Tuesday, 30 July 2013

Rezeki Ramadhan

Teks : Anys Idayu Zakaria

Hari ni sudah masuk 20 Ramadhan. Sangat sekejap rasanya masa berlalu. Pantas lebih kurang 10 hari Ramadhan akan meninggalkan kita. Subhanallah. Harap-harap dapat menyempurnakan Qiyamullail untuk malam-malam terakhir ini. Seminggu dua ni saya asyik tertidur awal saja. Mungkin kepenatan agaknya. Bangun seawal jam 4 pagi, menyiapakan juadah bersahur. Kemudian terus bersiap ke tempat kerja. Sampai di rumah lebih kurang jam 6 lebih, itulah masa untuk menghidangkan juadah berbuka. Bersilat juga di dapur. Bersilat lagi dengan Raisha. Mujur ada kakak boleh tolong jaga dan tengok-tengokkan Raisha.  Sudah 7 bulan jadi semakin aktif dan tak boleh duduk diam. Letak saja atas kerusi bulat (walker) terus berlari laju.
 
 
Kebiasaannya bila menjelang musim Ramadhan Syawal saya sudah mula menjual kek lapis. Kebetulan tahun ini, kawan saya tidak dapat membuat kek tersebut. Jadi tiadalah kek lapis di kedai online saya. Dua minggu Ramadhan saya mula terpikir dan tercari-cari juga apa kah yang boleh dijual yang memang khas untuk hari raya ni. Alhamdulillah ilham datang dari Allah swt. Saya cuba untuk menjual Barley Peanut Candy, ambil daripada salah seorang pemborong biasa. Saya mula merangka dan membuat promosi. Alhamdulillah syukur, memang mendapat sambutan. Ramai rupanya yang sukakan peanut candy ini. Malah pelanggan yang membeli untuk makan-makan pun sudah membuat repeat order. Hujung minggu lepas memang bertalu-talu pesanan di fb dan watsapp masuk untuk menempah peanut candy ini. Terima kasih Ya Allah atas rezeki ini, dan idea untuk menjual peanut candy ini.
 
 
***********************************************************************************
 
Walaupun rancak mempromosi candy peanut, tugas sebagai guru online untuk kelas asas blog fanpage (bisnes) masih berjalan seperti biasa. Insya Allah selepas hari raya ini akan mendaftar masuk beberapa lagi orang pelajar. Yang sebenarnya mereka ini sudah mempunyai bisnes, tapi sedang mencari-cari cara untuk membina blog. Dan pada saya, kelas secara online inilah yang sesuai untuk semua peniaga kerana tumpuan hanya online dan tidak perlu membazir masa lain untuk hadir ke kelas secara fizikal.  Malah bagi yang mendaftar masuk kelas saya, saya akan bagi personal coaching walaupun pelajar sudah Berjaya melepasi target yang di tetapkan.

Sunday, 28 July 2013

Keseronokan Bekerja Di Rumah

Sumber : Ebook super wahm super mom

Saya bersyukur dapat menjadi ibu yang tinggal di rumah sepenuh masa dan juga bekerja di rumah sepenuh masa. Alhamdulillah dapat juga membantu suami sedikit sebanyak walaupun dia tidak pernah minta dibantu. Bidang yang dulunya saya benci tapi kini ia menjadi sumber pendapatan dan sesuatu yang saya suka buat dan saya sayang bisnes saya ni. Kini saya adalah imej mak saya suatu masa dulu. Bekerja dari rumah supaya dapat sentiasa bersama anak-anak, melihat mereka membesar di depan mata tanpa terlepas satu detik pun. Masa adalah sesuatu yang sangat bernilai. Mungkin ada ibu-ibu yang sibuk bekerja dan tanpa sedar anak-anak sudah bekerja dan berdikari dan mungkin berasa ralat kerana masa lebih banyak terluang di pejabat dari bersama keluarga tercinta. Kalau difikir masa sehari 24 jam, berapa jam yang terluang bersama anak-anak? Biasanya orang bekerja keluar seawal jam 6.30 pagi, ditambah kesesakan jalanraya, akhirnya pulang ke rumah jam 7 malam. Mungkin tidur jam 10 malam. Maka cuma ada 3 jam untuk diluang bersama keluarga.

Saya yakin ramai ibu yang bekerja di luar sana ingin menjadi ibu yang tinggal di rumah sepenuh masa and bekerja dari rumah. Saya rasa kebanyakan kita mampu lakukan cuma setiap mereka perlu kenalpasti kekuatan masing-masing, contohnya ada yang pandai menjahit, memasak, membuat gubahan dan sebagainya. Itu semua boleh dijadikan punca pendapatan dari rumah. Sekarang bukan zaman mak saya lagi yang cuma pasarkan kuih dia di kedai-kedai kopi. Zaman sekarang zaman gajet dan internet. Semua itu boleh dijadikan alat pemasaran. Ibu-ibu semua boleh gunakan pemasaran yang ditawarkan percuma seperti email, FB, Blog dan ruang iklan percuma seperti Mudah.my.

Saya suka melihat perempuan Melayu berjaya dalam bisnes. Untuk itu saya sentiasa menyokong apa-apa bisnes yang diceburi oleh wanita melayu terutama yang bergelar isteri dan ibu. Untuk itu saya juga membuka bisnes saya untuk dikongsi oleh orang lain. Contohnya saya ada program affiliate di website saya yang memberi komisyen atas setiap pembelian pelanggan. Affiliate cuma perlu promosi produk-produk dari website saya melalui apa-apa strategi contohnya FB, Blog, Youtube dan sebagainya.

 Kemudian saya juga menawarkan khidmat pada Dropshipper dan Reseller. Kebanyakan mereka juga ada bisnes sendiri jadi daripada menjadi pesaing, ada baiknya bekerjasama supaya tiada lagi hasad dengki di kalangan orang melayu. Ini juga salah satu sumbangan saya pada sesiapa yang berminat untuk buat pendapatan tambahan dari rumah tanpa perlu modal. Droshipper dan Reseller yang bekerjasama dengan saya bukan sahaja terdiri dari ibu-ibu tetapi ada juga bapa-bapa.

Bekerja di rumah ada cabaran tersendiri
Bekerja di rumah tidaklah semudah yang disangka. Ada cabaran tersendiri kerana perlu menguruskan rumah, suami dan anak-anak serta dalam masa yang sama perlu uruskan bisnes. Perlu bijak mengatur masa. Kalau ada yang berniat berhenti kerja untuk bisnes dari rumah maka perlu perancangan awal serta pastikan jumlah pendapatan yang diperlukan setiap bulan supaya semua bil bulanan terbayar. Juga perlu tentukan jumlah modal awal. Paling penting adalah usaha yang berterusan dan yakin dengan bisnes yang anda ceburi. Insyallah di permudahkan Allah. 

