Thursday, 27 June 2013

Teknik perundingan dalam perniagaan

Teks : Anys Idayu Zakaria
 
 
Sebagai usahawan, kita akan berjumpa pelbagai jenis orang atau klien yang akan menilai kita melalui kaedah kita berunding. Mereka mungkin tidak mengenali kita sebelum ini, tetapi mereka menilai  dengan setiap gerak-geri dan percakapan kita. 4 perkara terlarang untuk membuat perundingan dalam bisnes :

1. Elakkan perkataan “diantara ini dan itu”
Kita sering selesa menggunakan perkataan “diantara” dalam pembualan harian kerana kita merasa kita memberikan rundingan yang fleksibel.
Contohnya seperti berkata:
“harganya antara RM 2000-2500″
“kerja ini boleh disiapkan diantara 3-4 minggu”
Tetapi kesannya sangat berbeza, pelanggan akan merasakan kita tidak yakin atau kurang pasti dengan perniagaan yang sedang kita jalankan. Otak mereka akan menafsirkan ini sebagai satu ketidakyakinan. Kita lebih selesa dengan peniaga yang memberi jawapan tepat 5 minggu berbanding jawapan 3-4 minggu.
 
2. Jangan guna ayat “Saya sangat-sangat bersetuju dengan rundingan ini”
Dalam sebarang rundingan, jangan tunjukan bahawa kita telah berpuas hati dengan harga atau tawaran yang ditawarkan. Ini akan memberi kesan kepada pembeli bahawa kita telah membuat jualan yang sangat menguntungkan.
Mungkin kita pernah hadapi situasi sebegini:
Anda: Apek, ini kasut berapa harga ?
Apek : Itu saya kasi saya you RM 300 la.. harga untuk you saja.
Anda : Ayo.. mahal sangat la.. bagi la murah sikit.
Apek : Brapa you mau ?Anda : RM 200 boleh ?
Apek : OK OK .. amik RM 200.
Anda : (aik ??? kenapa senang sangat)
Apek.. murah lagi boleh?
Apek : You mau kena tumbuk ka ?
 
3. Elakkan Ayat “Cuba tuan tawarkan saya sesuatu”
Mengikut sebuah kajian, keputusan rundingan biasanya berpihak kepada pihak yang menawarkan harga dahulu.
Maksudnya, dalam apa-apa rundingan, pastikan bukan pelanggan yang menetapkan harga perundingan terlebih dahulu. Kita perlu memberi tawaran terlebih dahulu sebelum meneruskan perundingan. Sebagai peniaga, kita  lebih mengetahui mengenai kos dan keuntungan. Pelanggan mungkin tidak ada idea langsung mengenai harga ini.
 
4. Jangan sekali-kali mencarut
Perunding yang hebat, tidak akan mengambil kisah sebarang kritikan kepada perniagaannya. Perniagaan bukan diri anda, jadi anda tidak perlu marah jika perniagaan anda dikritik orang.
Perniagaan adalah seperti bayi kita, tetapi kritikan seperti ini perlu ditangkis dengan baik dan bukan dengan perasaaan marah. Kesalahan seperti ini sering dilakukan oleh usahawan.
 
 
 
 
 
 
PAKEJ ASAS WAHM SOHO : BEKERJA DARI RUMAH
 
Pakej di atas adalah RM125, tetapi saya mahu bagi harga kasih sayang,
RM100 sahaja

bonus 1: dropship produk sunnah
bonus 2: dropship produk buku



Harga ini sah sehingga 30 Jun 2013 sahaja, miliki sekarang. Maksudnya beli dua dapat free 1 ebook.

Tiga ebook di atas adalah bacaan asas, DAN JIKA BUAT BELIAN DENGAN PAKEJ INI PADA HARGA RM125, AKAN DAPAT FREE BUKU JANA RM DARI RUMAH (buku free tertakluk pada stok, siapa cepat akan dapat)


isi borang tempahan di sini

 

Wednesday, 26 June 2013

Tips Hidup Luar Biasa

Teks : Anys Idayu Zakaria


Beberapa minggu yang lepas saya terlihat kain rentang berkenaan Seminar Hidup Luar Biasa 2013, Dr. Azizan Osman (DAO) yang akan dianjurkan di Johor Bahru. Lantas terus ke website beliau untuk pendaftaran. Harap-harap dapat hadir ke seminar tersebut pada 30 Jun ini.
 
Sejak mendaftar minggu lepas, telefon saya sentiasa dikemas kini dengan pesanan tip hidup luar biasa daripada DAO.  Bagus juga. Setiap pagi akan dimotivasikan dengan tip-tip yang hebat.
 
Tips hari ini, "rahsia membina hidup luar biasa adalah bermula dari impian dan keinginan yang sangat tinggi untuk memperbaik tahap hidup dan kewangan anda. Anda perlukan ilmu untuk merubah hidup dan penghalang sebenar adalah diri anda sendiri!!". Semua orang sebenarnya berhak untuk pilih kaya, berjaya, sihat, bahagia dan beriman.
 
