Tuesday, 24 December 2013

Manfaatkan idea, kepakaran, pengalaman di blog




1. Untuk penulisan di bidang dan kepakaran masing-masing
setiap hari membaca dan membaca dan membaca. Kalau baca saja boleh jadi tepu, lepas baca 10 bahan bacaan, tuliskan kesimpulannya dalam bentuk penulisan

2. Untuk catatan harian
menulis dengan niat untuk berkongsi. Elakkan luahan perasaan negatif. Sentiasa tulis sesuatu yang positif. Sentiasa terapkan aura positif pada yang membaca. Cuba bayangkan jika kalian tulis yang negatif? Apa yang akan terjadi kepada yang membaca?

3. Untuk penulisan pengalaman
tulis dengan penuh bermakna. Menulis seolah membantu (guide) orang lain untuk dapatkan pengalaman yang sama. Jika ia pengalaman yang tidak baik, kongsikan kesan di sebalik pengalaman dan cara mengelakkannya agar orang lain dapat mengelakkannya

Yang penting, setiap penulisan, jangan disia-siakan, jadikan ia boleh memberikan manfaat pada orang lain. Jika zaman dahulu setiap orang menulis berpuluh dan beratus buku sepanjang hayatnya, zaman sekarang hanya perlu menaip di stataus FB mahupun Blog saja.

Tak perlu tunggu kita jadi orang sempurna baru mula untuk menulis. Tulislah sepotong ayat sekalipun, tuliskan di tempat yang boleh di baca. Bukan sekadar simpan di minda atau di hati, kelak ia akan lenyap ikut kita pergi sekali. Jadikan menulis itu sebagai ibadah.

Setiap orang memiliki keunikan, kemahiran dan kepakaran yang berbeza-beza. Jangan fikir apa yang kita tulis dan apa yang kita tahu itu semua orang sudah mengetahuinya. Apa yang kita kongsikan melalui tulisan mungkin dapat membantu orang lain untuk menambah nilai dalam kehidupan mereka, dapat membantu menyelesai masalah mereka.

Berminat untuk mula menulis di blog?
PM saya untuk saya berikan soalan analisa sebelum memulakan kelas. Saya perlu kenal pasti halatuju blog dan penulisan kalian dan juga mengetahui perniagaan atau perkhidmatan kalian


Sedikit perkongsian penulisan daripada Prof. Muhd Kamil Ibrahim

TIP PENULISAN
 
Ramai yang bertanya tip menulis. Tentu sekali sukar untuk saya menyatakannya. Lain orang lain gayanya terutamanya soal disiplin. Namun sekejap tadi ada yang menghantar lagi mesej bertanya soalan yang sama. Inilah jawapan yang biasa saya berikan. Moga ia boleh dikongsi dengan mereka yang lain.
Saya mohon keampunan Allah SWT .Salam sejahtera. Semoga dirahmati Allah SWT. Insya Allah
 
1.Saya berharap tuan bangun pada 1/3 malam tersisa, solat malam, bermunajat dan memohon agar ilmu ini datangnya dari Allah SWT.

2. Sentiasa berdoa dan solat sunat dua rakaat setiap kali mahu memulakan penulisan agar ia memberi kesan kepada khalayak pembaca.

3. Berpuasa sunat dan berdoa ketika hendak berbuka puasa agar Allah memberi taufik dam hidayahNya.

4. Saya - kebiasaannya - menghabiskan terjemahan atau sebahagian daripadanya ketika menulis buku. Ilham melalui pembacaan terjemahan ini sungguh luar biasa.

(Nota tambahan: Jika tuan tahu berbahasa Arab, bacalah al-Quran ia jauh lebih baik lagi)
 
5. Sentiasa bertaubat sepanjang penulisan ini.
Insya Allah, itulah tips yang mahu saya sampaikan.




 *********************************************************************


Kategori suri yang ingin belajar, berdasarkan apa yang ditanya.

1. Mahu meluaskan produk di pasaran online. Suri ini perlu belajar menjual di fan page dan juga di blog. Siapkan borang tempahan produk, dan gabungkan blog dan fanpage sebagai satu saluran kedai online. Bina asas ini, untuk belajar proses jual beli, dan tapak asas itu boleh dinaik taraf kepada website shopping cart apabila sudah maju.

2. Mahu belajar teknik pemasaran melalui tulisan dan mempunyai blog berpengaruh. Semua orang sudah pandai menulis, tetapi tidak tahu teknik yang betul untuk membina blog yang berinformasi. Suri kategori ini perlu belajar asas blog dan penulisan untuk membina blog berpengaruh.

Lebih 350 blog, 21 kelas online sepenuhnya, 13 guru bertugas. Kami menawarkan kelas berikut :

1. Kelas asas blog penulisan
2. Kelas asas blog fanpage mula bisnes.
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran rakan niaga/ pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun bisnes kecil / WAHM SOHO bulan Januari
7. Pendaftaran kelas offline asas blog fanpage mula bisnes (sesi Januari sahaja – kawasan berhampran Ulu Tiram – Kota tinggi)

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya di sini :

email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms / wtsapp : 017-7912993








                        Tempah terus pakej mula bisnes ini di sini