 Fauziah Ahmad, www.mybabyberries.com.

Baca lebih lanjut dalam ebook super wahm super mom



Dapatkan mana-mana dua pakej di atas, sebagai bahan bacaan asas sebelum bermula. Hanya RM 125, Percuma Buku Mudahnya Menjemput Rezeki.

Tempahan boleh melalui :

tel / watsapp : 017-7912993

Saturday, 27 July 2013

Pecut laju

Teks : Anys Idayu Zakaria

Bismillah. Hari ni sudah masuk minggu akhir Julai. Minggu ni saya ada kelas Bahasa Inggeris. Kelas ni memang terlalu padat. Hari biasa jika tak berpuasa pasti balik pukul 7. Ingatkan hari ni dapat keluar awal. Rupanya pensyarah tamatkan kelas jam 6.

Habis saja kelas saya terus ecut pulang. Lalu mujur dapat info daripada rakan fb jalan highway pasir gudang jem teruk. Saya terus pecut naik highway Ulu Tiram. Memang jalan kosong jika lalu highway ni. Sampai rumah mak tepat 6.30 petang. Ambil anak-anak terus saya bergegas pulang. Risau tak sempat berbuk di rumah. Kesian kan kakak. Singgah sebentar ke kedai, tepat jam 7 sampai rumah.

Sejam perjalanan pulang dari utm. Waduh. Kalau kebiasaannya ambil masa lebih kurang sejam lbih. Memang betul-betul laju saya memandu tadi.

*****************************

Khas untuk suri rmah yang mahu menjalankan bisnez secara online, dapatkan pakej bahan bacaan asas sbelum bemula.

Pakej wahm soho bekerj dari rumah : mula bisnes butik dan mula bisnes makanan.

Hubungi saya untuk dapatkan mana-mana dua pakej hebat ini.

Email : aniesaizmall@gmail.com
Tel : sms@ wtsapp 0177912993

Pengalaman Usahawan Wanita Bekerja Dari Rumah

Rancang bekerja dari rumah sekarang: www.janawangdirumah.com

Alhamdulillah di cuti sekolah ini, banyak masa ibu boleh aturkan untuk siapkan tugasan tertangguh. Mahu menjadi seorang yang menghargai masa, berdisiplin dan segera selesaikan urusan, InsyaaAllah semoga dipermudahkan Allah. Semangat baru selepas memiliki Jurnal Inspirasi :)

Ebook ini adalah ebook sambungan Jana Wang Di Rumah. Banyak panduan yang diberikan kepada ibu-ibu terutama yang bekerja di rumah. Ebook ini patut dimiliki oleh semua ibu-ibu yang bekerja di rumah, belajar di rumah, merancang untuk bekerja sendiri. Ebook ini mengandungi 119 mukasurat.


10 sebab kenapa ibu-ibu perlu memiliki Ebook Super WAHM Super Mom.

1. Pengalaman Berharga Usahawan Hebat Bekerja Di Rumah
Antara perkara yang paling berharga terdapat dalam ebook ini adalah pengalaman lebih dari 10 usahawan wanita yang bekerja di rumah. Pengalaman tidak boleh dibeli, ianya adalah guru yang paling berharga. Belajar sahaja dari pengalaman orang yang telah menempuh alam berhenti kerja dan bekerja di rumah. Jerit perih, kepuasan, cabaran, tekanan, dan kejayaan yang ditempuh mereka. Serius ibu teruja dengan kecekalan usahawan hebat tersebut. 


2. Dekat Di Hati Ibu Yang Bekerja Di Rumah: Tulisan Yang Jujur
Ebook tulisan Puan Masayu Ahmad ini sangat dekat di hati ibu ketika membacanya. Banyak perkongsian dan pengalaman yang diceritakan pernah dialami sendiri oleh ibu. Ibu kagum dengan usaha dan sikap positif yang ada pada usahawan hebat yang dikongsi di dalam ebook ini. Ini bermakna, ianya adalah tulisan yang jujur dan lahir dari hati yang ikhlas.


3. Bacaan Awal Sebagai Panduan Memulakan Perniagaan Sendiri
Jadikan ebook ini bacaan santai puan-puan serta ibu-ibu yang berhasrat untuk memulakan kerjaya sendiri tanpa terikat dengan majikan. Berniaga tidak semestinya mengeluarkan modal yang besar. Mulakan dengan apa yang ada di tangan, mulakan dengan modal yang rendah atau tidak perlu keluarkan modal. Pilih perniagaan berdasarkan pasaran yang ada dan minat yang mendalam.

4. Panduan Rutin Harian
Rutin sebagai ibu yang bekerja di rumah bukanlah seperti bangun pagi, bersiap dan masuk ke pejabat. Sampai waktu pulang, bersiap dan tinggalkan tempat kerja. Tambahan pula bekerja dengan di kelilingi oleh anak-anak yang perlukan perhatian (memang ini pun matlamat awal kebanyakan ibu yang bekerja di rumah). Ada usahawan yang berkongsi jadual rutin harian mereka. Rancang, rancang, rancang. Disiplin, masa dan jangan bertangguh. Ibu tertarik dengan perkongsian seorang usahawan hebat yang menggunakan pelbagai gajet bagi memudahkan kerja rumah.

5. Bagaimana Mengurus Stress/Tekanan
Jangan biarkan ibu-ibu tenggelam dengan perasaan yang tidak seronok, kecewa, marah, geram dan sebagainya. Tekanan lebih mudah berlaku apabila ibu-ibu menginginkan kesempurnaan atau lebih tepat ibu katakan 'expectation' di rumah. Contohnya rumah sentiasa kemas, baju tersusun rapi, anak-anak semuanya kemas bersih. Belajar toleransi kerana kita bukanlah robot yang boleh lakukan semuanya tanpa ada perasaan penat. Berikan masa dan buat kerja dengan seronok. Jika rasa penat/lelah, ambil masa berehat dan tinggalkan kerja-kerja rumah yang tiada kesudahan itu. Ambil pembantu mingguan untuk melakukan pembersihan seperti cuci tandas, urusan kain baju, bersihkan sawan dan sebagainya jika mampu.

6. Rancang Aktiviti Harian/Mingguan/Bulanan
Luangkan masa 'ibu anda' setiap hari. Apa yang ibu-ibu suka lakukan? Surfing? Membaca? Spa? Senaman? Berkebun? Menjahit? Cari ruang masa dan lakukan sendiri tanpa gangguan anak-anak. Membaca boleh dilakukan di waktu malam sebelum melelapkan mata ketika anak-anak sudah tidur. Rehatkan badan dengan melakukan senaman ringan di awal pagi sebelum memulakan rutin harian. Rancang masa cuti bersama keluarga, berbincang dengan suami sekiranya ibu-ibu perlukan waktu rehat, minta suami ambil cuti. Sesekali biarkan anak-anak dengan suami atau hantar anak-anak ke taska harian/playgroup untuk aktiviti sosial anak-anak bersama rakan sebaya mereka. Ibu-ibu boleh bersosial juga!

