Tuesday, 30 April 2013

Seronok kalau dapat bekerja dari rumah - 29/4/2013

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle

Sejak awal tahun ini jualan online yang sedang saya jalankan semakin memberangsangkan dan semakin mendapat tempat serta sambutan. Lebih kurang setahun lebih juga perlu mencipta ruang dan penjenamaan sendiri supaya nama dan produk akan sentiasa ada di internet.  Sejak sebulan dua ini saya juga kerap menerima panggilan telefon daripada mereka yang tidak dikenali untuk mendapatkan beberapa produk yang saya jual.  Kata mereka mendapat info daripada facebook dan blog. 

Inilah yang membuatkan saya sentiasa bersemangat untuk terus menjalankan bisnes online. Mungkin ini rezeki anak. Sejak bersalin anak kedua, alhamdulillah rezeki dalam perniagaan semakin memberangsangkan. Mulalah dalam hati ini terniat nak buat bisnes dari rumah. Nak jadi wanita yang bekerja dari rumah.  Sedangkan selama cuti 3 bulan semasa berpantang tempoh hari sudah terasa seperti wahm. Waduh sungguh seronok rasanya.  

Sebelum ini saya hanya menjual barang-barang online melalui dropship sahaja, tapi sejak kebelakangan ini terasa memang perlu mengambil beberapa barang yang laris secara borong kerana sudah ramai yang mengetahui produk yang saya jual dan ramai yang hendak membeli tanpa perlu penghantaran melalui pos.  Saya pun sedang memikirkan perkara ini.  Perlu menambah modal juga. Tetapi buat masa sekarang saya perlu memikirkan untuk menyelesaikan beberapa hutang dahulu. Selesai hutang baru boleh fokus untuk tambah modal dan beli barang secara borong pula.  Untung bolehlah disimpan untuk masa akan datang.
Rasanya seronok jika dapat menjadi ibu yang hanya bekerja dari rumah. Dapat meluangkan lebih masa bersama anak, dapat menyiapkan kerja-kerja rumah yang sering tertangguh, terutama melipat pakaian. Rasanya sekarang masa begitu padat dengan pelbagai tugas di pejabat dan di rumah.  Hujung minggu pula saya perlu ke kelas.  Waktu-waktu itulah saya selit menyinggah menghantar barang pesanan pelanggan. 

Saya sentiasa berdoa mudah-mudahan Allah s.w.t pelihara kesihatan saya supaya dapat mencari pendapatan yang lebih untuk anak-anak dan dapat meneruskan pekerjaan dan pelajaran sehingga tamat.











Monday, 29 April 2013

Program affiliate

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian Goggle 


Program affiliate merupakan cara yang paling mudah untuk menjana pendapatan secara online. Ia juga merupakan cara yang hebat untuk memasarkan produk atau perkhidmatan kita. Program affliate ini dipasang oleh pemilik atau penjual ebook, buku online, video atau lain-lain perkhidmatan. Tujuannya adalah untuk mencari agen bagi mempomosi produk tersebut. Antara contoh website yang menawarkan program affiliate ialah maskahwin.com dan klikjer.com

Untuk menjana pendapatan melalui program affiliate anda hanya perlu mendaftar di mana-mana laman web yang menawarkan program ini.  Pendaftaran untuk menjadi agen affiliate adalah percuma. Kita hanya perlu memasukkan details yang diperlukan. Kemudian kita akan diberikan link untuk promosi.  Ada juga program affiliate yang berbayar, yang mana kita perlu membeli terlebih dahulu produk mereka dan kita ditawarkan menjadi agen affiliate. Ada juga sesetangah website affiliate menyediakan bahan promosi, seperti banner dan testimoni pengguna. Setelah mendapat link affliate, kita hanya perlu mempromosi link tersebut di facebook, email, forum ataupun blog.

Menjana pendapatan melalui program affliate sangat senang dah mudah. Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang modal untuk pendaftaran, tidak perlu ada website sendiri untuk promosi dan tidak perlu risau risiko kerugian.




Komisen kita akan dibayar melalui 3 cara iaitu :

1. Pay-Per-Sale - Komisen dibayar bagi mereka yang berjaya membawa pelaawt datang melawat ke web tersebut dan membeli produk.

2. Pay-Per- Lead - Komisen dibayar sekiranya anda berjaya membawa pelawat yang berpotensi melihat iklan anda di laman web mereka, walaupun tidak membuat belian.

3. Pay-Per-Click - Komisen diberikan apabila berjaya membawa pelawat mengklik mana-mana iklan yang mengarah ke laman web. 

Komisen yang ditawarkan juga bergantung kepada website yang menawarkan program ini. Bagi produk ebook komisen sebanyak 50% ditawarkan adalah perkara biasa. Ada juga sesetengah website menawarkan sehingga 70% komisen. Kebanyakkan yang menawarkan harga tinggi ini adalah untuk produk digital.  Bagi produk fizikal, komisen yang ditawarkan antara 5-15% sahaja kerana kos-kos produk adalah lebih tinggi berbanding kos produk digital.

Anda perlu bijak memilih program affliate yang ditawarkan.  Jangan terpedaya dengan scam atau tawaran yang menawarkan komisen yang diluar jangkaan. Dapatkan ilmu daripada mereka yang lebih berpengalaman.


Friday, 26 April 2013

Kata-kata motivasi - 25/4/2013

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle 

Semalam semasa menghadiri Seminar Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy), sempat saya salin beberapa kata-kata motivasi yang sangat berguna dan boleh dijadikan kata-kata semangat dalam menjalani kehidupan seharian. Antaranya 

"Rezeki ada di mana-mana, datang tanpa diduga tepat pada masanya. Yang penting usaha, tawakkal dan doa"

"Tanpa permulaan takkan sampai ke mana-mana."

"Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemui jalan penyelesaian."

"Harta akan habis jika digunakan, tapi ilmu tak akan habis jika dimanfaatkan dan disampaikan."

"Jika anda hilang segalanya, jangan lupa anda masih ada masa hadapan."

"Ramai orang yang boleh memilik jam tangan yang cantik dan mahal. Tetapi tidak ramai yang boleh menepati masa." (Tun Dr. Mahathir Mohamad)

"Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah." (Lao Tze)



Daftar maybank2upay - 23/4/2013

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian Goggle




Beberapa minggu lepas saya ada terbaca dalam surat khabar tentang maybank yang telah membuat satu kemudahan untuk para peniaga online mengakses akuan jualan terutamanya yang telah mempunyai kedai blog. Setelah terbaca berita tersebut saya segera mencari dan mendapatkan maklumat di internet. Sistem yang dimaksudkan ialah sistem yang memudahkan para peniaga untuk melihat transaksi yang dilakukan oleh pelanggan. 

Jadi saya pun segera mendaftarkan akaun maybank2pay tersebut secara online.  Beberapa maklumat tentang perniagaan dan blog perlu dimasukkan untuk pengesahan. Setelah membuat pendaftaran, maybank tidak memproses serta merta kerana kita perlu menerima panggilan atau email pengesahan daripada pihak maybank sendiri sebelum kita boleh menggunakan aplikasi ini.

Setelah siap mendaftar, saya perlu menunggu beberapa hari sebelum disahkan oleh pihak maybank. Jika pihak maybank telah mengesahkan pendaftaran ini, selepas ini bolehlah saya memuat turun aplikasi ini ke dalam blog saya. 



Dapatkan pakej bacaan awal untuk anak-anak 



Tukar tayar - 26/4/2013

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian Goggle

Hari ini waktu rehat saya pergi mencari kedai tayar kereta. Hendak meggantikan tayar kereta yang telah pancit hujung minggu lepas. Sebelum ini tak pernah pun buat sendiri. En suami gesa saya pergi sendiri sebab sudah dekat seminggu gunakan tayar simpanan. Belum berganti-ganti. Katanya belajar buat sendiri. Mudah kalau dia tak ada nanti. Memang terpaksa la pergi mncari sendiri. Kalau hendak tunggu hujung minggu xsempat sebab minggu ini saya ada program dan ada kelas. En suami pula terpaksa bekerja minggu ini.


