Friday, 31 May 2013

Pemikiran Usahawan Internet

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian Goggle


Assalamualaikum. Salam pagi jumaat yang indah. Kita bersiaran lagi setelah lama saya tidak menulis dan mengemaskini blog. Pagi-pagi ini bila menulis idea akan datang seperti air yang mencurah. Sambil-sambil kita tambah sedikit ilmu tentang bisnes internet.
 
 
 
Untuk menjadi usahawan internet yang berjaya, kita perlu mempunyai satu pemikiran serta mentaliti yang sangat berbeza berbanding orang lain yang tidak mahu melakukan perubahan atau tidak mempunyai sebarang perancangan diri.  Sekiranya kita masih berada di takuk yang lama dan tidak mahu melakukan perubahan, pasti kita tidak akan berjaya dan hanya duduk sampai bila-bila di tempat kita tanpa anjakan paradigma.  Setiap usahawan tidak kita usahawan online atau offline perlu mempunyai pemikiran seperti berikut :

1. Kesan peluang melalui matlamat - Tulis matlamat yang hendak dicapai dengan jelas. Nyatakan matlamat jangka masa pendek dan matlamat jangka masa panjang. Matlamat tersebut hendaklah ditulis dengan terang dan jelas serta mudah untuk dilihat. Tulis tarikh akhir dan jelaskan bagaimana cara untuk mencapai matlamat tersebut. Baca matlamat tersebut setiap hari supaya minda kita akan memberitahu bahawa matlamat itu penting dan perlu dicapai.
 
2. Gunakan peluang yang muncul - Sebagai usahawan, apa sahaja peluang yang datang terutamanya yang membawa kebaikan kepada diri dan perniagaan, kita perlu merebut dan menggunakannya dengan sehabis baik supaya memperoleh manfaat daripada peluang tersebut.  Ada juga sesetengah usahawan yang kurang bertindak serta gagal memanfaatkan peluang yang datang. Malah lebih senang menunggu dan melihat perubahan orang lain terlebih dahulu.
 
3. Hapus halangan minda negatif - Halangan minda negatif yang sentiasa berlegar dalam pemikiran kita ialah sifat malas, penat, suka bertangguh dan suka melihat dulu perubahan orang lain sebelum kita sendiri bertindak.  Sifat-sifat negatif ini bukan sahaja akan merosakkan pemikiran, malah akan menyebabkan kita langsung tidak mempunyai motivasi diri. Sifat seperti inilah yang akan menyebabkan apa sahaja yang kita usaha tidak mencapai target yang telah dirancang.
 
4. Bina jambatan ilmu - Kini telah banyak pakar usahawan yang berjaya mengadakan seminar serta menerbitkan buku-buku panduan untuk usahawan. Sebagai usahawan yang baru bermula dan mahu berjaya, kita perlu sentiasa menambah ilmu. Motivasi diri sangat penting kepada setiap usahawan kerana dari motivasilah kita akan sentiasa bersemangat untuk melaksanakan tugas setiap masa.  Tambah ilmu di dada sebanyaknya supaya ilmu tersebut dapat dimanfaatkan. Orang yang bertindak dengan ilmu jauh berbeza pencapaiannya dengan orang yang bertindak tanpa ilmu. Melaburlah sedikit keuntungan bisnes untuk minda kita. Sekiranya kita tidak berpeluang untuk mengikuti seminar yang dianjurkan di luar, kita boleh membaca buku-buku motivasi yang ada  dipasaran. Kini, lebih senang dengan hanya membeli ebook dan membacanya melalui gadget canggih.
 
5. Keluar dari zon selesa - Tidak ramai usahawan yang mahu keluar dari zon selesa sekiranya mereka telah mencapai apa yang telah mereka inginkan.  Jika kita masih berada dalam zon selesa, kita tidak akan merasai kesusahan dan kepayahan yang perlu dilalui untuk lebih berjaya. Kadang kala ada juga yang merasa telah berada di zon selesa walhal, pencapaian yang diperolehi tidaklah sehebat mana. Ini kerana mereka tidak mahu keluar dan tidak mahu lagi melakukan perubahan.
 