7. Motivasi Ibu Hebat!
Rutin harian yang sama setiap hari menjadikan emosi dan sikap kita berubah-ubah. Ingat jangan kita tenggelam dengan keadaan sekeliling. Bina hati yang kuat. Jangan biarkan keadaan luaran mengubah emosi dalaman kita. Mulakan dengan ber'dating' dengan Pemilik Kekal Hati. Bangun dan mandi awal, tips untuk segar setiap hari. Solat sunat walaupun hanya 2 rakaat dan baca Quran setiap pagi sebelum Subuh. Solat sunat sebelum Subuh (lebih baik dari seluruh dunia dan isinya) InsyaaAllah segala ujian dunia menjadi ringan untuk kita.

8. Rawat Dan Rehat 
Badan kita juga perlukan rehat secukupnya. Jaga kesihatan dengan melakukan senaman ringan dan jaga pemakanan. Nasihat ini untuk ibu sendiri juga. Bila sudah lama tidak bersenam, badan terasa berat. Melompat pun tidak mahu. Ayuh bangun dari katil, buat lompatan bintang 20 kali... ha ha

9. Cari Ilmu Baru 
Cari peluang dan ruang mencari ilmu dalam perniagaan atau juga dalam pembangunan diri. Terpulang pada minat ibu-ibu, cari seminar, kursus atau bengkel berkaitan. Sesekali ambil angin, keluar dari rumah, bersosial, jumpa kenalan baru.

10. Bina Rangkaian
Paling mudah sertai rangkaian kumpulan sokongan di facebook. Ada kumpulan untuk ibu-ibu yang bekerja di rumah (Malaysian WAHM Community), kumpulan  ibu-ibu menyusukan anak, kumpulan ibu-ibu yang berkecimpung dalam perniagaan (Malaysian Mom Biz Network). Jika  ada masa boleh sertai kumpulan sokongan seperti WENA, EWA, RootWoomers dan lain-lain. 



Ibu berasa puas membaca ebook ini, tips dan panduan yang diberikan praktikal untuk diamalkan. Kegusaran ibu-ibu yang hendak memulakan tindakan bekerja dari rumah hampir sama. Kisah usahawan hebat yang bermula dari rumah ini menyentuh hati ibu. Mereka tekad untuk berubah disebabkan beberapa faktor yang telah dikongsikan di dalam ebook. Antaranya faktor anak yang kurang sihat, faktor kesihatan, faktor pekerjaan, kepuasan dan lain-lain.

Hanya dengan membaca 1 ebook, ibu dapat mengutip pengalaman usahawan hebat yang bermula dari rumah. Ada di kalangan mereka yang sudah berjaya dalam bidang masing-masing. Bagaimana mereka mulakan? Dari mana mereka mendapat idea memulakannya? Apakah formula yang menjadikan mereka kental dan bertahan? Semuanya ada di dalam ebook ini.
  

Dapatkan mana-mana dua pakej asas wahm soho : Bekerja dari rumah, dengan harga RM 125. PERCUMA Buku Mudahnya Menjemput Rezeki, sila bayar di sini

Friday, 26 July 2013

Bersahur

Teks : Anys Idayu Zakaria


Alhamdulillah, sudah masuk 17 Ramadhan rupanya hari ini. Kebiasannya menu bersahur kami sekeluarga hanya hangat lauk berbuka petang semalam. Jarang sekali masak di waktu sahur. Kadang kala ada juga goreng ayam untuk kakak. Selebihnya kami makan lauk waktu berbuka. Bersahur memang tak banyak makan. Tapi untuk kakak kami paksa juga makan nasi walau sedikit. Risau perut kosong pula.
 
Dulu-dulu ketika masih kecil, sewaktu berpuasa bersama keluarga, saya tak pernah makan nasi setiap kali bersahur. Selalunya bila tiba Ramadhan abahlah yang sibuk menyediakan makanan sahur kami. Biasanya kami hanya bersahur dengan kentang, nugget, atau daging burger goreng makan bersama roti. Kadang kala nestum dan telur rebus separuh masak juga jadi santapan kami adik beradik.  Pernah juga makan roti bersama telur goreng atau dikenali dengan "telur mata lembu". Kami memang tak makan nasi bila bersahur. Tapi Ma seorang sajalah yang makan nasi. Rindu pula masa silam. Jadi bila sudah berkahwin, en suami memang paksa saya makan bila bersahur, awal-awal dulu memang payah juga nak makan. Saya hanya tengok dan temankan saja. Sekarang sudah boleh terima. Jadi sudah boleh bersahur bersama nasi.
 
Pagi ini ketika bersahur, si kecil Raisha juga turut bangun. Mungkin malam tadi tidur awal dan tak jaga-jaga, jadi pagi ni bangun awal. Sibuk juga nak makan. Pagi-pagi lagi en suami sudah sumbatkan biskut. Hai mulutnya memang nganga saja. Lucu juga tengok telatah si kecil ni. Bila sudah pandai makan, semua yang kami makan dia nak sama. Kalau tak diberikan pasti mula tunjuk aksi nak menangis.



**********************************************************************************

 
Pendaftaran untuk belajar kelas asas blog fanpage khas untuk mula bisnes, masih lagi dibuka. Pendaftaran 10 terawal sempena Ramadhan Syawal ini akan menerima percuma ebook super wahm super mom dan Buku Mudahnya Menjemput Rezeki. Jika ada yang berminat untuk mengikut kelas ini secara online sepenuhnya, personal coaching akan diberikan sepanjang sesi kelas, boleh hubungi saya :

email : aniesaizmall@gmail.com
sms @watsapp : 017-7912993


Cabaran Terbesar Adalah Penerimaan Keluarga

Sumber: Ebook super wahm super mom
Cabaran terbesar adalah penerimaan keluarga dan saudara mara. Ramai merasakan rugi kerana tidak bekerja makan gaji, membazir masa dan wang ringgit belajar tinggi hingga ke peringkat ijazah tetapi duduk di rumah. Kepada kebanyakan orang merasakan bekerja dari rumah itu sesuatu yang remeh dan lekeh. Sedangkan sebenarnya masa dan tenaga yang diperah untuk menjayakan perniagaan itu adakala lebih
berat berbanding bekerja makan gaji.

Masyarakat secara amnya berpendapat yang wanita yg tidak bekerja di pejabat seolah-olah tidak mempunyai kelulusan. Halangan mental seperti ini yang ada waktunya sangat melemahkan semangat saya. Faktor lain seperti kekangan modal, pendapatan yang tidak menentu, tiada cuti tahunan, cuti sakit bergaji adalah lumrah bagi yang bekerja sendiri, baik berniaga di premis atau secara maya.

