Saturday, 31 August 2013

Merdeka 56 tahun

Teks : Anys Idayu Zakaria

31 Ogos 2013. Selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua pembaca. Semoga kita lebih merdeka diri dan minda. Jangan dijajah seperti 56 tahun yang lalu.

Friday, 30 August 2013

Hari penuh dugaan

Teks : Anys Idayu Zakaria


Subhanallah. Semalam merupakan hari penuh dugaan buat kami. Semalam sebenarnya saya bercuti kerana mahu menghadiri Peperiksaan Akhir untuk semester ini. Sedang dalam perjalanan ke UTM, tidak semena-mena kereta yang saya pandu tiba-tiba terasa berat, kemudian langsung tidak bergerak. Terpaksa lah saya memberhentikan kereta di tepi jalan. Syukur alhamdulillah ketika itu saya sudah berada di lorong yang agak tepi jadi tidaklah berapa jauh sangat untuk memandu dengan keadaan kereta yang agak berat, tidak mahu bergerak. Dalam hati, sudah. Janganlah sesuatu terjadi sebab saya hanya ada lebih kurang satu jam lebih sebelum sampai ke UTM. Saya terus menghubungi en. suami. Sepantas kilat en suami pun bergegas ke tempat saya. Dan ketika itu saya masih di berada berhampiran Ulu Tiram, belum sempat naik highway lagi.  15 minit menanti kedatangan en. suami. Duduklah saya diam-diam dalam kereta dan sempat jugalah melihat-lihat nota sebentar.
 
Bila tiba beliau, terus saya turun dari kereta dan terus beliau memeriksa kereta. Bila dihidupkan semula keretanya boleh hidup. Sebelum en suami tiba, saya cuba hidupkan tak boleh. Katanya mungkin enjin panas. Jadi bila sudah hidup terus meminta en suami menghantar saya ke UTM, risau takut apa-apa pula berlaku lagi. Sebelum tu kami bersepakat untuk bergerak ke rumah mak terlebih dahulu kerana en suami mahu tinggalkan motornya di sana. Kemudian kami terus bergerak. Bawa kereta belum jauh tiba-tiba mati lagi. Kali ni mati pula betul-betul depan traffic light. Aduh.  Ketika itu waktu pagi jalan di situ tidak berapa sibuk. Jadi tidak berapa sesaklah. Dengan kereta saya pula yang menyekat perjalanan orang lain. Kami biarkan lagi 10 minit. Cuba hidupkan semula. Hidup pula. Kata en suami bawa terus jangan berhenti, janji sampai ke petronas berhampiran. Sebab tempat kami lalu tu memang tiada kawasan bengkel. Saya pun teruskan lagi memandu sambil en suami ikut di belakang. lebih kurang 5 berapa kali jugalah keretanya berhenti hidup. Masa juga berjalan. Betul-betul bila saya sampai di jalan agak lenggang menghala ke tiram semula jam sudah menunjukkan pukul 8.55 pagi. Kata en suami memang tak sempat kalu hendak hantar saya, kemudian dengan kereta yang asyik mati-mati bila dibawa. Kami terpaksa ambil alternatif lain.
 
Saya terus menghubungi abah, minta tolong untuk hantar saya ke UTM, dan en suami pula hubungi sepupunya untuk datang ambil motor yang dibawanya dan beliau pula menghantar kereta ke bengkel. Abah sudah berada di perhentian teksi, tiada pelanggan ketika itu. (abah bawa teksi). 9.05 pagi abah sampai saya terus bergerak ke UTM. Saya terpaksa tinggalkan en suami yang sedang menunggu sepupunya sampai untuk bawa motor.
 
Jalan juga tidak berapa sesak. Terus naik highway dan sampai di UTM jam 9.40 pagi, saya terus masuk ke dewan peperiksaan. Lambat 40 minit. Hari ini dalam sejarah. Seumur hidup tak pernah lambat ke Peperiksaan Akhir. Semalam saya diuji Allah Taala. Soalan objektif, sempat juga saya menjawab dalam masa kurang setengah jam.
 
Selesai peperiksaan jam 10.30, saya pulang bersama abah. Kesian juga abah terpaksa menunggu di UTM. Katanya malas mahu keluar ke mana-mana. Terus saya menefon en suami tanyakan kereta. Katanya kereta sudah berada di bengkel sedang dibaiki. Tapi agak lewat sedikit dan agak mahal juga kerana susah untuk mendapatkan barang ganti. Beliau balik ke rumah dulu sementara menunggu kereta siap dibaiki. Kata tuan bengkel, sensor di bawah enjin yg rosak dan perlu diganti. Kata en suami dia pun baru pertama kali mendengar dan tahu barang tersebut, walaupun sebelum ini ada juga pengalaman bekerja di bengkel.
 
Lewat petang baru kereta siap. Kata en suami hari penuh dugaan harini. Jadi perhatianlah kami di tengah jalan sebab asyik jalan dan berhenti saja. En suami pula, selepas menghantar kereta ke bengkel mahu pulang kerumah bersama sepupunya tayar motor pula buat hal.
 
Kata saya, sabarlah. Dugaan hari ini Allah nak uji mudah-mudahan ada rezeki yang melimpah akan masuk.

Tuesday, 27 August 2013

Blog alat pemasaran efektif

Teks : Anys Idayu Zakaria


Blog adalah satu platform yang penting untuk mendapatkan pelanggan yang berpotensi dan menggalakkan. Blog mudah dibina dan apabila dilakukan promosi dengan betul, ia boleh dijadikan sebagai alat yang kuat untuk menjana jualan.
 
Namun begitu terdapat juga blog yang kurang mendapat sambutan. Di antara sebabnya adalah seperti berikut :
1) Orang yang mempunyai bisnes tidak tahu bagaimana untuk menggunakan blog sebagai alat pemasaran yang betul
2) Blog tidak kelihatan profesional atau menarik perhatian pembaca
3) Kandungan blog tidak menarik, hambar, terlalu banyak promosi diri dan tidak dioptimumkan untuk enjin carian
4) Bilangan pembaca atau pengikut sangat sedikit
5) Interaksi dengan pembaca kurang
 
 
 
 
Jika anda tidak mempunyai blog, kami di Akademi Belajar dari Rumah sedia membantu. Kami akan ajar anda langkah demi langkah bina blog bisnes dan fanpage. Jika anda sudah mempunyai blog bisnes, jadikan ia sebagai strategi pemasaran untuk menarik pelanggan.  Bagi yang mahu membina blog bukan untuk tujuan bisnes pula, turut boleh ikut serta untuk belajar menulis blog berkongsi kepakaran, kemahiran, hobi, minat, catatan pengalaman hidup. Semuanya boleh ditulis dan dicatatkan dalam blog, mungkin satu hari nanti ia sebagai travelog kehidupan kita untuk tatapan anak-anak dan keluarga. Kredit kepada Pengasas Akademi ini atas perkongsian ini.
 
Hubungi saya, sebagai salah seorang guru online di Akademi ini, untuk analisa dan langkah bermula.
 
sms / wtsapp : 017-7912993

Monday, 26 August 2013

Belajar Secara Online

Teks :  Anys Idayu Zakaria


Ada tak yang pernah cuba-cuba untuk belajar membina blog. Sebenarnya ramai rupanya antara kita yang masih belum mahir untuk membina blog, malah ada juga yang mencari-cari peluang yang ada untuk menghadiri mana-mana kelas. Malah sanggup juga mengupah orang mahir untuk membina blog, terutamanya blog kedai untuk bisnes. Dengan teknologi kini, sudah ramai peniaga yang bertindak untuk membuat pasaran melalui online, jadi pastinya mereka perlu memiliki sekurang-kurangnya satu blog sendiri.
 