 
 
 
 
 
KENAPA KHAL DIPERLUKAN OLEH TUBUH BADAN? KHAL kaya dengan kandungan potassium bagi membantu mengekalkan keremajaan (awet muda) dan kaya dengan vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena dan vitamin P (bioflavonoid). KHAL juga dapat memotong lemak, memotong kolestrol, memotong asid-asid yang tidak diperlukan oleh badan (menstabilkan asid di badan), memotong garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.

http://aizmallsunnahonline.blogspot.com/2013/06/cuka-kurma.html

Tuesday, 25 June 2013

Guru Online - 25/06/13

Teks : Anys Idayu Zakaria



Setelah lebih kurang 2 bulan lebih berguru dengan sifu Pn. Masayu Ahmad, akhirnya saya berjaya melepasi kriteria yang beliau kehendaki dalam proses belajar asas blog dan penulisan. Untuk melepasi kriteria yang beliau mahukan, saya perlu menyiapkan semua tugasan yang telah diberikan dalam toturial kelas asas blog penulisan. Kemudian barulah boleh dilantik sebagai pembantu dan guru online kepada kelas asas blog yang beliau kendalikan.
Alhamdulillah saya juga sekarang ini sedang dalam proses mengajar dan menurunkan ilmu yang dipelajari kepada protege kelas blog fanpage, sambil dipantau oleh sifu kak Masayu. Kak asmah Mad Isa, seorang guru tuisyen matematik yang mempunyai kepakaran dalam mengajar dan menarik minat anak-anak minat kepada matematik. Insya Allah sedikit masa lagi beliau juga akan menyiapkan kedai online dan fanpage produk yang akan diniagakan. Dan seterusnya sudah boleh menjana pendapatan melalui kedai blog tersebut.
Kagum dengan beliau. walau agak lambat belajar, dan agak perlahan beliau akhirnya dapat juga menyiapkan blog sendiri. Lama-kelamaan jika setiap hari menulis pasti bakat dan tulisan akan menjadi lancar. Bagi ibu-ibu yang sedang tercari-cari kaedah yang sesuai untuk menarik minat anak-anak terhadap ilmu pengiraan matematik, singgah blog beliau, panduan matematik untuk kanak-kanak.
Kalau ada antara kalian yang mahu berkongsi pengalaman, kepakaran dalam bidang tertentu, tapi tidak tahu cara yang sesuai, bloglah medan dan tempat untuk berkongsi bersama.  Kalian dijemput untuk menyertai Akademi bekerja di rumah atas talian, bersama pengasas Akademi Pn. Masayu Ahmad.  Penyertaan dibuka untuk kelas asas blog dan penulisan dan kelas asas blog fanpage. Insya Allah dalam kelas ini, kalian akan dapat mempelajari modul penulisan blog yang sangat sesuai untuk menarik minat pembaca, serta seterusnya dapat menjadikan blog sebagai pendapatan pasif atau aktif.
 
 
turut serta bersama kami dalam kelas asas blog dan penulisan atau kelas asas blog fanpage. Pendaftaran boleh dilakukan di sini.

Ulasan Ebook Super Wahm Super Mom

Teks : Anys Idayu Zakaria



Alhamdulillah selesai sudah membaca ebook super wahm super mom untuk yang keberapa kalinya, tak berapa ingat sebab selalu diulang-ulang pembacaan.  Saya sangat seronok membaca ebook ini kerana kandungannya sangat memberi kata semangat dan mencetuskan sumber inspirasi. Di sini saya ulas sedikit tentang ebook super wahm super mom ini.
 