Mujurlah ada kedai tayar berdekatan dengan kawasan pejabat saya. Tidaklah saya perlu mencari-cari di kawasan yang jauh. Akhirnya siap berganti juga tayar kereta saya. Jangan meragam lagi ye keretaku.  Hajat hati hendak menghantar membasuh kereta, tutup pula kedai cuci kereta berdekatan dengan kedai tayar.










Tuesday, 23 April 2013

Kereta rosak - 22/4/2013

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle 

Semalam kereta saya mula menunjukkan tanda-tanda nak meragam. Pagi-pagi lepas hantar baby Raisha ke rumah mak mertua, tiba-tiba kereta pula tidak boleh dihidupkan.  Panik juga saya dibuatnya. Oleh kerana masa pun dah lewat, jadi saya tinggalkan kereta di hadapan rumah mak, dan saya hantar kakak ke sekolah dengan berjalan kaki. Nasib baik sekolah agama dekat. Kalau tidak jenuh juga nak berjalan. Saya biarkan ayah mertua tolong tengok-tengok apa yang perlu dilakukan. Pulang dari menghantar kakak ke sekolah saya lihat kereta sudah boleh dihidupkan. Kata bapa mertua mungkin plug ataupun bateri kereta.

Baru beberapa hari yang lepas, en suami sudah menukar tayar kereta gantian kerana tayar yang sedia ada telah pancit. Nampaknya botak jugalah bulan ini, hendak membeli tayar dan bateri baru.  Baru bulan lepas berganti tayar kereta dua yang di hadapan. sebelum ini tak pernah lagi meragam.  Mungkin agaknya sudah pakai hampir 4 tahun, jadi perlulah diganti mana-mana yang rosak.



Agaknya macam ini lah rupa tayar kereta saya yang perlu berganti tempoh hari. Kata en suami, benang tayar sudah terkeluar, dan bunganya pun sudah botak.




nak mula bisnes butik, boleh dapatkan ebook panduan mula bisnes butik di sini 

Strategi dan teknik jualan melalui dropship

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle 

Konsep bisnes dropship merupakan satu teknik untuk menjana wang tanpa modal. Di sini saya kongsikan sedikit tentang strategi dan teknik jualan yang boleh dilakukan dengan bisnes dropship.

1. Kaji pasaran sebelum menjual. Sebelum memilih untuk melakukan bisnes dropship, kita perlu mengkaji terlebih dahulu permintaan pasaran. Ini untuk memudahkan kita mengetahui apa yang diperlukan oleh orang ramai, supaya produk yang kita pasarkan mendapat tempat di hati pelanggan.  Sekiranya kita terus memilih produk tanpa mengkaji permintaan pelanggan, ia boleh mengakibatkan kita tersilap memilih barangan yang hendak dijual dan tidak menghasilkan keuntungan.

2. Cari dropship yang membekalkan barangan yang memenuhi permintaan pelanggan. Sekarang ini banyak pembekal yang menawarkan dropship bagi mereka yang berminat.  Sebelum bermula dan memilih dropship mana yang sesuai, kita perlulah mengkaji dan melihat kepada permintaan pelanggan.  Pilihlah pembekal barangan yang benar-benar dapat memenuhi permintaan supaya kita akan mendapat hasil daripada jualan tersebut. Jadi kita perlu bijak memilih dan membuat keputusan barangan mana yang sesuai untuk dijual secara dropship.

3.  Tentukan berapa peratus keuntungan yang anda sasarkan. Setelah memilih barangan yang hendak dijual,  lihat berapa harga agen yang diberikan oleh pembekal. Anda juga perlu melihat harga yang ditawarkan oleh pesaing dengan harga jualan yang akan anda jual. Pastikan barangan yang dijual memberikan keuntungan.  Jangan hanya balik modal atau cuma memberi keuntungan yang sedikit sahaja.

4. Gunakan platform yang betul untuk menghasilkan jualan.  Kini terdapat banyak platfrom yang boleh dipilih untuk mempromosi produk jualan kita.  Kebanyakkan platform ini adalah secara percuma, seperti facebook, twitter, blog, forum, mudah.my, dan ebay. Kita juga boleh mengeluarkan sedikit modal untuk menyediakan platform berbayar. Seperti membina website dan shopping cart sendiri.



Monday, 22 April 2013

Bisnes Dropship

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle 

Bisnes dropship adalah satu bisnes yang paling mudah dilakukan. Bagi yang berminat untuk menjalankan perniagaan di internet tanpa mengeluarkan modal yang besar, dan tanpa perlu menyimpan stok anda boleh memilih untuk melakukan bisnes secara dropship.

Dropship ialah pemborong atau pembekal yang memberi peluang kepada mereka yang minat berniaga untuk menjual barang-barang tanpa perlu mengeluarkan modal. Ia merupakan satu peluang bisnes yang mampu memberi pendapatan lumayan jika dilakukan dengan konsisten dan bersungguh-sungguh. Konsep bisnes dropship amat mudah dilakukan kerana anda tidak perlu membungkus dan menghantar barang tempahan kepada pelanggan.  Hanya perlu mengambil tempahan pelanggan. Anda perlu mendapatkan semua maklumat tentang produk yang hendak dijual daripada pembekal. Sekiranya mendapat tempahan, anda hanya perlu bayar kepada pembekal mengikut harga agen yang telah diberikan.  Keuntungan yang anda perolehi anda simpan. Kemudian, pembekal akan menguruskan proses membungkus dan menghantar produk kepada pembeli.

Bisnes dropship ini adalah yang paling mudah dilakukan kerana anda hanya perlu promosi, promosi dan terus promosi untuk mendapat jualan. Anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk membeli dan menyimpan stok yang banyak.  Malah risiko kerugian akibat stok tidak habis juga dapat dielakkan. Keuntungan yang diterima hasil jualan produk dropship adalah keuntungan bersih, kerana anda telah membayar kepada pembekal harga agen yang diberikan beserta caj pos jika ada.

Anda cari pembeli - dapat tempahan dan bayaran - bayar kepada dropshipper (pembekal produk) - dropshipper hantar produk kepada pelanggan - untung anda simpan (harga jualan - harga agen yang diberikan oleh pembekal). 

Ringkasan proses jual beli dropship seperti foto ini : 




Bisnes dropship ini semakin mendapat perhatian ramai terutamanya pelajar universiti, suri rumah dan sesiapa sahaja yang mencari pendapatan sampingan tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar untuk memulakannya.


Menyiapkan tugasan - 21/4/2013

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle

Bulan April sudah tiba ke penghujung. Bulan depan sudah masuk bulan Mei.  Saya perlu menyiapkan semua tugasan yang perlu dihantar kepada pensyarah pada bulan Mei ini.  Lebih kurang 3 tugasan semuanya. Nampaknya dua minggu terakhir ini saya perlu mencari bahan-bahan untuk tugasan individu dan tugasan kumpulan. Pertengahan bulan Mei pula akan ada ujian untuk mata pelajaran kewangan. Harap dapat menyiapkan semua tugasan dan dapat mengulangkaji mata pelajaran pengenalan kewangan. Bulan Jun pula saya sudah sibuk dengan Ujian akhir semester.



Saya kena pandai bahagikan masa antara kerja-kerja di pejabat, tugasan universiti dan tugasan kelas blog asas. Alhamdulillah setakat ini tiada masalah, cuma agak terlewat juga kadang kala menyiapkan tugasan.  Tambahan pula jika pulang ke rumah, anak-anak dan suami menuntut untuk diberi perhatian. Insya Allah saya akan cuba buat sedaya upaya untuk menyelesaikan semua tugasan.



Nak pandai urus masa di rumah, pejabat dan dengan tugasan yang melambak, saya baca ebook ini. 