Untuk permulaan semasa berniaga, memang agak payah untuk mendapatkan pelanggan. Susah juga untuk meyakinkan pelanggan yang pertama kali hendak membeli barang secara online. Ramai yang akan datang melihat sendiri barangan kemudian barulah mereka yakin untuk membuat tempahan. Namun dengan teknologi IT yang ada terutama pada masa sekarang, lebih senang untuk membuat promosi tentang bisnes yang dijalankan. Orang ramai pun lebih terbuka dengan idea membeli barang secara online berbanding 6-7 tahun dulu.

dapatkan mana-mana dua pakej ini sebagai bahan bacaan asas sebelum mengambil keputasan untuk bekerja dari rumah.

promosi Ramadhan Syawal, dapatkan dengan harga RM 125, Percuma Buku Mudahnya Menjemput Rezeki

Untuk dapatkan pakej ini, boleh buat tempahan di sini


Thursday, 25 July 2013

Perlu Jelas Matlamat Bekerja Di Rumah


Sumber: Ebook super wahm super mom
Cabaran paling besar adalah diri sendiriBagi saya cabaran yang paling besar adalah dari diri sendiri. Kerja dari rumah memerlukan motivasi yang sangat tinggi, kerana berada di rumah, tidak seperti berada di pejabat. Terlalu banyak 'gangguan' yang boleh mengganggu bukan saja emosi malah juga tenaga fizikal. Jadi mereka yang bekerja di rumah memerlukan jatidiri dan jaringan yang kuat bagi membantunya ketika mengalami masalah-masalah tersebut.

Perlu bangkit sebagai penggerak perubahanPegangan saya - if you can dream it, you can do it. Saya memiki banyak impian dan salah satunya membantu orang lain. Kita terlalu banyak menghabiskan masa menunggu dan menyalahkan orang atas apa yang berlaku dalam hidup kita. Jadi kita semua kena bangkit menjadi penggerak perubahan (change agent) agar generasi depan tidak lagi menjadi 'mangsa keadaan' sebaliknya mampu mengawal situasi.

Perlu jelas matlamat bekerja di rumahMesti tahu dan jelas apa yang apa yang kita mahukan. Ramai orang yang memulakan bisnes tanpa tujuan yang jelas. Kerana itu ramai peniaga online mahupun offline yang kecundang di awal hari. Banyak faktor yang menjadi penyebab kepada gagalnya sebuah perniagaan online. Kebanyakannya kerana tidak mampu memberi komitmen kepada perniaagan yang dijalankan. Harus ingat, 'part-time' bukan bermaksud 'sambil-sambil' tapi mesti memperuntukkan sebahagian dari masa
baca lebih lanjut dalam ebook super wahm super mom
Pakej asas mula berkerja dari rumah merupakan pakej asas bacaan awal untuk bermula.
Dapatkan pakej ini dengan harga RM 125, Promosi Ramadhan Syawal percuma buku Mudahnya Menjemput Rezeki.
Isi borang tempahan di sini untuk dapatkan pakej ini.





Wednesday, 24 July 2013

Cabaran Mendidik Anak-anak di rumah

Teks : Anys Idayu Zakaria

Zaman sekarang memang banyak cabaran terutamanya dalam membesarkan anak-anak. Malah ada ibu-ibu yang berpendidikan tinggi serta bekerjaya sanggup berhenti kerja kerana mahu melihat anak-anak membesar depan mata. Tak mahu terlepas peluang untuk melihat setiap detik perkembangan si manja. Subhanallah saya pun jika diberi peluang seperti ini, turut mahu merasainya. Tapi buat masa sekarang, keadaan kewangan masih tidak mengizinkan. 3 bulan lepas, lepas bercuti lama berpantang, nak naik kerja semula terasa sayu di hati. Ralat sungguh rasa takut terlepas peluang untuk melihat perkembangan Raisha. Alhamdulillah, saya niatkan dalam hati saya bekerja untuk membantu suami dan untuk anak-anak. pertama kali Raisha pandai meniarap depan mata saya sendiri. Sekarang sudah pandai mengundur ke belakang.  Harapnya juga pertama kali pandai duduk dan berdiri kelak turut depan mata saya.

Teks : Masayu Ahmad
Normi seorang ibu bekerja di rumah berkongsi dengan saya..
"Cabaran yang sukar adalah apabila anak asyik berkepit dengan kita. Berilah mereka apa sahaja mainan, aktiviti, masih juga mahu duduk bersama kita. Jika mengadap komputer, mereka juga mahu sama menulis blog."

Ok, kita kembali semula apa tujuan asal untuk kita kembali berada di rumah. Sudah tentu imbangan keluarga dan kerjaya. Anak-anak adalah antara kriteria pertama yang kita jadikan alasan. Untuk mengurus mereka. Tidak lagi perlu hantar ke pengasuh atau di bawah tanggungjawab pembantu rumah.

Penyelesaiannya adalah bekerja di rumah. Cabarannya bagaimana pula untuk menangani dan
mengurus anak-anak, baca lagi perkongsian selanjutnya dalam ebook super wahm super mom ;)