Suka saya nyatakan seperti kata penulis Pn. Masayu Ahmad, ‘selagi mana wanita itu bergelar ibu, isteri rumahlah tempat terbaik untuk kita.  Kembalikan kegemilangan wanita di zaman Rasulullah.  Sesuai dengan fitrah dan tuntutan Al-Quran dan sunnah.  Kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk dalam tempurung’.  Jadi bagi wanita yang bergelar suri rumah sepenuhnya janganlah kalian berasa rendah diri.  Sebenarnya pengorbanan ibu di rumah sangatlah besar. Malah kalian bukan sahaja dapat melihat anak-anak membesar depan mata, makan pakaian keluarga juga dapat diuruskan dengan sempurna.
Ibu-ibu yang berada di rumah boleh mengambil peluang yang ada bukan sahaja duduk di rumah semata-mata menguruskan rumah tangga. Cuba terokai dan pelajari serta cari peluang-peluang yang ada untuk memulakan langkah menambah pendapatan. Sebagai contoh, jika suri yang ada kelapangan melayari internet, cuba terokai dan cari peluang yang boleh digunakan untuk menjana rezeki hanya melalui talian dan yang tidak memerlukan suri bergerak ke luar sepenuhnya.  Dengan cara ini, insya Allah pengurusan rumahtangga masih berjalan seperti biasa dan suri juga sudah dapat melakukan satu aktiviti yang lebih berfaedah serta dapat membantu suami.
WAHM yang membawa maksud work at home mom (menguruskan dua perkara iaitu bekerja atau bisnes dan rumahtangga).  Ini merupakan trend yang sangat popular kini. Sudah ramai wanita yang menjadi wahm dan melakukannya secara sepenuh masa atau sambilan.  Walau bagaimanapun, masih ada persoalan daripada ramai yang masih keliru sama ada mahu terus bekerja atau berhenti untuk menguruskan bisnes yang sedang rancak naik.  Sebenarnya semua jawapan bagi persoalan ini sudah terjawab dalam ebook ini.  Bagi yang masih keliru untuk memilih, Insya Allah jika kalian membaca ebook ini pasti kalian lebih yakin untuk membuat keputusan.
Dalam ebook ini juga ada perkongsian daripada Puan M yang berkongsi delima, terpaksa berhenti bekerja kerana keadaan kesihatan yang sangat merosot dan keadaan kewangan yang tidak stabil. Tapi tiada pilihan lain. Cari peluang yang boleh membantu menjana pendapatan. Ia tidak mudah dan memang memberi cabaran besar kerana faktor kesihatan.  Kembali pada Allah, diberikan satu ujian dan hikmah yang mungkin kita tidak ketahui.  Punca rezeki juga dari Allah.  Insya Allah tetapkan hati, rezeki di mana-mana. Cari dan gali semangat dan peluang baru.  Situasi terkini Puan M, boleh diikuti dalam ebook ini.
‘’Sekarang baru perasan yang rupanya mak bekerja dari rumah dan bisnes sendiri sebab mahu pastikan anak-anak sentiasa depan mata dan selamat.  Satu pekerjaan yang ramai ibu-ibu masa kini yang memegang ijazah, master dan PHD impikan.  Bidang yang dulu saya benci tapi kini menjadi sumber pendapatan dan suatu yang suka saya buat dan saya sayang bisnes saya.  Kini saya adalah imej pada mak saya satu ketika dulu’’ (Pn Fauziah Ahmad, www.mybabyberries.com)
''Tak kira apa pun pekerjaan kita, asalkan niat betul saya percaya kita dipermudahkan.  Ramai yang membuat tanggapan saya tak perlu bersusah payah kerana berkahwin dengan suami yang bergelar doktor.  Namun sebagai hamba Allah kita perlu menyumbang kemahiran yang ada untuk membantu orang lain''. (Pn. Norazizah Ruslan, Bisnes & Health Advisor)
Penulis ada menyentuh pelbagai aspek tentang cara bagaimana menguruskan stress supaya semua aktiviti dan tugasan dapat diuruskan dengan sempurna.  Bagaimana mahu memotivasikan diri yang akan lemau apabila berdepan dengan situasi stress. Malah turut ada perkongsian dan pandangan serta pengalaman ibu-ibu dalam menguruskan masa dan cabaran membesarkan anak-anak.  Dalam masa yang sama turut melakukan bisnes sebagai sumber rezeki.
Bergerak tidak bertangguh dalam menguruskan masa dan menyelesaikan matlamat yang perlu dicapai supaya pengurusan masa dapat diuruskan dengan success.  Penting bagi kita yang memilih untuk menjadi WAHM, muhasabah dan lihat kembali apa sebenarnya matlamat yang kita mahukan.  Jadikan ia sebagai matlamat utama. 
Seperti kata penulis, sangat penting uruskan sibuk yang terurus. Cuba buat agihan tugas  mengikut keutamaan.  Salah satunya ubah kebiasaan.  Rancang ruti kerja sehari, seminggu, sebulan dan setahun.  Senarai kerja bukan hanya perlu untuk wanita yang bekerja di pejabat.  Malah suri juga perlu ada senarai kerja yang mahu dilakukan keesokkan hari supaya hari tersebut dapat berlalu dengan melaksanakan aktiviti yang telah dirancang serta dapat menyudahkan semua dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.  Setiap orang memiliki putaran 24 jam yang sama.  Maka perancangan yang jelas spesifik dan realistic perlu untuk membantu mencapai matlamat.
Ebook ini berkongsi banyak tentang cara dan tip mengurus rumahtangga serta keluarga.  Tips urus tenaga yang super sibuk dengan tugasan harian serta anak-anak yang memerlukan perhatian setiap masa. Cara mengawal semangat yang teruk ketika melihat kerja rumah yang terlampau banyak, perlu ada motivasi supaya tidak mudah merundum.  Jika ibu yang tidak pandai menguruskan masa dan aktiviti dengan terancang, maka itu yang akan menyebabkan mereka mudah stress, mudah marah dan akhirnya anak-anak yang akan menjadi mangsa.
 
Amalkan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar ketika mahu tidur.  Hilang segala kepenatan dengan limpahan kasih sayang Allah. Antara zikir yang dikongsi oleh penulis seperti yang disarankan oleh Rasulullah kepada salah seorang isteri baginda yang mengadu penat menguruskan rumahtangga.
Tidak kita apa pun jawatan dan tugas yang kalian lakukan, selagi kalian bergelar wanita, isteri dan ibu kepada anak-anak, suami dan keluarga, ebook ini memang sangat sesuai dijadikan bahan bacaan motivasi supaya semangat tidak sentiasa merundum, tidak lemau dan cepat putus asa walau pelbagai cabaran yang hadir. 
Saya sendiri membacanya berulang kali. Setiap kali baca pasti akan bersemangat. Fikir dan sentiasa letakkan diminda, semat kuat-kuat apa matlamat sebenarnya kita mahu dalam menguruskan keluarga dan mencari pendapatan.   Jika rasa tidak bersemangat, bacalah ebook ini.  Insya Allah jika kita baca dengan hati yang ikhlas kerana untuk mendapat semangat baru, pasti Allah buka pintu hati kita. 
 