Berpantang - 18/4/2013

Teks : Anys Idayu Zakaria

Alhmdulillah syukur sudah selamat terima anak saudara pertama. Adik saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel, dah jadi mak long rupanya saya. Selamat berpantang kepada adik. Melihat adik berpantang teringat 3 bulan yang lepas ketika saya berpantang melahirkan anak kedua. Saya berpantang di rumah mak mertua. Semuanya di urus oleh mak mertua, daripada menguruskan keperluan bayi sehingga keperluan saya.


Sebenarnya saya nak cerita tentang menu makanan saya ketika berpantang. Dari anak pertama sehingga kedua menu makanan saya ketika berpatang ialah air milo dan biskut tawar untuk sarapan pagi dan minum petang. Nasi pula bersama ikan tenggiri masak asam. Selama 44 hari itulah makanan utama saya. Takut juga hendak makan makanan selain yang dihidangkan Kata mak mertua saya kalau nak jaga badan semula perlulah makanan sedikit. Malah saya juga disuruh minum air asam jawa dan ubat periuk.



Terfikir juga dalam hati takkan tak ada makanan lain yang sesuai untuk ibu berpantang. Hari ini selepas melihat ebook tips sihat hamil pantang ini, barulah saya tahu rupanya banyak lagi makanan yang boleh dipelbagaikan dan dimakan ketika berpantang. Nampaknya tak rugi memilik ebook ini. Walau tidak berpantang, sekurang-kurangnya boleh menambah ilmu dan boleh digunakan jika akan berpantang lagi.


Memang sesuai untuk yang akan berpantang.  Banyak menu yang boleh kita masak dan lengkap dengan penyediaan.


Sunday, 21 April 2013

Ciri-ciri Usahawan Berjaya

Teks  : Anys Idayu Zakaria

Untuk menjadi usahawan yang berjaya kita perlu memiliki ciri-ciri seperti ini :

  • Mempunyai matlamat, misi dan perjuangn hidup yang jelas.
  • Semangat juang yang tinggi dan sentiasa positif.
  • Kreatif, inovatif dan berinisiatif.
  • Cekal dan berani menghadapi cabaran dan risiko.
  • Berkeyakinan tinggi dan bertenaga.
  • Berpengetahuan, cekap dan mempunyai perancangan yang teliti.
  • Pandai berdikari.
  • Mempunyai komitmen yang tinggi dan boleh menyakinkan orang lain.
  • Pandai merebut peluang.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang bagus.
  • Bijak menyelesaikan masalah.
  • Suka menolong orang untuk sama-sama berjaya.
  • Tidak kedekut ilmu.
  • Usaha yang kuat, yakin, berdoa dan bertawakkal.
Kita diciptakan oleh Allah s.w.t semuanya sama. Siapa yang berusaha gigih dan tidak putus asa insya Allah, pasti akan menerima ganjaran.

Sama seperti tokoh usahawan lain yang telah berjaya seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari dan lain-lain. Mereka ini mempunyai matamat dan misi yang jelas apa yang mereka mahukan. Serta gigih berusaha keras untuk mencapai matlamat tersebut.  Jika kita sebagai usahawan juga menerapkan ciri-ciri seperti ini, pasti kita juga boleh berjaya dalam perniagaan serta kehidupan.

Jalan-jalan sambil hantar barang - 20/4/2013

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle

Wah penat juga hari ini. Walau tak bekerja, mnyudahkan kerja-kerja rumah. Membasuh baju, mengelop lantai dan melipat baju yang telah sebakul tidak dilipat. Kebiasaanya memang hujung minggu barulah saya menyudahkan kerja-kerja rumah yang tertangguh. Hari Sabtu terutamanya memang agak sibuk di rumah. Siap semua kerja, saya bergerak pula untuk menghantar pesanan pelanggan. Nasib baik en suami ikut bersama. Kurang sedikit penat memandu kereta. Sambil menghantar barang tempahan sambil jalan-jalan makan angin. Tempatnya hanya sekitar Johor Bahru.
Nasib baik baby raisha tidak meragam kerana cuaca hari ini pun agak panas. Banyak tempat juga kami singgah.

Selesai menghantar barang pesanan, kami pulang ke rumah kerana hari agak mendung seperti hendak hujan.  Hujan turun dengan lebat, kilat sabung menyabung.  Nasib baik kami telah selamat tiba di rumah.





ajar anak-anak mudah membaca al quran mengikut hukum tajwid yang betul. 

Friday, 19 April 2013

Menghargai Pelanggan

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian Goggle

Dalam apa jua perkara yang kita lakukan, kita amat sukakan penghargaan. Anak-anak suka apabila ibu bapa memberi penghargaan, pekerja gembira jika dihargai majikan dan begitu juga dalam bisnes. Pelanggan amat suka jika dia dihargai oleh peniaga. Penghargaan adalah salah satu daripada cara untuk bersyukur. Jadi amatlah penting untuk kita sebagai peniaga menerapkan penghargaan tidak kira kepada pelanggan, pembekal atau pun sesiapa sahaja yang terlibat dalam urus niaga kita.

Di sini saya berikan sedikit tips bagaimana untuk anda menghargai pelanggan : 

Sentiasa ucapkan terima kasih.
Ucapan terima kasih merupakan satu patah perkataan yang keramat dan amat bermakna jika diucapkan oleh sesiapa sahaja terutamanya majikan kepada pekerja.  Sebagai contoh, seorang pekerja yang sanggup bertungkus lumus menyiapkan laporan sehingga lewat malam, jika dihargai dengan ucapan terima kasih pasti ia menjadi kata-kata semangat untuk terus berkhidmat dan rasa dihargai.  Walaupun ianya nampak seperti tidak membawa makna, tetapi ia amatlah bermakna untuk pekerja yang telah sanggup bekorban masa dan tenaga menyiapkan laporan tersebut.  Begitu jugalah dalam prinsip perniagaan.  Sebagai peniaga kita perlu sebarkan ucapan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang berurus niaga dengan kita.  Sebagai contoh, walau pelanggan hanya datang untuk bertanyakan harga barang, tidak salah kita mengucapkan terima kasih kerana sudi singgah ke kedai kita.  Apatah lagi mereka yang telah berurusan dan membeli barangan kita.  Pasti mereka tersenyum dan gembira jika dihargai dengan ucapan terima kasih.

Sentiasa murah senyuman
Sebagai seorang peniaga senyuman amatlah bermakna dan tidak boleh lekang daripada wajah.  Perlu sentiasa tersenyum supaya apabila pelanggan melihat kita, mereka akan tertarik dan berminat untuk berurus niaga dengan kita.  Malah melalui senyuman juga menggambarkan keikhlasan kita dalam melaksanakan tugas. Sebagai contoh, jika kita bertugas di kaunter khidmat pelanggan, dengan wajah yang masam mencuka pasti pelanggan berasa takut untuk bertanya berbanding jika kita tersenyum kepada mereka. Seperti kata pepatah "senyuman adalah penawar duka".  Jika anda tidak percaya, cuba lakukan. Jika kita tersenyum sambil menjawab panggilan telefon, intonasi suara ketika anda tersenyum pasti berlainan berbanding ketika anda dalam keadaan marah.

Sentiasa memberi pujian
Setiap orang pasti suka apabila menerima pujian.  Pujian yang diterima akan memberi galakan untuk terus melakukan sesuatu dengan lebih semangat dan dapat meningkatkan keyakinan diri.  Manusia memang suka apabila dipuji dan dihargai.  Sebagai peniaga, kita seharusnya sentiasa memberi pujian kepada pelanggan. Contohnya jika kita menjual produk kecantikan, pelanggan membeli produk kita dan ia menampakkan perubahan apabila dipakai, kita seharusnya memberi pujian supaya mereka akan gembira dengan perubahan tersebut. 

