendiri akan datang untuk mendapatkan produk tersebut. Dan yang lebih penting baliklah kepada Pemilik Rezeki yang sebenar-benarnya. Berdoa dan bermohon hanya dengan Allah swt.
 
 
Bagi yang masih meraba-raba cara untuk memulakan promosi, ambillah langkah permulaan dengan memilih modal minima. Pilih sahaja facebook, fanpage dan blogspot kaedah percuma.
 
 
 
 
 Terokai bidang bisnes butik. Dapatkan pakej wahm soho - Panduan mula Bisnes Butik
HANYA RM 125 SAHAJA


 
Mulakan bisnes dengan kepakaran dalam bidang masakan dan makanan
HARGA PROMOSI RM105 SAHAJA
 
 

Monday, 16 September 2013

Wanita memang hebat

Tek: Anys Idayu Zakaria


Sabtu lepas bermula sudah semester baru kuliah 2013/2014. Macam biasa jika hari sabtu kelas akan bemula jam 2 petang. Minggu sabtu pertama untuk mata pelajaran Pembangunan Kerjaya. Saya bergerak ke kelas agak awal. Hajat hati jika sampai awal mahu berehat sebentar di surau sambil-sambil menulis blog. Memang awal saya tiba, jam 1 petang. Kelas pula di bangunan baru. Jauh ke dalam tempat jin bertendang. Jenuh juga mencari kelas dan surau sebab masih tiada pelajar lain yang tiba. Selesai solat tinggal 15 minit saja lagi sebelum kelas bermula. Gara-gara mencari kelas dan surau yang tiada tanda arah yang tepat.
 
Masuk ke kelas masing-masing agak riuh kerana ada yang tidak bertemu sudah 3 bulan kerana masing-masing ada yang tidak ambil semester pendek yang lepas. Bertemu rakan semula ada saja ceritanya. Apa yang saya lihat ramai pula kali ini rakan wanita yang hamil. Masing-masing masih semangat datang kelas. Walhal ada juga yang kata orang sudah sarat. Lagi beberapa bulan sahaja mahu bersalin. Malah dalam kelas yang seramai 30 orang lebih hanya 6 orang sahaja pelajar lelaki.
 
Sebenarnya saya sangat kagum dengan semangat kaum wanita. Keluar bekerja membantu para suami, pulang ke rumah melaksanakan tugas di rumah pula. Memasak, mengemas dan menguruskan anak-anak serta suami. Bagi yang sedang mengejar cita-cita pula seperti saya sendiri hujung minggu sibuk dengan kuliah. Bukan hanya wanita yang bekerjaya, suri rumah sendiri sekarang ini mempunyai pendapatan sendiri. Malah ada bisnes sendiri. Walau duduk di rumah tetap sibuk setiap masa.
 
Semangat dan keazaman seperti ini yang dimiliki oleh wanita memang tidak boleh dipandang sebelah mata. Turut diakui sebenarnya di sebalik kejayaan seorang lelaki ada wanita di belakangnya. Seperti kata pepatah "tangan wanita yang menghayun buaian inilah yang menggoncang dunia". Semoga dengan keazaman dan titik peluh kita membantu para suami khasnya mendapat restu mereka. Dan mendapat redha daripada Allah swt. Insya Allah.
 
 
****************************
Bagi yang sedang mnggali peluang untuk memulakan bisnes dari rumah, bekerja hanya di rumah boleh sertai keluarga besar kami di Akademi bekerja di rumah yang menyediakan platform untuk bergerak. Hubungi saya untuk penyertaan dan pendaftaran secara online.
 
Email : aniesaizmall@gmail.com
Sms / wtsapp : 0177912993
 
 


 
Mahu memulakan bisnes online, Bagaimana mahu bermula. Dapatkan jawapan dalam ebook super wahm super mom. Perkongsian kisah sebenar melalui pengalaman mereka sendiri.
 
 

WAHM SAHM SOHO - Akademi bekerja di rumah

Teks : Anys Idayu Zakaria


Awal tahun 2013, ketika Kak Masayu mengadakan promosi pengambilan pelajar untuk kelas asas blog penulisan (ebook) saya hanya terlibat dengan dropship sahaja. Dropship pelajar yang mahu turut serta dalam kelas ini. Alhamdulillah setelah dapat pelajar dan dengan kesungguhan saya Kak Masayu menawarkan saya untuk turut serta dalam kelas beliau. Sememangnya itulah impian saya untuk belajar membina blog yang lebih kemas dan teratur. Tambahan pula sekarang ini blogger sudah mendapat tempat di mata pelayar internet dan akhbar. Kerana dengan hanya memiliki blog kita boleh menjana pendapatan pasif. Pada mulanya itulah hasrat dan impian saya. Mahu memiliki blog dan menjana pendapatan melalui blog.
 
Setelah beberapa bulan saya dapat lihat penambahan pelajar setiap masa. Semakin ramai yang menghadiri kelas ini walaupun hanya secara online sahaja. Kak Masayu pula menawarkan kepada kami untuk menjadi pembantu kelas dan guru online. Setelah dinilai dari tugasan yang diberikan. Diam tak diam rupanya sudah 4 bulan saya menjadi guru online di Akademi ini. Alhamdulillah setiap bulan penambahan pelajar sangat memberangsangkan. Kini sudah lebih 100 blog yang terhasil di Akademi ini bersama 7 guru online lain. Sebagai guru online di akademi ini, saya bersama rakan guru lain bersatu untuk membantu ramai suri di luar sana yang masih tercari-cari peluang dan cara untuk menjana pendapatan terutamanya secara online atau mahu bekerja dari rumah. Akademi ini menyediakan platform di alam maya, kelas secara online yang mana masa belajar adalah mengikut kelapangan pelajar sendiri.
 