6. Bersyukur - Seharusnya kita perlu bersyukur kepada Maha Pencipta kerana Dialah yang telah memberi rezeki untuk kita berjaya dan mencapai matlamat yang dirancang. Bersyukur dengan apa yang ada setiap hari supaya kita akan berasa lebih tenang dan ikhlas untuk melakukan tugasan seharian.

Wednesday, 22 May 2013

EBOOK

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Koleksi Kedai Online Aizmall Gedung Buku


E-book (electronic book) atau dalam bahasa melayu membawa maksud buku elektronik sudah mula dikenali ramai. Sudah ramai penulis yang menulis secara online dapat menghasilkan ebook sendiri. Malah mula menjana pendapatan melalui hasil tulisan ebook mereka. Ebook merupakan bisnes produk digital yang tidak memerlukan proses penghantaran atau proses pos. Ia boleh dimuat turun daripada laman web, FTP di internet atau daripada link yang dihantar oleh penjual menerusi email pembeli. Contohnya apabila penjual menerima tempahan belian, mereka akan terus menghantar link ebook tersebut kepada pembeli. Proses pembelian ebook juga sangat cepat dan pantas. Pembeli boleh menerima ebook mereka dengan kadar segera.
 
Ebook yang ditulis oleh penulis merupakan produk informasi yang mengandungi maklumat yang sangat penting dan berguna kepada pembaca, contohnya "Ebook Bagaimana hendak kurus", "Ebook Strategi Pemasaran di Facebook" dan pelbagai jenis ebook lagi yang hangat di pasaran internet buat masa sekarang. Ebook yang ditulis adalah dalam format PDF, yang mudah dijual di pasaran internet kerana ia lebih cepat dan mudah diperolehi berbanding buku fizikal biasa yang memerlukan kita ke kedai untuk mendapatkannya.  Malah harga ebook juga lebih murah kerana ia tidak menjalani proses percetakan. Tambahan pula, zaman serba canggih kini, telah ramai yang memiliki telefon pintar android yang membolehkan kita membaca ebook melalui telefon sahaja. Tidak perlu lagi membuka komputer atau laptop.
 
Bagi usahawan online yang berminat untuk menghasilkan ebook, sebenarnya tiada panduan spesifik yang perlu diikuti berbanding buku biasa yang perlu mengikut format tertentu. Tajuk ebook juga lebih fleksibel dan biasanya lebih kepada informasi dan panduan kepada pembaca. Sebagai contoh, bagi yang berminat untuk menghasilkan ebook, kalian boleh fokus kepada satu-satu masalah. Hasilkan ebook yang dapat membantu pembaca menyelesaikan masalah mereka. Contohnya sekarang ini sudah ramai yang menceburi bisnes membuat coklat sendiri, sekiranya anda mahir dalam bidang tersebut anda boleh menulis "Ebook Menghasilkan Coklat Buatan Sendiri". Letakkan gambar-gambar yang bersesuaian dengan topik yang diceritakan supaya pembaca lebih memahami dan tidak ragu-ragu untuk mengikuti panduan yang diberikan.
 
Untuk menulis ebook, kita perlu ada penjenamaan sendiri supaya pembaca mudah mengenali. Apabila kita sudah ada pengikut setia, ebook seterusnya yang dihasilkan sudah ada kategori pembacanya. Adalah lebih baik sekiranya kita menghasilkan ebook yang menggunakan teknik bersiri atau berkesinambungan supaya pembaca akan membeli ebook yang sebelumnya. Melalui penulisan yang berkesinambungan, ebook yang terdahulu turut akan terjual. Kita juga perlu konsisten dalam menulis ebook supaya dapat menghasilkan ebook yang bagus penulisannya. Serta dapat menghasilkan lebih banyak ebook lain.
 