Pakej Asas Wahm Soho: Bekerja Dari Rumah

Promosi Ramadhan Syawal
Harga RM125
Free buku Mudahnya Menjemput Rezeki

bonus 1: dropship produk sunnah
bonus 2: dropship produk buku


Tuesday, 23 July 2013

Pengalaman Bisnes

Teks : Anys Idayu Zakaria


Sejak dari dulu lagi saya memang minat menambah pendapatan dan berniaga. Kalau sebelum kahwin bermacam-macam jenis bisnes saya ceburi daripada bisnes MLM hinggalah menjual barangan ke pejabat. Kalau dulu, abah lah yang selalu bagi support untuk berbisnes. Pantang ada peluang bisnes pasti saya dahulu akan dimaklumkan. Nak kata kami dari keluarga bisnes, tak juga. Ma dan abah tak pernah berniaga. Tapi Ma saya memang ada mengambil upah menjahit baju. Mungkin juga dari situ. Pantang ada peluang pasti saya cepat-cepat bertanya dan mendapatkan info tentang bisnes tersebut.
Dulu sebelum memulakan bisnes online, saya suka menjual kain pasang, barang-barang daripada katalog dan pernah juga menyertai beberapa buah syarikat MLM. Alhamdulillah apa pun jenis bisnes yang saya lakukan untuk permulaan pertama pasti akan berhasil dan mendapat keuntungannya.  Tambah pula saya memang sungguh-sungguh melakukannya.
Sebenarnya saya ingin berkongsi pengalaman bisnes MLM pada tahun 2009. Ketika itu saya sudah pun berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan.  Pada mulanya saya berkenalan dengan upline saya ni kerana beliau datang ke pejabat untuk menghantar barang yang dibeli oleh bos. Oleh kerana saya PA, jadi sayalah yang berurusan dengan beliau mengambil barangan tersebut. Sambil mengambil barang pesanan sambil bertanya bisnes apa yang beliau jalankan. Lantas beliau memperkenalkan saya dengan produk kecantikan daripada Syarikat Elken.  Setelah mendengar penerangan beliau, mulalah saya tertarik untuk mencuba bisnes tersebut. Untuk permulaan, saya telah menghadiri kelas dan latihan di Stokis Elken di Taman Molek, Johor Bahru. Saya mula diperkenalkan dengan produk-produk hebat keluaran syarikat Elken.  Tapi saya lebih menumpukan kepada produk kecantikan dan kesihatan, iaitu produk wanita dan kesihatan pula produk penapis air.  Dengan bantuan upline, saya mula mengadakan beberapa home-party di rumah untuk memperkenalkan produk dan kebaikan produk tersebut.  Alhamdulillah hasil home party tersebut beberapa rakan dan ahli keluarga telah membuat belian penapis air dan produk kecantikan.  Lebih kurang 3 bulan menyertai bisnes Elken ini, saya dapat bergelar Pengurus. Level pertama dalam peringkat pelan pemasaran ELKEN.  Saya juga telah menyertai pelbagai jenis kursus dan latihan yang dianjurkan. Memang seronok dan yang penting dapat menambah ilmu dalam bidang bisnes.  Selain itu dapat juga berkenalan dengan ramai yang telah Berjaya. Dapat serap sedikit ilmu dan perkongsian hebat daripada mereka.
Dan sebenarnya pengalaman yang paling saya tidak boleh lupakan semasa menjalankan bisnes ini ialah saya dapat membeli kereta dengan menggunakan penyata bank hasil jualan Elken untuk 6 bulan pertama. Saya rasa itulah yang membuatkan saya sentiasa bersemangat dalam menjalankan bisnes.  Kerana apa pun yang saya lakukan memang saya akan usaha sehabisnya. Alhamdulillah berhasil dengan berkat rezeki  daripada Allah s.w.t.

Walau bagaimanapun, setelah setahun lebih menjalankan bisnes ini, tahun 2011 saya mula bergerak perlahan kerana pada tahun tersebut saya sudah menghantar kakak ke tadika. Jadi saya perlu lebih menumpukan masa waktu malam dan hujung minggu dengan anak. Melihat perkembangan pembelajaran setiap hari supaya tidak ketinggalan.  Tambahan pula, saya keluar berjumpa prospek selalunya pada waktu malam atau hujung minggu.  Begitu juga jika ada latihan di stokis saya akan pergi selepas habis waktu pejabat.  Jadi saya terpaksa menghadkan masa ke sana.  Dan akhir 2011 pula saya mula mendaftar masuk ke UTM untuk menyambung pelajaran secara separuh masa.  Masa hujung minggu pula sudah tentu dihabiskan dengan mengadap buku dan menghadiri kelas.  Sudah tentu masa untuk menjalankan bisnes ini agak terhad.  Jadi perlahan-lahan saya terpaksa menarik diri daripada bisnes ini.  Walaupun rasa sayang, tapi saya perlu utamakan yang lebih penting.  Tapi dalam masa yang sama saya sudah mula berjinak-jinak mencari dan menggali peluang bisnes di pasaran internet pula.
Kenangan di Elken memang tidak dapat dilupakan, apatah lagi saya beberapa kali pernah menang cabaran yang dianjurkan oleh syarikat. Dapat juga beberapa barang percuma, hasil daripada penyertaan downline dan belian produk tersebut.

Cabaran WAHM - Mental Perlu Kuat

Cabaran wahm - mental perlu kuat


Teks: Masayu Ahmad

Saya selalu ditanya apa yang perlu dilakukan, dan pembaca akan berkongsi sekian-sekian. Ok selalunya saya akan kembalikan situasi sebenar dan apa komitmen yang sedia ada, adakah ia boleh dibawa selepas bergelar wahm kelak. Menjawab soalan yang selalu menujah inbox saya, jadi saya bawakan kisah 10 usahawan yang sudha bergelar wahm dengan pelbagai persoalan dan cabaran kehidupan. Semoga dengan membaca kisah-kisah sebegini memudahkan kalian dan dapat menjawab masalah kalian dari perspektif berbeza. Cabaran selepas bergelar wahm tidak mudah dan tidak senang, tetapi ada yang mampu menghadapinya. Adakah kalian adalah orang-orang yang kuat?



Sumber Bab 1: Ebook Super Wahm Super Mom

Mental dan disiplin perlu seiring
Mental dan hati kena kuat. Disiplin mesti sentiasa ada. Bila berniaga, adalah penting untuk kita faham dan tahu tentang perniagaan kita dan mengambil tahu perkembangan dunia bisnes yang ada di luar sana. Dahulu saya menyangka, sungguhpun ada butik, kemahiran menjahit itu adalah perkara paling asas yang saya perlu ada. Saya sangka hanya tahu menjahit itu sudah cukup, rupa-rupanya untuk lebih berjaya, saya perlu tahu MENJAHIT BAJU. Jadi tanpa segan-silu, saya ambil kelas menjahit yang asas. Paling tidak saya perlu mengenal pola. Selain itu juga, saya perlu kreatif dan tidak terlalu mengikut langkah orang lain melainkan apa langkah yang dia ambil untuk berjaya.


“USAHAWAN”. Pengurusan masa serta perancangan rapi sangat-sangat perlu apalagi kita bergerak sendiri tanpa pembantu rumah ataupun pekerja di butik. Maka, saya kembali seperti dahulu. Bezanya, waktu pagi saya sibuk menguruskan hal-hal persekolahan anak-anak, memasak, mengemas, membasuh dan melayan anak ke-3 saya yang akan berumur 3 tahun pada hujung tahun ini. Di antara kerja-kerja rumah, saya mengintai perkembangan kedai online saya. Sambil tunggu nasi masak di dapur, saya menjawab email. Sambil tunggu baju di dalam mesin, saya memasak. Sementara anak leka menonton TV, saya mengemas. Sementara anak tidur, saya edit gambar. Begitulah rutin harian saya. Jam 11 sehingga 2 petang adalah waktu paling sibuk saya. 

Dimana anak-anak pulang dari sekolah agama, perlu diberi makan, disuruh mandi dan bersiap ke sekolah kebangsaan.Begitu juga yang sulung, balik sek keb dan perlu bersiap ke sek agama. Tergelincir sedikit dari waktu „jadual harian‟ saya, maka kelam-kabutlah jadinya. Seawal 2 petang, saya bersiap untuk ke butik pula dengan ditemani anak ke-3 saya. Sampai di butik, kena kemas butik pula sambil melayan anak. Nasib baik saya dah didik dia untuk tidur petang pada pukul 3. Jadi pada 
waktu dia tidur, saya selesaikan urusan rutin butik – pack barang-barang untuk di penghantaran pada hari itu. Selesai urusan poslaju, barulah saya teruskan aktiviti lain seperti menjahit, menghias, mengemas dan sebagainya sehinggalah tiba waktu tutup butik. Dahulu, sayalah pemandu kepada anak-anak. Kini, selepas saya kaji pengurusan masa saya, saya mengambil perkhidmatan van sekolah untuk anak-anak yang bersekolah. Sungguhpun begitu, ada kalanya, saya tetap turun ke sekolah pada waktu petang untuk menjemput anak-anak saya pulang dari sekolah.