Di Akademi Bekerja di Rumah ini, kami menawarkan kelas belajar membina blog secara online sahaja, atas talian. Tak perlu menghadirkan diri ke mana-mana tempat. Hanya yang perlu ada talian internet, komputer, kesanggupan untuk belajar, kosongkan minda untuk menyerap ilmu. Niat kami di Akademi Bekerja dari Rumah untuk mengajar seberapa ramai surirumah untuk menjana pendapatan dari rumah.  Cara ini memang cukup senang dan mudah kerana kami faham kebanyakan surirumah memang tiada peluang untuk menghadiri bengkel atau kelas di luar kerana perlu menjaga anak-anak di rumah ataupun bekerja di pejabat. Semoga dengan adanya saluran ini, lebih ramai wanita yang dapat menjana pendapatan tambahan untuk keluarga.
 
 
 
Malah sejak awal tahun 2013 sehingga kini, lebih 100 blog sudah terhasil di Akademi ini. Maknanya sudah lebih 100 pelajar yang mendaftar dan belajar di sini. Malah apa yang seronoknya, kami turut membina dan membantu semua pelajar untuk mempromosi produk dan bisnes masing-masing dengan cara menarik traffik dan pembaca di blog, dan fanpage wahm soho adalah sebagai salah satu perghubungnya. Insya Allah dengan terbitnya soho directori, iaitu tapak pengiklanan melalui blog, fokus untuk mempromosi produk lebih meluas. Apa yang penting serap dahulu ilmu dan belajar membina blog. Bina pengaruh dan penjenamaan diri, untuk tukar pembaca kepada pembeli.
 
Kelas asas blog yang sedang berlangsung di Akademi Bekerja di rumah ini ada 2 kategori iaitu:

1.kelas asas blog penulisan - untuk belajar menulis, berkongsi pengalaman hidup, kepakaran,kemahiran. Sesuai juga utk yg sudah ada blog sendiri. Membina penjenamaan diri dan blog berpengaruh yang suka dibaca pelawat. Malah ada juga yang hanya berkongsi hobi dan minat. Dari situ juga lama-kelamaan boleh menjana pendapatan.  Jadikan blog sebagai travelog kisah perjalanan hidup, untuk tatapan anak-anak.

2. Kelas asas blog fanpage - sesuai untuk yang mahu bisnes, nak mula memulakan bisnes. Kalau tak ada produk, kami sediakan produk untuk dropship. Jika ada boleh promote produk sendiri.
Boleh pilih kelas mana yang nak turut serta. Sebelum kita mula dengan analisa soalan.
 
Hubungi saya untuk bermula :
 
sms/ watsapp : 017-7912993
 
 

Saturday, 24 August 2013

Promosi pendaftaran kelas belajar blog

Teks: Anys Idayu Zakaria

Promosi kemasukan Ogos dan September, setiap pendaftaran layak :

1. Mendapat dua ebook percuma - ebook Mula Bisnes Butik Online / Offline dan ebook Super wahm Super Mom (pengalaman sebenar bekerja di rumah).

2. Pakej penjimatan sebanyak RM75.

3. Layak menikmati ruang tapak iklan bernilai RM 100.

Kami tawarkan 2 kelas berikut :

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog fanpage.

Hubungi saya untuk analisa sebelum masuk kelas. :-)

Email : aniesaizmall@gmail.com
Sms / wtsapp : 017-7912993

Friday, 23 August 2013

Iklankan produk / servis anda di Rangkaian Akademi Bekerja di Rumah

Teks : Anys Idayu Zakaria


Kami telah melancarkan Soho Directori, yang merupakan sebuah blog untuk memasarkan semua produk atau perkhidmatan para peniaga offline atau online. Soho Directori ini khas untuk mereka yang mahu memasarkan secara online.
 
Bagi yang sedang tercari-cari pengiklanan atas talian, dapatkan beberapa pakej iklan yang kami tawarkan, iaitu :


Pakej Iklan 1:

RM50- 1 gambar, link fan page, link blog
Tempoh 6 bulan
Renew iklan RM50 untuk 6 bulan


Pakej Iklan 2:

RM100
2 gambar, link fan page, link blog, keterangan produk, keterangan, 1 testimoni produk, ulasan blog pilihan
Tempoh 12 bulan
Renew iklan RM100 untuk setahun


Pakej Iklan 3:

RM250
2 gambar, link fan page, link blog, keterangan produk atau perkhidmatan, 1 testimoni, ulasan blog pilihan
Tempoh 12 bulan
-servis bonus 1: siapkan email dan blog (bagi yang tidak ada blog bisnes)
-percuma ebook super wahm super mom
Renew iklan hanya RM100 setahun


Pakej Iklan 4:

RM300
2 gambar, link fan page, link blog, keterangan produk atau perkhidmatan, 1 testimoni, ulasan blog pilihan
Tempoh 12 bulan
-Servis bonus 1: siapkan email dan blog
-Servis bonus 2: siapkan fan page bisnes, borang link produk
Percuma 1-ebook super wahm super mom (bernilai RM25)
Percuma 2: ebook asas blog (bernialai RM50)

Harga sebenar, RM375, bayar hanya RM300 sahaja.
Renew iklan hanya RM100 setahun.


Peluang terbuka kepada semua usahawan online mahupun offline yang ingin mempromosikan produk mereka kepada pelanggan melalui pemasaran internet.

Melalui Akademi Bekerja Di Rumah sudah ada hampir 100 blog yang sudah mendaftarkan diri dan akan berfungsi sebagai platform untuk menyiarkan iklan.

Cepat tempah ruang sekarang sebelum terlambat. Hubungi saya melalui :

Email : aniesaizmall@gmail.com
Sms/whats app :017-7912993

 

Bagi mereka yang menyertai kelas asas blog & fanpage, yuran pengiklanan adalah PERCUMA!!!! DAFTAR KELAS UNTUK DAPAT PENGIKLANAN PERCUMA..

Thursday, 22 August 2013

Jualan Amal

Teks : Anys Idayu Zakari
Foto : Carian goggle


Hari ini saya terpanggil untuk melakukan jualan amal. Membeli sambil beramal. Beberapa hari sudah selepas terpandang perkongsian daripada rakan di fb, saya tergerak hati juga untuk melakukan perkara yang sama, iaitu menyumbangkan sedikit hasil belian dan jualan pelanggan ke Tabung Prihatin Mesir, untuk kita sama-sama membantu umat Islam di sana.  Pagi tadi sedang bersiap ke pejabat, tiba-tiba idea datang.  Saya mula merangka-rangka strategi untuk menjual sambil beramal iaitu Buku Mudahnya Menjemput Rezeki.  Dengan hasil belian pelanggan, saya akan salurkan RM2 ke tabung Mesir.
 
Mungkin kita masih terfikir cara yang sesuai untuk membantu mereka.  Saya rasa cara ini juga bersesuaian untuk yang mahu turut serta dalam jualan amal ini.  Sekurang-kurangnya dapat juga kita hulurkan sedikit bantuan kepada mereka walau tidak seberapa. Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban mereka di sana dan dapat menambah saham kepada saya dan juga para pembeli.
 
Saya memilih Buku Mudahnya Menjemput Rezeki kerana buku ini sebenarnya memang sangat sesuai untuk semua pembaca dan saya rasakan buku ini sepatutnya ada sebagai koleksi peribadi setiap orang. Jadi saya kira amat sesuai jika saya memilih buku ini untuk jualan amal.  Disamping kita dapat ilmu bermanfaat, moga-moga dapat disampaikan dan dapat juga menambah pahala dengan menderma kepada mereka yang memerlukan.
 