Super Wahm, Super Mom
 
 
 
Bab 1: Apa itu wahm, sahm, soho

Bab 2; Mengambil keputusan bekerja dari rumah 2.1 Sudah tidak ada hati bekerja
2.2 Persediaan asas
2.3 Langkah bijak Aida Fadzlin sebelum berhenti kerja
2.4 Puan M berkongsi dilema

Bab 3: Kisah Inspirasi Wahm, Soho
3.1 Norhanita Bahrom. Gobok Boutique
3.2 Fauziah Ahmad,
3.3 Farah Hafizah
3.4 Norazizah Ruslan-Business & health advisor
3.5 Lyna Noh - Malaysian Mums Biz Network
3.6 Faziatun Nisa Chocville Online Choc Boutique
3.7 Durra Mohamed Jamri
3.8 Hani Arziana-SoHoIBU
3.9 Noor Hidawati
3.10 Harlinda Halim-Malaysian Work-At-Home-Mom Community
3.11 Nadzura Sabry

Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi
4.1 Bekerja di rumah tanpa pembantu
4.2 Urus stres dengan super gembira
4.3 Cabaran bekerja dengan anak kecil
4.3 Norhafizah Madzlan-cabaran mengurus enam anak
4.4 Zaila, berkorban kerjaya demi keluarga
4.5 Norain Kanafi

Bab 5: Tips sukses urus masa
5.1 Pengurusan masa untuk wanita
5.2 Ibu super sibuk, tips terapi diri
5.3 Urus masa keluarga
5.3 Sibuk yang fleksibel

Bab 6 : Tips urus tenaga super mama
 6.1 Tenangkan diri, jangan stress, stres!
6.2 Fokus kepada matlamat
6.3 Rawat dan rehat

Bab 7: Tips urus rumah tangga
7.1 Mengawal semangat yang teruk
7.2 Perlukah pembantu rumah?
7.2 Cari kelainan untuk segarkan urusan rumahtangga
7.3 Kelaziman surirumah yang menyeronokkan

Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat
8.1 Setiap orang ada satu kisah
8.2 Bekerja dengan jiwa
8.3 Mengekalkan momentum motivasi
8.4 Kisah teladan sepanjang zaman
 

Monday, 24 June 2013

Bisnes Internet

Teks : Anys Idayu Zakaria


Bisnes internet ialah bisnes yang kita lakukan secara atas talian atau online. Tidak kira samada sepenuh masa atau sambilan. Zaman teknologi kini sudah ramai peniaga yang memilih untuk menjalankan bisnes internet. 
 
Kelebihan bisnes internet ialah modal kecil dan pasaran yang amat luas (tidak terhad dalam Malaysia sahaja). Sekiranya kita melakukan bisnes secara konvensional atau memiliki kedai fizikal, sudah tentu kita perlu memikirkan kos yang tinggi untuk menyewa atau membeli kedai, upah gaji pekerja, kos-kos selenggaraan lain dan sebagainya.  Bagi bisnes internet, kos yang diperlukan mungkin tidak terlalu tinggi atau ada kalanya percuma sahaja. Kita boleh membina kedai online dengan menggunakan blogspot, ini adalah percuma. Jika mahu lebih sedikit mungkin kita boleh mengubah orang yang pandai untuk membina web dan shopping cart. Jika masih baru dan belum mempunyai modal yang cukup, kedai online menggunakan blogspot secara percuma sudah memadai.
 
 

Malah untuk pemasaran sekarang sudah banyak cara pemasaran online yang boleh kita sertai. Seperti Mudah.my, forum, group, facebook, twitter, e-bay dan banyak lagi.  Apa yang penting kita perlu rajin untuk melakukan promosi kerana jika tiada promosi pengguna tidak akan tahu kewujudan kedai online kita.
 
Apa yang saya suka dengan bisnes internet ialah, kita boleh lakukan pada bila-bila masa dan di mana jua. Contoh, jika kita pulang ke kampung, kita juga boleh melayari kedai online dan melakukan promosi. Dengan syarat hanya perlu ada talian internet dan komputer. Lebih canggih kini, telefon guna sudah boleh kita gunakan untuk melayari internet. Jadi senang dan mudahkan.
 

Kalau ada yang nak belajar belajar membina kedai online sendiri boleh jenguk-jenguk di sini. Belajar kelas asas blog dan fanpage



Sunday, 23 June 2013

Buku motivasi - 23/6/2013

Hujung minggu yang tak berapa sibuk kerana sedang bercuti semester. Sambil melayan kerenah si manja berdua, saya sedang menelaah buku "why we want you to be rich" edisi bahasa melayu. Dua jutawan satu mesej daripada Donald J.Trump dan Robert T.Kiyosaki. Semoga mendapat input yang sangat berguna melalui buku ini.



 
 
 
 
Jemput singgah kedai online saya :
 
 