Sentiasa bersyukur
Risiko dalam dunia perniagaan adalah memperolehi pendapatan yang tidak tetap.  Dalam urusan perniagaan kita perlu bekerja keras untuk mendapat pendapatan yang lebih kerana adakalanya meningkat, adakalanya turun. Jika pendapatan yang kita perolehi pada hari tersebut agak berkurangan, seharusnya kita perlu bersyukur dengan rezeki yang diperolehi.  Jangan menunjukkan rungutan dan tekanan.  Rugutan dan tekanan akan menyebabkan kita menguruskan perniagaan dalam keadaan yang tidak stabil.  Kita akan mudah marah, dan tidak gembira melayan pelanggan. Ini akan membawa kesan yang lebih buruk pula. Walaupun pendapatan sedikit, kita perlu bersyukur, dan semakin kita bersyukur, rezeki akan semakin meningkat. Kita juga digalakkan bersyukur dengan bersedekah. 

sentiasa meraikan diri, pelanggan dan pekerja
Setelah bekerja kuat, adakalanya kita terlupa untuk meraikan diri sendiri, pekerja dan pelanggan. Untuk meraikan diri dan pekerja, kita boleh berehat dan mengambil cuti dengan menetapkan masa supaya semua pekerja dapat ikut serta, seperti aktiviti hari keluarga.  Disamping mengeratkan hubungan antara majikan dan pekerja, kita dapat membantu menghilangkan tekanan.  Ini adalah untuk memberi semangat dan momentum baru kepada diri anda sebagai majikan dan pekerja lebih setia berkhidmat dengan anda.

Untuk meraikan pelanggan, kita boleh memberikan mereka kad diskaun atau menganjurkan pertandingan dengan menawarkan hadiah yang menarik. Ini adalah salah satu cara untuk anda meraikan pelanggan supaya mereka akan sentiasa berurusan dengan kita serta dapat mengeratkan hubungan peniaga dan pelanggan. "Untuk dihargai, kita perlu belajar menghargai". Jika kita sentiasa memberi penghargaan, tanpa kita sedar kita akan sentiasa dihargai oleh orang di sekeliling kita.






Dengan mengamalkan tip ini, pelanggan akan sentiasa mudah berurusan dengan kita.  Mereka suka untuk mendapatkan barangan daripada kita dan suka memperkenalkan orang lain tentang produk jualan kita. Ia bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara peniaga dan pelanggan.  Malah perniagaan kita akan bertambah maju.

Aplikasi Whatsapp - 19/4/2013

Teks: Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian Goggle

Zaman teknologi kini ramai yang menggunakan telefon canggih yang lengkap dengan teknologi android.  Dengan adanya android ini kita boleh memuat turun pelbagai aplikasi yang serba canggih dan percuma.  Salah satu aplikasi yang sedang popular sekarang ialah aplikasi whatapp. Kita boleh memuat turun aplikasi ini di telefon bimbit dan menggunakan aplikasi ini secara percuma.  Aplikasi whatsapp ini sama seperti pesanan khidmat ringkas yang boleh kita hantar kepada rakan-rakan secara percuma, dengan syarat ada talian internet.

Apa yang saya nak kongsikan bersama ialah sejak menggunakan aplikasi ini sudah jarang penggunaan talian telefon dan pesanan khidmat ringkas. Seperti kejadian yang berlaku semalam, adik saya menghubungi saya dengan hanya menggunakan whatsapp, dan kami masing-masing adik-beradik berhubung dengan hanya menggunakan aplikasi whatsapp ini.  Sebenarnya, adik saya hendak membuat panggilan kepada ayahanda tetapi tidak boleh kerana telah kehabisan kredit. Jadi solusinya hanya menggunakan whatsapp. Kebetulan ayahanda tidak menjawab whatsapp yang dihantar oleh adik. Jadi dia menghubungi saya menggunakan whatsapp minta tolong hubungi ayahanda.  Saya juga kebetulan kehabisan kredit.  Jadi saya segera hubungi adik yang bongsu, minta dia menelefon ayahanda. Perkara yang sama juga berlaku.  Oleh kerana adik juga kehabisan kredit, jadi dia menghubungi abangnya juga menggunakan whatsapp.  Kami hanya berhubung dengan menggunakan whatsapp walaupun telah kehabisan kredit. 


Jadi kesimpulannya apa yang saya nak ceritakan ialah walaupun kehabisan kredit untuk berhubung kami masih lagi boleh berhubung antara satu sama lain dengan syarat ada aplikasi whatsapp ini dan ada talian internet.  Lebih mudah dan jimatkan.




Tips Khidmat Pelanggan

Teks : Anys Idayu Zakaria                                       
Foto : Carian Goggle 


Khidmat pelanggan sangat penting bagi anda yang sedang menjalankan bisnes. Tidak kira bisnes kecil-kecilan mahupun syarikat besar. Tanpa pelanggan kita sebagai peniaga tidak wujud.Untuk membina hubungan perniagaan dengan pelanggan kita perlu membina hubungan baik dengan mereka. Dari situlah produk kita terjual tanpa kita perlu melakukan promosi. Seperti kata pepatah yang pernah saya dengar 'bisnes adalah hubungan antara manusia'. Ramai peniaga yang kurang ambil berat dan sering melupakan khidmat pelanggan ini. Mereka beranggapan, hubungan dengan pembeli telah selesai setelah pelanggan menerima barang yang dijual. Sebenarnya perhubungan tersebut baru bermula.


Di sini saya kongsikan tip yang boleh digunakan oleh para peniaga.

Sentuhan peribadi
Biasanya pelanggan akan datang membeli daripada orang yang mereka kenali. Jadi sebagai penjual kita perlu berhubung dengan mereka. Sentiasa memberikan khidmat yang terbaik, mesra dan suka membantu apabila mereka datang bertanya. Sekiranya kita berhubung sehingga ke tahap peribadi mereka akan lebih mempercayai dan mengenali kita.

Tunaikan janji
Sekiranya kita telah berjanji dengan pelanggan untuk menghantar pesanan pelanggan, kita perlulah menepati janji. Jika tidak dapat dipenuhi, kita perlulah memaklumkan kepada pelanggan dengan segera dan memohon maaf dan  cuba mengatasi masalah tersebut supaya tidak menimbulkan kesulitan di pihak pelanggan. Ini adalah untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan kepada kita.

Memudahkan
Sebagai peniaga, kita perlu berusaha untuk memudahkan pelanggan. Tidak kira ketika mereka hendak mendapatkan barangan atau ketika mereka menghubungi kita. Sekiranya produk yang kita jual merupakan produk yang laris, kita perlu memastikan stok barangan tersebut sentiasa mencukupi supaya tidak membuatkan pelanggan tertunggu stok baru.  Inilah faktor yang menyebabkan pelanggan boleh mencari penjual lain.  Peniaga perlu mengambil peluang menggunakan kemudahan teknologi yang ada kini seperti email, telefon, twitter, facebook, yahoo messager, live chat, whatsapp dan sebagainya untuk memudahkan perhubungan antara anda dan pelanggan.

Menghubungi semula
Untuk membina hubungan yang erat dan baik dengan pelanggan, kita perlulah menyimpan rekod dan data pelanggan seperti nama, no telefon, alamat dan email. Dengan data yang ada, kita boleh melakukan proses follow up dengan mereka.  Sekiranya mereka membeli produk, kita boleh mendapatkan mereka semula untuk bertanyakan maklum balas setelah menggunakan produk tersebut.  Maklum balas mereka kita boleh jadikan sebagai testimoni kepada produk jualan kita.  Selain itu, sebagai peniaga, kita boleh menghantar sms atau kad sebagai tanda terima kasih atau ucapan selamat hari jadi.  Hubungan yang baik seperti ini akan lebih mendekatkan pelanggan dengan kita.  Malah mereka pasti akan merasa gembira serta setia dengan perkhidmatan dan produk kita.

Membina hubungan yang baik dengan pelanggan tidak akan merugikan pihak peniaga.  Malah dengan cara ini akan lebih menarik pelanggan dan mereka juga gembira untuk memperkenalkan rakan yang lain dengan perniagaan kita. Sebagai peniaga kita perlulah sentiasa menghargai dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan supaya mereka kekal menjadi pelanggan setia kita.