 
 
Bagi yang mahu mendapatkan Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) ini, dan membeli sambil beramal, bolehlah hubungi saya :
 
sms/ watsapp : 017-7912993
 
 

Wednesday, 21 August 2013

Tugasan dan ujian

Teks : Anys Idayu Zakaria


Nampaknya hari ini saya agak kesuntukan dan sibuk kerana perlu menyiapkan tugasan pembentangan kumpulanTITAS yang akan datang, pada hari Ahad ini.  Beberapa dokumen masih belum lengkap. Tambahan pula perlu menyiapkan sedikit nota dan membuat ulangkaji untuk ujian TITAS juga. Pening-pening lalat sekejap.

Tuesday, 20 August 2013

Buru impian

Teks : Anys Idayu Zakaria


Selamat pagi selasa. selamat memulakan tugas. Ayuh kita cipta impian harini. Walaupun masih berbaki 4 bulan sebelum melangkah 2014, jom kita buru impian, jangan duduk diam. Mungkin masih ada beberapa lagi matlamat yang masih belum dicapai. Mari kita langsaikan sebelum berakhir 2013. Jangan tunggu dan bawa matlamat itu ke hadapan. Impian mahu jadi wahm (work at home mom), mahu ada bisnes sendiri, mahu bekerja dan berbisnes dari rumah jom kita realisasikan sekarang. Bagaimana mahu realisasikan? Catat impian dan mula bertindak, jangan bertangguh!!!



 
 
Langkah bermula, mari kita khatam ebook belajar asas blog ini, jika belum berkesempatan untuk menghadiri kelas secara online. Yang penting sudah ada sedikit ilmu yang boleh kita serap dan kita aplikasikan. Mahu dapatkan ebook ini, boleh buat tempahan di sini. atau hubungi saya :
 
sms / watsapp : 017-7912993
 
 

Monday, 19 August 2013

4 Bulan terakhir

Teks : Anys Idayu Zakaria


Ogos bakal berlalu, berbaki lebih kurang 4 bulan menginjak ke tahun baru. macam mana yang bercita-cita untuk bekerja dari rumah, ada bisnes sendiri. Sudah mula bertindak. Jika belum, inilah masa yang sesuai kerana musim perayaan juga sudah berlalu. Kumpul semula azam dan laburkan sedikit modal untuk mempertingkatkan diri dan menambah ilmu pula. Perbetulkan semula niat dan matlamat kita. Jom sama-sama kita belajar.
 
Insya Allah, Sebagai guru online, kami mahu membantu surirumah yang lain bermula. Tidak kira secara sambilan atau sepenuh masa. Moga niat ini Allah panjangkan sebagai pendapatan pasif. Blog yang bermanfaat seperti juga menyebarkan mutiara ilmu untuk lebih ramai mendapat manfaat, Jika kita meninggal kelak, semoga Allah ampunkan kita, moga dapat membantu kita di alam sana, menyebar luaskan ilmu-ilmu yang baik secara online.
 
sertai kami Alumni Penulis Dari Rumah. Menawarkan kelas berikut
1. Kelas asas blog dan penulisan
-Sesuai bagi kalian yang ingin berkongsi pengalaman dan kepakaran. Bina rangkaian sendiri dan follower tegar. Setiap orang sudah ada keunikan masing-masing, serlahkan bakat ini melalui blog. Tidak tahu menulis kami akan pandu melalui teknik yang mudah.
2. Kelas asas blog dan fan page (bisnes)
Bagi yang masih zero untuk memulakan bisnes online, ami sedai membantu menunjukkan jalan. Jika sudah ada produk, masanya untuk promo. Jika tidak ada kami sediakan. Bermula sekarang, tidak terlambat untuk realisasikan impian 2013
Untuk pendaftaran, hubungi saya :
Sms/ watsapp : 017-7912993

Testimoni pelajar kelas asas blog - Kekanda Asmah Md Isa

Teks : Anys Idayu Zakaria


Kekanda Asmah merupakan pelajar pertama yang menyertai kelas asas blog fanpage untuk kelas yang saya kendalikan. Baru pertama kali menjadi guru, guru online pula. Tahniah juga kak Asmah kerana walau dalam usia yang sudah meningkat, tapi beliau masih lagi bercita-cita dan keinginan belajar yang tinggi. Malah beliau tidak segan mahu belajar dan bertanya walau sebetulnya usia saya lebih muda daripada beliau.  Selepas lebih kurang 2 bulan menghadiri kelas ini, saya lihat perkembangan penulisan Kak Asmah juga memang bertambah baik. Sangat banyak pengisian dan cerita yang selalu dikongsi oleh beliau. Di sini sedikit testimoni beliau tentang kelas asas blog ini.
 
ULASAN KELAS BLOG
 
 
Bismillahirahmanirahim.

Asalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera kepada pembaca yang budiman.Seperti biasa saya memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dalam penulisan ini.Kadang-kadang saya juga tak percaya saya mesti menulis karangan lagi macam zamam persekolahan dulu selepas lebih 20 tahun meninggalkan zaman persekolahan sejak 1988.

Allah tiba-tiba beri saya peluang untuk mendaftarkan diri untuk Kelas Asas Blog dengan Puan Anys Idayu Bt Zakaria.Ada banyak kelas macan ni sebenarnya tapi saya tertarik dengan Puan Anys ni sebab beliau sangat rajin mempromosikan kelebihannya jika kita ada blog,ada fanpage dan ada kedai online sendiri.Boleh dikatakan hari- hari saya membaca di fb saya.Betullah kata orang, promosi penting dalam perniagaan....semakin kerap jenama kita disebut-sebut semakin berkembang perniagaan kita.Puan Anys dah buktikan saya memang tertarik untuk belajar dan terus mendaftar walaupun sebenarnya tak tahu lagi macam mana pengisiaannya.

Selepas mendaftar nak mula buat email baru dengan gmail...baru saya sedar sebenarnya saya ni memang zero sangat tentang IT.Saya hanya tahu berkaitan kerjasaya saja.Buat kertas kerja untuk profil syarikat, buat surat,akaun dan buat buku latihan sendiri saja.Tapi Alhamdulilah Puan Anys sangat sabar mengajar saya hingga saya dapat memiliki blog sendiri iaitu Panduan Matematik Untuk Kanak-kanak.Dari segi penulisan boleh nampak dari berjalan macam kura-kura sampai tak berani angkat muka takut salah pijak , asyik tengok kaki saja.Kini Alhamdulilah dan boleh mengarang catatan harian,panduan kesihatan,panduan matematik dan motivasi diri.Bukan perasan pulak, saya masih belajar memperbaiki diri dalam penulisan saya.Mudah-mudahan suatu hari boleh menjadi inspirasi kepada yang memerlukan ilmu.Insyaallah amin.

Alhamdulilah dapat buat juga kedai online saya Asmahsunnah online.com.Semua Puan Anys Yang mengajar saya .Walaupun masih belajar tapi saya berpuashati dengan apa yang telah ditakdirkan untuk saya, syukur Alhamdulilah.Mudah-mudahan suatu hari saya dapat terus menggunakan ilmu ini untuk mengembangkan lagi perniagaan saya insyaallah.

Walaupun masih belajar saya tetap yakin jika saya terus berusaha insyaalah suatu hari saya akan berjaya.Mungkin rezeki saya tak datang bergolek-golek lagi tetapi walau sesukar manapun, apa juga halangannya,walau rezeki tu masih jauh saya tetap yakin bila dah pandai nanti saya akan dapat apa yang saya cita-citakan.Mudah-mudahan Allah permudahkan dan sentiasa bekalkan saya kesabaran dan semangat yang berterusan .Walaupun saya sudah ada bisnes sendiri, tetapi cabaran baru dengan online sangat memberi saya semangat baru untuk terus berusaha.Mudah-mudahan akan banyak lagi ilmu yang dapat saya pelajari selepas ini.