Dalam menceburi bisnes ebook ini, keuntungannya adalah untuk jangka masa panjang kerana kita hanya menghasilkan atau menulis sekali, tetapi jualannya berkali-kali.  Kos untuk menghasilkan ebook juga rendah, dan kita dapat menjual dengan harga yang tinggi kerana nilai maklumat yang terkandung dalam ebook tersebut menyebabkan nilai/harganya tinggi.  Malah penjualan ebook juga kita boleh katakan sebagai pendapatan pasif.  Kita juga boleh merekrut agen affiliate untuk menjual ebook tulisan kita. Maka dengan ini, kita dapat menjana pendapatan yang berganda hanya melalui penulisan ebook.
 
 
 
 

Friday, 17 May 2013

Bisnes Jenis Perkhidmatan

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian Goggle

 
 
Alhamdulillah, pagi jumaat ini cuaca nampak seperti molek. Mari kita mulakan tugas dengan bersolat dhuha dan berdoa moga-moga rezeki semakin bertambah. Hari ini saya nak berkongsi sedikit tentang bisnes perkhidmatan. Sebenarnya ramai antara kita mempunyai kemahiran yang tersendiri, cuma kita seumpama tidak menyedari dan tidak tahu menggunakannya. Hanya menganggap kemahiran yang ada sebagai hobi sahaja. Kenapa tidak kita menggunakan kemahiran dan keistemewaan yang kita ada itu untuk menjana pendapatan. Malah kita juga boleh menjadikan minat atau hobi sebagai sumber pendapatan. Contohnya jika kalian minat menjahit, kenapa tidak mengambil upah menjahit pakaian. Malah kita sedia maklum ramai antara kita yang mempunyai kemahiran dalam satu-satu bidang seperti fotografi, mengandam, membaiki kereta. Jadi gunakanlah kemahiran tersebut dengan menawarkan perkhidmatan mengambil gambar, menyolek orang untuk menghadiri majlis dan membuka bengkel. Senangkan, umpama dua dalam satu. Buat apa yang kita minat untuk menambah pendapatan. Malah kita akan berasa lebih seronok, dan duit poket juga ada.

Bisnes jenis perkhidmatan boleh terbahagi kepada dua, yang pertama kita menawarkan perkhidmatan secara terus melalui online, website atau blog tanpa perlu bersemuka dengan pelanggan. Contohnya pereka kad bisnes. Pelanggan yang berminat hanya perlu memilih reka bentuk kad bisnes yang mereka minat, kemudian membuat bayaran. Pereka akan membuat kad tersebut dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan dan menghantar kad yang telah siap kepada pelanggan melalui pos laju.
 
 
 
Manakala bagi jenis yang kedua pula, bisnes perkhidmatan yang memerlukan penjual bersemuka dengan pelanggan sebelum membuat jualan. Sebagai contoh, kita menawarkan bisnes andaman dan membuat pengiklanan melalui website atau blog. Bagi pelanggan yang berminat, mereka akan menghubungi kita dan mengatur temujanji bila mereka memerlukan khidmat andaman yang kita tawarkan.
 
kedua-dua jenis bisnes perkhidmatan ini kita boleh pasarkan melalui internet. Kita boleh membina blog, membuat website tentang perkhidmatan yang kita tawarkan serta menghebahkan melalui facebook, twitter, forum dan lain-lain. Pemasaran melalui internet sangat bagus dan lebih efektif kerana tidak memerlukan kos pengiklanan yang tinggi, malah pelanggan juga tidak terhad dalam lingkungan kawasan kita sahaja.
 
 
Ayuh, mari kita lihat apa kemahiran yang kita ada dan hobi yang kita minat. Jadikan ia sebagai sumber untuk menambah pendapatan.
 
 
 
 
Allah S.W.T telah mengabadikan keistimewaan madu lebah di dalam al-Quran yang bermaksud "Daripada perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya sebagai PENAWAR bagi manusia", (An-Nahl:69).