Wednesday, 17 April 2013

Transaksi pembayaran bisnes online

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle

Sekiranya kita menjalankan bisnes secara online, kita perlulah mempunyai akaun bank untuk memudahkan pelanggan mendeposit bayaran ke dalam akaun bank kita.  Jika kita telah mendaftarkan perniagaan, kita boleh membuka akaun yang berbeza daripada akaun simpanan.  Ini untuk memudahkan penjual menguruskan transaksi supaya tidak bercampur dengan wang yang lain. Pelbagai kaedah pembayaran yang boleh digunakan oleh penjual untuk memudahkan pelanggan membuat bayaran.  

Kini hampir semua bank mempunyai sistem yang membolehkan kita memindahkan wang secara online. Melalui transaksi ini, sebagai penjual kita hanya perlu memberikan no akaun bank, nama dan email kepada pembeli untuk mereka melakukan transaksi.  Bukti pembayaran juga boleh kita terima melalui email yang dihantar oleh pihak bank kepada kita atau pembeli menghantar butir bayaran. Selain melakukan secara online, pelanggan juga boleh mendepositkan wang dengan menggunakan mesin deposit.  Resit digunakan sebagai bukti pembayaran telah dilakukan.

Petikan Berita Harian (17 April 2013), Maybank telah melancarkan Maybank2u Pay untuk menyediakan transaksi lebih pantas serta selamat kepada pemilik perniagaan yang menguruskan perniagaan secara online. Menerusi sistem baru ini, peniaga boleh melihat maklumat terperinci jualan seperti tarikh dan masa transaksi dibuat selain nama pembeli, alamat email dan jumlah wang yang telah dipindahkan oleh pembeli.


 





Selain menggunakan kaedah pemindahan wang secara online, pihak penjual juga boleh memilih paypal. Paypal adalah pemproses kad kredit pihak ketiga yang menerima pembayaran melalui email.  Penggunaan paypal juga lebih mudah dan selamat. Urusan pembayaran boleh dilakukan dengan menggunakan kad kredit dan secara online. Apabila pembayaran kad kredit diluluskan, pelanggan akan menerima notis melalui email bahawa kad kredit mereka telah dicaj.  Maklumat pesanan akan dihantar kepada penjual.  Untuk melakukan proses pembayaran secara paypal, peniaga perlu mempunyai sistem paypal. 


Selain itu, kaedah wang pos juga boleh digunakan.  Pelanggan akan mengirimkan wang pos mengikut harga barangan dan kos penghantaran kepada penjual.  Setelah wang pos tersebut diterima, barulah penjual menghantar barang yang telah dipesan oleh pelanggan. Pembeli juga boleh menggunakan cek sekiranya penjual menerima pembayaran menerusi cek.  Walau bagaimanapun, kedua-dua kaedah ini agak sulit dan melambatkan lagi proses penghantaran barang.  Ini adalah kerana penjual perlu menunggu terlebih dahulu bayaran yang dihantar oleh pembeli, barulah barang akan dipos.

Jualan secara online adalah untuk memudakan pelanggan, jadi sudah tentulah mereka akan memilih kaedah pembayaran yang lebih cepat dan pantas supaya penjual dapat memproses penghantaran barangan dengan segera. 

"Tiada satu jualan dikira selesai sehingga produk itu telah digunakan dan pelanggan berpuas hati." Leon Leonwood Bean, L.L.Bean, Inc.

Mingguan wanita - 17/4/2013

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Majalah Wanita 

Kalian ada baca tak majalah wanita bilangan 1507 (5-11 Oktober 2012).  Kalau ada yang terbaca mungkin tak perasan komen saya telah masuk dalam ruangan isu; tinjauan orang ramai. Topik yang diperkatakan dalam ruangan tersebut ialah tentang media sosial punca belia terjebak gaya hidup tidak sihat.





Pada mulanya saya tak sangka jawapan yang saya utarakan pada kak Masayu Ahmad dipilih untuk disiarkan dalam majalah tersebut. Sebenarnya untuk pengetahuan kalian saya memang amat jarang sekali membeli majalah. Kebetulan adik rakan adik saya ada bertanyakan tentang komen saya yang telah tersiar, pulang kerja saya bergegas ke kedai untuk mencari majalah ini.  Nasib baik masih ada kerana hampir ke semua kedai yang saya pergi telah habis dijual. Dapatlah saya simpan untuk dijadikan kenang-kenangan.



Tuesday, 16 April 2013

Produk Digital

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle

Hari ini kita berkongsi tentang bisnes produk digital. Bisnes produk digital ialah bisnes yang melibatkan penghantaran barangan niaga menerusi alam maya atau secara online. Ia merupakan produk atau servis yang diterima dalam format digital terus ke komputer kita melalui talian internet. Contoh, produk digital ialah ebook, video, audio atau perisian. Kini boleh juga dilayari di telefon jenis android. Bisnes produk digital ini lebih jimat masa, tenaga serta tidak perlu membungkus dan menghantar barangan. Pelanggan hanya perlu membuat belian terus melalui internet dan mereka hanya perlu memuat turun menerusi laman web atau email yang dihantar.

Kita boleh mencipta sendiri produk digital ini dan dijual untuk menghasilkan pendapatan. Contohnya kita boleh menulis ebook tips bagaimana hendak kurus atau merakam video cara senaman yang betul. Kebiasaannya margin keuntungan produk digital ini adalah 100%. Kalau kena caranya, semua urusan jual beli dapat berjalan secara automatik; bermula dari mencari prospek, pengambilan pesanan hinggalah akaun bank kita diisi wang oleh pelanggan. Seorang jutawan internet bertaraf antarabangsa, Patrick Chan pakar dalam mencipta produk digital yang memberi pulangan yang lumayan kepada beliau. "The Chan Do Internet Success System" dan "Instant Sales Secrets" adalah sebahagian daripada produk yang telah beliau hasilkan.



Hobi - 16/4/2013

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle dan foto sendiri

Hobi merupakan satu kegemaran yang dilakukan oleh setiap orang untuk mengisi waktu lapang. Adakalanya ia dilakukan secara serius atau secara sambilan. Hobi yang kita miliki sebenarnya boleh dikembangkan dan dijadikan peluang bisnes. Saya juga mempunyai hobi tersendiri.  Saya sangat suka membaca dan mengumpul novel.  Selain itu, saya suka membaca buku-buku motivasi hidup dan motivasi perniagaan.  



Bagi saya dengan membaca saya dapat mengurang dan menghilangkan tekanan.  Saya juga seronok melakukan aktiviti membaca dan gemar berkongsi bahan bacaan dengan rakan yang lain.  Sebenarnya sesuatu perkara itu jika kita lakukan dengan ikhlas pasti kita akan berasa seronok untuk berkongsi dengan orang lain.  Saya akan menjadi tidak karuan jika telah tiada bahan bacaan untuk dibaca.  Mulalah meminjam buku rakan lain.  Oleh kerana minat yang begitu mendalam dalam bidang bacaan ini, kadang kala apabila orang bercerita tentang buku, pasti saya meminjamnya.  


Malah pernah terdetik di hati saya untuk menjadikan hobi ini sebagai peluang bisnes, iaitu dengan membuka sebuah mini perpustakaan dan memberi sewaan bagi mereka yang berminat untuk membaca.  Jika kita menjadikan hobi sebagai satu peluang untuk mendapat pendapatan kita perlu kekalkan momentum melakukan hobi tersebut dengan keseronokan agar bisnes yang dilakukan tidak hanya separuh jalan.  Malah jika dilakukan secara konsisten pasti menghasilkan pendaptan yang lumayan kerana kita melakukan dengan penuh minat.

Kadang kala ada sesetengah orang berpendapat hobi banyak menghabiskan duit, tapi bagi saya tidak.  Saya tidak menghabiskan wang sepenuhnya untuk membeli bahan bacaan. Adakalanya saya meminjam buku-buku daripada perpustakaan. Sebenarnya ia terpulang kepada kita bagaimana untuk menguruskan hobi tersebut agar tidak terlalu membazir, malah dapat pula menjana pendapatan.