Sekian ulasan saya tentang kelas ini .Saya berterima kasih dengan Puan Masayu Bt Ahmad yang memperkenalkan dan Puan AnysIdayu Bt Zakaria, yang mengajar saya serta ahli-ahli kumpulan yang kita kenali melalui facebook , tetapi ikatan ukhwah yang terjalin menjadikan kita boleh berkongsi ilmu yang bermanfaat. .Terimakasih pada Allah yang menghadiahkan saya peluang untuk menyahut cabaran ini.Mudah-mudahan kita semua di rahmati dan diberkati Allah selama-lamanya.amin
 Salam untuk semua.Yang terbaik dari Allah, yang kekurangan adalah dari kelemahan saya sebagai manusia.Sebarang teguran sentiasa menjadi pedoman dan sentiasa diberi perhatian.Insyaalah.Sesuatu yang saya pelajari ialah jangan mudah putus asa....terus mencuba sehingga berjaya.Terima kasih sekarang saya dah tahu makna perkataan yang dulu tak tahu seperti dropship, fanpage dan lain-lain.

Untuk berjaya dalam perniagaan apa juga mesti ada ilmu yang berkaitan,mentor yang sangat mahir dengan perniagaan tersebut dan perlu yakin untuk bertindak segera.Jika masih bertangguh sebenarnya kita hanya berangan-angan.Keyakinan adalah eset yang sangat penting berbanding modal atau halangan.Keyakinan akan melahirkan keberanian untuk bertindak.

sumber asal, baca lanjut di sini
 
********************************************************************************
 
 
sertai kami Alumni Penulis Dari Rumah. Menawarkan kelas berikut
1. Kelas asas blog dan penulisan
-Sesuai bagi kalian yang ingin berkongsi pengalaman dan kepakaran. Bina rangkaian sendiri dan follower tegar. Setiap orang sudah ada keunikan masing-masing, serlahkan bakat ini melalui blog. Tidak tahu menulis kami akan pandu melalui teknik yang mudah.
2. Kelas asas blog dan fan page (bisnes)
Bagi yang masih zero untuk memulakan bisnes online, ami sedai membantu menunjukkan jalan. Jika sudah ada produk, masanya untuk promo. Jika tidak ada kami sediakan. Bermula sekarang, tidak terlambat untuk realisasikan impian 2013
Untuk pendaftaran, hubungi saya :
Sms/ watsapp : 017-7912993

Saturday, 17 August 2013

Carian goggle

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Simpanan peribadi


Kelmarin sedang saya mencari-cari maklumat di carian goggle, saya cubalah search words ''etika usahawan online''. Teruja juga bila blog saya ada dalam senarai carian goggle.  Lebih kurang kedudukan no 5 dan 6. Hehe. seperti macam tak percaya. Nampaknya saya perlu kerja keras lagi. Tulis dan terus menulis untuk lebih banyak tajuk-tajuk yang saya fokus menulis berada di carian goggle, terutamanya tentang panduan bisnes online.
 
 
 
 

Bagi yang sedang mencari-cari arah dah cara-cara untuk dapatkan trafik tinggi dalam blog, senarai carian ada dalam senarai carian goggle seperti ini, bolehlah belajar dalam kelas asas blog yang sedang saya kendalikan bersama Pengasas Akademi Bekerja di Rumah, kak Masayu Ahmad.  Dalam kelas ni akan diajarkan banyak lagi tip penulisan, cara untuk menjana pendapatan pasif melalui blog, cara untuk menjadikan blog berpengaruh dan banyak lagi.
 
Berminat untuk hadir kelas ni. Senang saja. Kelas pun hanya online sepenuhnya. Tak perlu cari masa lain lagi untuk hadir kelas. Duduk saja di rumah, sudah boleh belajar. Apa yang penting ada komputer dan talian internet. Sekarang kalau ada telefon aka gadget canggih pun sudah boleh mula.

Apa yang kami tawarkan dalam kelas ini?

sertai kami Alumni Penulis Dari Rumah. Menawarkan kelas berikut :
1. Kelas asas blog dan penulisan
-Sesuai bagi kalian yang ingin berkongsi pengalaman dan kepakaran. Bina rangkaian sendiri dan follower tegar. Setiap orang sudah ada keunikan masing-masing, serlahkan bakat ini melalui blog. Tidak tahu menulis kami akan pandu melalui teknik yang mudah.

2. Kelas asas blog dan fan page (bisnes)
Bagi yang masih zero untuk memulakan bisnes online, ami sedai membantu menunjukkan jalan. Jika sudah ada produk, masanya untuk promo. Jika tidak ada kami sediakan. Bermula sekarang, tidak terlambat untuk realisasikan impian 2013.
 
Untuk turut serta, hubungi saya :
sms / watsapp : 017-7912993
 
 

 

Friday, 16 August 2013

7 tip Usahawan Berjaya

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle


Hari ni saya nak berkongsi dengan pembaca 7 tip untuk menjadi usahawan berjaya. Tip-tip ini saya ambil ketika membaca di website, buku-buku motivasi dan blog tentang bisnes online. Jadi saya simpulkan lebih kurang ada 7 tip untuk berjaya. Insya Allah boleh kita tambah lagi dalam senarai tip ini. Dan apa yang saya hendak tekankan ialah, kita jangan sekali-kali mudah jemu untuk menuntut ilmu, kerana semakin banyak ilmu yang kita pelajari sebenarnya semakin banyak yang tidak kita ketahui. Ilmu tersebut jika tidak digunakan masa sekarang, Insya Allah pasti berguna juga satu hari nanti.
 
 
 
Untuk menjadi usahawan yang berjaya, sudah tentu kita melakukan beberapa amalan yang membawa kepada limpahnya rezeki dalam bisnes yang kita jalankan. Antara tipnya ialah :
 
1. Bangun awal pagi
2. Kuat kebergantungan dengan Allah, hanya Allah pemilik dan pemberi rezeki yang sebenar. Pelanggan atau pembeli hanyalah perantara.
3. Amalkan solat dhuha. Solat Tahajud. Membaca surah Al-waqiah, ayat seribu dinar, membaca doa-doa dan selawat pembuka rezeki.
4. Bercerita tentang bisnes setiap waktu
5. Fokus kepada apa yang dilakukan. Tidak sambil lewa
6. Sentiasa bertindak pantas, cepat.
7. Niat berniaga sebagai jihad.
 
 
 
Apa yang saya senaraikan ini adalah sebahagian sahaja. Insya Allah yang selalu saya amalkan. Semoga kita menjadi usahawan yang diredhai oleh Allah dan berjaya di dunia akhirat.
 
 

*********************************************************************************

Sertai kami Alumni Penulis Dari Rumah. Menawarkan kelas berikut :
1. Kelas asas blog dan penulisan
-Sesuai bagi kalian yang ingin berkongsi pengalaman dan kepakaran. Bina rangkaian sendiri dan follower tegar. Setiap orang sudah ada keunikan masing-masing, serlahkan bakat ini melalui blog. Tidak tahu menulis kami akan pandu melalui teknik yang mudah.
2. Kelas asas blog dan fan page (bisnes)
Bagi yang masih zero untuk memulakan bisnes online, ami sedai membantu menunjukkan jalan. Jika sudah ada produk, masanya untuk promo. Jika tidak ada kami sediakan. Bermula sekarang, tidak terlambat untuk realisasikan impian 2013


Untuk pendaftaran, hubungi saya :
Sms/ watsapp : 017-7912993

Thursday, 15 August 2013

Kakak Syahiera 7 tahun

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Simpanan peribadi


Semalam genap usia kakak Syahiera 7 tahun. Sudah besar puteri mama. Tak ada majlis hari jadi, cuma mama belikan kek dan buat sikit makan-makan dengan keluarga sahaja. Memang begitulah setiap tahun, untuk gembirakan hati kakak.