kedai buku - http://aizmallgedungbukuonline.blogspot.com

kedai beraneka barangan - http://aizmall.blogspot.com



Friday, 21 June 2013

Modal memulakan perniagaan

Menurut irfsn khairi dalsm buku tulidan beliau nota jutawan Nota Perniagaan, untuk memulakan bisnes kita perlu menggunakan pendekatan bootstrap.
Bootstrap membawa maksud jangan mrngambil pinjaman modal daripada mana-mana sumber untuk memulakan perniagaan. Tidak kira daripda sumber pinjaman kewangan badan berlesen, keluarga ataupun rakan-rakan.
Mulakan peerniagaan dengan modal yang kecil, sumpan sedikit keuntungan untjk menambah modal di kemudian hari. Fikir dahulu swbelum memulakan bisnes. Mungkin ubtuk permulaan kita boleh buart secara kecil-kecilan, mengunakan idea kretiviti menjual produk hasil tangan sendiri atau memilih bisnes yang tidak memerlukan modal yang banyak seperti dropship.
Deangan menggunankan konsep bootstrap ini kita akan lebih berhatihati dalam mengeluarkan wang yang dilaburkan. Hanya menggunakan mengikut kepwntingan. Kembangkan perniagaan kit dengan menggunakn modal yang diperolehi daripada bisnes yang dijalankan secara kecilan. Kumpul pengalaman dan ilmu sebelum terus mengorak melangkah lebih jauh menggunakan modal yng besar.
Tips membuat simpanan
Simpan 10%daripada gaji setiap bulan
Simpan dalam akaun tetap yang tidak boleh dikeluarkan
Asingkan simpanan daripada pwrbelanjaan bulanan
Pilih akaun yng mmpunyai pulangan yang tinggi.

Thursday, 20 June 2013

Ulasan kelas asas blog penulisan

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Aizmallgedungbukuonline


Alhamdulillah dan sangat-sangat berterima kasih kepada sifu Pn Masayu Ahmad kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang penulisan untuk membantu kami yang tidak ada kemahiran menulis. Menurut beliau, dalam kelas blog ini, kita dapat menghasilkan blog yang kemas dan tersusun, serta cara untuk menghasilkan tulisan berpengaruh supaya pembaca tidak jemu dengan apa yang kita persembahkan.  Dan apa yang paling membuatkan saya sangat gembira ialah di akhir kelas setiap pelajar akan dapat terbitkan ebook hasil tulisan bersama.  Sudah lama sebenarnya saya hendak belajar membuat ebook sendiri. Mahu menulis sesuatu yang telah lama direncanakan. Mudah-mudahan dengan belajar blog dan ebook ini saya dapat juga menghasilkan ebook sendiri.
 
Kelas asas blog ini sememangnya sangat-sangat digalakkan kepada semua yang baru belajar atau sudah ada pengalaman tersendiri tapi tidak tahu cara untuk berkongsi dengan umum.  Jadi blog adalah tempat yang sesuai untuk bercerita.  Untuk permulaan ikut serta dalam kelas ini memang agak janggal kerana sudah lama tidak mengasah bakat menulis.  Kali terakhir ketika SPM dahulu. Jadi agak mengambil masa juga untuk sesuaikan rentak sendiri.  Lama-kelamaan jika hari-hari menulis, idea itu akan datang sendiri. Betul kata sifu. Sebab itu beliau meminta semua para pelajar menyediakan buku catatan untuk mencatat apa sahaja idea dan lintasan yang ada dalam fikiran kita supaya tidak mudah lupa. Selain itu, catatan harian selama 44 hari memang dapat membantu mengasah bakat tulisan.  Jika kita sentiasa menulis setiap hari, bila tak menulis pasti rasa seperti tak keruan. Ada aktiviti yang tak lengkap dalam sehari. :)
Melalui kelas ini juga saya dapat belajar menghasilkan blog yang tersusun, kerana sebelum ini saya hanya pandai membuat blog ikut suka hati saja. Tidak berapa kemas. Setelah belajar, sangat jauh perbezaan blog lama dan blog yang baru. Apa yang penting daya usaha kita untuk belajar, jika sudah pandai pasti boleh menghasilkan seberapa banyak blog yang kita mahukan.
Bagi saya kelas ini sangat sesuai untuk mereka yang benar-benar sibuk dan tidak dapat menghadirkan diri untuk bengkel, seminar atau kelas toturial yang diadakan di luar.  Kebanyakkan antara kita rata-rata semuanya bekerjaya, jadi pasti agak kesuntukan masa untuk tugasan lain.  Manakala bagi suri rumah pula, kesibukan menguruskan rumah tangga pasti penghalang untuk keluar menghadiri kelas.  Jadi dengan adanya kelas online seperti ini, ia sangat-sangat membantu kami yang sememangnya perlukan bimbingan.  Kita boleh belajar mengikut masa sendiri, tak perlu rasa terkejar-kejar untuk menghadiri kelas. Bagi yang agak lemah pula pasti mengambil sedikit masa untuk lebih faham, jadi kelas seperti ini memang sesuai kerana kita boleh buat ulangkaji sendiri dan boleh bertnya apa juga pertanyaan dan kemusykilan. Sekiranya menghadiri kelas di luar, pasti kesuntukan masa untuk kita  belajar satu-persatu. Malah kelas online ini juga kita belajar dan terus aplikasi dan bina sendiri apa yang kita mahu berdasarkan modul yang diberikan. Maknanya tidak perlu ambil masa lain pula untuk menyiapkannya.
 