Madu adalah sesuatu yang tidak asing lagi bagi masyarakat kita, merupakan bahan semulajadi yang tersohor.Lebah atau nama saintifiknya Apis mellifera di antara makhluk ciptaan Allah yang ...dikenali dengan madu yang di hasilkannya. Tanpa madu, lebah hanya di anggap sebagai sejenis binatang biasa ,walaupun ia merupakan agen pendebungaan yang penting. Masyarakat lebah amat dikenali sebagai satu kelompok masyarakat yang berdisiplin, komited dan rajin bekerja. Hasil dari kerajinan dan ketekunan makhluk Allah ini maka terhasillah madu yang mempunyai 1001 khasiat yang secara tidak langsung memberi sumbangan yang besar bagi kesejahteraan kehidupan manusia.
 
 
 
 
 

Saturday, 11 May 2013

Strategi Lautan Biru - 10/5/2013

Teks : Anys Idayu Zakaria 
Foto : Carian Goggle 

Pada 24 April yang lalu saya telah menghadiri Seminar Strategi Lautan Biru atau lebih dikenali dengan Blue Ocean Strategy (BOS) yang dianjurkan oleh Intan, (Wilayah Selatan), Kluang. Saya ke sana kerana telah dihantar oleh pejabat untuk mewakili jabatan menyertai seminar tersebut. Saya rasa amat beruntung kerana terpilih menghadiri seminar ini. Sebelum menghadiri seminar ini saya memang tidak berapa ambil pusing dan tidak tahu apa itu yang dikatakan strategi lautan biru. Rupa-rupanya BOS ini amatlah penting kepada saya sebagai kakitangan awam dan usahawan online.

Menurut penceramah yang telah memberi ceramah pada hari tersebut, strategi ini telah diperkenalkan oleh 2 orang professor daripada INSEAD Perancis. Ia diperkenalkn untuk industri atau syarikat dan juga untuk perniagaan dan merupakan kajian yang telah dilakukan selama 10 tahun. Ia juga adalah berdasarkan kajian selama sedekad.

BOS membawa maksud penerokaan atau pemikiran berbeza daripada biasa.  Berfikir di luar kotak, pemikiran luar biasa dengan menggunakan cara lebih kreatif dan inovatif. Jika dalam perniagaan, strategi ini melibatkan penerokaan bidang baru dan tidak terhad kepada bidang itu sahaja. Ataupun cara baru untuk mengembangkan bisnes. Kita perlu menggunakan pendekatan dan cara yang sistematik dan teratur dalam menyelesaikan masalah. Manakala Red Ocean pula ialah persaingan yang sama dalam satu-satu aspek. Tiada sesuatu yang menarik atau yang baru dan berbeza daripada yang lain. Strategi Red Ocean ini memang selalu diamalkan oleh syarikat-syarikat atau dalam perniagaan. Pada zaman serba teknologi ini, perubahan memang sangat cepat dan tidak dapat dielakkan.  Kita harus berubah untuk kekal berada dalam industri tersebut. Antara contoh syarikat yang telah melakukan perubahan dengan menggunakan strategi BOS ini ialah Air Asia. 



Penyampaiannya adalah lebih fokus kepada perkhidmatan awam. Ia adalah untuk transformasi perkhidmatan awam untuk menyahut cabaran wawasan 2020. Pelbagai perubahan yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk ke arah wawasan 2020 serta melaksanakannya menggunakan pendekatan BOS. Ini adalah kerana kita tidak boleh terlalu berasa selesa dalam organisasi atau kedudukan dalam syarikat. Walaupun tugas kecil, tapi ia akan memberi impak yang sangat besar. Ia juga adalah bagaimana untuk kita menyelesaikan masalah yang bakal dihadapi. Contohnya semasa zaman pemerintahan Dr Tun Mahathir, beliau telah  membina litar F1 Sepang, dan kata orang ianya membazir. Sekarang lihatlah! Mat saleh lebih kenal Sepang berbanding Malaysia sendiri.