Wednesday, 14 August 2013

7 tahun lalu

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle


14 Ogos 2013. Hari ni genap sudah puteri sulung saya, Fasha Syahiera berusia 7 tahun.  Cepat sungguh masa berlalu. Masih terasa lagi sakitnya sewaktu melahirkan kakak. Bila diingat-ingat pengalaman bersalin pertama yang agak sakit terasa seperti serik melalui pengalaman ini.  Mujur alhamdulillah bersalin kali kedua tahun lalu tidak berapa sakit seperti kali pertama.
 
2 hari lamanya saya ditahan di hospital kerana sakit. Maklum anak pertama tak berapa pandai dan tahu bagaimana sebenarnya sakit yang betul-betul hendak bersalin. Bila terasa sakit pinggang yang amat sangat, saya terus meminta en suami membawa ke hospital. Kebetulan tarikh jangka bersalin lebih kurang seminggu lagi. Ke hospital, bila diperiksa saya terus ditahan wad kata doktor jalan sudah buka 2 cm. Tapi masih ambil masa juga hendak menunggu waktu bersalin. Subhanallah...mula-mula ditahan, bukaan 2 cm.  2 hari juga lamanya saya hendak menunggu begitu lama sekali jalan terbuka. Sakit pinggang tak payah cakap lagi. memang sentiasa terasa sakit.  Habis semua petua saya cuma. Kata orang selalu berjalan dan selalu mandi akan mempercepatkan lagi proses bersalin.  Apa lagi saya jenuh berjalan dan jenuh mandi la di hospital. Saya ditahan hari Sabtu, 12 Ogos 2006.  Jadi hari Ahad masih lagi belum bersalin.  Saya maklumkan pada doktor jika lambat lagi mahu bersalin, esok pagi (Isnin) saya mahu pulang. Malangnya doktor tidak mengizinkan. Selepas membuat pemeriksaan bukaan masih 3 cm.  Saya gesa saja doktor pecahkan air ketuban kerana rasanya sudah tidak tahan benar sakitnya. Sakit pinggangnya sekejap-sekejap seperti sudah mahu bersalin tapi jalan masih belum terbuka. Lantas selepas maghrib Hari Ahad (13 Ogos 2006), selepas membuat pemeriksaan doktor bersetuju untuk pecahkan air ketuban kerana bukaan sudah 4 cm. Berdebar juga rasanya bila sudah ditolak masuk ke labour room.  Sudahlah perut tidak diisi makanan. Saya berdoa saja supaya ada tenaga untuk meneran.
 
Dalam labour room sementara menanti bukaan lebih besar, memang amat sakit. Subhanallah. Istifar sahaja tidak henti. Tepat jam 2 pagi, konstrasi sudah semakin dirasai dan bukaan jalan juga sudah besar dan sudah tiba masanya saya bersalin. Jururawat yang menjaga juga sudah siap bersedia. Ya Allah, memang agak sukar juga tambahan saya tak berapa pandai untuk meneran. Ambil masa lebih kurang 45 minit juga.  Mereka sedaya upaya hendak saya bersalin secara normal.  Memang beberapa kali saya cuba meneran. Tersekat saja di bahu anak.
 
 
Alhamdulillah. Syukur tak terkata tepat jam 2.45 pagi, 14 Ogos saya selamat melahirkan puteri kesayangan. Ya Allah!!  Kata Jururawat di situ tulang punggung saya agak kecil, memang badan saya pun kecil dan kurus saja. Tambahan anak saya besar.  Beratnya 3.75kg. Jadi koyaknya agak besar. Selepas anak keluar, tidak sampai 5 minit saya tanya kepada mereka, kenapa masih terasa sakit. Sama seperti hendak bersalin lagi. Masih ada lagi ke anak dalam perut saya. Kelakar juga soalan tu rasanya.  Tapi disebabkan terlampau sakit saya bertanya terus tanpa berfikir.  Rupanya mereka hendak mengeluarkan uri. Selasai sudah, mereka mahu menjahit koyak pula. Oleh kerana koyak saya agak besar dan ambil masa untuk menjahitnya, beberapa doktor juga datang untuk memeriksa koyak tersebut. Sehinggakan seingat saya lebih kurang 3 doktor yang memeriksa semuanya katakan koyak terlalu besar dan mereka tidak boleh melakukannya kerana mahu serahkan kepada doktor pakar. Mungkin mereka doktor pelatih.  Disebabkan kesakitan masih terasa, jadi saya mohon pada jururawat yang ada untuk bius dan saya mahu tidur sewaktu mereka menjahit koyak tersebut.
 
 

 Saya bersalin 2.45pagi, ambil masa beberapa jam juga untuk mereka menjahit semula koyak tersebut kerana mereka mahu membawa saya ke pakar bius dan bilik bedah.  Lebih kurang selepas subuh baru saya ditolak ke bilik bedah. Saya dibius dan terus tertidur. Mungkin sebab kepenatan yang amat sangat selepas bersalin, tambahan dengan ubat bius tersebut membuatkan saya terlena. Sedar-sedar sudah selesai proses menjahit.  Lama juga rasanya di bilik bedah.  Lebih kurang tengahari baru saya ditolak keluar. Masuk lagi 2 pin air dan 1 pin darah.  Memang dah tak boleh bergerak juga rasanya. Dengan keadaan yang masih lemah kerana darah sudah banyak keluar.  Selepas keluar dan ditolak ke wad barulah saya dapat melihat anak saya.

 
Sehari juga lagi saya ditahan sebelum dibenarkan keluar kerana doktor mahu memeriksa jahitan tersebut.  Saya juga terpaksa menghadiri pisioterapi kerana masalah koyak yang besar tersebut telah menyebabkan beberapa implikasi.  Saya disuruh supaya sentiasa melakukan kemutan supaya proses saya membuang air besar tidak ada masalah. 
 
Syukur alhamdulillah. Saya amalkan pantang dengan betul dan saya ambil geli gamat.  Luka dan jahitan tersebut cepat kering dan sembuh. Terasa juga pobianya mahu bersalin semula. Selepas 6 tahun baru berkeyakinan. Lama juga rasanya kan. Tapi bila diingat semula memang masih terasa kesakitannya.
 
 

Alhamdulillah. Kakak juga membesar dengan sihat. Mama doakan kakak menjadi menjadi anak yang solehah, rajin belajar, taat perintah Allah, jadi orang yang berguna satu hari nanti. Insya Allah.

Tuesday, 13 August 2013

Mula bekerja

Teks : Anys Idayu Zakaria


Alhamdulillah cuti selama lebih kurang seminggu untuk menyambut syawal telah habis.  Harini saya sudah mula bekerja.  Ramai lagi rupanya yang masih bercuti.  Pejabat pun masih sunyi dan kosong. Masih lagi dalam mood hari raya, almaklum baru masuk 6 Syawal harini.