 
Dan kelas ini sangat sesuai untuk semua usahawan yang baru hendak bermula.  Bina penjenamaan diri melalui tulisan di blog. Saya sangat seronok dapat menyertai pasukan ini. Banyak motivasi dan kerjasama kumpulan yang diterapkan. Bantu membantu sesame ahli kumpulan.  Walau tidak pernah bersua, hanya dalam talian, hubungan ukhwah yang terjalin seperti sudah lama. Terima kasih tak terhingga kepada kak mas kerana telah Berjaya membuka kelas ini sehingga ramai antara kami yang bermula daripda zero, dan kini ada yang telah pun melepasi tahap pencapaian. Semoga kak mas akan terus Berjaya dan diberi kesihatan yang baik-baik untuk terus member bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami. Dan semoga kita dapat sesuatu yang amat bermakna dan bermanfaat dengan penyertaan dalam kelas asas blog ini. Insya Allah.
Bagi yang ingin menyertai kelas asas blog ini sangat-sangat digalakkan untuk sama-sama menambah ilmu dalam bidang bisnes. Boleh tengok details penyertaan untuk kelas asas blog penulisan di sini http://aizmallgedungbukuonline.blogspot.com/2013/06/kelas-online-belajar-asas-blog-dan.html
 
 
 


Saturday, 15 June 2013

Imej Diri

Teks : Anys Idayu Zakaria 
Foto : Carian goggle 


Imej diri yang menawan dapat menarik pelanggan supaya lebih dekat dengan kita dan bisnes yang kita jalankan. Dengan menampilkan imej tersendiri, dapat membuatkan kita lebih disenangi. Antara imej yang boleh kita amalkan dalam pengurusan bisnes ialah : 

       1. Mengambil berat tentang pelanggan

       2. Nada suara dan intonasi yang mesra dan sentiasa tersenyum ketika melayan pelanggan. Tidak 
           kira samada ketika berhadapan atau dalam talian telefon

       3. Jujur kepada pelanggan

       4. Bersangka baik dengan pelanggan

       5. Mementingkan masa 

       6. Pandai bergurau, sense of humor

       7. Perwatakan yang sentiasa kemas, menarik dan menawan.

       8. Sentiasa berdiplomasi dengan penuh hikmah sekiranya terdapat permasalahan yang perlu 
           diselesaikan antara kita dengan pelanggan.




Matlamat khidmat pelanggan

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle


Khidmat pelanggan yang cemerlang menjadikan sesuatu bisnes yang diuruskan sentiasa mendapat tempat di hati pelanggan. Khidmat pelanggan yang baik ialah memberi sesuatu yang baik dan lebih daripada apa yang diharapkan oleh pelanggan. Antara matlamat dalam khidmat pelanggan ialah :

1. Menarik lebih ramai pelanggan

Matlamat utama dalam khidmat pelanggan ialah menarik lebih ramai pelanggan membeli atau menggunakan perkhidmatan yang kita sediakan. Untuk menarik pelanggan juga kita perlu mengetahui rahsia dan kaedah yang betul dan sesuai supaya dalam melakukan promosi terhadap bisnes yang kita jalankan supaya pelanggan terpikat dengan apa yang kita tawarkan.

2. Mengekalkan pelanggan yang sedia ada
Kita perlu menggunakan teknik dan cara yang betul untuk mengekalkan pelanggan yang sedia ada supaya akan terus sentiasa membuat belian dengan kita atau menggunakan perkhidmatan yang kita tawarkan, kerana untuk mendapat pelanggan baru bukanlah satu perkara yang mudah

3. Menambah jualan
Apa pun jenis bisnes yang kita lakukan perlulah mempunyai matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Ini adalah untuk memastikan kita akan sentiasa dapat mencapai target dalam menambah jualan serta dapat menambah pendapatan.

4. Memenuhi kehendak pelanggan
Matlamat utama khidmat pelanggan adalah untuk memenuhi apa sahaja permintaan pelanggan yang tidak melampaui batas dalam bisnes dan yang berkaitan dengan apa yang kita tawarkan. Kita juga boleh mendapatkan maklumbalas daripada pelanggan untuk mengkaji dan meneliti semula apa yang mereka mahukan daripada kita. Supaya kita dapat memberikan yang terbaik, pelanggan akan berpuas hati dengan khidmat kita.

jangan mudah beralah

Teks : Anys Idayu Zakaria 
Foto : Carian goggle 


Sudah melangkah setapak dalam alam bisnes kita tidak seharusnya lekas patah semangat dan mudah putus asa. Dunia bisnes ni bukannya mengambil masa sehari dua untuk melihat hasil. Umpama kita menanam padi, tetap ambil masa untuk menuainya.  Begitulah juga dalam dunia bisnes. Bukannya hari ini bermula, harini terus berjaya. Sebenarnya hari ini bermula, itulah titik totak permulaan untuk melangkah lebih jauh. Samada kita akan berjaya  atau terus jatuh.

Untuk berjaya, kita perlu sokongan dan galakan daripada orang sekeliling. Ambil peluang bergaul dan dekat dengan orang-orang yang sama level dalam industri yang kita ceburi. Jangan sombong menyapa mereka. Gunakan medium internet seperti facebook untuk turut serta dalam kumpulan-kumpulan bisnes yang dapat memberi semangat dan bantuan motivasi sesama ahli kumpulan.

Saya suka tengok rakan-rakan lain ramai yang  dah mula menceburi bidang bisnes. Dulu ketika awal saya buka akaun facebook, tahun 2011 tidak ramai lagi rakan-rakan saya yang berbisnes.  Rasanya saya sorang yang sibuk mempromosi pelbagai barangan.  Tapi sekarang ni, mereka sudah mula nampak peluang yang ada.  Peluang tu sebenarnya ada dalam diri kita sendiri. Jika ada kemahiran dan pakar dalam bidang tertentu, tak salah kita gunakan untuk ke arah kebaikan. Bantu keperluan yang orang lain mahukan yang mungkin mereka tidak pakar dalam bidang tersebut. Disamping dapat membantu menjana pendapatan kita.