Dalam dunia perniagaan pula, siapa yang tidak kenal dengan mendiang Steve Jobs. CEO dan Founder Apple. Ketika Acer, Dell berlumba-lumba jenama PC yang paling baik, Steve Job telah keluar dari persaingan tersebut dengan memperkenalkan PC Tablet. Sekarang kita lihat, tablet kini sudah mulai menjadi kegilaan ramai. Inilah contoh yang dikatakan berfikir di luar kotak dengan lebih kreatif dan inovatif. 

Friday, 3 May 2013

Rumah sendiri - 1/5/2013

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle

Diam tak diam rupanya hari ini gelaplah setahun kami sekeluarga menetap di rumah sendiri.  Sekejap sahaja rasanya. Tahun lepas, 2012 semasa kami sekeluarga berpindah ke kawasan ini, rumah di bahagian hadapan rumah saya masih lagi dalam proses pembinaan.  Lorong yang saya duduki pun masih belum ramai yang berpindah. Hanya beberapa keluarga termasuk kami. Sekarang ini semua rumah telah hampir penuh. Begitu juga rumah di bahagian hadapan. Semuanya telah diduduki oleh pemilik masing-masing.

Walaupun hanya rumah teres setingkat, tapi saya amat bersyukur kerana pada usia 29 tahun saya telah memiliki rumah sendiri.  Kata orang tak rugi membeli rumah. Memang betul.  Selepas beberapa bulan proses pembelian rumah (proses belian pada pertengahan tahun 2011), harga rumah yang saya beli itu telah naik dan nilainya juga telah tinggi. Kami suami isteri bersyukur kerana telah membeli lebih awal.  Agaknya tahun 2013 ini pasti harganya juga lebih tinggi.

Walaupun proses pembelian tidak begitu rumit, tapi sebagai pembeli kita perlu menyediakan duit deposit dan bayaran untuk peguam. Saya menggunakan pinjaman kerajaan sepenuhnya dan menggunakan wang KWSP untuk proses deposit, wang peguam dan lain-lain bayaran kepada pemaju. Selain itu, kita juga perlu menyediakan wang untuk mengubahsuai rumah serta memasang pagar untuk pintu dan tingkap.  Jika tidak mahu mengubah suai, cukup hanya dengan memasang pagar untuk keselamatan. Saya hanya mengubah suai sedikit di bahagian dapur, memasang kornis dan pagar untuk pintu dan tingkap. Oleh kerana rumah sendiri dan kebetulan en.suami juga pandai bertukang, jadi bolehlah kami buat perlahan-lahan.



Jadi kepada sesiapa yang berhajat dan berangan-angan untuk membeli rumah.  Baiklah bertindak cepat kerana setiap tahun pasti nilai rumah akan semakin mahal. Tambahan pula dengan inisiatif kerajaan yang telah   
menubuhkan program Skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PRIMA), golongan muda yang telah bekerja bolehlah membeli rumah sendiri dengan harga yang berpatutan mengikut kelayakan individu tersebut.  





fungsi dan khasiat umum pati delima

* MELEGAKAN BATUK
* bakar kalori / lemak
* menurunkan tekanan darah tinggi / kolesterol tinggi

* utk lelaki / wanita - meningkatkan keupayaan libido (seksual)
* mengetatkan rahim (sambil meningkatkan pelinciran semulajadi, menjadikan hubungan intim lebih selesa dan mesra)
* 100% dapat mengatasi masalah kekeringan vagina wanita secara semulajadi
* melancar aliran darah
* memperelok perjalanan haid
* mengempiskan perut
* mengeluarkan peluh / toksin
* melegakan sakit kepala
* sangat bermanfaat untuk ibu-ibu hamil - mengatasi masalah morning sickness dan rasa berat badan; kulit baby cantik