*********************************************************************************

Sertai kami Alumni Penulis Dari Rumah. Menawarkan kelas berikut :
1. Kelas asas blog dan penulisan
-Sesuai bagi kalian yang ingin berkongsi pengalaman dan kepakaran. Bina rangkaian sendiri dan follower tegar. Setiap orang sudah ada keunikan masing-masing, serlahkan bakat ini melalui blog. Tidak tahu menulis kami akan pandu melalui teknik yang mudah.
2. Kelas asas blog dan fan page (bisnes)
Bagi yang masih zero untuk memulakan bisnes online, ami sedai membantu menunjukkan jalan. Jika sudah ada produk, masanya untuk promo. Jika tidak ada kami sediakan. Bermula sekarang, tidak terlambat untuk realisasikan impian 2013

Untuk pendaftaran, hubungi saya :
Sms/ watsapp : 017-7912993

4 Syawal

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle



4 Syawal.  Saya memenuhi permintaan kakak memasak nasi tomato. Nasib baik bahan-bahan masa sediakan nasi hujan panas tempohari masih berbaki lagi. Kali ini saya hanya masak nasi sahaja kerana lauk ayam masak merah sudah ada. Alhamdulillah agak menjadi juga walau percubaan pertama.  Cuma warnanya tidak berapa menjadi kerana saya tidak meletakkan jus tomato.  Hanya gunakan buah tomato biasa sahaja.
 
Kakaklah yang makan banyak sekali.  Dikira-kira lebih 5 kali hari tersebut kakak makan nasi.  Katanya sedap sangat nasi tomato mama.
 


 
 
Lebih kurang beginilah rupa dan warna nasi tomato yang saya masak.  Rupanya pun agak pucat kerana saya tidak menggunakan jus tomato. Gambar ini saya goggle juga.  Maaf sekali lagi kerana tidak sempat untuk snap gambar.  Almaklum sebelum ni memang tak pernah ambil gambar pun.  Tambahan pula tidak aktif menulis.  Jadi rasanya selepas ini saya mesti mengambil gambar untuk simpanan peribadi di blog.. :)


***********************************************************************************

Sertai kami Alumni Penulis Dari Rumah. Menawarkan kelas berikut :
1. Kelas asas blog dan penulisan
-Sesuai bagi kalian yang ingin berkongsi pengalaman dan kepakaran. Bina rangkaian sendiri dan follower tegar. Setiap orang sudah ada keunikan masing-masing, serlahkan bakat ini melalui blog. Tidak tahu menulis kami akan pandu melalui teknik yang mudah.
2. Kelas asas blog dan fan page (bisnes)
Bagi yang masih zero untuk memulakan bisnes online, ami sedai membantu menunjukkan jalan. Jika sudah ada produk, masanya untuk promo. Jika tidak ada kami sediakan. Bermula sekarang, tidak terlambat untuk realisasikan impian 2013


Untuk pendaftaran, hubungi saya :
Sms/ watsapp : 017-7912993

2 Syawal

Teks : Anys Idayu Zakaria


2 Syawal.  Biasanya setiap tahun jika hari raya kedua keluarga belah mak mertua saya pasti akan berkumpul di salah sebuah rumah adik beradik mereka. Setiap tahun pasti bergilir-gilir mengikut giliran yang telah ditetapkan. Mereka mengadakan sedikit doa selamat sambil bertemu beramah mesra di bulan Syawal.  Kami sekeluarga juga tidak ketinggalan turut serta.


*********************************************************************************

Sertai kami Alumni Penulis Dari Rumah. Menawarkan kelas berikut :
1. Kelas asas blog dan penulisan
-Sesuai bagi kalian yang ingin berkongsi pengalaman dan kepakaran. Bina rangkaian sendiri dan follower tegar. Setiap orang sudah ada keunikan masing-masing, serlahkan bakat ini melalui blog. Tidak tahu menulis kami akan pandu melalui teknik yang mudah.
2. Kelas asas blog dan fan page (bisnes)
Bagi yang masih zero untuk memulakan bisnes online, ami sedai membantu menunjukkan jalan. Jika sudah ada produk, masanya untuk promo. Jika tidak ada kami sediakan. Bermula sekarang, tidak terlambat untuk realisasikan impian 2013


Untuk pendaftaran, hubungi saya :
Sms/ watsapp : 017-7912993


1 Syawal

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle


Berlalu sudah 1 syawal, harini baru berkesempatan untuk menulis blog.  Agak sibuk dengan urusan mengemas rumah dan uruskan kelengkapan hari raya. Anak-anak yang gembira bila menyambut Syawal. Lebih-lebih lagi kakak.  Tahun ni, tahun ke dua kakak berpuasa penuh. Dah sekolah jadi lebih bijak bila bercerita tentang puasa dan syawal.
 
Tahun ini tahun pertama saya cuba memasak makanan untuk pagi Syawal.  Sebelum ini memang tak pernah pun masak apa-apa kerana tinggal bersama keluarga.  Jadi ibu mertua yang memasaknya.  Beberapa hari sebelum syawal, kakak sudah sibuk bertanya saya mahu masak apa di pagi syawal. Memang agak pening juga nak fikir.  Nak masak apa. Kalau masak makanan raya, pasti ke rumah nenek dan ibu mertua sudah terhidang juadah tersebut.  Jadi dalam kepala terfikir untuk masak nasi.
 
Mula-mula saya terfikir untuk masak nasi arab. Goggle la cara-caranya di internet. Aduh, bila baca-baca agak sukar juga.  Tambahan ini baru percubaan pertama. Risau juga tidak menjadi.  Ubah pada resipi lain pula. Tapi masih berfikir lagi apa juadah yang sesuai. Kebetulan sehari seblum syawal saya keluar membawa mak mertua belanja.  Jadi saya sambar saja bahan-bahan yang boleh digunakan untuk memasak nasi tomato. Kebetulan ayam sudah beli. Saya hanya beli bahan untuk masak nasi saja. Jadi saya pinjamlah buku resipi mak mertua.
 
Pulang ke rumah, belek-belek lagi buku resipi tersebut. Walhal bahan-bahan untuk memasak nasi tomato sudah beli. Masih juga mencari juadah yang sesuai. Tulah akibat rajin sangat memasak di dapur.hehehe. Kebetulan terlihat cara memasak nasi hujan panas.  Bahan-bahan pun mudah. Terus saya bercadang untuk memasak nasi hujan panas.
 
Memang seratus peratus ikut buku cara-cara untuk masak nasi. Ayam masak merah pula saya ikut cara sendiri kerana ini biasa dimasak. Akhirnya siaplah nasi hujan panas saya. Menjadi jugalah walau tak berapa cantik sebab saya terlupa hendak membeli beras yang khas untuk masak nasi seperti ini. Saya hanya menggunakan beras biasa saja.  Dapatlah saya bawakan untuk ma, mak mertua dan nenek.
 
Kakak makan dengan banyak sekali.  Katanya sedap juga mama masak. Padahal mama baru pertama kali cuma. Esoknya kakak minta lagi saya masak nasi tomato pula. Sebab saya sudah sebut-sebut hendak masak nasi tomato tapi jadi nasi hujan panas pula.
 
 
 
 
 
Beginilah rupanya nasi hujan panas yang telah saya masak.  Foto ni hasil carian goggle.  Maaf agak kelam kabut, tak sempat saya nak snap gambar.


*******************************************************************************

Sertai kami Alumni Penulis Dari Rumah. Menawarkan kelas berikut :
1. Kelas asas blog dan penulisan
-Sesuai bagi kalian yang ingin berkongsi pengalaman dan kepakaran. Bina rangkaian sendiri dan follower tegar. Setiap orang sudah ada keunikan masing-masing, serlahkan bakat ini melalui blog. Tidak tahu menulis kami akan pandu melalui teknik yang mudah.
2. Kelas asas blog dan fan page (bisnes)
Bagi yang masih zero untuk memulakan bisnes online, ami sedai membantu menunjukkan jalan. Jika sudah ada produk, masanya untuk promo. Jika tidak ada kami sediakan. Bermula sekarang, tidak terlambat untuk realisasikan impian 2013


Untuk pendaftaran, hubungi saya :
Sms/ watsapp : 017-7912993

 

Thursday, 8 August 2013

Syawal

Teks : Anys Idayu Zakaria

Berlalulah sudah ramadhan. Sebulan berpuasa tiba syawal kita raikan. Syukur alhamdulillah. Dapt mnyempurnakan ibadah puasa tahun ini. Moga bertemu lagi ramadhan akan datang.

kembang melati sungguhlah indah, di tengah taman jadi hiasan,harum aidilfitri tercium sudah, kalau ada KHILAF mohon dimaafkan, makan roti sambil berlari
Bersihkan HATI SUCI KAN DIRI

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI
Ikhlas drp anies skeluarga.