Dan yang penting kita terus belajar ilmu perniagaan dan ilmu kewangan daripada orang lain. jangan takut untuk melabur msa, wang dan tenaga untuk mencari. Ilmu itu sebenarnya sangat berguna. Jika tidak digunakan pada masa sekarang mungkin satu hari nanti kita pasti memerlukannya.

3 teknik mudah urusniaga online :
Ini asas yang perlu ada bagi yang baru mahu mula belajar urusniaga online. Saya tahu ramai yang sudah pakar, tetapi asas ini khusus bagi ibu yang baru bermula.

1. Mulakan dengan percuma, fan page, blogspot, produk dropship. Ini tiga yang sangat asas yang boleh dimulakan. Kalian boleh google untuk mendapatkan tiga ini.

2. Fan Page adalah sebagai kedai online dan cara yang sangat efektif untuk menjual dan terus kepada pelanggan.

3. Blogspot. Boleh google untuk memulakan ini. Blog sangat sesuai untuk titik mula kalian mencari pelanggan. Ya blog adalah salah satu cara memperkenalkan diri kepada pelanggan, bina khalayak pelanggan kalian sendiri. Ada berjuta-juta rakyat Malaysia, kalian hanya mahu 3K hingga 5K pertama pelanggan setia.

4. Dropship. Tidak perlu ada produk sendiri, mulakan dengan produk yang sudah ada. Banyak pembekal yang menawarkan dropship.

Untuk 1,2,3 mudah sahaja, jika buntu ada 1 hingga 10 langkah sahaja bermula dengan analisa. Kami tawarkan melalui kelas online fan page dan blogspot. Hubungi saya di fb atau di http://aizmallgedungbukuonline.blogspot.com/

Thursday, 13 June 2013

Rezeki anak (Bahagian 1) - 13/6/2013

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle


Diam tak diam rupanya tahun ini sudah masuk 6 tahun saya berkhidmat di Jabatan Kerajaan sebagai Setiausaha Pejabat (N27). Pada saya rezeki kerja kerajaan ini sememangnya rezeki anak sulung. Sebelum itu saya bekerja di sebuah syarikat pelancongan sebagai pegawai pemasaran. Semasa sedang mengandung memang saya ada pergi temuduga untuk jawatan pembantu tadbir, dan tak disangka selepas bersalin beberapa hari saya telah mendapat surat tawaran bekerja untuk jawatan tersebut. Tapi saya terpaksa menolak kerana ketika itu sememangnya masih baru lagi dalam pantang, tambahan pula jawatan tersebut bukan sebagai setiausaha. Dalam hati, berdoa semoga ada lagi rezeki yang datang kerana selepas bersalin saya sudah berhenti bekerja. ketika itu tahun 2006, bulan Ogos.
 
Tahun 2007 saya mendapat tawaran bekerja sebagai guru tadika di kawasan perumahan berhampiran dengan kediaman. Masih lagi memohon dan mengisi borang SPA untuk jawatan kerajaan dan masih berharap ada rezeki saya di situ. Menerima panggilan temuduga pada pertengahan tahun untuk jawatan yang diidam-idamkan, sebagai setiausaha. Alhamdulillah jawapan temuduga diterima juga pada bulan Ogos 2007. Setahun selepas saya menolak jawatan pembantu tadbir.
 
Melalui surat tawaran tersebut saya perlu menjawab samada menerima atau menolak jawatan yang ditawarkan, surat panggilan lapor diri dihantar kemudian beserta dengan dokumen lain yang diperlukan. Jadi sememangnya saya menjawab menerima jawatan tersebut, setelah itu menunggu pula surat untuk lapor diri. Saya pun mula memberi notis kepada guru besar tadika kerana pada anggaran saya surat lapor diri pasti akan tiba lebih kurang sebulan daripada surat penerimaan tawaran.
 
Nak dijadikan cerita, pada ketika itu saya menyewa, duduk bersama ibu mertua. Kemudian dalam tahun tersebut ibu mertua mengajak kami untuk berpindah ke rumah beliau sendiri dan kebetulan pula tuan rumah mahu tinggal di situ akhir tahun tersebut. Kami sekeluarga pun berpindahlah ke rumah ibu mertua di kawasan berdekatan juga dengan kawasan saya menyewa.
 
Saya pula masih lagi menunggu surat lapor diri daripada JPA kerana ketika itu sudah masuk hampir dua bulan daripada surat tawaran. Oleh kerana kami sudah berpindah, jadi saya pun berpesan kepada suami supaya jenguk-jenguk di rumah sewa mana tahu surat sudah sampai ke sana. Saya juga ada mengambil alternatif dengan menghantar surat pertukaran alamat kepada JPA.  Memang penantian satu penyiksaan. Jenuh juga menunggu dan berpesan-pesan kepada jiran lama supaya menyimpan surat saya jika ada. Masa semakin berlalu, sudah hampir ke akhir tahun. Jadi saya redha dan menganggap memang tiada rezeki di situ. Guru besar tadika pun mula bertanya tentang surat berhenti yang telah saya hantar. Jadi saya katakan kepadanya tidak jadi berhenti.
 