DAPATKAN JUS DELIMA YA MAL ALSHAM DI SINI  

Telefon Pintar - 30/4/2013

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle

Sudah lama saya berangan untuk memiliki telefon pintar yang mempunyai adroid yang lengkap untuk memuat turun pelbagai jenis aplikasi.  Mula-mula dahulu sewaktu melihat orang lain memiliki telefon jenis ini saya seperti tak berapa endah dan merasakan ianya tidak begitu penting.  Tapi sejak menjalankan bisnes secara online saya berasa teramat perlu untuk memiliki telefon jenis ini. Mulalah dalam hati berangan-angan untuk memilikinya. Sudah banyak kali terniat di hati untuk menggantikan telefon yang sedia ada. Tapi kata en. suami gunalah telefon yang ada sehingga benar-benar rosak. 

Semasa saya berpantang tempoh hari agaknya telefon lama saya mula merajuk. Padahal sebelum ini kerap terjatuh tetapi tidak sehingga menjejaskan penggunaan.  Tiba-tiba pada hari itu, telefon saya telah terjatuh dan skrinnya pula rosak.  Kebetulan pula pada ketika itu ibu mertua saya hendak memberi kami hadiah kerana beliau telah mengeluarkan wang kwsp pertama pada usia 50 tahun.  Jadi kami setiap seorang  (en.suami, saya, kakak dan baby raisha) mendapat RM 1000 daripada ibu mertua. Apa lagi saya gunakanlah wang tersebut untuk menukar telefon yang rosak itu kepada telefon baru.   Oleh kerana pada ketika itu saya sedang berpantang, jadi pembelian hanya dilakukan oleh en.suami seorang. Saya telah berpesan kepada en.suami supaya mencarikan telefon jenama samsung yang agak sederhana harganya dan lengkap dengan aplikasi untuk memudahkan saya online. En.suami belikan saya telefon Samsung Ace.


Saya memang sangat gembira kerana akhirnya hajat untuk memiliki telefon pintar ini tercapai. Sebenarnya saya bukannya orang yang terlalu mengikut peredaran semasa.  Tetapi bagi saya telefon jenis ini amatlah penting bagi yang sedang menjalankan bisnes secara online. Kenapa saya katakan ia penting?  Dahulu sewaktu tidak memiliki telefon pintar ini, saya hanya online menggunakan komputer. Jadi proses menjawab pertanyaan pelanggan agak lewat kerana waktu untuk saya mengadap komputer agak terbatas apabila berada di rumah. Kadangkala, oleh kerana kesibukan dengan tugas-tugas di rumah pada hujung minggu saya langsung tidak dapat online.

Akhirnya setelah memiliki telefon ini, saya mula memuat turun semua aplikasi yang dirasakan perlu seperti facebook, fanpage manager, whats app, adobe reader, gmail, blog dan maybank2u. Senangkan semuanya hanya dimuat turun melalui goggle play. Mudah rasanya untuk saya online di mana sahaja berada dengan hanya menggunakan telefon ini.  Apa yang paling saya suka, saya boleh baca ebook hanya melalui telefon dan mengemaskini blog juga melalui telefon.

Bagi kawan-kawan di luar sana yang sedang mencari telefon yang sesuai untuk digunakan bagi tujuan bisnes, saya mencadangkan kalian carilah telefon pintar yang boleh memuat turun semua aplikasi yang memudahkan urusan bisnes kalian.







COKLAT MINDA jenama Hijrah adalah satu produk pemakanan yang unik dan berinovasi. Ianya dihasilkan melalui adunan pemakanan yang mempunyai nilai khasiat semulajadi, halal dan dikelaskan sebagai makanan. Sangat berkhasiat serta memenuhi keperluan diet seorang pelajar. Dalam bentuk tablet, mempunyai rasa yang enak/sedap, senang dibawa kemana-mana, pengambilan (kunyah ianya lembut) dan penyimpanan yang mudah.