Monday, 5 August 2013

Mudahnya Bisnes Online

Teks : Anys Idayu Zakaria


Sangat senang dan mudah sebenarnya untuk memulakan bisnes online. Apa yang wajib ada ialah produk dan komputer atau laptop dan talian internet.  Jika sekarang sudah ramai yang ada gadget canggih yang boleh upload gambar terus melalui telefon. Itu lebih senang dan mudah kerana boleh saja dijalankan walau di mana kita berada. Bagi yang masih tercari-cari produk apa yang hendak dijual, mulakan dengan dropship. Pilih produk yang benar-benar menepati citarasa pelanggan atau dengan kata lain produk yang dapat membantu menyelesaikan masalah mereka. Jika masih tidak tahu juga bermula dengan dropship, jadikan kemahiran atau kepakaran, hobi sebagai salah satu cara untuk menjana income.  Contohnya jika kita minat menjahit manik, jadikan sebagai cara untuk menambah pendapatan. Jana pendapatan melalui hobi kita.
 
Bagaimana pula cara untuk kita buat pasaran atau memasarkan produk kita kepada orang ramai.  Mudah saja. Kita gunakan medium pemasaran percuma yang ada di internet sekarang ini. Banyak sebenarnya. Antaranya blog, facebook, fanpage, forum, Mudah.my.  Dan jika sudah ada modal sedikit barulah boleh upgrade kepada sistem yang lebih canggih. 


Blog adalah untuk cari goggle. Akan keluar link blog kita apabila pelanggan mencari produk. Pelanggan lebih meluas. Adakalanya ada yang suka ''goggle'' tentang sesuatu produk berbanding mereka mencari dalam facebook, fanpage atau mana-mana forum yang mereka sertai.  Atau mungkin mereka lebih suka mencari dan membaca kebaikan dan kelebihan produk terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli produk tersebut.  Jadi di blog kita bukan sahaja boleh promosi produk, kita boleh tulis tentang kelebihan dan kebaikan produk tersebut. Semakin rajin kita menulis, semakin tinggi traffic blog kita. Semakin ramai pengunjung yang melawat.  Dari situlah kita dapat tukar pembaca kepada pembeli.
Manakala promosi melalui facebook dan fanpage pula adalah untuk langkah permulaan.  Kita boleh perkenalkan dan promote pada rakan dan keluarga. Ini kerana di facebook rakan hanya orang yang kita kenali.  Jadi kita boleh mula mempromosi produk kita pada mereka.
ok, sebagai contoh jika kita minat menjahit manik.  Kita ambil beberapa keping gambar jahitan manik yang telah kita hasilkan untuk kita masukkan dalam facebook dan blog. Sebab itu telefon camera yang agak canggih lengkap dengan wifi atau talian internet ini penting. Mudah dan senang.  selepas ambil gambar kita boleh terus masukkan gambar-gambar tersebut dalam facebook.  Kemudian kita boleh maklumkan yang kita ada ambil tempahan untuk menjahit manik sebagai dalam gambar.  Jika masih malu atau segan, kita cuba saja masukkan gambar jahitan manik tersebut dalam facebook.  Saya percaya pasti ramai rakan-rakan kita yang akan mula bertanya. Bila sudah ada yang bertanya, kita bolehla mula bercerita.  Jangan malu untuk buka mula dan bercerita.  Bukan perlu dibayar.  Kita hanya cerita kebolehan kita. Insya Allah saya pasti dengan cara ini pasti ada orang yang mula hendak menempah. Cubalah!! Lihat sendiri hasilnya.
 
Manakala di blog pula, selepas masukkan gambar jahitan manik tersebut, kita boleh juga berkongsi cara-cara mudah untuk menjahit manik yang ringkas.  Kita boleh berkongsi apa sahaja panduan dan cerita tentang jahitan manik.  Bagi mereka yang sedang mencari panduan, mereka akan mula mencari di carian goggle.  
 

Senang je kan untuk mula. Yang penting kena berani mencuba dan rebut peluang yang ada. Jadi hari ini mari kita fikirkan apa hobi dan kelebihan yang kita ada. Yang boleh kita tukar untuk menjana pendapatan. 
*********************************************************************************

Pendaftaran untuk kelas asas blog dan fanpage masih dibuka.  11 kelas berlangsung serentak, sertai kami di alumni penulis dari rumah. Menawarkan kelas berikut :
1.       Kelas asas blog dan penulisan – sesuai bgi kalian yang ingin berkongsi pengalaman dan kepakaran, bina rangkaian sendiri dan follower tegar. Setiap orang sudah ada keunikan masing-masing, serlahkan bakat ini melalui blog. Tidak tahu menulis kami akan pandu melalui teknik yang mudah.
2.       Kelas asas blog dan fanpage (bisnes) bagi yang masih zero untuk memulakan bisnes online, kami sedia membantu menunjukkan jalan. Jika sudah ada produk masanya untuk promo. Jika tidak ada kami sediakan. Bermula sekarang, tidak terlambat untuk realisasikan impian 2013.
 
Bagaimana cara untuk mendaftar, senang sahaja. Boleh melalui :
sms/ watsapp : 017-7912993
isi borang tempahan di sini
 
 

Sunday, 4 August 2013

Balik kampung

Teks : Anys Idayu Zakaria


Nampaknya kami sekeluarga tiada istilah balik kampung setiap kali musim perayaan. Almaklum ibu bapa saya dan mertua semuanya menetap di Johor. Lama sudah rasanya tak merasai suasana pulang ke kampung. Dulu sewaktu kecil saban tahun pulang beraya ke Kelantan. Sekarang kalau balik ke sana pun tidak pada hari perayaan.
 
 
Syiok sebenarnya pulang beraya ke kampung. Terasa semangat hendak menyambut raya. Kebetulan tadi kakak bertanya kenapa kita tak balik kampung. Saya bagi tau semua orang pulang ke kampung kerana untuk sambut hari raya bersama datuk dan nenek.
 
kakak : mama, kenapa kita tak balik kampung?
 
saya : Rumah nenek kakak kat mana?
 
kakak : Rumah nenek kan kt Bukit Tiram
 
saya : Tulah kampung kakak.
 
kakak : Laa, ye ke. Dekat je la.  Hari-hari pun Ira pegi rumah nenek
 
saya : Ye la.  Hari-hari la Ira balik kampung. (Sambil tersenyum)
 
 
hehe.. Kesian juga. Anak bandar tak pernah merasai suasana pulang ke kampung.


Friday, 2 August 2013

Kelengkapan Raya

Teks : Anys Idayu Zakaria


Tengah hari tadi selepas menghantar pesanan pelanggan saya singgah sebentar ke Kota Raya. Kononnya mahu mencuci mata dan mencari apa yang berkenan di hati.  Saya masih belum beli apa pun lagi kelengkapan raya. Untuk anak-anak sudah ada juga sedikit. Jadi hajatnya mahu melihat kalau-kalau ada yang berkenan.  Cuti kelmarin saya hanya beli beberapa meter kain untuk dijahit baju kurung dan sedikit pakaian anak-anak. Belikan juga tudung untuk Mak Mertua. Untuk saya memang tiada. Tak tahu nak beli apa. Nah, tadi singgah di Kota Raya pun rupanya tiada yang berkenan di hati.  Belikan Ma tudung, belikan kakak butang tudung, en suami dan abah saya belikan butang baju melayu. Nampaknya untuk saya tiada juga. Hajatnya hendak mencari tudung, tapi tidak juga ketemui. Tak pa lah. Ada masa keluar lagi.