 

Akhir November 2007, ketika saya di tadika suami menelefon katanya ada orang yang mencari saya dan memberitahu beliau sama ada saya mahu atau tidak tawaran kerja sebagai setiausaha di jabatan kerajaan.  Dengan perasaan berdebar saya terus menelefon ke nombor yang telah mereka tinggalkan kepada suami. Rupanya yang menelefon tu pegawai daripada JPA yang menguruskan pelantikan. Beliau bertanya kepada saya adakah mahu menerima jawatan setiausaha tersebut kerana surat lapor diri yang JPA hantar telah dikembalikan semula kepada mereka. Lantas saya terus menjawab menerima tetapi surat lapor diri tidak terima kerana telah berpindah rumah.  Pegawai tersebut terus memberitahu tarikh melapor pada 9 Disember 2007 dan terus menghadiri kursus pengenalan di INTAN, Kampus Wilayah Selatan Kluang serta dokumen yang perlu dibawa bersama. Surat akan diberi pada masa saya melapor kerana sudah tidak sempat jika hendak pos.
 
Rupa-rupanya dalam resume yang saya hantar ketika temuduga dulu saya telah letakkan no telefon suami. Saya pula sudah bertukar nombor telefon. Nasib baik suami tidak menukar nombor. Jadi pegawai tersebut menelefon merujuk kepada resume tersebut. Ketika itu saya memang bersyukur sangat-sangat. Memang dah tak mengharap lagi jawatan tersebut kerana sudah hampir 3 bulan lebih menunggu. Tetapi Janji Allah itu benar. Setiap anak memang dah tertulis rezeki masing-masing.
 
Alhamdulillah memang rezeki kakak, dapat anak sulung saya dapat bekerja kerajaan. Jika diingat-ingat memang saya terlepas tawaran tersebut kerana surat lapor diri yang dihantar telah dikembalikan semula, dan kami sekeluarga pula sudah berpindah alamat. Dan saya pula memang sangat-sangat terlupa yang saya telah menggunakan no telefon suami dalam resume tersebut. Jika tidak kerana pegawai JPA yang menelefon pasti saya tidak pergi melapor. 
 
Bersambung pula rezeki anak (Bahagian 2). Insya Allah nanti saya akan ceritakan.
 
 
 
 
 
Sesuai bagi mereka yang sedang mempelajari Al-Quran,baru belajar mengaji,memperbetulkan bacaan kerana bacaan yang jelasnya dapat membantu pengguna memperbetulkan bacaan dan tajwid serta dapat membaca dengan lebih lancar dan tepat.

Thursday, 6 June 2013

Minggu Peperiksaan

Teks : Anys Idayu Zakaria
Photo : Fanpage Aizmall Gedung Buku Online


Alhamdulillah sudah masuk Jun. Sesi pembelajaran saya untuk semester II 2012/2013 juga telah selesai dan sekarang ini saya sedang bertungkus lumus menghadapi peperiksaan akhir semester ini.  3 subjek yang diambil masing-masing tidak berapa tidak berapa sukar untuk ulangkaji, cuma yang saya risaukan subjek kewangan. Sejak zaman persekolahan sampailah ke universiti, kalau ada subjek melibatkan pengiraan pasti kepala pening mahu mengira. Kenapalah minat saya kurang ke arah kira mengira ini. Walaupun rasa payah untuk dibawa, saya sudah cuba sehabisnya menjawab kertas kewangan semalam. Tinggal lagi 2 kertas yang belum diduduki. 
 
Selesai peperiksaan ini, saya akan mula bercuti semester lebih kurang sebulan lebih sebelum memulakan semester pendek yang dijangka pertengahan Julai. Semester pendek akan datang mungkin agak mencabar sedikit kerana perlu dilalui ketika bulan Ramadhan. Apapun nanti saya akan kongsikan pengalaman menghadiri kelas ketika bulan puasa nanti.
 
Walaupun sibuk dengan peperiksaan, promosi kedai online saya masih berlangsung seperti biasa. Alhamdulillah, produk-produk pun sudah mula mengambil tempat di hati pelanggan. Sudah ada pelanggan tetap dan pelanggan baru yang sentiasa datang. Saya sangat sukakan keadaan positif ini.
 
 
 
 Kelas asas blog, penulisan, fan pageHarga sebenar RM130+RM50 (ebook asas blog) = RM185
Harga kasih sayang masih lagi RM130 (sehingga 30 Jun 2013)
 
 
Terdapat tiga kategori suri yang ingin belajar, berdasarkan apa yang ditanya.

1. Mahu meluaskan produk di pasaran online. Suri ini perlu belajar menjual di fan page dan juga di blog. Siapkan borang tempahan produk, dan gabungkan blog dan fanpage sebaga
i satu saluran kedai online. Bina asas ini, untuk belajar proses jual beli, dan tapak asas itu boleh dinaik taraf kepada website shopping cart apabila sudah maju.

2. Mahu belajar teknik pemasaran melalui tulisan dan mempunyai blog berpengaruh. Semua orang sudah pandai menulis, tetapi tidak tahu teknik yang betul untuk membina blog yang berinformasi. Suri kategori ini perlu belajar asas blog dan penulisan untuk membina blog berpengaruh.

3. Suri profesional yang sudah ada blog, mahir menulis dan mahu menyiapkan manuskrip pertama atau ebook pertama menggunakan teknik blog. Blog adalah sangat mudah untuk diuruskan dan membina idea dan menyiapkan ebook.

Kami tawarkan tiga kategori kelas di atas, semuanya sedang berlangsung. Daftar sekarang, kelas adalah secara online mengikut masa fleksibel pelajar.
 
sebarang pertanyaan dan untuk pendaftaran boleh hubungi saya di sini.