Baca lagi dalam ebook super wahm super mom


sempena Syawal Ramadhan ini, kami akan memberi buku percuma untuk mana-mana belian dua pakej di atas. Buku tersebut ialah buku Mudahnya Menjemput Rezeki




Untuk sebarang pembelian atau tempahan, boleh melalui :

email : aniesaizmall@gmail.com
wtsapp/sms : 017-7912993
untuk belian boleh order di sini
borang tempahan



Monday, 22 July 2013

13 Ramadhan

Teks : Anys Idayu Zakaria

Alhamdulillah selesai berbuka untuk hari ke 13. Kakak Syahiera masih lagi bertahan penuh berpuasa. Mujur juga waktu bersekolah. Mungkin tak terasa sangat waktu berlalu. Jika di rumah, pasti sudah moyok muka mahu berbuka. Bila waktu petang, kerjanya asyik melihat jam saja.
Perlahan-lahan sekarang sudah stabil. Maklum sudah masuk dua minggu berpuasa.

****************************

Bagi ibu-ibu yang sedang menggali peluang bekerj dari rumah, dapatkan pakej bahan bacaan mula bisnes butik dan mula bisnes makanan. Sempena Syawal semakin hampir, saya nak kasi PERCUMA sahaja Buku Mudahnya Menjemput Rezeki. Dengan belian mana-mana dua pakej ini. Mahu buku percuma ini sila :

Email : aniesaizmall@gmail.com
Tel / sms/ wtsapp : 0177912993

13 Syarat Perbankan Internet

Teks : Anys Idayu Zakaria
Sumber : Berita Harian, Sabtu 20 Julai 2013

Alhamdulillah sudah hari Isnin. Baru hari ini berkesempatan baca surat khabar hujung minggu. Di sini saya kongsikan sedikit tip menggunakan perbankan internet daripada AKPK yang saya dapat dalam Berita Harian, hari Sabtu lepas.

Perbankan internet menawarkan urus niaga selamat jika kita mengamalkan lngkah berikut :

1. Tidak dedahkn nombor ID atau nombor PIN

2. Selalu update atau tukar kata laluan dan nombor PIN

3. Elakkan daripada menyimpan kata laluan dan nombor PIN dalam komputer

4. Pastikn melayari laman web bank dengan link yang betul

5. Semak Universal Resource Locators (URL). Pastikan URL bermula dengan https, dan pastikan imej ibu kunci tertutup terdapat pada bar status web

6. Selalu semak rekod transaksi atau penyata yang dihantar oleh bank

7. Jangan sekali-kali tinggalkan komputer jika kita masih akses perbankan internet.

8. Sentiasa log keluar sebaik sahaja selesai lakukan transaksi

9. Lindungi komputer kita daripads virus dan memasang program penentang virus yang ada reputasi kukuh.

10. Elakkan memuat turun fail atau perisian dari laman web yang tidak dikenali

11. Jangan membiarkan tetingkap pelayar lain terbuka terbuka ketika membuat transaksi perbankn internet

12. Sentiasa membuat rekod atau mencetak setiap kali membuat transaksi.

13. Pastikan kita menyahaktif ciri-ciri 'perkongsian fail dan pencetak' dalam sistem.

Semoga tips ini dapat membantu kalian yang membuat urus niaga online, dan juga untuk yang selalu shopping-shopping online.

*****************************

Bermula semalam, pendaftaran untuk kelas asas blog fan page dan penulisan akan menerima ebook dan buku percuma. Tawaran ini hanya terhad untuk 20 orang yang mendaftar awal. Akan menerima ebook super wahm super mom dan buku mudahnya menjemput rezeki. SECARA PERCUMA YA!!! Dan lagi personal coaching untuk sesi klas.

Jika ada yang mahu belajar membina blog, sila :

Email : aniesaizmall@gmail.com
Sms @ wtsapp : 017-7912993
Untuk sebarang pertanyaan kelas dan pendaftan.

Sunday, 21 July 2013

Rutin Sebagai WAHM

Konsultan Bisnes Online
Saya menjalankan beberapa perniagaan, yang menjurus kepada konsultansi bisnes online dan juga pemakanan kesihatan, serta dalam proses penjenamaan semula butik barangan ibu menyusu dan bayi dan beberpa aktiviti sukarela yang saya terpaksa berhentikan seketika kersna sibuk dengan kerjaya yang lalu.

Rutin Sebagai WAHM
setiap hari saya bangun jam 6 pagi, menyiapkan kelengkapan suami ke pejabat dan anak-anak ke tadika. Selepas menghantar mereka, samada saya terus pulang ke rumah, atau ke pasar, atau berada di 'pejabat bergerak' saya di Suria KLCC atau The Curve untuk menyiapkan kerja-kerja. Selepas itu, saya mnyiapkan pesanan pelanggan serta pengurusan rumahtangga, sebelum mengambil anak dan suami pada sebelah petang.

Saya suka membaca dan masa senggang biasanya saya hbiskan dengan membaca. Wsktu malam biasanya waktu bersama keluarga. Bersama anak menonton rancangan kegemaran mereka, mengajar mereka dan sebagainya. Biasanya saya akan kembali ke komputer setelah anak-anak tidur. Selalunya dalam jam 12 ke atas.
Sumber : Ebook Super Wahm Super mom.

Suksess adalah suatu ukuran yang subjektif
Ada yang merasakan suksess bila mana mereka mendapat pendapatan yang banyak berbanding semasa bekerja makan gaji. Bagi saya sukses sebagai wanita/ ibu bekerja dari rumah adalah apabila keluarga bahagia, terjaga dan ada di depan mata. Punya masa untuk mendidik anak, sentiasa bersedia menjaga makan pakai dan sakit pening mereka. Rezeki wang ringgit adalh bonus atas usaha dan pengorbanan dalam perniagaan. Mungkin rezeki yang datang itu sedikit di mata kasar tetapi yang saya cari biarlah berkat.

Saya percaya sebagai seorang isteri, redha suami dalam membuat sesuatu urusan adalah sangat penting. Saya selalunya akn minta pendapat suami sebelum meneruskan perancangan dalam perniagaan saya.