*******************************************************************************

Pendaftaran untuk kemasukkan kelas asas blog dan fanpage masih dibuka seperti biasa. Bagi yang mahu mendapatkan percuma buku Mudahnya Menjemput Rezeki dan Ebook super wahm super mom, boleh buat pendaftaran sempena promosi Ramadhan Syawal ini. Masih berbaki lebih kurang 20 buah sahaja lagi. Cepat-cepat bertindak. Untuk pendaftaran, boleh hubungi saya :


Email : aniesaizmall@gmail.com
sms/watsapp : 017-7912993

Thursday, 1 August 2013

Cuti Shopping

Teks : Anys Idayu Zakaria


Semalam baru berkesempatan untuk membeli kain pasang untuk anak-anak. Lagi seminggu nak raya kalau tempah memang confirm tak da orang nak ambil.  Sebenarnya saya memang berhajat untuk membeli saja baju kurung kakak dan adik. Tapi kebetulan Ma mahu menjahitnya. Katanya tak usah beli siap, jahit saja sekejap. Baju budak tidaklah susah mana. Jadi saya pun terus beli sahaja kain. Dapatlah juga carikan untuk dua pasang baju kurung mereka dua beradik. Macam mana agaknya si kecil Raisha bile mengenakan baju kurung. Kakak pula sudah saya belikan tudung mengikut warna baju kurung yang akan dijahit. Suka bukan main lagi.  Cuma baju biasa sahaja belum sempat dibeli. Nampaknya terpaksa keluar bershopping lagi.
 
Sebenarnya semalam saya cuti mahu mencari kain anak-anak dan juga mahu menghantar tempahan candy. Sambil menyelam minum air. Risau juga tak sempat untuk diagihkan, al maklum sudah mahu masuk hujung minggu. Dan pasti sudah ramai yang mula bercuti dan menyambung cuti sehingga hari raya. Nampaknya lagi seminggu Syawal menjelang, jika ke mana-mana memang sudah terasa bahangnya. Sana sini pusat beli belah sudah menawarkan tawaran hebat, sale. Kena berhati-hati juga tu kalau keluar belanja. Risau terbeli barang yang tidak ada dalam senarai. Maklumlah tengok semua nampak cantik dan murah.

Tadarus Al-Quran

Teks : Anys Idayu Zakaria


Sempena bulan Ramadhan ni, pejabat saya menjalankan program Tadarus Al-Quran. Sudah 3 tahun program ini berlangsung di Bulan Ramadhan. Alhamdulillah tahun ni semakin bertambah ahli yang menyertainya. Hari ini juga kami selesai mengadakan Majlis Khatam Al Quran secara beramai-ramai. Alhamdulillah semoga kami sama-sama mendapat ganjaran pahala daripda Allah s.w.t.


TADARUS AL-QURAN DI BULAN RAMADHANAntara ibadah yang menjadi kelaziman di bulan Ramadhan ialah tadarus Al-Quran. Ini bertepatan dengan bulan Ramadhan yang dianggap sebagai ' Bulan Al-Quran ', yang diturunkan padanya Al-Quran.

Tadarus bermaksud memperdengarkan bacaan Al-Qur’an di hadapan seseorang yang dapat mengawasi bacaan itu daripada sebarang kesilapan.

Amalan tadarus merupakan salah satu ibadat penting yang diberi tumpuan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bulan Ramadhan. Diriwayatkan, Rasulullah bertadarus Al-Quran dengan Jibril sendiri.
Nabi Muhammad s.a.w. merupakan orang yang sangat pemurah dengan kebajikan,dan kemuncak kemurahannya ialah sepanjang bulan Ramadhan. Jibril a.s. menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan sehingga habis bulan itu dan Rasulullah membacakan Al-Qur’an kepadanya. Sesungguhnya Rasulullah adalah amat pemurah seperti angin yang bertiup kencang”.

Kelebihan tadarus Al-QuranTadarus Al-Qur’an mempunyai banyak kelebihan. Selain kelebihan-kelebihan yangdijanjikan bagi sesiapa yang membaca Al-Quran, Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda yang bermaksud:
" Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca dan bertadarus Al-Qur’an, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan (sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada para malaikat”.

Tadarus di kalangan Orang-Orang SolehAmalan tadarus Al-Qur’an Rasulullah itu, telah menjadi ikutan dan dihayati oleh para sahabat dan orang-orang soleh dari dahulu hingga kini. Mereka bertadarus Al-Qur’an sehingga tamat beberapa kali sepanjang bulan Ramadhan. Ada yang mengkhatamkannya seminggu sekali, tiga hari sekali, sekali setiap malam atau lain lain tempoh mengikut kesungguhan serta keupayaan masing-masing. Imam Asy-Syaaf’i dilaporkan dua kali tamat dalam sehari di bulan Ramadhan.

Cara TadarusTiada cara yang seragam atau tertentu dalam aktiviti tadarus Al-Qur’an.
Bagaimanapun antara langkah-langkah yang boleh diikuti ialah :

1. Membaca Al-Qur’an secara bergilir-gilir dalam suatu kumpulan kecil.

2. Membaca mengikut tertib surah dan ayat, sebagaimana dalam mashaf

3. Menyemak bacaan agar selamat daripada kesalahan tajwid dan sebagainya.

4. Baca dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah bukan untuk segera khatam.

5. Aktiviti ini boleh dihidupkan di tempat-tempat yang sesuai terutama di masjid, surau atau di rumah sebaik-baiknya bersama keluarga.


Tujuan Tadarus
Mengkhatamkan Al-Quran bukanlah tujuan asal tadarus yang dilakukan oleh Nabi. Ini adalah kerana :-

1- Perkataan tadarus yang berasal dari 'darasa' yang bermakna mempelajari. Jika khatam dijadikan tujuan utama, maksud mempelajari ini biasanya tidak tercapai.

2- Tujuan Rasulullah bertadarus dengan Jibril ialah untuk memperdengarkan dan menyemak bacaan. Jika khatam itu tujuan yang utama, tentulah tidak berlaku tadarus melainkan selepas Quran itu sempurna diturunkan.

3- Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Saidatina Fatimah berkata: “Sesungguhnya Jibril datang kepada Rasulullah untuk memperdengarkan bacaannya kepada Rasulullah setahun sekali. Dan Jibril telah melaksanakan yang demikian pada tahun Nabi wafat, dua kali”.

Tujuan asal tadarus ialah untuk memperelokkan dan menyemak kembali bacaan. Dan sebaiknya bacaan itu difahami. Kerana itu, lebih elok jika tadarus itu diadakan secara berkumpulan untuk sama-sama mendapat manfaat. Dan elok juga dilakukan perbincangan ringkas selepas tadarus berkenaan ayat-ayat yang di baca.

Walaubagaimanapun, jika mampu, sewajarnya seorang Muslim berusaha mengkhatamkan Al-Quran paling kurang sekali dalam bulan Ramadhan dengan menjaga adab-adab dan hak-hak Al-Quran itu sendiri.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud :"Ramai orang membaca Al-Quran, sedangkan Al-Quran itu melaknatnya ". Moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan itu.

Wallahua'lam.

Rujukan:
1. التبيان في اداب حملة القرانOleh Imam Nawawi
2. Risalah Berkenaan Tadarus Yayasan Terengganu