Monday, 15 April 2013

Produk Fizikal

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle

Assalamualaikum.  Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang bisnes produk fizikal.  Untuk menjalankan bisnes online, kita juga boleh menggunakan produk fizikal untuk dipasarkan menerusi talian internet.  Produk fizikal yang bagaimana kita boleh pasarkan?  Sebenarnya boleh dikatakan hampir semua produk jualan kita seperti baju, beg tangan, makanan, buku, produk kesihatan kita boleh pasarkan menerusi internet.  Malah sekarang ramai juga para peniaga yang telah berani menjual emas dan gadjet seperti telefon dan komputer melalui internet. Oleh kerana zaman teknologi dan mengikut arus kemodenan, para peniaga yang telah memiliki kedai sendiri juga turut melakukan promosi jualan menerusi internet.  Ini adalah kerana pasaran internet lebih meluas ke serata tempat.

Sekiranya kita menjual produk fizikal, kita perlu tahu bagaimana cara untuk mempromosi produk, cara bayaran yang perlu dilakukan oleh pelanggan dan cara penghantaran yang perlu kita pilih untuk memastikan produk tersebut selamat sampai ke tangan pembeli.



Kita boleh mempromosi produk kita menerusi facebook, blog, forum atau mewujudkan laman web perniagaan sendiri. Yang mana kita perlu memasukkan gambar produk yang dijual, supaya pelanggan dapat melihat dengan jelas produk tersebut.  Gambar tersebut perlulah terang dan jelas serta menulis keterangan tentang produk. Kebanyak kaedah pemasaran tersebut adalah percuma. Kita hanya perlu tahu cara menggunakannya.

Kita boleh memilih beberapa kaedah bayaran untuk memudahkan pelanggan. Contohnya transaksi secara online, memasukkan duit menerusi mesin deposit atau bayaran barang dibayar semasa barang dihantar oleh penjual.  Bagi transaksi online, pembeli dan peniaga perlu mempunyai akaun bank yang boleh dilayari menerusi internet seperti maybank2u atau cimbclick. Kaedah pembayaran secara online atau menerusi mesin deposit ini lebih memudah dan mempercepatkan proses jual beli.  Kebanyakkannya mereka akan menerima barangan menerusi khidmat pos laju.  


Penghantaran produk fizikal boleh dihantar menerusi khidmat poslaju.  Kini lebih mudah kerana pihak pos laju telah menyediakan beberapa jenis bungkusan dan kotak untuk memudahkan perniaga online membungkus dan menghantar barangan mereka kepada pelanggan.  Para pelanggan akan membayar harga barangan beserta caj pos.  Caj pos kebiasaannya mengikut berat barangan yang dipos. Masa yang diambil juga tidak lama, lebih kurang 2-3 hari waktu bekerja pembeli akan menerima barangan mereka.  Sekiranya mempunyai masalah barang lewat sampai, kita boleh menyemak dengan pihak Pos Laju Malaysia dengan menggunakan no tracking pada borang pos laju yang digunakan ketika menghantar barang tersebut.

Jualan produk fizikal menerusi online perlulah dilakukan dengan persetujuan bersama antara para peniaga dan pembeli.  Para peniaga perlu mempamerkan gambar yang terang dan jelas supaya pembeli berpuas hati dengan barangan yang hendak dibeli. 

Seminar Berani Niaga 2013 - 15/4/2013

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Facebook Alumni Dr. Azizan

Dalam hati sudah lama bercita-cita untuk mengikuti program yang dianjurkan oleh Dr Azizan Osman (DAO), namun saya masih belum berkesempatan.  Apabila saya mengetahui seminar Berani Niaga turut akan diadakan di Johor Bahru, saya cepat-cepat mendaftarkan diri untuk turut serta. Alhamdulillah semalam saya telah berjaya menghadirkan diri ke program Seminar Berani Niaga 2013 yang diadakan di The Zone Hotel Johor Bahru.  

Di dalam seminar tersebut, DAO telah mengajar kami bagaimana untuk memulakan bisnes bagi mereka yang tidak mempunyai produk atau modal.  Seperti kata DAO ada 5 kepercayaan karut yang perlu kita hapuskan dari minda jika hendak berniaga, iaitu :
  • Tidak ada modal untuk berniaga;
  • Hendak berniaga perlu ada subsidi kerajaan;
  • Saya tidak ada darah usahawan;
  • Ekonomi sekarang kurang bagus untuk berniaga; dan
  • Saya ditakdirkan miskin

Memang betul, kalau kita nak memulakan perniagaan, modal bukanlah perkara utama. Apa yang ada pada diri kita itulah yang kita jadikan sebagai modal. DOA telah mengajar kami bagaimana menggunakan facebook untuk berniaga.  Kami juga diajar tips pemasaran yang betul. Seperti yang terdapat dalam buku  idea pemasaran tulisan beliau, menjadikan blog sebagai medan untuk berkongsi maklumat dengan pembaca.  Kongsilah apa yang kita minat, supaya kita dapat menulis dengan ikhlas.  Insya Allah saya akan cuba menggunakan blog saya untuk berkongsi dengan kalian tentang tips serta panduan bisnes online.




Menurut DAO, untuk kaya dan berjaya, kita perlu mempunyai matlamat dan misi.  Menguasai emosi.  Mempunyai sistem dan strategi yang betul.  Bertindak luar biasa untuk menghasilkan keputusan yang luar biasa serta niat kita perlu betul. Sangat banyak kata-kata perangsang yang telah diberikan oleh DAO. Seperti kata beliau "Bagaimana anda melakukan sesuatu perkara adalah sebagaimana anda melakukan semua perkara".  Jadi saya mesti tekankan dalam hidup saya agar bersungguh-sungguh melakukan sesuatu supaya menghasilkan keputusan yang sangat luar biasa. 


Saya juga telah mendaftar diri untuk menghadiri seminar facebookpower yang akan diadakan pada akhir bulan ini.  Berharap dan berdoa supaya saya dipermudahkan untuk menghadiri seminar tersebut.

Sunday, 14 April 2013

Hujung minggu yang sibuk - 13/4/2013

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle 

Hujung minggu adalah waktu yang sibuk bagi saya.  Banyak yang perlu diselesaikan, mengemas rumah, membasuh pakaian serta pada hujung minggu juga saya perlu menghadiri kelas di UTM.  Di celah-celah kesibukan ini, saya juga perlu memberi ruang untuk bersantai bersama keluarga.  kebiasaanya jika tiada kelas pada hari sabtu kedua, kami akan membawa anak-anak berjalan sambil bersantai di taman permainan atau tasik.  Kadang kala jika tidak keluar bersantai, kami gunakan masa lapang hujung minggu dengan melakukan aktiviti mengemas rumah bersama.  

Pada hari Ahad biasanya saya akan menyiapkan semua kerja-kerja rumah yang tertangguh supaya selepas pulang bekerja saya tidak perlu lagi melakukan kerja-kerja yang tertangguh itu.  Hari minggu jugalah waktu untuk saya menggosok pakaian kerja dan pakaian sekolah kakak.  Aduh! memang terasa penatnya.

Jenis-Jenis Bisnes Online

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle

Pada era teknologi yang serba canggih kini ramai yang telah menggunakan internet untuk menjana pendapatan.  Kini, bisnes melalui online bukan lagi satu perkara yang janggal jika diperkatakan.  Telah ramai usahawan yang berjaya menjana pendapatan dengan hanya melakukan bisnes online.  Malah di negara kita sendiri telah ramai jutawan internet antaranya Dr. Irfan Khairi yang merupakan pakar perniagaan internet, penulis buku seperti Rahsia Jutawan Internet. Beliau telah bergelar jutawan internet pada usia muda dan menjadi idola ramai peniaga yang menjalankan bisnes online.  Walau bagaimanapun, masih ramai di antara kita yang tidak tahu bagaimana cara untuk menjana pendapatan secara online.  Malah mereka masih ragu-ragu untuk memulakannya.