Motivasi dalam diri sangat pnting
Bekerja dari rumah tidak sama seperti bekerja makan gaji. Pengurusan masa juga sangat penting kerana kita mungkin akan melakukan pelbagai kerja dalam satu masa sehingga kita lupa yang mana satu perlu diutamakan. Pengasingan kerja tidak wujud bila menjadi ibu yang bekerja dari rumh tanpa pembantu
jadi perlu tangkas menyelesaikan plbagai urusan. Pastikan ada target setiap hari supaya sentiasa produktif dalam urusan bisnes.

Sentiasa cuba menyelesaikan tugasn berkaitan bisnes secepat mungkin walaupun due date masih pnjang kerana kita tidak pasti dengan keadaan mendatang. Bersedia menghadpi masa di mana sumber pendapatan tidak menentu, jangan sedih dan sentiasa percaya rezeki pemberian Allah ada jika kita berusaha.
Farah Fahizah.
Sumber Ebook super wahm super mom.

Mahu mula bekerja dari rumah, ini pakej wahm sahm soho (mula bekerja dari rumah). Sesuai untuk bahan bacaan asas.

Mahu dapatkan pakej ini dengan harga promosi Ramadhan :

Email : aniesaizmall@gmail.com
Tel / wtsapp : 017-7912993
Borang tempahan

Saturday, 20 July 2013

11 Ramadhan

Teks : Anys Idayu Zakaria

Assalamualaikum. Hari ni selesai sudah kita menjalani ibadah puasa untuk hari ke 11.  Sekejap sudah rasanya. Dan baru hari ni  saya sempat untuk memasak berbuka di rumah. Kebetulan tidak bekerja dan juga tiada kelas hujung minggu ni. Masak yang simple dan senang saja. Bubur nasi. Sedikit lauk yang boleh juga dimakan untuk bersahur nanti.

Bila sudah hampir masuk dua minggu berpuasa pasti masing-masing sudah sibuk menyediakan kelengkaapan hari raya. Bagi yang mahu menukar hidangan biskut raya kepada satu hidangan lain, boleh dapatkan barley peanut candy@ kacang tumbuk.

Untuk dapatkan peanut candy ini, boleh melalui:
Email : aniesaizmall@gmail.com
Tel/wtsapp : 0177912993.



Wednesday, 17 July 2013

Sedekah

Teks : Anys Idayu Zakaria
Sumber : Majalah Jelita, Julai 2013

Bagi 1 dibalas 700, seperti janji Allah swt dalam dalam Surah Al-Baqarah, ayat 261 :
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakn hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih menumbuhkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa dikehendakiNya. Dan Allah Maha Luas (rahmat) KurniaNya lagi meliputi ilmu pengetshuanNya."

Nabi saw bersabda "Tiga perkara aku khabarkan kepada kalian dan kalian peliharalah. Pertama tidak akan kurang harta yang dikeluarkan untuk sedekah, bahkan akan bertambah....." Riwayat At-Tirmidzi". Oleh tawaran Allah swt ini hendaklah kita rebut dn tunaikan dengan ikhlas.

Isteri Nabi, Saidatina Khadijah R.a dan sahabat Nabi saw, Abdul Rahman Bin Auf R.a adalah antara cpntoh saudagar terkenal dan bertakwa. Mereka banyak merendh diri dn mengeluarkan harta mereka untuk membantu penduduk Madinah. Mereka pemurah dan sangat merendah diri dn harta mereka berkembang subur walaupun sangat banyak bersedekah.

Dalam mengeluarkan sedekah, jangan kita hanya sempitkan sedekah dalam bentuk wang ringgit,malah sedekah boleh datang dalm pelbagai bentuk seperti sedekah makanan, pakaian, ilmu bermanfaat. Semoga segala bentuk sedekah yang kita keluarkan akan mndapat ganjaran pahala,diberkati dan diredhai Allah swt di dunia dan akhirat.

Kedai online sunnah saya turut menyediakan pelbagai jenis telekung. Kami mngalu-alukan kalian yang mahu membeli borong untuk tujuan sedekah, kos penghantaran percuma terus ke alamat penerima. Untuk tujuan ini, boleh melalui :

Email : aniesaizmall@gmail.com
Tel / wtsapp : 017-7912993
Fanpage : aizmall sunnah online

Rezeki anak (Bahagian 2)

Teks : Anys Idayu Zakaria

Sejak saya tidak menjalankan bisne MLM secara aktif, saya sudah mula berjinak-jinak dengan bisnes online. Pada mulanya memang sukar juga mencari peluang yang ada kerana memang tiada panduan dn mentor yang membantu. Apa yang saya buat ialah, saya hanya goggle di internet peluang berniaga secara online. Sehinggalah pada satu ketika saya telah terjumpa satu iklan yang mana pembekal kek lapis di Johor Bahru sedang mencari agen untuk memasarkan kek lapis beliau. Lantas saya mula menghubungi beliau dan menerangkan mahu menjadi agen kek lapis.

Ketika saya sudah memiliki laman facebook. Sebenarnya hajat saya membuka laan facebook ini adalah untuk cuba melakukan bisnes menerusi facebook. Langkah pertama saya cuba menjual kek lapis tersebut di pasaran facebook. Alhamdulillah. Memang sangat mendapat sambutan. Ketika mula-mula saya pasarkan menerusi fb, apa yang saya lihat pasaran niaga fb tidaklah serancak sekarang. Dulu tidak ramai yang menjalankan bisnes online seperti ini.

Dalam masa yang sama, saya masih mencari lagi peluang bisnes yang lain sehinggalh saya terjumpa Edymart, yang menawarkan dropship tanpa modal. Lantas saya terus mendaftar untuk menjadi dropshipper. Dari situ saya mula memilih beberapa produk untuk dipasarkan. Dan saya sepenuhnya memasarkannya hanya di talian internet. Saya gunakan kemudahan facebook, forum dan mudah.my untuk pasaran. Semuanya yang percuma. Ketika itu tidak ada blog lagi. Kerana saya memang tidak pandai membina blog. Pernah juga cuba-cuba buat tapi tidak berapa menjadi.

Melalui seorang kenalan niaga di Edymart, saya pernah bertanya beliau dari mana produk dropship lain yang beliau ambil. Beliau telah memperkenalkan saya dengan Pn.Masayu Ahmad. Yang mana sekarang merupakan sifu dan mentor saya. Lantas saya terus mencari dalam senarai carian. Setelah menjumpai saya mula bertanya untuk menyertai dropship dengan kak Masayu. Dengan syarat yang mudah, hanya perlu membeli buku tulisan beliau, Jana RM Dari Rumah saya sudah boleh melakukan bisnes dropship yang beliau tawarkan. Alhamdulillah. Syukur yang amat kerana sememangnya saya sudah pun memiliki buku tersebut. Saya sudah pun membelinya di Kedai Buku BADAN ketika mendapat baucer buku 2012. Saya rasa sangat bersyukur kerana mudahnya Allah tunjuk jalan untuk saya lebih mengenali kak Masayu dan menyertai dropship beliau.