 
Semalam saya ditanya seorang rakan. Adakah saya sudah berhenti kerja. Kerana lihat saya aktif di talian. Dengan nada ketawa saya menjawab, saya masih lagi bekerja. Dan di talian itu sebagai guru online untuk mereka yang mahu belajar membina blog. Sebenarnya jika ditanya kenapa saya memilih untuk menjadi guru online ini kerana inilah peluang untuk saya mengajak orang lain yang masih terkapai-kapai mencari jalan dan cara untuk menambah pendapatan. Ketika zaman saya dahulu, tahun 2007 saya buta IT. Saya mencari pelbagai cara dan kaedah untuk menambah pendapatan. Malah saya sanggup menghabiskan masa selepas waktu pejabat menjalankn bisnes MLM dan beberapa bisnes lain. Tapi setelah saya mengetahui bisnes dropship ini lebih mudah lagi dengan hanya talian internet, saya terus merebut peluang ini. Malah saya akui, dengan menjalankan bisnes secara online ini, saya boleh lebih tumpukan perhatian bersama keluarga dan anak-anak. Berbanding jika saya menjalankan bisnes di luar. Di akademi ini juga kami berikan peluang untuk mereka menjalankan bisnes dropship melalui penyertaan kelas asas blog fanpage bisnes. Dengan zaman teknologi kini, kita tak perlu keluar rumah sudah boleh dapat pendapatan. Dengan syarat rajin usaha. Gunakan talian internet dan peluang yang ada untuk bermula.
 
Saya kira inilah peluang yang sebaiknya yang perlu direbut oleh semua orang. Terutamanya suri rumah yang mahu menambah pendapatan. Yuran penyertaan kelas juga tidak semahal yuran seminar atau kursus lain. Dan ilmu di sini juga tidak hanya terhenti setelah pelajar tamat kelas. Jika kita mnghadiri kursus di luar, pastinya hanya dalam tempoh tertentu sahaja. Dan selepas itu kita teruslah mengaplikasikan ilmu tersebut. Itu belum dikira jika tidak mahir kerana pasti susah untuk berhubung dengan tenaga pengajar untuk bertanya sebarang soalan. Jika di Akademi ini, para pelajar dapat menimba ilmu asas blog tidak mengira waktu. Malah masa belajar pun ikut masa sendiri. Saya selalu bagitahu pelajar saya "seru saja nama saya, pasti saya muncul." Maknanya pelajar tak perlu risau. Jika ada masalah ketika menyiapkan tugasan, hanya tinggalkan sahaja soalan saya akan segera menjawab. Kelas ini juga sangat mudah kerana kami hanya berhubung melalui facebook (private massage fb). Nota dan semua toturial sudah ada disediakan dalam kelas. Malah saya sendiri ada berhubung dan mengajar pelajar melalui whatsapp. Apa yang lebih seronok, jika pelajar bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan seperti yang ditetapkan mereka juga akan berpeluang menjadi pembantu kelas dan guru online. Ini semua mengikut syarat yang ditetapkan oleh Pengasas Akademi. Yang penting, usaha sungguh-sungguh untuk merubah diri sendiri, ikhlaskan diri, mohon pertolongan Allah. Insya Allah rezeki datang dari pelbagai cara.
 
Untuk hadirkan diri ke kelas ini bukanlah memerlukan sijil atau kalayakan akademik yang tinggi. Tak kira siapa pun, layak untuk belajar di sini. Hanya yang diperlukan kesungguhan, keazaman untuk menimba ilmu, dan kerajinan. Sesungguhnya kami di akademi ini mahu dan mengharapkan semua pelajar yang turut serta akan dapat menuai hasil semula. Itulah yang sebenar-benarnya matlamat Pengasas Akademi, Kak Masayu Ahmad. Bukan sahaja ilmu membina blog, kami di sini sentiasa akan berkongsi pengalaman, bertukar pendapat dalam menjana pendapatan. Malah perhubungan erat antara kami seperti pernah bertemu muka. Walhal, kami langsung tidak pernah bersua. Hanya talian internet yang menyambungkannya.
 

 
 
Bagi saya sendiri,  sebagai guru online saya juga dapat menimba ilmu baru dengan mengajar mereka. Kerana apa permasalahan pelajar tentang tugasan saya perlu menyelesaikannya dan berbincang juga dengan guru-guru lain dan bersama pengasas akademi. Sebenarnya semakin banyak ilmu yang kita pelajari, semakin banyak rupanya yang kita tak tahu. Jadi, dengan menjadi guru online ini dapat membantu saya menambah ilmu dalam dunia IT dan dunia bisnes. Saya cuba bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik untuk semua protege, semoga semua ilmu yang kami sampaikan di sini akan dapat dimanfaatkan oleh mereka. Sedikit ilmu yang kami ada dan sampaikan ini semoga dapat dijadikan bekalan di sana. Insya Allah.
 
Sebenarnya ilmu yang diperolehi bukanlah dapat dibeli serta merta. Ia perlu mengambil masa. Sekurang-kurangnya dengan ilmu membina blog ini, kita dapat menggunakannya untuk sesuatu yang bermanfaat. Bagi mereka yang masih tercari-cari peluang untuk berubah, untuk menjana ekonomi keluarga dan diri sendiri rebutlah peluang ini. Rancanglah perjalanan hidup anda mulai sekarang. Masih belum terlewat. Perancangan dibuat untuk kita memperolehi kejayaan. Keengganan untuk merancang mencampakkan diri kita ke lembah kegagalan.
 
 
Bagi yang mahu turut serta dalam kelas ini, boleh hubungi saya melalui :
 
Email : aniesaizmall@gmail.com
Sms / wtsapp : 0177912993