Perniagaan internet merupakan sejenis perniagaan yang dilakukan secara online.  Urusan jual beli adalah melalui alam maya. Kegiatan perniagaan tersebut di lakukan melalui jaringan internet. Untuk menjalankan bisnes secara online, seorang peniaga itu perlulah mempunyai komputer, modem, sambungan telefon dan penyedia perkhidmatan internet.  Di Malaysia hampir semua syarikat telekomunikasi menawarkan langganan talian internet. Contohnya kita boleh melanggan dan membayar secara bulanan talian internet celcom broadband, maxis broadband ataupun TMNet. Kini jika kita mempunyai telefon android kita sudah boleh memulakan bisnes secara online.  Ini adalah kerana telefon android boleh menghubungkan kita dengan talian internet.







Ada 3 jenis bisnes online yang boleh kita ketegorikan, iaitu :
  • Bisnes produk digital
  • Bisnes perkhidmatan
  • Bisnes produk fizikal

Untuk memulakan bisnes online ini, kita boleh jadikan hobi kita sebagai produk untuk dipasarkan. Malah, sekiranya kita mahir dalam satu-satu bidang, kita juga boleh menawarkan perkhidmatan dengan memasarkannya menerusi internet. Kita boleh memasarkan produk kita melalui email, blog, facebook, forum, atau membina laman web sendiri yang lengkap dengan shopping cart.


Saturday, 13 April 2013

Motivasi kerja - 12/4/2013

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle 

Semalam di pejabat telah diadakan aktiviti penilaian murni, iaitu ceramah agama yang telah disampaikan oleh seorang ustaz daripada Jabatan Agama Johor.  Kebiasaannya di pejabat saya setiap hari jumaat akan diadakan ceramah seperti ini.

Saya kongsikan sedikit pengetahuan dan ilmu yang diperolehi semalam.  Menurut ustaz tersebut, kita perlu menghadapi 3 cabaran utama setiap kali menghadiri majlis ilmu. Cabaran tersebut ialah menghadapi godaan syaitan yang sangat benci apabila kita duduk dalam majlis ilmu.  Syaitan pasti akan menggoda kita sehingga kita leka dan tidak memberi perhatian kepada ceramah yang disampaikan.

Menurut ustaz tersebut, dalam majlis ilmu syaitan akan membawa 3 barang iaitu yang pertama gincu.  Gincu tersebut akan diletakkan di bibir manusia yang hadir ke majlis ilmu supaya kita bercakap dan tidak memberi tumpuan.  Jika tidak berjaya, syaitan akan membawa celak.  Celak tersebut digunakan untuk diletakkan di mata supaya kita yang sedang mendengar ceramah akan merasa mengantuk.  Namun, jika tidak berjaya juga, syaitan akan membawa jarum.  Jarum tersebut akan digunakan untuk mencucuk-cucuk punggung manusia yang sedang khusyuk duduk mendengar ceramah.  Apabila ini berlaku, kita akan berasa tidak selesa untuk duduk dan memberi tumpuan.  Sebenarnya itu semua adalah godaan syaitan.




Antara pengajaran yang boleh diambil dalam ceramah tersebut ialah kita perlu jadikan pekerjaan kita sebagai ibadah, niat bekerja kerana Allah.  Meletakkan Allah sebagai majikan tertinggi untuk kita mendapat ganjaran pahala di dunia dan akhirat. Memelihara sifat mahmudah dan menghindari sifat mazmumah. Menambah ilmu pengetahuan dan yang penting kita perlu bersyukur dengan kurniaan yang telah diberikan.

Thursday, 11 April 2013

Nak jadi super rajin - 10/4/2013

Teks : Anys Idayu Zakaria

Akhirnya hari ini selesai membaca ebook super wahm super mom, hasil tulisan mentor dan sifu saya Pn.Masayu Ahmad.  Dalam kesibukan masih sempat curi-curi untuk menghabiskan sedikit lagi muka surat yang masih belum sempat dibaca.  Oleh kerana di pejabat hari ini saya tidak banyak tugasan, jadi sempat juga saya mencari bahan untuk penulisan dan membaca nota untuk kelas hujung minggu ini.



Saya sangat suka akan isi kandungan dan panduan yang terkandung dalam ebook ini kerana ianya betul-betul memberi motivasi dan perangsang kepada saya.  Malah sejak membaca ebook ini saya sentiasa cuba melaksanakan tugas di rumah dan di pejabat dengan penuh semangat. Perkongsian daripada mereka yang berjaya juga sangat menarik.


Ebook ini sebenarnya bukan hanya sesuai untuk mereka yang sedang menjalankan bisnes, malah sangat sesuai untuk semua ibu bekerjaya dan suri rumah tangga sepenuh masa.  Ia boleh dijadikan motivasi untuk hari-hari ketika kita lemah semangat.  Malah sejak membaca ebook ini saya selalu berangan nak jadi wanita hebat yang boleh lakukan semua tugas.  Tangan dan kaki umpama seperti sotong bila berada di rumah.

Memetik petikan dalam ebook ini, kita perlu bersangka baik dengan rezeki Allah. Sekiranya pernah gagal, bangkit semula dan muhasabah diri.  Bekerjalah dengan ikhlas.  Jika mahu kaya, perlu ada semangat, usaha lebih dan tiada jalan mudah untuk berjaya melainkan usaha, usaha dan usaha, doa, doa dan doa serta tawakkal.   

Wednesday, 10 April 2013

Baucer Buku - 9/4/2013

Teks : Anys Idayu Zakaria

Januari yang lepas UTM telah mengedarkan baucer buku. Gembira bukan main hati saya sebab baucer tersebut telah bertambah nilainya, sekarang berjumlah rm250. Dalam hati sudah berangan nak beli pelbagai jenis buku.

Ini lah hasil belian buku di Harris, Jusco. Dengan belanja sebanyak RM 250 saya dapat semula baucer daripada kedai buku tersebut sebanyak RM 50. Baucer yang dapat ini masih belum sempat digunakan lagi. Masing-masing dapat bahagian; kakak Syahiera beli buku cerita, buku latihan dan alat tulis. En suami pula membeli buku agama tentang alam kubur. Saya belikan mak mertua buku masakan, upah menjaga baby Raisha.

Sekarang saya sedang membaca buku rahsia solat dhuha. Usai membaca nanti saya akan kongsikan bersama.

Tuesday, 9 April 2013

Kebebasan Kewangan - 8/4/2013

Teks : Anys Idayu Zakaria

Alhamdulillah hari ini selesai juga menghias blog saya. Semalam post pertama agak nampak kosong kerana belum sempat untuk memasukkan link yang lain.  Hari ini saya nak berkongsi sedikit tentang kebebasan kewangan.  Saya percaya ramai di luar sana menjalankan bisnes secara sambilan walaupun telah mempunyai pekerjaan tetap kerana mahukan kebebasan kewangan.  Begitu jugalah dengan saya.  Hasrat saya kalau boleh hendak selesaikan semua hutang pelajaran (PTPTN), hutang kereta, hutang rumah, banyaknye hutang ye, termasuk jugalah hutang membeli barangan lain seperti kelengkapan rumah. Rasanya buat masa ini hutang  membeli kelengkapan rumah belum ada lagi. Yang ada hanyalah hutang-hutang yang agak besar jumlahnya.