Dan sehingga sekarang saya masih aktif menjalankan bisnes dropship. Alhamdulillah rezeki anak. Sejak hamil anak kedua rezeki dan peluang bisnes semakin bertambah. Saya juga dapat membina rangkaian dengan ramai usahawan yang telah berjaya dan mereka semuanya sangat baik. Sudi berkongsi pengalaman dan ilmu. Serta sudi menawarkan saya untuk menjadi dropshipper mereka. Walaupun kami tidak pernah bersua, tapi ukhwah dan jalinan persahabatan di atas talian sudah memadai dan dapat berkongsi rezeki yang ada.

Sehingga ke hari ini, saya masih lagi menjalankan bisnes dropship. Dan kebanyakkan produk saya adalah produk dropship. Saya lebih suka dan senang menjalankan bisnes dropship. Saya jarang sekali mengmbil produk secara borong kerana masih lagi menghadapi faktor modal dan lebib utama saya agak kesuntukan masa untuk menguruskan proses penghantaran kerana masih lagi bekerja. Cuma adakalanya jika pembekal berada di kawasan Johor Bahru, saya akan mengambil stok barangan lebih supaya jika pelanggan mahu membeli tanpa menggunakan kos penghantaran, saya boleh menghantar barang tersebut.

Walaupun dengan menjalankan bisnes dropship, alhamdulillah rezeki daripada Allah swt. Pembeli adalah perantara. Yang penting perlu rajin usaha doa tawakkal.

Insya Allah semoga satu hari nanti impian saya untuk menjadi usahawan dan bekerja hanya dari rumah menjadi kenyataan.

Jemput singgah blog dan fanpage bisnes saya :

Kedai serbanika
Kedai buku
Kedai produk sunnah

Fanpage : aizmall gedung serbanika online

Aizmall gedung buku online

Aizmall sunnah online

Tuesday, 16 July 2013

Menjual barangan

Teks : Anys Idayu Zakaria

Jika kita memilih untuk menjual barang, kita boleh membeli barang tersebut secara borong atau pukal. Jika barang dibeli secara borong, berbanding beli dalam kuantiti yang agak banyak. Kerana pembekal masih mengira harga jualan biasa. Cari produk yang betul-betul diperlukan oleh pelanggan dan beli secara borong. Biasanya, jika kita sudah membeli borong daripada pembekal secara tidak langsung kita sudah menjadi agen mereka di kawasan kita tinggal. Jika ada pembeli yang mahu membeli barangan daripada mereka, mereka akan meminta pelanggan menghubungi kita.

Kita boleh memilih untuk menjual bermacam-macam jenis produk. Gunakan daya kreativiti untuk mencari dan menentukan produk yang mahu dipasarkan. Ada kalanya pasaran produk juga mngikut musim dan perkembangan semasa. Sebagai contoh,sekarang ini sudah bulan Ramadhan dan hampir Syawal, jadi peniaga pasti berlumba-lumba menjual produk untuk dua bulan ini seperti telekung, kurma, biskut raya atau pakaian hari raya.
Begitu juga dengan pembekal sudah pasti mencari ramai agen untuk memasarkan produk mereka.

Dalam menjual barang,kita dielakkan mnjual :

1. Barang yang berbau seperti durian atau belacan. Lebih-lebih lagi klau menjual secara online. Kecuali sekiranya makanan tersebut telah dibotolkn seperti budu atau cencaluk. Ini adalah untuk mengelakkan masalah penghantaran melalui pos.

2.  Barngan yang merbahaya seperti senjata,mercun, dn barang beracun. Barangan seperti ini menyalahi undang-undang dan mengancam keselamatan.

3. Barangan lucah dan yang berunsur pornografi contohnya CD lucah. Walaupun dibungkus dan dibalut ia tetap salah di sisi undang-undang dan agama. Ia boleh merosakkan akhlak dan pemikiran pembeli.

Dalam menjual barangan seperti ini, pilihlah produk yang benar-benar laris yang menjadi permintaan pelanggan serta sentiasa ada pengulangan belian daripada pelanggan. Cari dan gali dulu di internet produk apa yang sesuai, kemudian pilih sebelum bermula.

*****************************

Antara produk top yang ada di kedai online saya ialah chezzy magik, iaitu gabungan antara tepung magik + chezzy sauce.
Untuk belian pakej kombo ini boleh la :

Email : aniesaizmall@gmail.com
Tel / wtsapp : 017-7912993
Fanpage : aizmall gedung serbanika online

Monday, 15 July 2013

3 Teknik urus niaga online bagi suri yang baru mahu mula

Ramai sebenarnya yang sedang mencari-cari peluang untuk mula berniagadari rumah. Terutamanya suri rumah yang mahu membantu suami.
Teks : Masayu Ahmad
Mula rancang bekerja dari rumah www.janawangdirumah.com
Ini asas yang perlu ada bagi yang baru mahu mula belajar urusniaga online. Saya tahu ramai yang sudah pakar tetapi asas yang saya tulis ini khusus bagi ibu yng baru bermula.
1. Mulakan dengan percuma fan page, blogspot, produk dropship. Ini tiga yang sangat asas yang boleh dimulakan. Kalian boleh goggle untuk mendapatkan tiga ini.
2. Fanpage adalah sebagai kedai online dan cara yang sangat efektif untuk menjual dan terus kepada pelanggan.
3. Blogspot. Boleh goggle untuk mulakan ini. Blog sangat sesuai untuk titik mula kalian mencari pelanggan. Ya, blog adalah sebagai salah satu cara memperkenalkan diri kepada pelanggan. Bina khalayak pelanggan sendiri. Ada berjuta-juta rakyat Malaysia. Kalian hanya mahu 3k hingga 5k pertama pelanggan setia. Saya akui 2k pertama buku saya habis dijual dengan mudah pada fasa pertama dan jumlah cetakan pertama adalah 3k sahaja dan kini ia berbaki sikit sahaja lagi.
4. Dropship. Tidak perlu ada produk sendiri, mulakan produk yang sudah ada. Banyak pembekal yang menawarkan dropship. Saya sendiri ada 3 iaitu produk sunnah kedai buku dan dropship borong. Beli mana-mana buku saya, kalian saya akan masukkan dengan pilihan produk yanng kalian suka.
Ok untuk 1,2,3 mudah saja. Jika buntu ada 1-10 lagkah sahaja bermula dengan analisa. Kami tawarkan melalui kelas online fanpage.
Bagi yang mahu mengikuti kelas online ini, boleh hubungi saya :
Email : aniesaizmall@gmail.com
Tel / wtsapp : 017-7912993
Bagi suri yang sedang menggali bahan bacaan untuk mula bekerja di rumah, boleh juga buat belian di sini