Kebebasan kewangan ialah, apabila kita tidak mempunyai hutang, dan pendapatan kita melebihi perbelanjaan setiap bulan. Ada 3 langkah bagaimana mencapai kebebasan kewangan (yang ni saya dapatkan info di goggle)

1) Langsaikan semua hutang (keluar dari cengkaman hutang)
Langkah pertama adalah dengan menyenaraikan kesemua hutang yang kita ada seperti hutang kereta, kad kredit, PTPTN, rumah, kawan-kawan, dan sebagainya. Kita perlu senaraikan hutang tersebut mengikut urutan yang mana yang paling sedikit sebagai hutang no 1.  Tuliskan berapa jumlah hutang yang perlu dibayar. Ini contoh hutang yang perlu saya selesaikan
1) Kad kredit (RM5000)… RM150 sebulan
2) PTPTN (RM10,000)…….RM100 sebulan
3) Kereta (RM50,000)…….RM600 sebulan
4) Rumah (RM168,000)….RM800 sebulan
===========================
Jumlah (RM233,000)…….RM 1,650 sebulan
===========================

Wah! banyak betul rupanya hutang saya. Langkah pertama yang perlu saya lakukan ialah mesti bertekad dalam hati untuk tidak menambah hutang dan juga perlu menyelesaikan semua hutang tersebut.  Jadi saya perlu peruntukan wang lebih untuk membayar hutang no 1(kad kredit) supaya saya dapat menghapuskan satu hutang saya. setelah hutang no 1 selesai, saya perlu peruntukan wang lebihan untuk membayar lebih bagi hutang no 2.  Begitulah seterusnya sehingga kesemua hutang tersebut selesai.
2) Tambah pendapatan berulang “passive income”  
Langkah seterusnya (langkah ini boleh dilakukan sewaktu masih lagi dalam proses membayar hutang) , ialah dengan mewujudkan “pendapatan berulang”. Pendapatan berulang ialah pendapatan yang kita perolehi setiap bulan walaupun kita tidak melakukan perkara/pekerjaan tersebut.
Buat masa sekarang saya hanya memiliki satu pendapatan berulang iaitu sewaan tapak berniaga burger. Setiap bulan penyewa akan membayar duit sewaan kepada saya.  Saya juga berhasrat untuk menambah lebih banyak lagi pendapatan berulang ini, melalui penulisan blog, ebook dan sebagainya.  Insya Allah. Mudah-mudahan tercapai.
3) Awasi status kewangan setiap masa
Langkah ketiga ialah selalu menyemak status kewangan setiap bulan.  saya perlu membeli benda-benda yang perlu sahaja dan mestilah secara tunai.  Jangan sesekali berhutang dan menggunakan kad kredit. 
Percayalah dengan melakukan 3 langkah ini, kita akan berjaya mencapai tahap kebebasan kewangan hanya dalam masa beberapa tahun sahaja, dan yang paling penting kita perlulah berdisiplin untuk melaksanakannya.
Saya amat berharap dapat mencapai kebebasan kewangan supaya dapat menikmati hidup tanpa berhutang, dapat berjalan dan melancong ke mana sahaja tanpa perlu menyekatnya serta dapat memberikan sesuatu yang terbaik untuk anak-anak terutamanya.
Semoga akan menjadi panduan untuk kalian yang sedang berhasrat untuk mencapai kebebasan kewangan.


Monday, 8 April 2013

Pengenalan Diri

Teks : Anys Idayu Zakaria


Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum pembuka bicara.  

Nama penuh saya Anys Idayu Binti Hj Zakaria. Dilahirkan pada 15 Februari 1984, di Hospital Kota Bharu Kelantan.  Keluarga lebih senang memanggil saya dengan gelaran Kak Long kerana saya merupakan anak pertama daripada lima orang adik-beradik.  Ibu bapa saya juga berasal dari Kelantan.  Namun kami sekeluarga tidak pernah menetap di sana kerana abah saya merupakan seorang anggota tentera, sentiasa bertugas di negeri lain.  Kalau saya katakan saya orang Kelantan pasti tidak ada yang mempercayainya kerana loghat percakapan saya langsung tidak ada telo kelantan. Saya menetap di Johor Bharu sejak dari usia 7 tahun sehingga sekarang, usia saya sudah 30 tahun.

Saya telah menamatkan pelajaran di peringkat Diploma dalam Bidang Sains Kesetiausahaan di Politeknik Port Dickson.  Sekarang ini saya sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Sumber Manusia, di UTM Skudai.  Alhamdulillah kerana mendapat restu daripada suami tercinta.  Saya memang bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran sehingga mendapat PHD. Insya Allah, impian ini menjadi salah satu antara matlamat jangka panjang dalam hidup saya.

Alhamdulillah saya telah pun mendirikan rumah tangga dengan suami tersayang pada 30 September 2005. Setahun selepas saya menamatkan pengajian, dan telah mempunyai 2 orang puteri comel. Kakak Fasha Syahiera sudah berusia 8 tahun, dan adik Raisha Qasrina akan genap 2 tahun akhir tahun 2014 ini.

Tugas sebagai setiausaha di salah sebuah jabatan kerajaan sangat mencabar.  Ditambah lagi dengan urusan rumah tangga, dan pelajaran. Saya telah bertugas sebagai setiausaha hampir 7 tahun, telah banyak pengalaman pahit manis yang dilalui sepanjang berkhidmat. Mungkin saya seorang yang kuat bekerja (workholic) barangkali. Sepanjang hampir 7 tahun saya berkhidmat, hanya sekali sahaja saya pernah mengambil cuti sakit (MC). Biasanya saya lebih suka menghabiskan cuti rehat sahaja, jika ada berlaku kecemasan.

Walaupun rajin bekerja, saya begitu seronok sekali menceburi dunia perniagaan, dan sangat teruja untuk mencari cara untuk menambah pendapatan. Minat berniaga mula timbul sejak saya mula bekerja. Saya mula sedar begitu payah jerihnya mencari duit sendiri. Sejak itu, saya mula berjinak-jinak dalam dunia bisnes ini. Pendek kata sejak dahulu sudah banyak bisnes yang pernah saya lakukan antaranya seperti MLM syarikat elken, revell, menjual pakaian dalam katalog, menjual kain pasang, kad top up, jual kuih muih, dan apa sahaja bisnes yang mendatangkan keuntungan memang sayalah orang pertama yang akan sertainya.

Sejak berumahtangga dan mempunyai anak, saya mula tercari-cari arah panduan dan cara bagaimana saya hendak mulakan bisnes, tapi dalam masa yang sama saya masih lagi meneruskan pekerjaan sedia ada, dan tidak perlu bersusah payah untuk meninggalkan anak. Dan yang sebenarnya saya juga tercari-cari salah satu bisnes yang tidak memerlukan kita mengeluarkan modal yang begitu banyak. Dengan tekad dan semangat  mahu keluar dari zon selesa, dan mahu bebas hutang, saya cari dan gali apa sahaja peluang yang boleh membantu saya untuk menambah pendapatan.

Alhamdulillah, dalam pencarian saya temui bahawa bisnes online adalah salah satu caranya. Melalui seorang rakan bisnes di fb, saya mengenali sifu Pn. Masayu Ahmad. Daripada beliau saya belajar cara memulakan bisnes secara dropship, dan dari beliau juga saya berpeluang untuk belajar membina blog. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Dari seorang yang tidak pandai menggunakan blog, saya belajar dari beliau. Saya diberi peluang ''emas'' ini sehingga saya menjadi salah seorang daripada Guru Online Akademi Bekerja Di Rumah.  Peluang dan ruang inilah yang mendorong saya untuk terus berbisnes secara online, dan menggunakan blog sebagai medium berkongsi dengan pembaca. Kebanyakkan pelajar yang belajar dalam kelas saya juga rata-ratanya mereka jejak saya melalui blog dan facebook. Alhamdulillah, blog sebagai medium untuk pelanggan jejak bisnes yang saya jalankan.

Melalui ruang ini juga, matlamat saya mahu membantu lebih ramai suri rumah, dan suri bekerjaya khususnya yang mahu memulakan bisnes untuk menambah pendapatan.  Juga sebagai persediaan untuk para suri yang mahu mula bergelar WAHM (work at home mom).  Semoga peluang yang ada ini dapat dimanfaatkan untuk kebaikan kita bersama. Alhamdulillah, syukur Allah berikan peluang ini untuk saya berkongsi dengan lebih ramai suri yang sedang tercari-cari cara bagaimana untuk memulakan bisnes secara online. 

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua pembaca yang sudi singgah di blog saya, semoga segala perkongsian di sini memberi manfaat kepada kalian.  Saya doakan semoga kalian juga diberi ruang dan peluang untuk menceburi dunia perniagaan, pekerjaan sunnah Rasulullah. Insya Allah.

Berani berimpian, berani bertindak untuk mencapai kejayaan.
Salam kasih sayang.